Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Feb 20, 2026

The "What's Next?" Cycle

Kalau ingat balik, aku ni jenis yang susah nak rasa over-excited pasal achievement sendiri. Aku somehow lupa nak enjoy the moment... lupa nak berhenti sejenak dekat setiap checkpoint yang aku dah sampai. Masa SPM dulu, result boleh tahan padu jugak, tapi otak aku terus tanya, "Okay, what’s next?" Tak ada rasa nak melompat ke apa.

Dulu masa sekolah menengah, aku tengok kawan-kawan semua dah ada target nak jadi doktor, peguam, atau itu ini. Aku? Langsung tak ada. Aku cuma jenis yang flow with the flow. Aku tak ada peta yang jelas untuk masa depan, aku redah je apa yang ada depan mata.

Masuk Matrikulasi pulak, bila habis, orang lain happy. Aku? Aku rasa sedih sebab tu mungkin kali terakhir aku jumpa kawan-kawan kelas. Connection tu lagi mahal bagi aku daripada silibus.

Habis degree kat UMP pun sama. Masa hari grad, aku decide tak payah jemput parents. Bukan tak sayang, tapi aku tak nak susahkan dorang berpanas, penat-penat semata nak tengok aku naik pentas ambil skrol. Lagipun, jubah tu kena sewa kot. Membazir je rasa. Aku pun tak naik pentas. Bagi aku, itu cuma sehelai kertas. Real life starts after that.

Fasa mula kerja as RF Engineer kat YPTT, aku memang flow with the flow gila-gila. Nampak macam relaks, tapi dalam hati worried as fuck. Gaji cukup-cukup makan.

Aku ingat lagi satu malam, masa masih menumpang rumah Cik Nuar. Aku drive Proton Saga merah aku tanpa arah. Tengah sesak fikir masa depan, aku terlanggar lampu merah. Sikit lagi nak kena lenyek dengan lori. Masa tu aku sedar, aku dah sampai point paling buntu dalam hidup.

Tapi Tuhan Maha Adil. Aku stay lama jugak kat situ sampai akhirnya mampu angkat R25. That was a start.

Tapi sekarang, vibes dia dah lain. Aku bukan lagi budak Saga merah yang bawak kereta tak ada arah tu. Sekarang aku ada keluarga, ada tanggungjawab yang lagi besar. Perasaan "excited" tu pun dah bertukar—bukan lagi pasal diri sendiri, tapi pasal security untuk anak bini.

Dulu "flow with the flow", sekarang setiap langkah kena calculated. Tak boleh lagi main redah lampu merah kehidupan. Kepuasan tengok anak isteri selamat dan selesa sekarang ni sebenarnya satu high yang lagi padu daripada momen konvo kat UMP dulu. Masa tu aku rasa naik pentas pun tak perlu, tapi 'naik pentas' kehidupan sebagai seorang ayah dan suami ni, itu baru kemenangan yang aku nak raikan.

Budak Saga merah dulu mungkin tak sangka dia akan sampai ke tahap ni. Alhamdulillah for everything.


Jan 11, 2026

Main Motor ke Main Priority?

Dah masuk tahun 2026 ni, mata saya masih tak lepas memandang skrin telefon setiap kali nampak gambar Ducati Hypermotard V2 yang baru. Ada sesuatu tentang 'hooligan bike' ni yang buatkan jiwa rider saya meronta-ronta. Rekaan minimalis, posisi duduk yang tegak, dan bunyi enjin V-Twin Ducati... memang 'racun' yang cukup kuat.

Tapi itulah, bila duduk bertenang kejap sambil tengok slip gaji dan komitmen rumah tangga, terus rasa macam kena simbah air sejuk kat muka. Hari-hari berulang-alik kerja, motosikal bukan sekadar gaya, tapi ia adalah 'tools' untuk cari rezeki. Membayangkan ansuran bulanan Hypermotard V2 dengan kos servis Ducati, buatkan saya berfikir dua tiga kali.

"Masa muda ni lah nak merasa. Nanti dah tua badan pula tak larat." — Saifudin

Kata-kata Saifudin tu ada benarnya. Tapi pada fasa hidup sekarang, prioriti saya dah berubah. Keluarga, simpanan, dan komitmen sedia ada lebih penting. Lagipun, motor yang saya ada sekarang masih lagi setia berkhidmat menempuh kesesakan di Tambak setiap pagi. Hypermotard mungkin boleh bagi kepuasan hujung minggu, tapi realitinya, 'priority isn't there yet'.

Hypermotard ni aku simpan dulu kat dalam satu "box" otak aku ni. Janji motor yang ada sekarang masih steady bawa pergi kerja cari rezeki. Mana tahu hujung tahun 2026 ada rezeki terpijak? Amin!

Aug 18, 2018

Have All The Songs Been Written?

Assalamualaikum.

Hi guys. Dah agak lama aku tak berblogginggelingging.

How's your life kawan-kawan? Aku berdoa kita semua sentiasa dirahmati olehNya. Semoga kita semua mati dalam Shahadah dan beriman. Ameen.

Me? Life's good I guess? Cumanya, aku agak terkilan sebab tak dapat pergi beberapa majlis perkahwinan kawan aku. Damn.

Tbh, aku dah lama deactivate fb dan aku dah tak active Instagram. Maaf kepada semua yang menjemput kalau aku tak dapat hadir. Aku betul-betul kesal dan minta maaf. Jikalau tidak percaya, ambillah kapak, belahlah dada ini. Erm, okay jangan belah dada saya. Potong rambut sikit takpe.

Oh, ingat kereta saga merah aku? Alhamdulillah dapat juga aku jual. Harga kasih sayang muah muah. Banyak betul kereta ni berjasa. Selangor, KL, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, semua dah sampai. Engine 4G15 memang lasak.

HP aku pun dah pulih lepas aku format. Bernas sungguh idea isteri aku. Dia tanya, "dah try format?". Lepas tu aku bermonolog, "eh apasal aku tak terfikir?". Lepas format tu, tadaaa! Macam telefon pintar baru beli. Molek je tiada masalah.

R25 aku pun aku dah tak pakai. Pak cik aku pula pakai. Damn I miss you. Ada rezeki nanti pakai MT-07 pula, dengan bernadikan 270 degree parallel twin, bunyi dah macam V-Twin.

Triumph Street Triple pun best jugak. Lampu depan macam hodoh sikit, tapi total berat cuma around 168kg, engine pula three-inline, bunyi memang padu. Kenapa tak MT-09? Torque dia tinggi sangat beb, aku ni noob je. Mati 🐸 pulak kang ong gedek gedek.

Benelli Leoncino pun boek juga. Inline-twin beb, bunyi dah macam 4-inline. Rupa pun smart, ala-ala cafe racer. Murah pun murah. Well, kalau nak betul-betul murah, beli used Duke KTM 250 atau 390.

Eh, okay lagi emmmmm, aku pun dah berhenti kerja as a Project Engineer. Setelah beberapa bulan aku ber-Grab Driver, insyaallah nanti aku akan bekerja di Johor pula.

Beberapa hari ni, aku belek-belek balik blog-blog kawan-kawan aku. Mostly, tak berblogging dah eh. Tbh, aku tak jumpa pun kawan-kawan aku yang masih berblogging. Hahahaha! Erm, faktor umur mungkin? Atau masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga? Atau dah tukar URL? Drop the link kat komen bawah okay?

Cakap pasal keluarga, gembira aku tengok gambar kawan-kawan aku yang dah ada suami, isteri, anak. Seriously, masa berlalu pantas. Tapi alhamdulillah, masing-masing gembira dengan rezeki yang dikurniakan. Bila la boleh jumpa kawan-kawan sekolah lagi eh? Kawan-kawan matrik? Kawan-kawan unibersiti?

Aku aktif Twitter je sekarang. Takde lah aktif, cumanya ada la apps tu dalam telefon pintar aku ni. Oh, selalu juga layan YouTube. YouTube ni bahaya tak tipu. Lepas satu video, tambah lagi satu. Sampai ntah video apa-apa je lah yang aku buka. Nanti tiba-tiba video  pasal haiwan berbisa la dan pelbagai lagi la video pelik. Cuma part bestnya bila jumpa lagu yang best teruk. Masa tu rasa macam, "apasal aku tak pernah tau akan kewujudan lagu ini sebelum ini?"



Aku pun nggak tau apa lagi yang harus dikarang. Minggu depan ramai cuti aku syak. So, bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Berhati-hati di jalan raya.

Selamat beristirehat semua! Selamat Hari Raya! *Pompompombunyimercun

Mar 23, 2018

It has been a few...weeks (?) since I don't use FB. 

Aku dah uninstall apps dia, dan deactivate account. Memula, aku ingat nak delete terus account tu. Tapi sayang pula sebab ada gambar-gambar semua.

ktujebai.

Sep 4, 2016

Sep 4, 2015

Kosong

Dengar EP 'Kosong' daripada Laila's Lounge. 
Tiba-tiba aku bermonolog, 
"Cepat betul masa berlalu."