Showing posts with label Pics. Show all posts
Showing posts with label Pics. Show all posts

Mar 5, 2017

Weekend, Tasha datang rumah. Dia sampai Jumaat malam. Teruja betul aku bila jumpa dia. Lama gila beb tak jumpa. Dia drive all the way from Damansara Bangi ke sini, bawa kawan dia Tasha juga nama dia. Elok la tu Tasha bawa Tasha.


Lepas jalan-jalan kat bandar, ingat nak makan Mee Rojak Ayam dekat Pelnidung Pantai, tapi tutup pula. Nasib baik kedai sebelah dia buka. Sedap woi Mee Celup dengan Rojak buah dia.

Masa ni Tasha Amira sedang berselfie bermain pasir dengan adik dia.


Malam hari Sabtu tu pula, ke...
 
Teluk Cempedak! Lama betul tak lepas sini.

Awin, Natasha Amira, Azra Natasha.

Benteng! Aku pun first time jejalan sini lepas dia dah siap renovate.

Well, aku betul-betul kagum dengan si Tasha ni. In a marketing team yang ada 2 orang untuk satu Malaysia selama dua tahun ni di SK? Secara positifnya, banyak betul boleh belajar. 

*
Had a really quality time weekend ni. 

Permulaan yang baik untuk bulan baru I guess? Well, who knows. 
Aku pun macam tergerak nak keluar daripada zon selesa sekarang ni. Kerja tak leceh, takde punch card, boleh bersiar-siar sambil bekerja. Tapi sampai bila aku nak macam ni? Dayyum ini tak boleh jadi. Shadow of Mordor dah habis. Kena cari game baru ni.

Anywhoo, selamat ber-Mac dengan berseronok gais, have fun!

Oct 4, 2016

Gigitan ikan pari aumm



Dalam 4.30 sampai rumah.

Pukul 2 sampai Poliklinik Beserah. Masuk bilik dalam 2:15 kot? Dalam pukul 4:15 keluar bilik.

Siap tukar doktor nak cabut gigi, punyalah susah. Dekat akar gigi tu macam belok sikit, tu yang makan masa sikit agaknya. 

Gigi aku berlubang beb. Gigi geraham hujung bawah belah kiri. Menyesal pula aku biar lama-lama. Itulah orang dulu-dulu pernah kata, menyesal dulu pendapatan, lambat menyesal kena cabut gigi.

So, darah masih keluar. Pipi semakin kebas. Oh, tadi kena jahit sikit. 

Peh peh, lama gila tak cabut gigi. 

Rambut pun baru potong. Ingat nak simpan panjang gila macam Goku Super Saiyan 3, tapiii takpelah.

Esok cuti lagi. Kbai

Sep 4, 2016

Mar 19, 2015

Mar 8, 2015

Jan 28, 2015

Tadi dah post kat wall fb sahabat satu guru persilatan. Tapi disebabkan ilmu orang ni tak tercapai akal aku, aku upload pula kat sini.



Sep 21, 2014

Diptera

Aku rasa mengantuk. Aku pun membuat keputusan untuk masuk ke bilik, baring atas katil. Tiba-tiba, ada seekor lalat berterbangan. Gaya terbang tu, macam jakun; first time dapat terbang barangkali.

Lalu adik aku mengambil keputusan untuk mengambil pemukul lalat berwarna biru. Lalat ni memang laju serta pandai mempermainkan manusia yang hendak tidur. Aura Saiyan aku macam dah nak keluar. Tapi dapat aku tahankan, lalu aku lepak luar bilik.

Hampir selepas 15 minit, adik aku terduduk. Terpancar cahaya kekalahan di wajahnya. Akan tetapi, secara tiba-tiba, lalat tu hinggap kat atas pemukul lalat tu. Aku rasa nak menangis masa tu.





Tahap menganjing lalat ni memang membuatkan aku rasa nak menangis. Gaya dia macam menganjing, walaupun ia adalah seekor lalat. Punyalah tahap lalat ni menganjing, dihalau pun dia tak terbang.

Lalu, ia pun mati dibunuh.

Teringat pula pepatah Faizun,
Beranilah seperti lalat.

Mar 8, 2014

Bendasing 16cm

Sooo, bendasing sepanjang 16cm (approximately) ni tertusuk ke dalam sanubariku tayar kereta belakang belah kanan aku. 16cm hoi! Gila panjang.


Kena tukar tayar la ni nampaknya. 16sentimeterr. Magis apakah ini semua?

Jan 25, 2014

Re-wiring car audio system:

Done. Check.

Owner asal bubuh Audio Power Amplifier (power amp) dalam kereta. Biasa orang letak ni dalam kereta sebab nak improve sound system kereta. Tapi, baruu hari first beli kereta hari tu bateri dah kong. Aku cabut positive terminal power amp hari tu terus okay. Tapi radio tak boleh pakai la. Ingat nak hantar kedai dah hari tu. Fikir-fikir balik macam banyak jugak modal. haha

Then tadi, aku rewiring semula semuanya audio system - cabut power amp - dengan wire gila serabut aku dah kemaskan. Grounding untuk radio pun dah pasang lebih satu pergi ke skru bawah seat pemandu; aku tambah grounding sebab tadi bateri kong lagi, aku syak grounding asal untuk audio system ni memang mengarut. Anddd finallyy, kereta aku dah ada radio semula. haha

Setakat ni alhamdulillah ok je. Tengoklah kalau esok kereta tak boleh start kereta, memang kena cek balik grounding dia tu.

tak habis-habis pasal kereta kbai

eh jap.


tadaaaa! Lukisan lama. Rindu pulak nak menyeketch.

Jan 23, 2014

Tukar lampu meter kereta

Assalamualaikum. 

Sejuk sungguh sejak-sejak akhir ni. Plan nak cari kerja cari duit sikit cuti semester ni. Tapi haram jadah bapak malasnya, dengan sejuknya, dengan malasnya lagi. Paceroohhh malas. Takpelah, sebulan je malas. Lepas tu sakit otak satu sem lagi.

Hari tu, rasanya January 12, 2014 aku beli meter baru. Takde la baru mana. Secondhand je, murah. Beli pun sebab meter yang sedia ada tu odometer dengan tripmeter dia dah tidak berfungsi. 

Ni meter yang baru beli. Bezanya cuma yang ni backgroundnya putih.
Ni waktu malam.
Disebabkan aku super-bosan waktu cuti ni, saja ngada-ngada nak tukar warna lampu tu. Yang asal pakai mentol berfilament tu, aku beli yang LED warna biru. Tukar sendiri. Kalau pergi kedai tukar ntah berapa la dia cas. 



Tadaaaaaa!

/


Kalau nak cantik kena beli meter kereta Honda S2000.

Abarghhh dia bapak semat gila weyh


Kbai.

Sep 30, 2013

Vrooooomm!



Alhamdulillah, impian nak memiliki kereta sendiri tercapai juga. Urusan tukar nama masih dalam proses. Kereta murah je bohh. Yang penting!, takde hutang, takya pinjam dengan bank, takya serabut kepala dengan riba'. Weeeeee.

Kalau nampak, jangan cucuk rapat sangat. Bukan apa, makan asap nanti. Maklumlah, carburetor ada problem sikit. kehkeh

Akhir kata, wa masih memikir. Nak bagi nama ke tak kat kawan merah wa ni. Hmmm...

Aug 7, 2013

Sep 19, 2012

Mimpi tidur

Sesungguhnya apabila kalian sedang tidur dan bermimpi, janganlah bermimpi anda sedang tidur. Buang masa je. Baik takya mimpi.

Apa nak jadi dengan Parman ni. Mimpi bukan-bukan je. 


aaaa
Parman dan Adib

Sep 7, 2012

Rambut sama hitam? Rambut aku warna perang.


Beberapa hari yang lepas, aku tiba-tiba rasa nak potong rambut. Tiba-tiba rasa nak potong tepi kasi pendek. Lalu dengan pantas aku tiba-tiba ambil gunting hikmat aku dengan cermin kecik, potong tepi dengan belakang sikit. Lepas tu aku pun tiba-tiba gelak. Eh tak, aku tak gelak pun.



Semalam, rasa nak kasi lagi kemas rambut, aku berhasrat nak ke kedai gunting rambut. Lepas suit up tuxedo dengan berselipar jepun, aku pun tiba-tiba memecut laju dengan menunggang motosikal. 

Sampai je kedai tu, aku tiba-tiba tersenyum kekecewaan. "Lama betul orang ni beraya. Petang ni kot bukak."

Petang tu aku pergi lagi. Daku kuciwa lagi.

Tadi lepas solat Jumaat, aku pergi lagi. Aku tiba-tiba bermonolog, "Sabarr je lah. Kena lempang kang tak dapat bukak kedai setahun pulak kang."

Sejam lepas tu tiba-tiba aku gerak lagi, kali ni ke tempat jauh sikit. "Aih, tutup jugak?" 

Tiba-tiba aku rasa nak baling selipar kat pak cik kedai sebelah tu. Aku pun matikan enjin, lepas tu secara tiba-tiba pumping sebelah tangan kanan manakala tangan kiri angkat motor. Punyalah riak masa tu. Ok tipu.

Sampai je rumah, aku potong rambut sendiri. Cuma part belakang minta umi repair sikit. 


Hmmm lama tak update blog. Boleh la ni. hihi.
So...
Selamat hari raya la eh?

May 30, 2012

Ezone Ee

Disebabkan aku rasa benda ni kelakar gila sekarang, aku nak post la walaupun nampak macam memang kelakar.

Sila open image 'in new tab' untuk resolusi gambar yang lebih tinggi.

Cuba teka, yang menge-post dan mengomen tu ada berapa orang sebenarnya? Walaupun gambar sama, tapi akaun fb-nya berbeza-beza. Kehkehkeh.