Showing posts with label download - internet. Show all posts
Showing posts with label download - internet. Show all posts

Jul 9, 2011

427>7

Malam ini malam bersih. Err, bukan Bersih 2.0, tapi bersihkan hd aku. Dari 427GB drive D aku ni, tinggal 7GB lebih je. Dengan perasaan agak sedih dan pilu, aku uninstall satu persatu game aku. Aku perlu terus maju ke hadapan demi masa hadapan aku! *semangatberkobarkobar*

Ehehh, semangat tak bertempat. Final dah dekat. Sementara boleh download ni nak download banyak-banyak. Nanti beli hd baru, pindah semua data dalam tu. Bijak jugak aku ni, tak sangka betul.

Final hari Isnin, bukannya fikir nak study. Duhh MySpace

Feb 23, 2011

Hari ni cuti, jom berseronok dengan buku!

UMP ni seronok. Taktaulah kalau Kolej Kediaman (KK) yang lain macam mana. Tapi KK2 tempat aku menetap sekarang ni agak seronoklah. Sampai nak study pun tak boleh. Seronok ke macam tu? Yelah kan, kalau dah kelajuan download mencecah 2MB/s-4MB/s, macamana nak study? Huehuehue.

Macam biasa, hari Rabu cuti. Tapi tidak seperti hari Rabu yang sebelum ni, biasanya aku ntah-buat-apa melepak di Kuantan. Hari ni, download itu download ini. Dah download AutoCAD 2010, tak boleh install pulakk sebab aku punya buku-nota guna 64-bit os. Kenalah download lagi kan. Download yang 2011 punya pula. Dah siap install, terbaeekkklah kan. Seronok. Amat berbeza dengan AutoCAD 2008. Fikir-fikir kejap, macam nak download yang 2008 punya lah pulak. Malas kottt nak explore. 

Sambil-sambil tu tengah download Call of Duty: Black Ops. 7.29GB. Macam seronok. Nak beli, 2 DVD pulak. Download je lah. Hihi.

Khamis ada test. Jumaat ada test. COD ni sikit lagi siap download lah agaknya. Dah siap download, mesti nak try main. Lepas tu, mesti nak main lama-lama. Dah tu, nak study bila? Duhh. Pandai buat, pandai tanggunglah kan. Haha.

Nak basuh baju lah, lepas tu study makan, lepas tu study rehat-rehat kejap, lepas tu study usha COD sikit-sikit sampai ngantuk, then study online kejap, lepas tu study kacau orang dekat ym fb, lepas tu study tumblr-ing. Masa tu mesti dah malam kot? Dah malam mesti mengantuk. Masa tuuuulah kita study rasa nak tidur. Alamak alamak. Esok dah Khamis. Alamak alamak alamak.

Apr 21, 2010

Mengapa?


Lagi 0.02% nak habis download, boleh pulakkkk dia buat masalah.
Memang baguslah.
Perasaan yang terbaeekkk! *lagi*
Cuticuti ni memang seronok betul!
ahahhahaa MySpace

Jan 26, 2009

Mengecat rumah

Dapat juga aku meng-online-kan diri aku. Rumah baru tu takde telefon rumah. Tak boleh la guna Streamyx. Huaaa.... T.T
Susah gak hati aku ni. =(
Tak boleh la nak download anime pas ni!!! =((





[Ni tanah sebelah rumah. Kami bukan meceroboh, tapi tanah ni kepunyaan abah ye.]

Hari Ahad lepas, kami mula mengecat rumah. Dalam rumah je, bahagian luar nanti kot.


[Jom main cat! XD]


[Tadaaa! Warna bilik aku. Kenapa aku pilih wrna ni? Ermm....]


Tak tau lagi bila nak pindah sana. Kalau dah pindah ke rumah baru tu, camner aku nak online? T.T
Sedih la plak.
Hari Rabu ni, Abah pergi Jambi semula. Abah balik ni kejap je, nak settle kan rumah ni.
Besok pepagi, kami balik kampung. Yeeehaaa! Dapat la aku ikut atuk gi kebun. ^^


Selamat Bercuti semua! =D

[Gambar kami sekeluarga. Gambar Umi dengan adik perempuan aku terpaksa dibuang. Tak tutup aurat daa...]


Sayonara~
Wassalam...

Dec 26, 2008

Resident Evil: Degeneration


RE: Degeneration. Hah! Aku tak pernah tau pun wujudnya animasi ni sebelum ni. Baru je menonton cite ni tadi. Yeah! Memang best giler. Nyesal lak tak ikut perkembangan RE. Hero dalam citer ni, aku rasa macam pernah nampak kat dalam game Resident Evil 4.

Dalam animasi ni, terdapat pula virus baru iaitu G-Virus. Sebelum ni, ada T-Virus je dalam RE ni. G-Virus ni akan menyebabkan seseorang itu bermutasi. Mangsa akan berubah bentuk jika dijangkiti oleh virus ini. Kalau korang tengok cite2 RE sebelum ni, korang paham la yer.


Plus! Aku ada dengar pasal animasi 5 Centimeters Per Second. Citer ni memang dah lama kuar. Dengar kata, citer ni best. That's why I will try to get it! Muahahaa!
Kalau korang nak download link citer ni, gitau aku. =D


Jaa ne ^^
Wassalam...

Dec 15, 2008

Copying cite Naruto ngan Bleach

Wallaa!! Aku skang dekat CC/Cyber Cafe. CC ni lebih dikenali dgn Screenz. Memang tu la nama CC ni. Terletak di hadapan SABS, Kuantan. Apa yang aku sedang buat di sini? Aku sedang copy anime Naruto dan Bleach. Macam takde keje je aku ni. Tapi, itu satu kepuasan bagiku. ^^

Kalau korang nak cite Naruto ngan Bleach, korang datang jer sini, bawa portable hard disk korang, copy jer sume yang korang nak. Kalau nak download boleh gak, tapi agak lambat la kan.

Aku ada problem ngan internet connection kat umah aku. Connection sekarang ni semakin perlahan. Aku nak download file lambat je. Streamyx sejak2 ni memang begitu ke? Atau aku je yang mengalami masalah ini?



Jaa ne~
Wassalam...

Dec 14, 2008

Sorry my PC

Wahhaa!! Da dekat 4 hari aku xtutup com aku.
Kenapa? Sbb aku tgh download anime! Yeah!!
Giler2 nyer download tanpa memikirkan kesan xtutup PC terlalu lama.
Maafkan aku ya kawan? XD

Besok aku tutup. Mungkin aku akan tutup...
haha!