I was thinking about upgrading my motorcycle to a bigger cc. Like, 600cc 4 cylinder?
But then, the power will be too much for me to handle. Plus, I have to upgrade my license to B Full. Mehhhh, I'll pass.
Lepas tu, R25, betul-betul menarik perhatian aku. But knowing Yamaha - at least in Malaysia - the build quality is just not good. Lepas tu, aku tunggu. Anddd, baru-baru ni Yamaha ada keluarkan statement official berkenaan masalah R25 dengan R3 (kot?).
Thennnnn, Honda CBR250RR. The new one. Sangat bengis rupanya. Saiz piston lebih lebar daripada R25. And then, I was thinking, "possible ke model ni masuk Malaysia?"
Then I calm myself down. Lepas tu aku usha PS4. Sambil-sambil usha TV 4k resolution.
Last sekali, aku tarik nafas dalam-dalam. "Dinie, kau betul-betul terjerat dengan keindahan dunia. Hati-hati," aku mengingatkan diri aku.
Showing posts with label future - maybe - plan. Show all posts
Showing posts with label future - maybe - plan. Show all posts
Aug 23, 2016
May 10, 2011
Kemarau
122 hari lagi kemarau ke? - April 24 2011
Malam ini menyeramkan.
Ombak di Teluk Cempedak semacam. Cahaya di kaki langit tidak kelihatan.
Angin tiada, ombak terus menerus berlaku.
Dan dan...
Memang menyeramkan aku.
Labels:
florafauna - cuaca,
future - maybe - plan,
myself
May 2, 2011
Jogingguk
Fuhhh letih kot bersenam di pagi hari. Orang tua-tua panggil jogging. Berlari secara seronok sampai ke puncak Bukit Sulai, Gambang. Belakang UMP tu je pun. Dekat 35000 meter juga. Hebat tak aku? I know I know.
Oh, dah lama mengabaikan blog. Busy kottt. Dengan exam lagi, anak bini lagi. Nasib baik comel macam papa dia. Ok, tipu je. Tapi part comel macam papa dia tu tak tipu.
Malaslah sebenarnya. Tengah main Dragon Age 2. Ni main 2nd round sebab jalan cerita dia boleh lain-lain. Tak habis main dah install Prince of Persia: The Forgotten Sands. Tengok, betapa sibukkknya kehidupan sebagai seorang pelajar. Mana ada kami malas. Kami pun ada kerja sendiri apa.
Lagipun, last paper lama lagi. Memang ntah ke manaa je Lemang Crew meronggeng. Hari tu pi Berkelah Falls. Tapi tak dapat mandi sebab ada segerombolan askar tengah berlatih main bunga api kat situ. Emo kot aku!
Dahhh kena patah semula menuju ke arah Sungai Lembing. Aku berangan nak bawa budak-budak ni pergi Cemerong, Dungun pula lepas ni, tapi ntah bila. Dah lama tak mandi kat sana, seronok kot!
Letih amat ni. Lepas ni boleh daki Gunung Daik Bercabang Tiga pulak.
Apr 5, 2011
20 sen punya pasal.
Assalamualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat? Sayew rinduw dengan awak semua. Apasal aku tulis macam ni? Ffffffuuuuuuuuuuu
Hari ini hari Selasa. Esok hari Rabu, Khamis andddd Fridayyyy! Friday Friday gotta get down on Friday.
Hari ni hari yang seronok sebenarnya. Tapiiii, dah dua hari bangun lewat. Apa akibat aku bangun lewat? Adakah disebabkan Final semakin hampir dan aku tak study apa-apa lagi? Well, takde la tak tau apa-apa. Bak kata orang tua-tua, kayuh sampan biar perlahan-lahan sampai ke hulu, jangan nak cepat je sampai sanggup berenang-renang ke tepian. Rilek lah kan.
Jadi, kelas jam 9-10 am aku tak pergi. Bukan ponteng eh. Lewat bangun, macamana nak pergi kan? Alaaa, budak ni pun kata tak faham apa-apa. Tak sia-sia lah aku tak pergi. Tapi ada IM Talk dari 11 sampai 12.30 pm. IM tu bukannya Indera Mahkota, tapi Instruments and Measurements. Pergi semata-mata dengar ceramah. Tapi cool juga IR tu bagi ucapan. Tak sia-sia la pergi.
Dalam jam 2 petang, Nanananana ajak keluar. Dia nak buat baju dengan umi. Pakat mai rumah aku tempah baju meh. Seronok betul muka dorang bila sampai rumah aku. Taktau lah mereka buat-buat seronok ke apa. haha
Dari UMP tu, Shana yang drive. Bila sampai Kuantan, aku pulang yang kena mengayuh kereta Kancil tu. Bila aku bawa laju, diorang menjerit. Bila aku cucuk kereta depan, mereka menjerit juga. Tak taulah kalau mereka sebenarnya rasa sangat teruja bila aku drive ke apa.
Dah petang tu, pulanglah kami ke UMP terchenta. Dah nak sampai UMP tu, kejadian malam hari tu terjadi lagi. Seram kot kalau kereta tiba-tiba berhenti. Aku sebenarnya pelik juga dengan kereta ni. Suka sangat main-main dengan aku.
Telefon Ardham dengan Nas minta tolong isi minyak dalam botol. Sementara tunggu mereka sampai tu, hampir sahaja aku menempeleng lori yang lalu-lalang di situ. Nasib baik aku masih dapat mengawal kemarahan. Lepas dah isi minyak, kereta tu main-main pula tak nak hidup kan. Kali ni aku berniat nak menempeleng dengan sekuat hati pula kereta kancil yang berwarna merah itu. Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Memang bertuah la bakal isteri aku nanti. hihi
Tidak lama kemudian, ada la 2 orang abang macho berhenti sebab nak tolong. Diorang berhenti sebab nampak budak-budak perempuan di dalam kesusahan. Tapi tak kisahlah kan, niat nak tolong. Abang tu suruh tolak kereta. Aku nak tegur, kang abang tu cakap apa pula. Yelah kan, bukan bateri yang bermasalah nak tolak kereta.
Lepas tu, ada Abang Pomen Kereta pula berhenti. Tak sia-sia abang tu kerja kat workshop, hidup kereta. Alhamdulillah. Wa memang tabik sama lu lah! Aku pun dulu sebenarnya bercita-cita nak jadi pomen kereta. Boleh setting kereta sendiri kan kasi laju lumba dengan F1.
Sebenarnya, aku nak cakap harga minyak dah naik 20 sen. Tu je.
Sebab tu lah kereta asyik mati sendiri. Bukan disebabkan perkara-perkara ghaib ye.
Sebab tu lah kereta asyik mati sendiri. Bukan disebabkan perkara-perkara ghaib ye.
Feb 23, 2011
Hari ni cuti, jom berseronok dengan buku!
UMP ni seronok. Taktaulah kalau Kolej Kediaman (KK) yang lain macam mana. Tapi KK2 tempat aku menetap sekarang ni agak seronoklah. Sampai nak study pun tak boleh. Seronok ke macam tu? Yelah kan, kalau dah kelajuan download mencecah 2MB/s-4MB/s, macamana nak study? Huehuehue.
Macam biasa, hari Rabu cuti. Tapi tidak seperti hari Rabu yang sebelum ni, biasanya aku ntah-buat-apa melepak di Kuantan. Hari ni, download itu download ini. Dah download AutoCAD 2010, tak boleh install pulakk sebab aku punya buku-nota guna 64-bit os. Kenalah download lagi kan. Download yang 2011 punya pula. Dah siap install, terbaeekkklah kan. Seronok. Amat berbeza dengan AutoCAD 2008. Fikir-fikir kejap, macam nak download yang 2008 punya lah pulak. Malas kottt nak explore.
Sambil-sambil tu tengah download Call of Duty: Black Ops. 7.29GB. Macam seronok. Nak beli, 2 DVD pulak. Download je lah. Hihi.
Khamis ada test. Jumaat ada test. COD ni sikit lagi siap download lah agaknya. Dah siap download, mesti nak try main. Lepas tu, mesti nak main lama-lama. Dah tu, nak study bila? Duhh. Pandai buat, pandai tanggunglah kan. Haha.
Nak basuh baju lah, lepas tu study makan, lepas tu study rehat-rehat kejap, lepas tu study usha COD sikit-sikit sampai ngantuk, then study online kejap, lepas tu study kacau orang dekat ym fb, lepas tu study tumblr-ing. Masa tu mesti dah malam kot? Dah malam mesti mengantuk. Masa tuuuulah kita study rasa nak tidur. Alamak alamak. Esok dah Khamis. Alamak alamak alamak.
Dec 24, 2010
NFS 2010, Assassin's Creed 2, Split Second Velocity - Macamana nak habiskan semua game ni sebelum 2011?
Err, sejak ada laptop, nafsu main game semakin mengganas. Assassin's Creed baru je habis main. Installer AC2 tertinggal pula dekat UMP. Duhh
Bulan Disember ini, sejuk betul. Macam tengah duduk dalam peti ais. Nak mandi tengahari pun menggigil. Semua sejuk. Jimat elektrik, tak perlu pasang kipas.
Percaya tak, air panas pun sejuk? Ok tipu je. Nama pun air panas. Mana mungkin sejuk.
Tahun depan dah tak lama lagi. 2010 ni laju betul. Rasa kejap je. 6 bulan di UMP, tak rasa macam 6 bulan pun. Rasa macam...err...ntah. Apasal kejap sangat?
Dan, 6 bulan lagi masuk bulan 6. Apalah yang akan berlaku di Malaysia ni.
_________________________________________________________________
Pada jam 12.55, 22/12/2010, dengan secara tiba-tiba seperti orang excited; ternampak Fausan menunggang kucing, "Abang Dinie, selamat hari jadi!" Itulah perkara yang dilakukan oleh adik aku, Dhiyaul.
Farahin Ayu, Apple, Azirah Zakaria, Azdiya Suhada, Nina, Al Hafiz, Kak Fyda, Tan Peng Chee, Syauqi, Nik Fairuz Puteri, Ida, Cik Uji and my lovely family - terimakasih wish ye. 143.
Bulan Disember ini, sejuk betul. Macam tengah duduk dalam peti ais. Nak mandi tengahari pun menggigil. Semua sejuk. Jimat elektrik, tak perlu pasang kipas.
Percaya tak, air panas pun sejuk? Ok tipu je. Nama pun air panas. Mana mungkin sejuk.
Tahun depan dah tak lama lagi. 2010 ni laju betul. Rasa kejap je. 6 bulan di UMP, tak rasa macam 6 bulan pun. Rasa macam...err...ntah. Apasal kejap sangat?
Dan, 6 bulan lagi masuk bulan 6. Apalah yang akan berlaku di Malaysia ni.
_________________________________________________________________
Farahin Ayu, Apple, Azirah Zakaria, Azdiya Suhada, Nina, Al Hafiz, Kak Fyda, Tan Peng Chee, Syauqi, Nik Fairuz Puteri, Ida, Cik Uji and my lovely family - terimakasih wish ye. 143.
MCR ada album baru. Dayyum, tak sangka betul.
Labels:
future - maybe - plan,
game,
Musics,
ucapan selamat...
Dec 8, 2010
Al kisah...tersebutlah kisah Sang Kancil...bukan Kancil lah.
Gajah sebenarnya. Bukan kancil. Haiwan yang dikatakan comel oleh Fatihah atau lebih dekenali dengan Mek.
Tahukah anda bahawa pada zaman dahulu kala, gajah mempunyai kebolehan untuk terbang seperti burung? Ini kerana telinga gajah yang besar dan hampir menyerupai sayap burung menyebabkan gajah boleh mengapungkan dirinya dan terbang di udara.
Tetapi, terdapat suatu kisah yang tidak pasti kesahihannya menyebabkan gajah tidak ingin lagi terbang. Disebabkan gajah yang boleh terbang itu tidak lagi mahu terbang, kelebihan tersebut tidak lagi diwarisi oleh gajah-gajah millenium yakni pada zaman sekarang.
Salah satu punca gajah tidak mahu terbang adalah disebabkan malu. Badan beliau terlalu besar, lebih besar daripada seekor kucing dan semut. Sebab tu je gajah taknak lagi terbang. Perasaan malu. Korang yang pakai buka sana buka sini tu tak tahu malu ke? Gajah pun tau malu.
Ikan pari juga boleh terbang sebenarnya. Tetapi bukan di udara.
Penemuan gajah yang boleh terbang masih tidak ditemui oleh pakar-pakar yang mengkaji haiwan-haiwan yang hidup pada zaman dahulu.
Dan, pada bulan 6 tahun 2011, sesuatu yang buruk akan berlaku. Mungkin akan berlaku. Aku maksudkan negara Malaysia. Berhati-hatilah rakan-rakan. Bersiap sedialah anda. Perbanyakkan amal ibadah. Buah cempedak di luar pagar, harapkan pagar, pagar makan padi. Nasib baik tak makan cempedak.

ceritadongeng,
future - maybe - plan
Subscribe to:
Posts (Atom)