Showing posts with label smkart. Show all posts
Showing posts with label smkart. Show all posts

Dec 30, 2016

24th 25th, kahwin kahwin.

Sabtu Dec 12th lepas, kawan sekolah aku kahwin, Amalina M. Suami dia orang Beserah juga. Tahniah beribu-ribu tahniah.

Amalina dan Izwan.
Ahad pula, geng UMP kahwin, Faizun Alias. Tahniah juga, berlemon-lemon tahniah. Seronok tak kahwin Faizun? hahahaha

Gambar pengantin tiada. Hazrul dan Adib. 
Faizun dan pasangan, Adibah Aqilah.
Tahniah semua. Memang ramai yang kahwin tapi aku tak dapat pergi di atas kesulitan yang dikesali, maaf lah tak dapat memeriahkan lagi majlis kalian.

Well, alhamdulillah. Semoga sentiasa tabah menghadapi alam perkahwinan. Aku doakan kalian semua sentiasa bahagia, dan sentiasa diredhai oleh-Nya. InsyaAllah.

Siapa pula lepas ni ye?

Oct 29, 2016

Tahniah kepada Faiqah dan pasangan. Semoga sentiasa dirahmati-Nya dunia dan akhirat insyaAllah.

Tadi dalam pukul 3 jugalah sampai kat Dewan Kompleks Dagangan Mahkota depan UIA tu. Hujan lebat bohh nasib baik laaa tak menunggang motorsikal. Dah separuh jalan tiba-tiba hujan atas bypass. 

Aku jumpa Zul, Umar, Farhan, Aresha dengan Norazira. Hey, lama betul tak jumpa kalian.


Lepas tu masuk dewan. Oh, sesi bergambar rupanya. Ramai pula orang. So, aku tengok korang sedang bergambar dari jauh, angkat tangan, berdoa dan tumpang gembira je lah. 


Cumanya aku nak tegaskan kat sini, macam mana aku tak terfikir langsung nak bergambar dengan korang-korang semua? Aduhai.



Well, tahniah Faiqah Azmir dan Firdaus. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.


Apr 12, 2015

#thatmoment

Weehoo, dapat kad undangan majlis kesyukuran meraikan perkahwinan. Part yang buat aku terharu, dapat kad tersebut by-hand. *kesatairmata

Teringat pula dulu, selalu dapat kad raya dengan surat-bertanya-khabar. Aku wonder, surat-menyurat ni akan wujud lagi ke akan datang? 

Oh, tahniah Aishah. Harap-harap, aku dapat hadir untuk makan ke majlis tersebut.

Feb 2, 2011

Cuti mid-sem yang sejukkk.

Assalamualaikum.


Mula-mula sekali, mari berdoa agar rakan-rakan kita di Mesir selamat.
Mari kita doakan juga keselamatan mangsa-mangsa banjir. Labis banjir! Kesian mbah aku. Maaf zahir batin mbah, awan terbang rosak pula cuti-cuti ni.


Sejak balik rumah bercuti ni, kipas ruang tamu rumah tak pernah aku nampak berpusing. Cuma aku pelik sikit dengan adik perempuan aku ni, tak reti-reti nak sejuk agaknya. Boleh pula bantai buka kipas kat bilik dia atau di mana-mana sahaja tempat beliau akan lepak.


Lantai rumah selalu sahaja berwap. Mandi pun sekali sehari. Tapi tak mengapa, aku memang dilahirkan wangi dan harum. Air yang keluar dari paip jangan cakap lah, macam air baru keluar dari peti ais. Nak mandi pun baca mantera dulu kasi air tu suam. Dah suam baru mandi. Tapi tak suam-suam, mandi jugalah.


Cuti ni bersemangat nak study. Heh. Mental je, bukan fizikal. Dan cuti terasa kejap. Hari ini dah Rabu. Beb, cuti sampai bila?


Ahad beberapa hari lepas, hangout dengan Aishah Z. dengan Caca dengan Sarah; rakan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib. Tonton wayang cerita Faster. Seronok juga cerita tu. 


Tak sabar nak tunggu April. 
AC: Brotherhood tak lama lagi keluar.
NFS Hot Pursuit seronok! Susah betul nak menang. jYeah!

Sep 8, 2010

Malam ini terawikh terakhir untuk tahun ini.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, Syawal dah tak lama dah. Kalau kawankawan tak post kat fb, aku taktau kot bila raya. haha

Ok, buka tadi makan ketam. Ye ketam. Yang ada penyepit tu. Bukan nak menunjuk, cuma nak bagitau buka tadi makan ketam. Rasa dia tak macam ayam, memang rasa ketam lah.

Gigit punya gigit dengan gaya seperti beruang menggigit kulit pokok, tibatiba gigi aku...macam terselit sesuatu. Kulit ketam? Tapi semacam je. Tengok cermin, memang sah! Memang sah gigi kapak belah bawah yang belah kanan aku bergerak ke hadapan. WtFish? 
Seronok? Tak, sampai sekarang aku rasa tak selesa. Lamalama ok lah kot nanti. Errr...menakutkan. -_____-"



Oh, berbuka tadi makan buah betik kembar. Betik fresh takde baja apa.


Haaaa! Isnin lepas yang baru je lepas, aku berbuka dengan kawan2 SMART aku. Terbaeeeek lah korang, tak sangka dapat berkumpul ramai sebegitu. 



Dan, aku rasa tak perlulah beli bunga api tahun ni. Kat bawah tu ada rumah banglo. Besar kot rumah dia. Tapi dia macam jenis tak campur orang. Aku pun tak kenal siapa tuan rumah tu. Mana tau ada anak perempuan kan. XD

Oh, tadi lepas maghrib dia bakar bunga api. Fiuuu booommm! fiuuu booooom! Dekat je dengan rumah aku. Kalau dia bakar harihari lagi bagus. Takya lah aku beli. Hehee


Cekak rambut kesayangan umi yang berharga RM1 (rasanyalah) dan telah berumur hampir 16 tahun (ni pun aku rasa) telah patah. Sedih kejap.



Akhir kata, maaf zahir.

MySpace

Aug 29, 2010

Soalan KH

Aku tak ingat masa tu aku tingkatan berapa, yang aku pasti masa tu aku bersekolah dia SMART, Kuantan dan cikgu kelas KH aku masa tu adalah Cikgu Mahyud. Seronok belajar dengan Cikgu Mahyud. Kalau setakat kena piat telinga, ketuk kepala tu perkara biasalah.

Ada satu hari tu jiwa dan kebatinanku tibatiba ingin meracau dan menggila. Er, sebenarnya aku tibatiba macam nak menarik perhatian 'dia'. Heeee MySpace

Masa tu kelas KH. Nasib baik masa tu kelas dah nak habis. Then, cikgu pula macam paksapaksa tanya soalan. Kawankawan aku ada juga yang bertanya tapi soalan biasa je. HAHA

Then, idea aku muncul secara tibatiba bagaikan duatiga kucing berlari (errr?)
lalu aku bertanya, "Cikgu, siapa yang mencipta tanggam?" Cikgu membalas, "Soalan tu tak keluar periksa, tak payah tahu." Lebih kurang macam tu lah beliau menjawab.

Haaa hambek kau! Tak terjawab soalan aku. MySpace (Bangga kejap)
Satu kelas gelak. Memang takboleh blah. hahahaa

Seronok bila teringat kisahkisah lama. MySpace
Maafkan saya ye cikgu. Mainmain je. Heee
Akhir kata, Selamat Hari Guru! (Eh_?)

Oh, siapa pencipta tanggam eh?

Nov 8, 2008

Jamuan KPA

07 November 2008, dlm kol 3pm KPA (Kadet Pertahanan Awam)
ada wat jamuan makanmakanmakan. Hehee..
Kenyang giler aku. ALhamdulillah. ^^
Venue: Dewan Makan Aspuri SMART


[Barbeque jom!!]

[Apa yg kelakar sgt tu?]

[Bersama Cikgu Rosli]

[Senyum la sket woi!!]
[Tunggu ayam tgh dibakar kot..]

[Kipas.. Jgn xkipas!!]

[Makan2...]

[Sedapnyer...]

[Byknye ko amek Sokey...]

[Ni ahli KPA gak ke?]

[Zul - Aktif]

[Yuyu - Adila - Zul]

Oct 24, 2008

Seminar LK

Assalamualaikum
Ramai tol org da buat last post..
aku bile la plak... ahahaa...

Ak sbnrnye nk post psl pelajar2 form 5 yg amek LK pegi SBPI ari tu. 21 October 2008...
Mse kat sana, Hasyim agak tersiksa dr mula sampai la akhir. Wahahaa... kesian dia.
Byk gak yg aku belajar kat sana. ALhamdulillah... ^^

[Dengar pe tu?]

[Menunggu Airbus SMART]

[Minum pagi kat SBPI] [ALep - Adib]

[Masing2 kekenyangan]

[Saling berbincang]

[Cikgu Mahyud - Hasyim]

[Perbincangan sulit...?]

[Bdk2 pempuan ngan Aliff]
[Blm kuar SBPI dah tido?]

[A. Zul - AJ]

[Azeem - Fazrol]

[^^]

[Paan - Safwan]

[Sampai gak kat SMART...]

Tak byk gambo yg aku amek. Naseb baek bateri camera aku xabes. Cam camera spe eh? Blm bertolak bateri dah low. Wahaha...

Sayonara bye bye
Wassalam...