Showing posts with label family - rumah - balik kampung. Show all posts
Showing posts with label family - rumah - balik kampung. Show all posts

Feb 1, 2024

Aishah dan motosikal

Aku baru pulang dari tempat kerja dalam jam 12 tengahari tadi. Seperti biasa, Aishah menerpa ke arahku menyambut kepulanganku. Kali ni, aku pelawa dia untuk naik motor. 

Buat pertama kalinya dia terima pelawaanku. Takdelah jauh mana, dari pagar rumah sampai ke tempat parking je. 

Seronok betul dia dapat naik motor.

***

Hi semua, selamat ber-2024! Semoga kita semua terpelihara daripada seksaan kubur dan azab api neraka.

Dec 22, 2016

Sebelum pergi kerja, Diyana buatkan kek cokolat. Molten Lava namanya kalau tak silap. Macam biasa lah, bukan setakat edible, malahan sedap pula. Lepas tu dapat Poké Ball, boleh buat baring-baring. Kalau jumpa Snorlax, sekali baling je Bebola Poké ni, confirm dapat.


Thank you for all the wishes, my lovely family, my friend Nina and Epal. Semoga kita semua dapat taubat sebelum mati dan dikurniakan syurga-Nya kelak, insyaAllah.


Apr 7, 2013

Komik

Dah hampir 3 tahun aku cari komik 'New Journey To The West'. First part cerita tu aku baca dalam Gempak. Tak ingat issue berapa. But yeah, cerita tu awesome walaupun baru baca sekali dua. Lukisan dia, jalan cerita pun seronok. So tadi, aku pergi Kedai Buku 1Malaysia yang sebelah Zenith hotel depan ECM tu, cari buku 'Alexander adalah Zulqarnain' sambil berharap ada komik New Journey To The West. Akhirnya, aku keluar kedai tu dengan komik 'USER' part 1 and 2 karya Zint di tangan. 

Oh, kedai buku tu murah-murah harga. Dan aku tengah cuti mid-sem. Sambil project MicroP masih lagi tak berjaya.

Oct 25, 2012

A sudden question from my sister,



"Nanti bila orang dah kerja, dah beli peti ais, apa orang nak letak dalam peti tu eh?"

Well guys, rasa-rasa nak letak apa?

Oct 25, 2011

omnomnomnom

Di pagi yang tenang, buka satu episod random How I Met Your Mother. Lepas satu episod tambah satu. Lepas satu tambah satu. Lepas tu dah tak tambah.

Kalau kat rumah, gigi aku akan jadi manis. Hari ni kurang sikit melahap gula-gula. 23 biji per lebih kurang 30 minit, selama 30 minit. 

Kalau aku tak habiskan semua gula-gula ni, siapa nak habiskan? 


Another post takde point ja ne.

Oct 8, 2011

Kuning berkrim


Alhamdulillah. Sampai juga di home-sweet-home. Walaupun penat menunggu bas, tapi hati memang puas. Balik-balik je nampak nangka baru masak. Serius lazat berkrim. Memang menjadi kegemaran ramai.

Umi pulak tengah masak nasi ayam. Katil aku yang kat ruang tamu ni nampak makin seronok pulak. huehuehuee

Katil empuk

Pantai Lagenda

Hari Jumaat merupakan hari yang paling tenang dalam seminggu. Bagi aku lah kan. Sebab petang Jumaat tu dah takde kelas. Dah boleh lepak-lepak kejap, dah boleh bertenang kejap, tak perlu memikir pasal kerja apa nak kena submit esok kejap. Pendek kata memang aman lah.


Sebab tu lah aku pergi pantai semalam. Pantai yang terletak kat depan UMP Pekan tu. Petang semalam memang gelap betul. Dah macam malam hari.


Aku plan nak jalan-jalan je kat tepi pantai tu. Tapi, sesampai kat pantai je, sedar-sedar baju aku dah basah. Mandi pantai sampai nak termuntah. Nafas sampai tercungap-cungap. Sampai sakit gegendang telinga.


Disebabkan hari ni hari Sabtu, aku plan nak balik rumah. Jom jom!



May 16, 2011

7

Pantai Sepat, Kuantan.
Aku ingat lagi masa aku darjah satu, ada seorang budak perempuan ni comel betul. Masa tu aku sekolah kat SK Taman Rinting, Masai, Johor. Kelas bawah, nama kelas tu 1 Mutiara. Dia tak pakai tudung. Lepas aku pindah masa darjah 3, tak jumpa dah dia. Jumpa pun tahun lepas kot? kat fb. Sekarang dah pakai tudung dah, tapi masih comeyyy.

Bukan tu aku nak cerita sebenarnya. Masa aku berumur 7 tahun, masa tu aku baru ingin berjinak-jinak dengan alam persekolahan. Ada la sehari tu masa hari guru, aku tengok ramai kawan aku bagi pen lah bunga lah kat cikgu. Aku pun tak tau kenapa lah diorang ni tiba-tiba nak buat baik kan. Guru kelas pun aku tak tau siapa. 

Balik rumah aku cerita kat umi. Umi bagitaulah sebab Hari Guru. Aku pun macam, "Oooooohh. Nak juga bagi hadiah, boleh?"

Lepas tu umi tanya siapa cikgu kelas. Aku pun sebut semua nama cikgu yang mengajar aku masa tu. Ye lah, cikgu kelas kan. 


Then aku ingat umi bungkus 2 cawan besar bagi cikgu. Tak ingat pula nama cikgu, hihi.


Terima kasih kepada semua yang pernah mencurah dan melambung ilmu kepada saya tidak kira usia dan bangsa mahupun agama. Semoga hidup kamu dirahmati-Nya. 

Apr 5, 2011

20 sen punya pasal.

Assalamualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat? Sayew rinduw dengan awak semua. Apasal aku tulis macam ni? Ffffffuuuuuuuuuuu

Hari ini hari Selasa. Esok hari Rabu, Khamis andddd Fridayyyy! Friday Friday gotta get down on Friday. 

Hari ni hari yang seronok sebenarnya. Tapiiii, dah dua hari bangun lewat. Apa akibat aku bangun lewat? Adakah disebabkan Final semakin hampir dan aku tak study apa-apa lagi? Well, takde la tak tau apa-apa. Bak kata orang tua-tua, kayuh sampan biar perlahan-lahan sampai ke hulu, jangan nak cepat je sampai sanggup berenang-renang ke tepian. Rilek lah kan.

Jadi, kelas jam 9-10 am aku tak pergi. Bukan ponteng eh. Lewat bangun, macamana nak pergi kan? Alaaa, budak ni pun kata tak faham apa-apa. Tak sia-sia lah aku tak pergi. Tapi ada IM Talk dari 11 sampai 12.30 pm. IM tu bukannya Indera Mahkota, tapi Instruments and Measurements. Pergi semata-mata dengar ceramah. Tapi cool juga IR tu bagi ucapan. Tak sia-sia la pergi.

Dalam jam 2 petang, Nanananana ajak keluar. Dia nak buat baju dengan umi. Pakat mai rumah aku tempah baju meh. Seronok betul muka dorang bila sampai rumah aku. Taktau lah mereka buat-buat seronok ke apa. haha

Dari UMP tu, Shana yang drive. Bila sampai Kuantan, aku pulang yang kena mengayuh kereta Kancil tu. Bila aku bawa laju, diorang menjerit. Bila aku cucuk kereta depan, mereka menjerit juga. Tak taulah kalau mereka sebenarnya rasa sangat teruja bila aku drive ke apa.

Dah petang tu, pulanglah kami ke UMP terchenta. Dah nak sampai UMP tu, kejadian malam hari tu terjadi lagi. Seram kot kalau kereta tiba-tiba berhenti. Aku sebenarnya pelik juga dengan kereta ni. Suka sangat main-main dengan aku.

Telefon Ardham dengan Nas minta tolong isi minyak dalam botol. Sementara tunggu mereka sampai tu, hampir sahaja aku menempeleng lori yang lalu-lalang di situ. Nasib baik aku masih dapat mengawal kemarahan. Lepas dah isi minyak, kereta tu main-main pula tak nak hidup kan. Kali ni aku berniat nak menempeleng dengan sekuat hati pula kereta kancil yang berwarna merah itu. Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Memang bertuah la bakal isteri aku nanti. hihi

Tidak lama kemudian, ada la 2 orang abang macho berhenti sebab nak tolong. Diorang berhenti sebab nampak budak-budak perempuan di dalam kesusahan. Tapi tak kisahlah kan, niat nak tolong. Abang tu suruh tolak kereta. Aku nak tegur, kang abang tu cakap apa pula. Yelah kan, bukan bateri yang bermasalah nak tolak kereta.

Lepas tu, ada Abang Pomen Kereta pula berhenti. Tak sia-sia abang tu kerja kat workshop, hidup kereta. Alhamdulillah. Wa memang tabik sama lu lah! Aku pun dulu sebenarnya bercita-cita nak jadi pomen kereta. Boleh setting kereta sendiri kan kasi laju lumba dengan F1.

Sebenarnya, aku nak cakap harga minyak dah naik 20 sen. Tu je. 
Sebab tu lah kereta asyik mati sendiri. Bukan disebabkan perkara-perkara ghaib ye.

Sep 8, 2010

Malam ini terawikh terakhir untuk tahun ini.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, Syawal dah tak lama dah. Kalau kawankawan tak post kat fb, aku taktau kot bila raya. haha

Ok, buka tadi makan ketam. Ye ketam. Yang ada penyepit tu. Bukan nak menunjuk, cuma nak bagitau buka tadi makan ketam. Rasa dia tak macam ayam, memang rasa ketam lah.

Gigit punya gigit dengan gaya seperti beruang menggigit kulit pokok, tibatiba gigi aku...macam terselit sesuatu. Kulit ketam? Tapi semacam je. Tengok cermin, memang sah! Memang sah gigi kapak belah bawah yang belah kanan aku bergerak ke hadapan. WtFish? 
Seronok? Tak, sampai sekarang aku rasa tak selesa. Lamalama ok lah kot nanti. Errr...menakutkan. -_____-"



Oh, berbuka tadi makan buah betik kembar. Betik fresh takde baja apa.


Haaaa! Isnin lepas yang baru je lepas, aku berbuka dengan kawan2 SMART aku. Terbaeeeek lah korang, tak sangka dapat berkumpul ramai sebegitu. 



Dan, aku rasa tak perlulah beli bunga api tahun ni. Kat bawah tu ada rumah banglo. Besar kot rumah dia. Tapi dia macam jenis tak campur orang. Aku pun tak kenal siapa tuan rumah tu. Mana tau ada anak perempuan kan. XD

Oh, tadi lepas maghrib dia bakar bunga api. Fiuuu booommm! fiuuu booooom! Dekat je dengan rumah aku. Kalau dia bakar harihari lagi bagus. Takya lah aku beli. Hehee


Cekak rambut kesayangan umi yang berharga RM1 (rasanyalah) dan telah berumur hampir 16 tahun (ni pun aku rasa) telah patah. Sedih kejap.



Akhir kata, maaf zahir.

MySpace

Jul 18, 2010

Minggu ke-2

Assalamualaikum.
Ohayou!

Minggu ini, pulang ke rumah lagi. U dekat je dengan rumah kan, senang lah balik. Heeee

Aku balik kali ini mengharapkan sesuatu. Ingatkan dapat ikut abah pergi Johor tengok orang berubat, tapi takde rezeki lah. 

Tapiii, ada kiyai datang rumah aku. Mereka berdua dari Indonesia. Salah seorang daripada mereka kawan ayah aku. Datang nak lihat rumah ni.

Sebelum ni ada pawang datang. Ada 'barang baeek' katanya. Oh, ni semua pasal alam ghaib ye. Jangan fikir bukanbukan pula. hihi. Sekali dia tipu jeee. Then, aku kurang pasti apa yang berlaku. Tu yang kiyai tu datang nak tengoktengok apa yang berlaku kot? Err...

Erm, abah kata kiyai tu memang hebat.  Yelah, nama pun kiyai kan. Salah seorang daripada mereka, kalau kita berjabat tangan dengan dia, dia terus dapat tahu diri kita ni macamana dari kecil sampai ke besar. Memang hebatlah kan? Sapa tak setuju sila angkat tangan.

Dannnn, hari ini dah Ahad. Petang pulang ke UMP. Er, mungkin malam. Bosan sebenarnya duduk sana. Yelah, assignmnent tiada lagi kan.

Erm...so so, jaa ne!

May 19, 2010

Kucing dan semut

Assalamualaikum.

Baru balik dari bandar. Abah beli tiket bas ke KL.
Masa tunggu abah tu, aku terpandang la kat seekor kucing ni. Comel je.
Tengahtengah tanah kosong tempat parking depan Terminal Darul Makmur tu.
Lama juga aku pandang. Tibatiba, aku perasan akan sesuatu yang dilakukan oleh kucing itu. Dia macam tengah makan sesuatu. Tapi aku tak nampak pulak dia makan apa.

Dah lama sikit aku fikir, aku observe, aku rasa dia makan semut. Tersentuh hati aku. 
Ye lah, lepas makan tu dia jilatjilat tangan dia macam ada benda naik atas badan dia kan. Lepas tu, jilat tanah.
Makan semut lah kan?

Waaaa...bapak kesiannya. Aku terpaku. Sedih.
Tu je aku mampu buat?
*sigh*

Feb 16, 2010

Open Your Eyes

Salam.

Hari ni, dah habis cuti untuk Raya Cina. Aku balik malam. Boleh ke? Bolehh la kottt.

Cuti ni, aku habiskan di Melaka. Abah kerja di Melaka. Dah alangalang tu, jalanjalan lah di sana kan.

PSPM dah dekat. Serius, aku berdebar. SPM pun tak macam ni. Tapi, masih mainmain. Siasia je aku berdebar. Teruk.
Kalau boleh, aku nak hentak kepala aku di dinding sampai berdarahdarah lepas tu kata, "Belajar la bodoh! Jangan lepak je!!" Tapi...



Haaa! Ni salah satu gambar yang ditangkap masa kami sekeluarga pergi Melaka hari tu. Kacak tak? hahahaa

Ok. Nak bertolak ke kolej! XD

Jaa~
Salam.

Jan 18, 2010

Gambang WaterPark!

Salam.

Beberapa hari ni, aku tidur selepas Subuh sampailah jam 10lebih. Buat apa? Main game. Seronok.
Tak bagus untuk kesihatan ke? Takpe. Aku masih boleh melompat. Menari pun boleh. lol


Oh o0h! Malam tadi, Faiqah ada gitau pasal game best. Ni haaa! http://hotel626.com/ Lepas tu click yang kat kanan. Dia boleh main dari 8PM sampai 8AM je. Serius seronok weyh. Mengalir deras adrenaline aku malam tadi.MySpace

Ok, kembali kepada tajuk yang asal. Sabtu lepas, 2 hari lepas kan? Kami satu family
(Abah je tak) ke Gambang WaterPark! wohhooo! Di mana? Di Gambang lah kan. Dekatdekat dengan matrik Gambang tuuuu. Seronok bermain air. Banyak betul air kat sana. Tapi pelik, main air pun penat. Ermm...believe it.

Kesannya? AKu tidur hampir 12 jam. Buang masa betul.
MySpace
Oh ye, jangan suka mencuri. Bukan, tapi jangan mencuri ye. Tak kisah la curi apa pun. Termasuk curi pelampung orang lain. Aku tak tau lah nak kata apa. Tapi, kau yang mengambil pelampung aku yang bernombor 020, aku hampir
MySpace kau. Nasib baik tu tempat public. Kau ingat kau berjalan dengan kawankawan kau, aku takut nak sound kau? MySpace Dan kau yang mengambil pelampung aku yang bernombor 265, sialan kau.



Takpelah, benda dah lepas walaupun menyakitkan hati. MySpace








Oh, muka aku...sunburn. Ngeeee~

Jaa~
Salam.

Nov 29, 2009

Orang dulu-dulu pernah berkata, "Take it or leave it!"

Assalamualaikum.
Hey YO! =.="


Since internet putusputus dan amat "laju"
seperti siput sedut yang ingin belajar berenang di siang hari, aku telah mengambil keputusan untuk tidur lambat selama 4 haricuti ini hanya kerana nak online. Yeah, cuti 4 hari, rasa macam takde apaapa berlaku. Banyak main game je KOT.
Raya? nothing's special. Tapi, agak terharu sebab pertama kali beraya di rumah sendiri bersama keluarga tercinta.


"Adehh, laparnya..."
-current mood-
haha


Ok, esok dah kena balik kolej semula. Kolej Matrikulasi Pahang di Gambang yang tercinta. Aku rasa, lecturer macam ada bagi kerja. Tapi, takpelah. Cuti adalah cuti. Tiada masa untuk mengulangkaji. Bahahhaaa!


Kepada semua rakanrakanku, semoga tidak berputus asa.


Kalau semester 1 dulu, "
Sometimes, practice makes perfect because LUCK is more important."
-orangmalas maca ni la-


Taapiii, untuk semester 2 ini, "
4 flat, go GO gO!!!" hahahaa
-anganangan itu penting-


but but! katakata masa sem 1 tu masih akan ku pegang. LUCK lebih penting!
haha


Oh ya, Selamat Hari Lahir
Aqilah! Semoga sihatsihat dan ceriaceria selalu. Aqilah tu adik Atiqah K ye. Aku tak kenal dia. Heee...

Masa untuk tidur!

Oyasumi~

Wassalam.

Sep 25, 2009

JumaatKhamisJumaatKhamis. "Diamlah woi! Nak tido ni!"

Pagi ini, aku dikejutkan dengan satu pertelingkahan. Bukan la satu pertelingkahan KOT. Tapi lebih kepada satu percanggahan pendapat antara mak sedara aku dengan suaminya. Abah pun ada sekali rasanya.

"Hari ni hari Khamis!"
"Jumaat lah!"
"Khamis...!"
"Hari ni Jumaat."
"Ehh... melawan cakap orang tua lak."

Hahahaa. Lebih kurang camtu lah.

Aku lak, bangunbangun je, terus pergi kat komputer. Tengok tarikh dengan hari.
"Eh, 25hb lah. Jumaat lah kan."
Tak puas hati lagi, aku tengok lak handphone.
"Betul lah hari Jumaat."

Lepas itu, aku berfikir panjang.
"Mana hari Khamis? Semalam lah kot. Tapi, apasal macam kurang satu hari je minggu ni??!!"
Lepas tu, aku malas nak fikir. Haha. Serabuttt je.
Masa... makin pantas berlalu.

"Arghh!! Cuti dah nak habis!!!!" MySpace

Jul 24, 2009

Mid-Sem Break!

Assalamualaikum.

Kejap je, seminggu dah berlalu. Begitu pantas. Tinggal lagi seminggu cuti mid-semester aku.
Warghhh! Kejap giler! MySpace

Belajar kat matrik, memang seronok. Walaupun tertekan sikit. Tak, bukan sikit. Banyak.
Tekanan yang amat tinggi. MySpace
Tapi, serius seronok. Ntah kenapa.
Mungkin sebab dapat kawan-kawan yang sekepala, sebulu, sekulit, blablabla...

Oh ye. Minggu ni aku sibuk tolong abah ngan project beliau. Project CR! Ehh... Cat Rumah la. Hihi..

Buku lak... tak sentuh apa pun lagi. Dengan assignment yang bertimbun, kertas kerja, blablabla... Haih... MySpace

Erm.. apa lagi eh. Haa! Nak upload gambarlah. Gambar sebelum cuti. Heee... *aku ni tak habis2 upload gambar*


[Al Hafiz - Dinie - Azfizi - Rafizi]

[Menuju ke library!]

[Masing-masing khusyuk giler buat kerja kan]

[...dengan penolong tutorialku, Hidayah]

[Rafizi with Imran]

[Jam 10.01 pagi *takdegambarlainke*]

[belah kiri: Rafizi, Imran, Fauzan]

[belah kanan dari si baju biru: Taz, Atikah, Putri]

[Fauzan, Taz ngan aku. Aku yang pakai baju hitam berjam tangan tu! XD]

[Itulah Meeza]

[Dinie - Hidayah - Al Hafiz]

[Yang kat belakang - dua orang tu nak gak bergambar. Haha]

[Kat dewan kuliah]

[Kegembiraan sebab nak balik! haha]

[Dinie ngan Fizi]

[Kami berdua lagi! Heee... *aku pandang mana tah*]

[Nilah ketua tutorial 4F26a. Hihihi]

And lastly, untuk mereka2 yang sedang bercuti,
Selamat Bercuti!

Jaa~ MySpace
Wassalam.