Showing posts with label Kolej Kediaman. Show all posts
Showing posts with label Kolej Kediaman. Show all posts

Jun 10, 2012

Air berkualiti hidup berkualiti

Mimpi ngeri kembali lagi,
Ketiadaan air berulang kembali,
Mencari air tuk membersihkan diri,
Penggunaan pili bomba dilakukan pasti.

Weeee... MySpace

Jul 20, 2011

20th 2.20am - Cuti ho-ho-ho!

Bangun pagi, mata kecik je. Lebih kecil daripada mata aku yang dah memang redup. Duduk, fikir-fikir kejap sepatutnya dah pukul berapa. Otak jem, malas nak fikir terus pandang jam dinding di dinding. Kewarasan kembali pulih sedikit demi sedikit, baru sedar kalau nak tau sekarang pukul berapa, tengok jam, bukan berfikir.

Bangun pergi bilik air, ambil wuduk dan bersolat. Buka laptop kejap, tengok mana tau awek email. Lepas tunggu lepas seminit, takde email. Baru teringat kalau nak buka email kena ada internet. Lalu terus buat senaman pumping sebelah tangan. Dah agak-agak letih lepas buat 100 kali, aku pergi sarapan, melantak apa yang ada.

Pagi-pagi suasana di kawasan rumah aku memang seronok. Bunyi ombak, burung berkicauan. Kalau nak dengar bunyi lembu, tunggu malam. Asal malam je lembu naik buat bising. Aku baling bom asap kang kena saman pula. Sergah je lembu ni, dia dah lari. Kalau lembu kat UMP Pekan tu lain cerita, kena kejar dengan scrambler baru dia lari. Tu pun macam menganjing je aku tengok. Lembu oh lembu, memang dasar binatang kalau dah nama pun lembu. Lembu betul.


KK4, UMP.
Cuti-cuti ni, nak cari kerja transport pulak takde. Sekarang ni ada lah juga member lepak kat rumah, kureng la sikit bosan tu. Nanti dia dah balik, aku sorang. Dah la rindu budak-budak matrik. Disebabkan aku rindu korang, aku upload la gambar yang aku rasa nak upload.



Tandas DKB, KMPh.




Tunggu Bas Sihat




Hari Jumaat di KMPh

Rinduuu u uu u uuuuu.

May 18, 2011

14-6

Assalamualaikum.

Hari ni 14-6-1432, kan? Biasanya kalau 14 atau 15, aku mesti lepak kat Teluk Cempedak, tengok bulan. Oh, ini tentang 14 atau 15 bulan Islam.

Sekarang kat UMP Pekan. Dengan bilik air pihak atasan tutup cakap nak baik pulih. Selama ni aku pakai seronok je, takde yang rosak pun. Masalah betul. Penutup kata announcement yang dia buat, "Segala kesulitan amat kami hargai." Macam F perangai. Menyusahkan gua je beb! Lu orang memang tak lama dah. Masing-masing kena lambung dengan wa nanti kang. Emo kot aku. haha

Hiasan berkadar.
Dahlah pasal kolej kediaman ni pun masih kecoh-kecoh lagi. Tak puas hati la wa macam ni. Ada ke patut budak tahun 1 akan datang terus dapat duduk UMP Pekan? (Ni bagi mereka yang belajar kat UMP Pekan la). Ni aku ni dah lah tahun lepas ulang alik Gambang-Pekan. Sem 3 nanti kena macam tu lagi? 


Hoiii kau orang ingat Gambang-Pekan tu 15 minit dah sampai?1 jam kot. Pergi balik dah dua jam. Nak tunggu bas lagi. Bangun awal pagi, balik-balik letih. Susah bagi aku nak focus dalam pembelajaran macam ni. Ceh macam la aku ni study sangat. 


Budak tahun 1 akan datang yang ambil kos Elektrik, Mech dengan Pembuatan, serius kalian akan kena ragging teruk. Aku bagitau awal-awal ni. Jangan sampai aku sound guna kaki.

Gila apa aku ni nak emo-emo? Emo tak korang?

May 8, 2011

Air itu berharga.

Tau Mesin Air Refill tu? Yang masuk duit syiling, tekan punat yang disediakan dannnnnn taddaaaa! keluar air. Air biasa je, bukan air jus mahupun teh sarbat. 

Tanpa water refiller atau mesin-air-apa-je-korang-nak-panggil-ni, susah kot. Nak masak air, heater tiada. Memang wajib ada benda ni. Nanti aku pun nak beli satu letak kat rumah.

Macam best pula panggil mesin ni water refiller.
Aku suka water refiller belakang blok aku ni. Isi 10 sen, lepas tu kau nak refill air banyak mana pun boleh. Isi satu lori pun boleh agaknya, tapi aku tak pernah cuba lagilah. Nak mandi kat situ pun boleh agaknya kalau rasa-rasa nak kena sound guna kaki. Terbaeekkk kot!

Esok exam, tak study habis lagi. Main FIFA japppp. Wakkkluuuuu

Mar 20, 2011

Hujan mencurah-curah turun ke ladang gandum. Laluuu jadilah...

...kokokrunch! Hoii, sedap kot KokoKrunch. Selalu beli masa bulan puasa. KokoKrunch pek besar, sebesar sekampit beras. Tak pernah nampak? Er, mungkin sebab yang aku beli tu ala-ala KokoKrunch je. Bukan yang ori. Murah kot. Mengikut perkiraan matematik, kiranya lagi murah la daripada harga gula-gula seposen dapat dua tu.

Dah lama tak balik rumah. Busy kot. Sibuk. Yelah, sebagai pelajar yang bergaya, nak main game lagi, online internet laju kan. Ok tipu je. Betul ni, busy 2-3 minggu ni. Malam tadi pun tak tidur. Kerja banyak. Jadi malam tadi aku stay up sampai Subuh, main game.

Dalam jam 9 pagi bangun, ada date. Eh, jangan salah faham. Kan dah kata busy. Dating buat report kot. Report dengan format I-triple-E. Tapi aku bukan budak UMP Gambang di mana (berdasarkan pemerhatian aku) setiap kali mereka-mereka ini buat discussion, mesti seriusss je memanjang. Muka ketat je kan. Kalau aku cucuk guna jarum, boleh bocor muka agaknya. Aku tak cakap semua yew.
Aku racist kot. Aku diterapkan budaya racist oleh sahabat-sahabat aku; Aok, Adib, Pak Long Burung, Wan. Jadi, memang aku anti sikit dengan budak UMP Gambang ni. you mad? Stay mad. lol

Masa discussion lah kita nak gurau-gurau. Kalau boleh beli jajan banyak-banyak belanja kawan. Discussion kat Teluk Cempedak pun ok. Diskusi yang seronok, ringan-ringan, gurau senda. Kalau boleh sambil tengok cerita 'Shaun The Sheep'.  Rilek beb, tak perlu serius memanjang.

Lepas discussion tadi, balik dalam jam 2 petang. Cuaca panas yang seronok. Basuh baju dan sidai dengan hati riang gembira. Tak lama lepas tu, cuaca macam berubah kan. Kalau buka lagu 'Aku Rindu Sayang Kamu' tak sempat lagi lagu tu habis. Baruuuuu je sidai baju. Tiba-tiba hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum. 


Jadi, aku dengan kaki lipas yang kudung berlari ke belakang melihat pakaian di ampaian lalu menangkap gambar. Baju-baju tu? Biarlah diorang sekali-sekala mandi hujan.

Feb 23, 2011

Hari ni cuti, jom berseronok dengan buku!

UMP ni seronok. Taktaulah kalau Kolej Kediaman (KK) yang lain macam mana. Tapi KK2 tempat aku menetap sekarang ni agak seronoklah. Sampai nak study pun tak boleh. Seronok ke macam tu? Yelah kan, kalau dah kelajuan download mencecah 2MB/s-4MB/s, macamana nak study? Huehuehue.

Macam biasa, hari Rabu cuti. Tapi tidak seperti hari Rabu yang sebelum ni, biasanya aku ntah-buat-apa melepak di Kuantan. Hari ni, download itu download ini. Dah download AutoCAD 2010, tak boleh install pulakk sebab aku punya buku-nota guna 64-bit os. Kenalah download lagi kan. Download yang 2011 punya pula. Dah siap install, terbaeekkklah kan. Seronok. Amat berbeza dengan AutoCAD 2008. Fikir-fikir kejap, macam nak download yang 2008 punya lah pulak. Malas kottt nak explore. 

Sambil-sambil tu tengah download Call of Duty: Black Ops. 7.29GB. Macam seronok. Nak beli, 2 DVD pulak. Download je lah. Hihi.

Khamis ada test. Jumaat ada test. COD ni sikit lagi siap download lah agaknya. Dah siap download, mesti nak try main. Lepas tu, mesti nak main lama-lama. Dah tu, nak study bila? Duhh. Pandai buat, pandai tanggunglah kan. Haha.

Nak basuh baju lah, lepas tu study makan, lepas tu study rehat-rehat kejap, lepas tu study usha COD sikit-sikit sampai ngantuk, then study online kejap, lepas tu study kacau orang dekat ym fb, lepas tu study tumblr-ing. Masa tu mesti dah malam kot? Dah malam mesti mengantuk. Masa tuuuulah kita study rasa nak tidur. Alamak alamak. Esok dah Khamis. Alamak alamak alamak.