Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Sep 15, 2026

Kelam

Sebuah tahun yang tidak pernah aku jangka.

Tahun ini terasa seperti tahun yang penuh dengan ujian.

Pada 14 April, aku terlibat dalam kemalangan yang agak teruk. Femoral neck fracture dan orbital floor fracture antara kecederaan yang paling serius aku alami. Hampir empat bulan aku tak dapat bekerja.

Motor kesayangan aku, SV650, pula akhirnya diisytiharkan total loss kerana kos untuk membaikinya lebih tinggi daripada harga motor itu sendiri.

Waktu tu, aku ingatkan itulah titik terendah dalam hidup aku untuk tahun ni.

Pada 4 Julai, abah pula diserang strok.

Pukul 5.22 pagi, sebelum Subuh, umi menghantar mesej dalam group WhatsApp keluarga. Umi sedang dalam perjalanan ke hospital kerana abah kena strok.

Aku masih ingat saat membaca mesej itu.

Hanya mampu berharap semuanya akan baik-baik saja.

Selepas pemeriksaan, doktor mendapati terdapat darah beku di bahagian otak abah, sebesar kira-kira 36cc. Umi membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembedahan bagi membuang darah beku tersebut. Umi memilih untuk bergantung pada ubat pencair darah.

Sudah hampir dua bulan abah hanya terbaring di atas katil.

Dan sejujurnya, aku sangat sedih melihat keadaan abah sekarang.

Dulu abah yang menjaga aku.

Abah yang bekerja.
Abah yang bergerak ke sana sini.
Abah yang menguruskan banyak perkara untuk keluarga.

Sekarang, untuk bergerak pun abah perlukan bantuan.

Ada satu soalan yang selalu bermain dalam kepala aku.

Aku berdosa ke sebab tak dapat tolong abah?

Aku selalu tertanya-tanya, apa sebenarnya yang aku boleh buat?

Apa yang aku patut buat?

Aku nak tolong abah, tapi kadang-kadang aku sendiri tak tahu bagaimana.

Perasaan itu yang paling menyakitkan.

Helpless.

Rasa seperti melihat orang yang kita sayang sedang melalui sesuatu yang sangat berat, tetapi kita sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan.

Aku cuba untuk kuat. Cuba untuk teruskan hidup seperti biasa. Pergi kerja, balik kerja, buat apa yang perlu dibuat.

Tapi ada masa, ketika aku sedang menunggang motor, tiba-tiba air mata mengalir sendiri.

Tak ada apa-apa yang berlaku pada waktu itu.

Cuma teringat abah.

Teringat keadaan abah.

Dan hati aku terus jadi berat.

Mungkin tahun ini adalah antara tahun paling sukar dalam hidup aku.

Aku kehilangan motor.
Aku kehilangan hampir empat bulan kehidupan kerana kemalangan.
Dan sekarang, aku melihat seorang insan yang sejak kecil menjaga aku sedang terbaring sakit.

Aku tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.

Aku cuma tahu aku mahu terus berada di sisi abah selagi aku mampu.

Kalau aku tak mampu menyembuhkan abah, sekurang-kurangnya aku mahu abah tahu yang dia tidak keseorangan.

Aku mahu buat apa yang aku mampu.

Walaupun kecil.

Walaupun hanya duduk di sebelah katilnya.
Walaupun hanya pegang tangannya.
Walaupun hanya temankan abah dalam diam.

Terima kasih, umi dan abah.

Terima kasih sebab jaga aku sejak kecil.

Terima kasih sebab besarkan aku.

Dan terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku, walaupun mungkin aku tak pernah cukup pandai untuk mengatakannya.

Terima kasih juga untuk isteriku, sebab sentiasa menjaga aku, terutama ketika aku melalui kemalangan dan masa-masa yang sukar. Terima kasih sebab tetap berada di sisi aku, membantu aku, dan memberi aku kekuatan ketika aku sendiri hampir tak mampu untuk terus kuat.

Kalau ini memang titik terendah dalam hidup aku, aku cuma berharap,

semoga selepas ini, perjalanan aku akan mula naik semula.

Dan semoga suatu hari nanti, aku dapat melihat abah tersenyum dan bangun semula.

Insya-Allah.

Jan 29, 2025

The Evolving Jester

He used to be a playful person — always joking around, never taking things too seriously. He'd worn his playfulness like a vibrant cloak, convinced it was a disguise, a mask to shield the real, more serious self beneath.

The thing about being a playful character is you can hurt others with your words unintentionally. He'd learned this the hard way, his careless jabs often leaving unintended wounds. He'd been a talkative without thinking about his words, a whirlwind of opinions and observations, rarely considering the impact they might have on others.

But beneath the surface, a quiet unease simmered. Was this playful persona truly him, or was it a carefully crafted role he played to navigate the world?

Then, a slow awakening began. He realized the truth: his playfulness wasn't a disguise; it was the vibrant hue that colored his very essence.

This newfound self-acceptance, however, wasn't without its adjustments; he started to shape his character. The shift was subtle at first, a tightening of the reins, a newfound awareness of the weight of his words. The room, once filled with his boisterous commentary, began to quiet. He started to listen more, to observe, to weigh each sentence before it tumbled from his lips. The playful jabs, once so effortless, now felt sharp, almost cruel. He learned to choose his battles, to let some things go unsaid.

Now, silence was his companion. He found himself drawn to quiet corners, the hum of the city fading into a distant lullaby. Words, when they did come, carried the weight of meaning, each one carefully chosen, a precious stone polished to a perfect gleam. The room, once filled with the echoes of his laughter, now held a different kind of energy – a quiet intensity, a sense of deep listening, a profound respect for the power of the spoken word.

This is a short story about me.

Aug 24, 2022

Maya yang hilang

Ini masuk minggu ke-2, tubuhku lesu tidak bermaya.

Aku tak pasti perkara ini disebabkan oleh aku tidur di siang hari, ataupun aku kurang bersenam. 

Mungkin aku perlukan cuti daripada kerja selama seminggu, dengan harapan badanku segar seperti Pahlawan berdarah Jawi.

Jul 17, 2022

The fall of R25

Kronologi jatuh R25 (link terus ke Twitter)

Kau tau? 2 hari sebelum raya baru-baru ni, yakni 30 April 2022 aku jatuh motor? Ntahlah kenapa aku tak pernah update pasal tu kat sini. Aku update dekat Twitter dengan Instagram je.

So, sekarang ni motornya masih di bengkel. Luka aku dah pulih, tapi pergelangan tangan masih sakit; tak boleh buat kerja berat sebenarnya tapi aku paksa je.

Dan lagi, parut pada jari dia jadi kulit nipis. Jadi sensitif betul. 

Alhamdulillah, aku tak trauma untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang rider motorsikal. Cumanya sekarang aku selalu bercakap dengan diri sendiri supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika filtering a.k.a. mencilok.

Ktujebai.

°•°•°•°•°•°•°•

“Dan Kami pasti akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali untuk dihisab)” 

2: 155-156


Jun 6, 2022

New normal

Minggu lepas aku pergi Kajang untuk ambil semua barang yang aku telah tinggalkan hampir selama 2 tahun. Ye lah, hampir 2 tahun kan kita lockdown disebabkan Covid19. 

Masa aku belek-belek pakaian aku, banyak juga nostalgia dan memori-memori lepas yang terlintas dalam fikiran aku. Ada pakaian yang aku membesar dengannya, ada pakaian yang aku pakai untuk 1st interview. 

Masa aku tengok satu per satu barang-barang aku, aku juga sedar yang ada benda yang kita kena let go dan move on. Benda ni bukan sahaja hanya tertakluk untuk barang, tetapi juga dalam kehidupan. 

Sekarang, Covid19 dah reda. Semoga kehidupan kita semua lebih baik dari semalam.

Feb 21, 2022

Cerita sabun basuh baju

Sejak 1 January 2022, kalau aku nak basuh baju aku akan gunakan penutup pewangi Ambi Pur 180g tu sebagai sukatan sabun. Sebelum tu, aku main agak-agak je. Biasanya banyak gila aku tuang, dan baju akan ada kesan kotoran selepas basuh. Kesan kotoran tu disebabkan penggunaan sabun basuh baju (jenis serbuk) yang berlebihan lah.

Sabun basuh baju 2.3kg ni dah hampir 2 bulan, masih tak habis lagi. Last aku beli sabun basuh baju ni pada 31 Disember tahun lepas. Jenama Top: Blooming Freshness. Harga dekat sini $6.80/unit untuk 2.3kg kalau beli di Fairprice Xtra. Tapi masa tu ada diskaun, cuma $10 untuk 2 unit. Aku rasa kat Malaysia tak sampai RM15 kan? 

Akhir kata, ikutlah sukatan yang disarankan oleh pengeluar sabun tersebut. Boleh jimat banyak rupanya. *facepalm

Majulah sukan untuk negara.

Feb 10, 2022

Random recall #1

Kau tau kan yang kita boleh create bubble guna sabun? 

Masa kecil dulu, not sure berapa umur aku masa tu, aku rasa masa tu pergi beraya rumah kawan abah. Kemudian anak kawan abah (mari kita bagi nama dia Sazali since aku tak ingat nama dia) ajak main bubble. Dia keluarkan bekas yang berisi sabun yang telah dibancuh dengan air, dan straw. 

Cara nak buat bubble tu, celupkan sebelah straw tu ke dalam sabun tersebut, dan tiup the other part of straw. Well I'm sure you get what I mean.

Akan tetapi, entah bagaimana aku boleh tertelan sedikit sabun tu. Aku punya reaksi? Aku masa sangat takut sebab aku sangka aku akan mati sebab tertelan sabun.

Kelakar rasanya bila diingatkan semula.

Kena la ada monitor kalau nak main game tu kan?

Setelah beberapa hari aku menyelam dalam Carousel mencari monitor, akhirnya dapat juga aku beli Samsung SR35 24" dengan harga $130 semalam. Ada je yang jual baru dalam lingkungan harga $180-200. Tapi disebabkan aku nak beli ATH-AD500X, aku ambil yang used je lah. 

AD500X ni aku beli dekat Jaben Singapore pada harga $148. Dah order jugak semalam. Hehehe

Masalah sekarang ni, tinggal cable HDMI sampai je. Since aku malas nak keluar cari cable HDMI tu, aku beli kat Shopee je. Kena bersabarlah menunggu nampaknya. 

Tapi serius, bulan ni aku berbelanja banyak teruk. Persoalannya kenapa aku secara tiba-tiba nak main game semula? Aku ada jawapannya. Jawabnya sebab stress. Mental aku sangatlah tertekan stuck dekat sini. 

Well, Ramadhan semakin menghampiri. Aku harap raya nanti dapatlah pulang ke Malaysia, 3-4 hari pun okay dah. 🥲

Feb 7, 2022

Kembali bermain game

Got myself a game console, PS4. A used PS4 Pro to be exact. Banyak juga game free aku dapat, around 10 probably? Not really sure.

$450 juga harga yang perlu dibayar. Lepas ni kena cari monitor la pula ye.

Dec 17, 2021

Separuh nafas

Aku selalu terfikir, kenapa Tuhan jodohkan kita berdua. Layakkah aku menjadi suamimu? Sedangkan dirimu ibarat bidadari, pari-pari yang bersih, suci dan baik hati, aku pula sentiasa alpa dengan ujian dan permainan dunia.

Mungkin Allah hantarkan kau untuk kita berjalan bersama sehingga ke penghujung cerita.

Sep 7, 2021

September 7th dah woi! T_T

Aku rasa macam nak beli PS4 Pro. Tapi kena beli monitor lah kan? Andd semestinya headphone pun kena beli. 

Aku pun rasa macam nak deactivate FB account. Lama dah aku tak buka. Risau kena hack je hahaha. Tapi kan, rasa sayang pula sebab ramai kawan kat situ. Kawan dari SK Beserah, SMK Abdul Rahman Talib, Kolej Matrikulasi Pahang, Universiti Malaysia Pahang, sampaiiilah tempat kerja. Hmmm, biar je la kot buat masa ni kan?

Korang okay? Dapat dah vaksin? Ke ada yang anti-vaksin? Hehu

Okay gais, stay safe! 


Jun 20, 2021

Sleepy June

It's already June! Aku berharap semuanya kuat menghadapi ujian Covid-19 ni.

**

Lately aku ada masalah tidur. Tidur tak sampai sejam dah terjaga. Waktu tidur aku juga tak menentu. 

So, aku decided beli supplement untuk bantu aku tidur. Tapi aku perasan, supplement tersebut berkesan sekali untuk 2 hari. Kalau hari ni aku boleh tidur, esoknya pula macam takde kesan je untuk aku. 

Okayz jadinya aku tak tau nak habiskan cerita di atas macam mana. Hahaha

Aku sebenarnya tetiba buka dinieezyane.blogspot.com ni, dan tengok the latest update was on April. Dan secara tiba-tiba rasa nak update sikit walaupun tak tau nak cerita apa. Eh jap, siapa je buka blog ni gila? *facepalm 

Oh, aku ada terfikir macam nak beli smartwatch untuk track tidur aku. But, is it even worth it? Aku dah la lagi prefer tak pakai jam. TicWatch E3 serius sempoi. Snapdragon Wear 4100, pakai Google's Wear OS so dia ada Google Pay and bateri tahan lebih sehari. Tapi ntahlah. 

Haaa, sekarang ni aku banyak main Genshin Impact. Weh serius best!

Sooooo that's it. Later guys!

Apr 9, 2021

Assalamualaikum,

Hi semua! *berpurapuraadaorangbacablogni


Aku pinjam laptop kawan aku ni. So alang-alang aku macam nak update la sikit blog kesayangan ni. *cuteface

Dah 1 tahun 1 bulan rasanya aku tak balik Malaysia. Lama betul ye. Aku ada banyak nak cerita, tapi idea macam kehausan idea. hahaha

  • Aku dah dapat vaccine Pfizer-BioNTech; 2nd 3rd of March 2021.



  • Aku dah start fedup dengan management kerja sekarang, so aku cari kerja kilang.
  • InsyaAllah, bulan depan start kerja tempat baru.
  • Tengah serabut kepala nak cari bilik baru; bilik sekarang yang aku duduk ni agak jauh daripada tempat kerja baru.
  • Lastly, aku tak perasan akan kehilangan education certificate degree aku! whatthefishyfishyinthesea

Aku tiba-tiba rasa macam lapar pulak. Sebenarnya banyak je aku menaip, tapi simpan je dalam draft. Dah makin tua ni makin introvert pulak. HAHAHA
Ja ne! See you guys later.

Feb 7, 2020

Cerita sedih

Visor baru je pakai tak sampai sejam, dah ada kesan calar beb.

Sesih teruk beb.

*obss

Nampak tak? Kecik je tu kena batu. 

Nov 6, 2019

RlVDSyBZT1U=

Pagi tadi aku stuck 3 jam dekat imigresen nak masuk Singapore. And you know what? HR tak percaya dekat aku, siap perli-perli aku. @#$& betul. I really don't like my bad and negative part of myself. They are so dark,  and I cannot handle my dark aura: it will hurt others and myself. So I just smile and curse.

Masa balik pula ambil masa 2 jam setengah. Aku pergi dan balik ikut Woodlands tadi. Masa balik, dari 7.30pm sampai 10.00pm. Gila la, nasib baik aku solat Maghrib dulu. Aku tak tau macamana manusia-manusia yang selalu stuck dekat imigresen tu tempuhi benda sama setiap hari. 

Dari imigresen sampai Kota Tinggi ambil masa sejam. Semua traffic light hijau tadi, alhamdulillah. Ada 4 traffic light tak silap aku. Ada 1 je aku langgar - lagi sesaat nak sampai dia dah merah, so aku langgar je lah sebab masa tu full throttle. Ehehehe.

Tapi kalau hari-hari full throttle skuter aku ni, tak sampai setahun dah boleh jahanam enjin beliau.

ps: korang boleh decode tajuk guna base64.

pps: Banyak anime aku layan lately. Sekarang tengah download Tensei Shitara Slime Datta Ken. Harap sempat tengok nanti.

Jun 18, 2019

SHRMZB

Semalam masa otw balik dari tempat kerja, hujan tiba-tiba lebat. Sangat lebat dan tiada tanda-tanda hujan akan reda. Langit pula gelap sepanjang jalan. Jadi, aku nekad untuk meredah hujan menggunakan FZ150i adik aku.

Selepas lebih kurang separuh perjalanan, motor hilang kuasa. Aku pulas accelerator, enjin tiada tindak balas. "Ah sudah," aku risau. Belakang aku masa tu ada kenderaan pancuan 4 roda yang memang dari tadi follow aku jauh dari belakang. Terima kasih sebab tak cucuk rapat, aku amat menghargainya.

Lepas motor aku macam takde respon, aku berhenti kat tepi. Enjin terus mati. Aku menekan starter. "Bateri okay, starter okay, ni spark plug takde api ni," aku membebel mencari masalah.

Aku pun buka bag sandang aku nak ambil spana untuk buka plug. "!@#$$@#@, kenapa tak bawaaa!" Aku serabut betul masa tu.

Lepas tu aku bawa keluar phone nak call member berdekatan. Masa tu lupa betul phone crack kat panel belakang. Aku cuba nak call, tapi tak berjaya sebab screen bergerak-gerak sendiri disebabkan titisan air hujan. Aku mengeluh sambil meletakkan telefon bimbit aku ke dalam bag.

Aku cuba start lagi sambil membebel. Sekali dua enjin hidup, tapi bila pulas accelerator, enjin mati. Kali ketiga tak silap aku masa enjin hidup, aku pulas minyak sikit je. Lepas enjin dah hidup, aku pulas minyak beberapa kali sampai redline. Aku terus bersumpah tak nak bawa motor adik aku tu lagi. XD

Sampai kat rumah, telefon aku bootloop. Bukan main-main punya bootloop, sekali dengan ghost touch. Aku nak try flash ROM baru pun tak dapat sebab tak boleh nak on phone dalam fastboot mode.

Dugaan hari raya orang kata. Jadi, aku pun beli phone baru, Khamis agaknya sampai.

SELAMAT HARI RAYA semua! 
Maaf zahir dan batin.

May 2, 2019

Selamat ber-Ramadan Muslims!

Just an update.

R25 aku running satu silinder je masa idle. Masa RPM tinggi - dalam 3k gitu - engine berfungsi normal; running both cylinder.  Dugaan sungguh.

Contract kerja sekarang dah nak habis since project dah nak siap. Most probably bulan 5 ni last month. And then, aku macam nak cari kerja kat Singapore. Hutang bertimbun woi!

Kbai.

Aug 18, 2018

Have All The Songs Been Written?

Assalamualaikum.

Hi guys. Dah agak lama aku tak berblogginggelingging.

How's your life kawan-kawan? Aku berdoa kita semua sentiasa dirahmati olehNya. Semoga kita semua mati dalam Shahadah dan beriman. Ameen.

Me? Life's good I guess? Cumanya, aku agak terkilan sebab tak dapat pergi beberapa majlis perkahwinan kawan aku. Damn.

Tbh, aku dah lama deactivate fb dan aku dah tak active Instagram. Maaf kepada semua yang menjemput kalau aku tak dapat hadir. Aku betul-betul kesal dan minta maaf. Jikalau tidak percaya, ambillah kapak, belahlah dada ini. Erm, okay jangan belah dada saya. Potong rambut sikit takpe.

Oh, ingat kereta saga merah aku? Alhamdulillah dapat juga aku jual. Harga kasih sayang muah muah. Banyak betul kereta ni berjasa. Selangor, KL, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, semua dah sampai. Engine 4G15 memang lasak.

HP aku pun dah pulih lepas aku format. Bernas sungguh idea isteri aku. Dia tanya, "dah try format?". Lepas tu aku bermonolog, "eh apasal aku tak terfikir?". Lepas format tu, tadaaa! Macam telefon pintar baru beli. Molek je tiada masalah.

R25 aku pun aku dah tak pakai. Pak cik aku pula pakai. Damn I miss you. Ada rezeki nanti pakai MT-07 pula, dengan bernadikan 270 degree parallel twin, bunyi dah macam V-Twin.

Triumph Street Triple pun best jugak. Lampu depan macam hodoh sikit, tapi total berat cuma around 168kg, engine pula three-inline, bunyi memang padu. Kenapa tak MT-09? Torque dia tinggi sangat beb, aku ni noob je. Mati 🐸 pulak kang ong gedek gedek.

Benelli Leoncino pun boek juga. Inline-twin beb, bunyi dah macam 4-inline. Rupa pun smart, ala-ala cafe racer. Murah pun murah. Well, kalau nak betul-betul murah, beli used Duke KTM 250 atau 390.

Eh, okay lagi emmmmm, aku pun dah berhenti kerja as a Project Engineer. Setelah beberapa bulan aku ber-Grab Driver, insyaallah nanti aku akan bekerja di Johor pula.

Beberapa hari ni, aku belek-belek balik blog-blog kawan-kawan aku. Mostly, tak berblogging dah eh. Tbh, aku tak jumpa pun kawan-kawan aku yang masih berblogging. Hahahaha! Erm, faktor umur mungkin? Atau masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga? Atau dah tukar URL? Drop the link kat komen bawah okay?

Cakap pasal keluarga, gembira aku tengok gambar kawan-kawan aku yang dah ada suami, isteri, anak. Seriously, masa berlalu pantas. Tapi alhamdulillah, masing-masing gembira dengan rezeki yang dikurniakan. Bila la boleh jumpa kawan-kawan sekolah lagi eh? Kawan-kawan matrik? Kawan-kawan unibersiti?

Aku aktif Twitter je sekarang. Takde lah aktif, cumanya ada la apps tu dalam telefon pintar aku ni. Oh, selalu juga layan YouTube. YouTube ni bahaya tak tipu. Lepas satu video, tambah lagi satu. Sampai ntah video apa-apa je lah yang aku buka. Nanti tiba-tiba video  pasal haiwan berbisa la dan pelbagai lagi la video pelik. Cuma part bestnya bila jumpa lagu yang best teruk. Masa tu rasa macam, "apasal aku tak pernah tau akan kewujudan lagu ini sebelum ini?"



Aku pun nggak tau apa lagi yang harus dikarang. Minggu depan ramai cuti aku syak. So, bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Berhati-hati di jalan raya.

Selamat beristirehat semua! Selamat Hari Raya! *Pompompombunyimercun

Mar 23, 2018

It has been a few...weeks (?) since I don't use FB. 

Aku dah uninstall apps dia, dan deactivate account. Memula, aku ingat nak delete terus account tu. Tapi sayang pula sebab ada gambar-gambar semua.

ktujebai.

Nov 20, 2017

Ultra Instinct is so ultra cool!

Hi

Bulan 11 dah kan? Pertengahan bulan 11. Time flies so fast, so fast that even Son Goku's awan terbang can't keep up. Ridiculously fast. Eh, Son Goku's Ultra Instinct sangatlah cool; even Beerus-sama looks scared with Goku's development.

Well well, kerja sangatlah memenatkan otak sejak-sejak ini. Banyak project nak kena handover. Dapat pula project manager yang...blrghhhh. Sakit otak memikirkannya. 

Andd, wearing safety boots all day at project sites really takes a toll on my body. I mean, now, tapak kaki aku sakit semasa berjalan. I don't even know if it worth it to work here - sakit kaki; which is really not good for my body obviously and current project don't have proper project manager; menjadikan kerja banyak (banyak ke?) dan otak serabut. Dan aku bosan dengan kerja sekarang. Maybe aku kena apply bahagian service pula lepas ni. 

Ke aku yang cerewet? Kan?

Tiba-tiba aku click play all pada folder Welcome to the Black Parade, album 2016 My Chemical Romance.

To be honest, aku risau. Risau dengan masa hadapan. Kalau sebelum ni aku selalu fikir, "ikut je la flow," dan aku tak risau dengan apa yang akan berlaku. Tetapi, semakin aku dewasa, semakin aku risau. And yeah, memang aku patut risau.

Manusia menjual agama kerana dunia, fitnah berleluasa, riba yang aku rasa hampir mustahil untuk dielakkan, zina menjadi perkara biasa. Dan antara yang aku rasa tiap hari ialah waktu. Masa singkat betul. Kejap je berlalu, borak-borak buat kerja sikit dah 6 petang. Peh menakutkan. Dan aku, aku makin sibuk mengejar kesenangan dunia, asyik risau dengan rezeki. *not sure if I should smack my head or facepalm.

Since birthday aku bulan depan, aku dah buat keputusan - 23rd of December is gonna be a new chapitre untuk diri aku. And it's going to be a great journey. Ameen.