Setelah beberapa hari aku menyelam dalam Carousel mencari monitor, akhirnya dapat juga aku beli Samsung SR35 24" dengan harga $130 semalam. Ada je yang jual baru dalam lingkungan harga $180-200. Tapi disebabkan aku nak beli ATH-AD500X, aku ambil yang used je lah.
AD500X ni aku beli dekat Jaben Singapore pada harga $148. Dah order jugak semalam. Hehehe
Masalah sekarang ni, tinggal cable HDMI sampai je. Since aku malas nak keluar cari cable HDMI tu, aku beli kat Shopee je. Kena bersabarlah menunggu nampaknya.
Tapi serius, bulan ni aku berbelanja banyak teruk. Persoalannya kenapa aku secara tiba-tiba nak main game semula? Aku ada jawapannya. Jawabnya sebab stress. Mental aku sangatlah tertekan stuck dekat sini.
Well, Ramadhan semakin menghampiri. Aku harap raya nanti dapatlah pulang ke Malaysia, 3-4 hari pun okay dah. 🥲
Hi guys. Dah agak lama aku tak berblogginggelingging.
How's your life kawan-kawan? Aku berdoa kita semua sentiasa dirahmati olehNya. Semoga kita semua mati dalam Shahadah dan beriman. Ameen.
Me? Life's good I guess? Cumanya, aku agak terkilan sebab tak dapat pergi beberapa majlis perkahwinan kawan aku. Damn.
Tbh, aku dah lama deactivate fb dan aku dah tak active Instagram. Maaf kepada semua yang menjemput kalau aku tak dapat hadir. Aku betul-betul kesal dan minta maaf. Jikalau tidak percaya, ambillah kapak, belahlah dada ini. Erm, okay jangan belah dada saya. Potong rambut sikit takpe.
Oh, ingat kereta saga merah aku? Alhamdulillah dapat juga aku jual. Harga kasih sayang muah muah. Banyak betul kereta ni berjasa. Selangor, KL, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, semua dah sampai. Engine 4G15 memang lasak.
HP aku pun dah pulih lepas aku format. Bernas sungguh idea isteri aku. Dia tanya, "dah try format?". Lepas tu aku bermonolog, "eh apasal aku tak terfikir?". Lepas format tu, tadaaa! Macam telefon pintar baru beli. Molek je tiada masalah.
R25 aku pun aku dah tak pakai. Pak cik aku pula pakai. Damn I miss you. Ada rezeki nanti pakai MT-07 pula, dengan bernadikan 270 degree parallel twin, bunyi dah macam V-Twin.
Triumph Street Triple pun best jugak. Lampu depan macam hodoh sikit, tapi total berat cuma around 168kg, engine pula three-inline, bunyi memang padu. Kenapa tak MT-09? Torque dia tinggi sangat beb, aku ni noob je. Mati 🐸 pulak kang ong gedek gedek.
Benelli Leoncino pun boek juga. Inline-twin beb, bunyi dah macam 4-inline. Rupa pun smart, ala-ala cafe racer. Murah pun murah. Well, kalau nak betul-betul murah, beli used Duke KTM 250 atau 390.
Eh, okay lagi emmmmm, aku pun dah berhenti kerja as a Project Engineer. Setelah beberapa bulan aku ber-Grab Driver, insyaallah nanti aku akan bekerja di Johor pula.
Beberapa hari ni, aku belek-belek balik blog-blog kawan-kawan aku. Mostly, tak berblogging dah eh. Tbh, aku tak jumpa pun kawan-kawan aku yang masih berblogging. Hahahaha! Erm, faktor umur mungkin? Atau masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga? Atau dah tukar URL? Drop the link kat komen bawah okay?
Cakap pasal keluarga, gembira aku tengok gambar kawan-kawan aku yang dah ada suami, isteri, anak. Seriously, masa berlalu pantas. Tapi alhamdulillah, masing-masing gembira dengan rezeki yang dikurniakan. Bila la boleh jumpa kawan-kawan sekolah lagi eh? Kawan-kawan matrik? Kawan-kawan unibersiti?
Aku aktif Twitter je sekarang. Takde lah aktif, cumanya ada la apps tu dalam telefon pintar aku ni. Oh, selalu juga layan YouTube. YouTube ni bahaya tak tipu. Lepas satu video, tambah lagi satu. Sampai ntah video apa-apa je lah yang aku buka. Nanti tiba-tiba video pasal haiwan berbisa la dan pelbagai lagi la video pelik. Cuma part bestnya bila jumpa lagu yang best teruk. Masa tu rasa macam, "apasal aku tak pernah tau akan kewujudan lagu ini sebelum ini?"
Aku pun nggak tau apa lagi yang harus dikarang. Minggu depan ramai cuti aku syak. So, bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Berhati-hati di jalan raya.
Selamat beristirehat semua! Selamat Hari Raya! *Pompompombunyimercun
Yep, dah April. Tak lama lagi dah Ramadhan. Then, raya. After that, who knows? Kahwin maybe?
Eh eh? :P Aku betul-betul rasa masa yang berlalu selama ni, kini sudah menaiki awan terbang. Tu yang laju semacam. *** Lepas habis main Far Cry 4 ni, mungkin aku akan kemas console tersebut masuk ke dalam kotaknya. So far dah 50% habis. So yeah, selamat ber-April semua!
Baru hantar surat resign, and on 2nd of May aku masuk company baru, insyaAllah.
Well, lepas ni kena cari bilik sewa, kena fikir maintenance/roadtax/insurance kenderaan aku guna nanti, tiada lagi PS4 semasa hari bekerja, tiada lagi imternet free, tak boleh dah pergi kerja pukul 10-11 pagi and a lot of things will change. One step forward I guess?
Aku ambil masa beberapa hari juga nak buat keputusan ni. Well, what's done is done. Let's rock'n'roll.
*** And dalam 3 hari lepas, aku terbuka lagu Panic! At The Disco dekat YouTube. Bermula dengan This is Gospel, diikuti dengan Emperor's New Clothes dan kemudian Death of A Bachelor. Aku macam, "wow, kenapa aku tak dengar lagu band ni sebelum ni?"
Korang kena dengar dari This is Gospel, Lepas tu Emperor's New Clothes kalau dengar lagu dia dekat YouTube, sebab video dia bersambung. Kedua-dua lagu tu dari album yang berlainan btw.
Last aku layan ada la satu-dua lagu dalam album A Fever You Can't Sweat Out; Antaranya I Write Sins Not Tragedies yang aku agak yakin ramai yang sebaya aku pernah dengar lagu ni.
Aku terus cari album dia tahun 2013 dengan 2016.
Oh, Yamaha R25 matte black looks realllllly nice kan?
When am I, when am I Gonna start living? When am I, when am I Gonna move on? When am I, when am I Gonna kill this feeling? When am I, when am I Gonna stop this dreaming?
Oct 23, 2016
Aug 27, 2016
fb app kuat betul makan bateri. Lepas uninstall, screen-on-time sangat improve. Better battery life. Random search for music on YouTube. I found #monstercat. Untuk ketenangan lebih, boleh layan #MONO (Japanese band).
Engkau datang kepadaku Dengan sejuta harapan Kau janjikan cinta itu Ternyataku hanya persinggahan Hatimu yang luka Sungguh ku tak sangka Dan saat kekasihmu Inginkan kau kembali Tinggalkan aku Lupakan ku Kembalilah kau kepada dirinya Kerna ku tahu Cinta ini Hanya pelarian bagimu