Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Feb 2, 2011

Cuti mid-sem yang sejukkk.

Assalamualaikum.


Mula-mula sekali, mari berdoa agar rakan-rakan kita di Mesir selamat.
Mari kita doakan juga keselamatan mangsa-mangsa banjir. Labis banjir! Kesian mbah aku. Maaf zahir batin mbah, awan terbang rosak pula cuti-cuti ni.


Sejak balik rumah bercuti ni, kipas ruang tamu rumah tak pernah aku nampak berpusing. Cuma aku pelik sikit dengan adik perempuan aku ni, tak reti-reti nak sejuk agaknya. Boleh pula bantai buka kipas kat bilik dia atau di mana-mana sahaja tempat beliau akan lepak.


Lantai rumah selalu sahaja berwap. Mandi pun sekali sehari. Tapi tak mengapa, aku memang dilahirkan wangi dan harum. Air yang keluar dari paip jangan cakap lah, macam air baru keluar dari peti ais. Nak mandi pun baca mantera dulu kasi air tu suam. Dah suam baru mandi. Tapi tak suam-suam, mandi jugalah.


Cuti ni bersemangat nak study. Heh. Mental je, bukan fizikal. Dan cuti terasa kejap. Hari ini dah Rabu. Beb, cuti sampai bila?


Ahad beberapa hari lepas, hangout dengan Aishah Z. dengan Caca dengan Sarah; rakan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib. Tonton wayang cerita Faster. Seronok juga cerita tu. 


Tak sabar nak tunggu April. 
AC: Brotherhood tak lama lagi keluar.
NFS Hot Pursuit seronok! Susah betul nak menang. jYeah!

Jan 24, 2011

Khurafat

Assalamualaikum.


Dengar cerita 'Khurafat' macam best kan? Jadi, dengan keadaan panas dan hidung berair teman Ida tengok wayang kulit. Cerita hantu, normal lah kalau terkejut. Itu normal, walaupun cerita dia tak best mana pun, mesti ada part terkejut. Terkejut sikit pun jadiiii laaaa kan.


Bagi aku, cerita ni okay laaa. Erm, jalan cerita dia lemah. Ending dia boleh habis macam tu je? Aku tak berpuas hati. Baik tengok Saw 7. Tak pun Kapoww: Atoi The Ajaib Boy ke kan. Tapi apa-apa hal Liyana Jasmay memang comel.


East Coast Mall.
Assassin's Creed: Brotherhood game untuk Xbox dengan PS3 je rupanyaaaaa. Lupa pulakkk sepupu aku tu main game guna Xbox. MySpace


Ok dah. Tutorial tak buat lagi. Bagus betul. =..="

Jan 16, 2011

Guitar Hero pulak dahhh

Aku: Aku tau macamana nak cari handphone kau yang hilang tu.
Nur: Haaa, macamana macamana? *excited*
Aku: Cuba search kat google.
. . . 
(pengaruh tumblr


Lebih kurang 21 jam yang lepas. Assassin's Creed 2 dah habis main. Lepas tu, install Guitar Hero World Tour pula. Memang bermasalah betul aku ni. Ntah bila nak study.

Tunggu masa je nak beli Assassin's Creed: Brotherhood. Ini kerja gila.


Noodle Station
Baru balik dari ECM sebenarnya. Ingatkan nak tengok wayang cerita Khurafat, tapi takde pula. Jadi, pergi makan di Noodle Station. Macam sedapkan? Bolehlah. Yang penting kenyang. Kalau aku makan sampai habis tu, kira ok lah makanan dia. Ada orang belanja pula tu. Hihi. Xie xie Ida.


East Coast Mall, Kuantan.
Tengah berniat nak study ni. Tapi menurut firasat aku, aku akan main Guitar Hero sampai ngantuk. =..=