Showing posts with label florafauna - cuaca. Show all posts
Showing posts with label florafauna - cuaca. Show all posts

Dec 31, 2012

31st

Hari ni memang sejukkkk!
and study week dah habis. Apa je yang aku dah study masa study week sebenarnya? *sighh

Cold Day December

Dec 18, 2011

terbang melayang terbang


Angin kuat sungguh. Betul-betul kuat. Aku berdiri tengah padang, kena tiup angin rasa macam nak terbang. aih hyperbola sungguh. 


Angin sangat kuat sehingga semua layang-layang ingin terbang sendiri melihat dunia. erk?


Angin terlalu kuat sampaikan aku berharap sambil mendongak ke atas,
"Takde ke duit nak jatuh dari langit?"


Time ni kalau lepak tepi pantai mesti seronok. wohohohoo

Nov 22, 2011

Fiuuuu

Berita terkini.

Saya di UMP Pekan.
Ribut teruk sedang melanda.
Cafe utama turut mengalami kecederaan akibat angin yang bertiup kuat.
Kami; Dinie, Adib, Lukemey sempat bermain hujan.

Ahhhh sumbat gile.

Oct 8, 2011

Pantai Lagenda

Hari Jumaat merupakan hari yang paling tenang dalam seminggu. Bagi aku lah kan. Sebab petang Jumaat tu dah takde kelas. Dah boleh lepak-lepak kejap, dah boleh bertenang kejap, tak perlu memikir pasal kerja apa nak kena submit esok kejap. Pendek kata memang aman lah.


Sebab tu lah aku pergi pantai semalam. Pantai yang terletak kat depan UMP Pekan tu. Petang semalam memang gelap betul. Dah macam malam hari.


Aku plan nak jalan-jalan je kat tepi pantai tu. Tapi, sesampai kat pantai je, sedar-sedar baju aku dah basah. Mandi pantai sampai nak termuntah. Nafas sampai tercungap-cungap. Sampai sakit gegendang telinga.


Disebabkan hari ni hari Sabtu, aku plan nak balik rumah. Jom jom!



Sep 10, 2011

Bukan ikan lumba-lumba


Dia berwarna coklat. Berdasarkan pemerhatian aku, itulah konklusi yang dapat aku buat berkenaan warnanya. Ramai juga yang geli-geli nak pegang dia. Ye lah, banyak kaki dan berkilat badannya. Takdelah melekit. Tiada juga serupa lintah mahupun dugong.

Kalau dulu-dulu, sentuh sikit je benda ni dah reti nak bergulung ala-ala tenggiling lah kononnya. Mungkin jaman sekarang, benda ni dah tau dia tak boleh lagi berangan nak jadi tenggiling.

Jadi, ulat gonggok sekarang sukar untuk menggulungkan dirinya apabila disentuh. Mereka telah sedar mereka harus meneruskan perjalanan walaupun disentuh, bukan lagi menjadi tenggiling. Tak boleh dah nak main dengan ulat gonggok.

Jul 3, 2011

Semalam, kami berlima menguji kesabaran dengan mengail udang. Kami berlima terdiri daripada Lemang Crew. Agak sukar bagi kami untuk mendapat habuan kerana air surut pada malam itu. Arus pula kuat.

Aku sebenarnya lebih tertumpu kepada langit. Dipenuhi bintang-bintang gemerlapan. Terpaku aku semalam. Disebabkan sakit tengkuk aku mendongak tengok bintang, aku pandang je lah Sungai Pahang sambil memanggil-manggil ikan dan udang.

Masing-masing tahan sejuk. Nak kata angin kuat, tak jugak.

Jun 15, 2011

06-16: Gerhana bulan

Assalamualaikum.

Aku dengar cerita gerhana bulan akan berlaku. Eh? an an an? 2011 June 16, pagi lah dalam jam 2 gitu kot.

Takkan nak dok tengok je bulan tu? Apakata solat sunat sekali jom.

Berdasarkan apa yang aku tahu, solat sunat gerhana bulan ni boleh dibuat bersendirian atau berjemaah. Hukumnya adalah sunat mu'akad. 


Kalau buat kat masjid, biasanya mereka buat 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud.

Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
 Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam


Ada beberapa cara untuk solat sunat gerhana ni sebenarnya. Biasanya orang buat yang ni lah kalau kat masjid. Lebih digalakkan dibuat secara berjemaah. 


Hukum solat sunat gerhana ni berdasarkan Hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud, 


Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah.”


Jadi, janganlah kita menyembah bulan. Bersumpah setia cinta suci disaksikan bulan? Err...

Ingatlah, Allah yang Maha Pencipta. Kita dicipta supaya kita beribadah kepadanya. Beribadah ni tak semestinya atas sejadah je kan. Ada banyak cara. Belajar pun ibadah. Tapi kalau baca buka bertajuk 'ibadah' kat dalam disko, tu bukan. Tu bukan beribadah ye.


Allah Maha Berkuasa. Semua yang berlaku atas kehendak-Nya. Macam makananlah kan. Bukan nasi yang buat kita kenyang. Bukan air yang buat hilang dahaga. Nasi dan air tu hanya perantaraan atau penyebab je. Semuanya kuasa Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Berceramah pulak kejap. haha
Selamat beramal! MySpace

May 18, 2011

14-6

Assalamualaikum.

Hari ni 14-6-1432, kan? Biasanya kalau 14 atau 15, aku mesti lepak kat Teluk Cempedak, tengok bulan. Oh, ini tentang 14 atau 15 bulan Islam.

Sekarang kat UMP Pekan. Dengan bilik air pihak atasan tutup cakap nak baik pulih. Selama ni aku pakai seronok je, takde yang rosak pun. Masalah betul. Penutup kata announcement yang dia buat, "Segala kesulitan amat kami hargai." Macam F perangai. Menyusahkan gua je beb! Lu orang memang tak lama dah. Masing-masing kena lambung dengan wa nanti kang. Emo kot aku. haha

Hiasan berkadar.
Dahlah pasal kolej kediaman ni pun masih kecoh-kecoh lagi. Tak puas hati la wa macam ni. Ada ke patut budak tahun 1 akan datang terus dapat duduk UMP Pekan? (Ni bagi mereka yang belajar kat UMP Pekan la). Ni aku ni dah lah tahun lepas ulang alik Gambang-Pekan. Sem 3 nanti kena macam tu lagi? 


Hoiii kau orang ingat Gambang-Pekan tu 15 minit dah sampai?1 jam kot. Pergi balik dah dua jam. Nak tunggu bas lagi. Bangun awal pagi, balik-balik letih. Susah bagi aku nak focus dalam pembelajaran macam ni. Ceh macam la aku ni study sangat. 


Budak tahun 1 akan datang yang ambil kos Elektrik, Mech dengan Pembuatan, serius kalian akan kena ragging teruk. Aku bagitau awal-awal ni. Jangan sampai aku sound guna kaki.

Gila apa aku ni nak emo-emo? Emo tak korang?

May 10, 2011

Kemarau

122 hari lagi kemarau ke? - April 24 2011

Malam ini menyeramkan.
Ombak di Teluk Cempedak semacam. Cahaya di kaki langit tidak kelihatan.
Angin tiada, ombak terus menerus berlaku. 
Dan dan...
Memang menyeramkan aku.

May 5, 2011

Berkelah Falls

Semalam ke Hutan Simpan Berkelah. Buat apa? Tangkap beruang koala. Tapi takde pula.

Kat situ ada air terjun. Seronok kot. Sebelum ni pergi tak dapat mandi sebab ada askar main bunga api. Semalam masa mula-mula sampai, ingatkan tak dapat mandi. Disebabkan kelmarin hujan lebat, ada kayu balak melintang kat tengah jalan tu. Tak puas hati kot kalau kali ke-2 pergi tak dapat mandi. Nasib baik kami ni katang, masalah kayu balak dapat diselesaikan. Kayu balak tumpas di tangan kami.


Lepas tu apa lagi, mandiii! 


 
Mata ne.

May 2, 2011

Jogingguk

Fuhhh letih kot bersenam di pagi hari. Orang tua-tua panggil jogging. Berlari secara seronok sampai ke puncak Bukit Sulai, Gambang. Belakang UMP tu je pun. Dekat 35000 meter juga. Hebat tak aku? I know I know.

Oh, dah lama mengabaikan blog. Busy kottt. Dengan exam lagi, anak bini lagi. Nasib baik comel macam papa dia. Ok, tipu je. Tapi part comel macam papa dia tu tak tipu.

Malaslah sebenarnya. Tengah main Dragon Age 2. Ni main 2nd round sebab jalan cerita dia boleh lain-lain. Tak habis main dah install Prince of Persia: The Forgotten Sands. Tengok, betapa sibukkknya kehidupan sebagai seorang pelajar. Mana ada kami malas. Kami pun ada kerja sendiri apa.

Lagipun, last paper lama lagi. Memang ntah ke manaa je Lemang Crew meronggeng. Hari tu pi Berkelah Falls. Tapi tak dapat mandi sebab ada segerombolan askar tengah berlatih main bunga api kat situ. Emo kot aku!
Dahhh kena patah semula menuju ke arah Sungai Lembing. Aku berangan nak bawa budak-budak ni pergi Cemerong, Dungun pula lepas ni, tapi ntah bila. Dah lama tak mandi kat sana, seronok kot!

Letih amat ni. Lepas ni boleh daki Gunung Daik Bercabang Tiga pulak.

Feb 3, 2011

Pleasure to meet you.

Assalamualaikum.


Hari ini meriah betul. Hari yang indah dan seronok. Cuaca aman damai, menenangkan. Teluk Cempedak tiba-tiba macam ramai orang. Semua orang pun nak sambut CNY di TC tu. Aku? Tak, aku tak sambut. Bersiar-siar mencari ketenangan dan menikmati keindahan Allah je. Hihi.


Seorang diri bersiar-siar di sana sambil usha aweks-aweks comel dan cantik. Eh tak, bukan begitu. Aku ni baik orangnya. Aku usha girls yang menutup aurat je. Tu pun jeling sikit-sikit je. Ehem.




Ok tipu je. Kalau seorang diri, macam tak seronok lah pulak kan? Nadia turun Kuantan sebenarnya, rakan sekelas kat matrikulasi dahulu kala. Kebetulan pula cuaca baik. Perfect time. Dari dulu kot, TC ni memang faham betul dengan Nadia ni. Esok dia dah balik UTHM. Awal betul. Tengok aku, rilek je. Dengan tiket tak beli lagi. Pffttt.


Cuaca semakin lama semakin baik. Takdelah lepas ni nak mandi tengahari pun menggigil. Dan lepas ni tak bolehlah nak tanam strawberry depan rumah. =..=

Jan 9, 2011

Semester 2 ni, pak guard bajet best pula.

Assalamualaikum.


Jumaat keluar. Jalan-jalan ke Kuantan. Ingat nak balik awal, tapi tak boleh. Kalau masuk u selepas jam 12 tengah malam kena denda. Gila apa nak main denda denda? Banyak perubahan drastik yang dilakukan oleh guard UMP ni. Er, tak banyak sebenarnya.


Kalau masa ada kelas, naik bas selama satu jam baru sampai ke kelas. Yelah, aku duduk Gambang tapi kelas kat Pekan kan. Tu pun tak tentu sejam baru sampai. Kadang-kadang, bas sampai lambat. Tak kisahlah kalau lambat sikit. 


Dah sampai tu, boleh pulakkk guard naik bas buat spotcheck? "Ok, semua keluarkan kad matrik." Kadang-kadang rasa nak mencarut juga. Mana taknya, kadang-kadang buat spotcheck sampai setengah jam. F betul. Ntah apa dia buat. Aku bantai tidur je kalau dalam bas. Taktau lah apa dia buat. Dahhh tak boleh masuk kelas. Aku bagi pelempang jepun baru tau. Oh, aku ambil bahasa Jepun untuk semester ni.


Lagiii...lagiii, masa jalan-jalan tu, pergi Teluk Cempedak, makan Char Kuey Teow, usha bapok, pergi Benteng, lepak tepi pantai. Menikmati keindahan alam. Angin kuat betul tepi pantai. Sejukkk. Faizun pula seronok buat unggun api. Tiba-tiba kan, telefon bimbit Nur hilang lagi. Kehilangan yang misteri. Tak puas hati betul, macamana boleh hilang? Puas dah memikir bila masa kehilangannya.


Aku rasa memang betul buaya tembaga Teluk Cempedak yang ambil. Dah lah buaya tu lepak atas pokok, kita mana nampak dia. Kalau nampak pun nampak mata je. Lepas ni, kau galas je public phone tu. Besaq sikit. Biar berat, asal selamat.


Jari aku selalu membiru kesejukan. Bilik ni dah boleh jadi peti ais. Mesti sekarang ni kedai jual peti ais tengah bankrup.


Oh, Brother Love tak jadi masuk kelas aku lah. Bernasib baik betul. haha


Assassin's Creed 2 tak habis main lagi, dahhh install NFS Hot Pursuit. Macamana nak buat calculus ni? MySpace


Xperia Arc macam cool kan?

Jan 2, 2011

1 1 11 - Tarikh pertama tahun 2011, macam cantik kan?

Tahun baru sudah tiba. Ada yang excited, tapi bukan aku. Macam biasalah, perkara-perkara macam ni, perlu ke nak excited sangat? Cool je dah lah. *mukabongkak*


Teringat pula tahun baru sebelum ni. Di Matrik Gambang, tunggu di tepi tangga dekat bilik aku yang menghadap ke Menara Gambang (tangki air) tu, countdown sambil-sambil reka cerita hantu pasal budak mati bunuh diri di tangki air tu. Dah 5 saat masuk 2010 baru nak bersorak macam orang gila. Padahal memang tiap-tiap malam bersorak dan melalak macam orang kena histeria. Saja je nak jadikan alasan.


Esok hari kelas akan bermula seperti biasa. Bangun seawal 5.45 pagi, mandisolatbersiapuntukkekelas, kedai makan tak buka lagi dah kena tunggu bas. Dahlah berkabus pagi-pagi, sejukkkk.


Sekarang? Packing pun belum lagi. Rasa sebak pula nak tinggalkan rumah. Sikit je lah sebaknya.
Tu lah, masa cuti nak belajar. Masa belajar nak cuti. Memang tak reti bersyukur betul.


Sempena tahun baru ni agaknya, Dina bela lagi seekor kura-kura. Kali ni memang besarlah saiznya. Sebelum ni, 4 ekor baru sama besar dengan saiz tapak tangan aku. Yang ni, 4 tangan aku baru sama saiz dengan kura-kura tu kot. Mana ntah dia jumpa. Minat betul kura-kura. 


Orlitia borneensis
Besar tak kura-kura dalam gambar tu? Tu aku cilok kat google. Bukan adik aku punya.


Kalau orang dulu-dulu kata, kura-kura dalam perahu, takpun kura-kura di bawah tempurung. Adik aku ni pula kura-kura dalam besen. Ada ke patut letak kura-kura dalam besen? Kesian dia aku tengok. Letaklah dalam perahu, besar sikit kawasan dia nak berguling-guling kan.


Semester 2 ni aku berharap aku rajin sikit nak study. Takdelah masuk kelas macam orang bodoh tak tau apa-apa. Dahlah malas buat tutorial. Teruk betul.


Oh, seronok ke ada awek? Ataupun aweks? Ermm... MySpace

Nov 24, 2010

Sunat? Berkhatan? Sama je lah tuuuu. Kan?

Abah: Sakit awak ni baru sikit Dina. Abang Dinie awak tu lagi sakit. 10 kali ganda daripada awak. Betul abah cakap ni. Abah dulu pun sunat jugak, tapi takde sakit macam abang awak tu.
Itulah kata-kata yang telah dilemparkan kepada adikku. Serius aku tergelak dalam hati dengan abah cakap ini macam. Oh, adik aku yang bongsu baru lepas berkhatan. 


Takdelah seteruk macam aku dulu. Masa pembedahan dijalankan pun, ntah berapa kali aku kena cucuk ubat bius. Tu pun rasa lagi. Memang kebal betul aku ni. Ubat bius tak jalan. haha
Abah: Abang awak senyap je tu. Kalau dia bagitau awak, menangis awak agaknya.
Ok. Sudah. Cukup. Aku bosan sebenarnya. Cuti yang baru sehari dua, dah bosan. Nak cari kerja malas pula. Masalah betul. Rasa macam nak pusing satu Malaysia bersiar-siar. Tapi siapa je nak ikut? Sorang-sorang macam tak seronok lah pula kan.


_________________________________________________________________


Ouh, Subuh sudah hampir. Dan aku baru pulang ke rumah. Makin kuat aku merayap sekarang. Dulu tak macam ni pun. Dulu aku baik je. Duduk rumah tak keluar-keluar macam anak dara dulu-dulu. Anak dara sekarang dah lain dah. Tak macam dulu masa aku kecik-kecik.


Lepas Isyak semalam, keluar dengan polis. Er, mereka anggota SUKSIS; Adib, Lukemey, Ida. Wohhooo bangga kejap. XD
Selepas dah puas melalak dalam bilik diikuti irama dan lagu selama dua jam, aku rasa gegendang telinga aku belah kanan dah pecah separuh. Dan seperti biasa, destinasi yang dituju pada malam hari adalah Teluk Cempedak. Aku pun tak faham kenapa TC juga destinasi terakhir.


Ayam KFC makin kecil. Kecik weyy! Kecik gila. Bapak ah kecik. Tapi takpelah, ada orang belanja. 


Tapi part yang paling seronok bagi aku, masa aku on the way pulang ke rumah tu. Teruja kejap. Kena tahan dengan kereta polis peronda. Dia minta IC dengan lesen. Lepas aku bagi, aku pandang cermin kereta belah kiri. "Oh, takde tampal 'P'. Biar je lah."


Bila fikir-fikir balik, dah lama juga aku memandu tak tampal pelekat 'P' kat kereta. Hebat tak? 

Nov 15, 2010

"Do not give up. The beginning always the hardest."

Yep, the beginning always the hardest. We start with nothing right? Dengan tak tau apa-apa langsung. Pure zero. Nak belajar benda yang kita tak tahu langsung, memang agak susahlah. Well, grow up and accept it.




Dan, aku baru pulang dari bersiar-siar di Terengganu. Dari UMP-Teluk Cempedak-Cherating-Pantai Kemasik. Kalau naik kereta sendiri, memang lagi jauh dah aku pergi. Nasib baik kereta sewa. 


Kereta auto yang meter dia max boleh cecah 92km/j dan max gear 3. Aku tak taulah kereta tu memang maximum gear 3 ataupun kereta tu memang dah lama tak service. Tapi tulah, gear 3 jalan jauh gila, tak dapat bayang aku betapa terseksanya kereta tu.




Oh, Pantai Kemasik cantik. Air dia jernih. Sedap mata memandang pemandangan dia. Tenang...dan seronok; itu yang penting. Dari Gambang kurang 2 jam. Taklah jauh mana. 



Well, unplanned things are always better than planned ones right? Er, bukan selalulah kan. Tapi most, kot. Err


Aku letih, tapi tak ngantuk. Apa nak buat eh selain tidur bagi mengatasi masalah keletihan?

Nov 14, 2010

‎"Is your moustache the source of you knowledge? If it is, please dont set so difficult question because most of us don't have moustache."

Ouh, ayat kat atas tu sebenarnya ayat pelajar dekat universiti mana ntah. Lecturer dia ni adalah buat kaji selidik pasal pengajaran dia. But then, pelajarpelajar dia komen yang ngarutngarut je. Tak kelakar pun. Tapi korang boleh tengok kat sini


Ouh, it's 13th! Maybe I should go nowhere. Tapiiiii dah kawan ajak pergi ber-babique kan, takkan nak menolak. Tak baikkk kecilkan hati kawan walaupun hanya 5cm. Therefore, kami E17; walaupun tak semua terlibat; telah mengadakan majlis secara besar-besaran di TC yang lebih dikenali dengan nama Teluk Cempedak.


Yeah, it was fun. Really. Walaupun pada mulanya aku ingat bbq ni akan berlangsung di Cherating. Aku taktaulah kenapa aku seorang je boleh terfikir nak buat kat Cherating. Dan walaupun pada kemudiannya sotong 2 kg boleh tertinggal, tak perasan tak bawa. Memang seronok makan asap, hidupkan api walaupun di dalam hujan. Nasib baik ada pondok kan, boleh main masak-masak.


Selepas keletihan ber-bbq, berkaraoke pula di Kuantan Parade. Ada tempat baruuuu, murah pun murah. Heeee


Ok dah, lepas ni memang habislah duit aku keluar berjalan sebab duit sewa kereta je. Mungkin semester depan aku patut beli kereta. Mitsubishi Evo mahal sangat. Subaru Impreza pun jadiiilah. MySpace


Oh, Subaru Impreza berapa ringgit eh?

Nov 7, 2010

So it turns out Spongebob is realistic. You can have rivers and oceans underwater.

.


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Woaaaa! Subhanallah.


Nov 2, 2010

Bintang

Assalamualaikum.


Malam tadi banyak betul bintang. Sampai ke pagi aku baring atas pasir di Teluk Cempedak. Sampai terlelap kejap. Aku rasa kejap. Tak, memang kejap.





Lepas Subuh, tengok matahari terbit di Pantai Beserah. Seronok tengok gelagat Erliza dengan Farah Azrina di tepi pantai. Kelakar pun ada. haha



Oh, serius final makin hampir. Aku makin malas. Tak, bukan malas. Cuma kurangkan penggunaan tenaga.

Oct 31, 2010

Minggu bergembira

Assalamualaikum.


Budak comel di KFC.
Minggu ni, minggu untuk bergembira, minggu untuk melara, minggu untuk membuang masa yang sepatutnya study kerana minggu depan dah final. Dah ntah berapa hari straight aku sewa kereta, keluar sampai 3 4 5 pagi baru balik, lepas Subuh tidur, bangun nak dekat tengahari, lepas bangun main DotA. Dalam sehari kadangkadang sekali je aku makan. Bukan apa, tiada selera. Makan pun paksa. Ntahlah apa masalah aku.

Ber-TC.
Assignment Circuit Analysis yang diberi pada saatsaat akhir pun tak siap lagi. Maaaaasalah betul. Memang malaslah nak buat. Tapi nanti aku buat juga. Jangan risau.
Esok pula kena present Basic Electronic Instrumentation. Tak taulah nak cakap apa.
Aih, rilek suddeyyy. Present Technical English hari tu pun aku main cakap je. haha


Technical English Presentation.
Hidup ni tak bolehlah asyik ikut telunjuk orang. Tapi tak boleh pula asyik ikut kepala sendiri je. 
Kita kena sentiasa belajar. Belajar sesuaikan diri dengan tempat baru, rakan baru, atmosfera baru. Belajar mengawal perasaan. Belajar menghormati orang lain. Belajar memahami orang lain. 


Inilah caracara untuk memasang earth electrode.
Jangan ingat asyik orang lain yang salah. Jangan ingat diri sendiri sentiasa betul. Fikir.
Jangan perasan diri terlalu bagus. Jangan pandang rendah dekat orang lain.


Nasi Goreng Kampung. Banyak weyh!
Dan sebagai seorang pelajar, kita tak bolehlah asyik nak studyyyy je. Kita hidup bukan asyik nak belajar je.
Kadangkadang kenalah enjoy sikit ye tak? Ye sikit. Takboleh banyakbanyak. Sikit je.


Aku tak makan lagi hari ni. Siapa nak belanja?