Showing posts with label 4G15. Show all posts
Showing posts with label 4G15. Show all posts

Oct 22, 2015

4G15 with petronas

Proton Saga with 4G15p carb and manual 5 speed. Pengalaman berdasarkan penggunaan minyak RON95.

Guna Petron, fuel consumption (fc) not bad. Pickup pun okay la. 

BHP; fc, power dan pickup improve. Memang berpuas hati. 

Shell; tak guna lama. Tapi pickup dan power output atas sikit dari Petron, dan fc lebih kurang macam BHP. 

Beberapa hari lepas, isi Petronas sebab pam minyak Petronas ni bersepah - sepah. The result; fc teruk, pickup teruk. Semua teruk. Pffttt. 

May 15, 2015

Proton Saga (sedan) 4g15 exhaust system from extractor to muffler.

Baru tukar exhaust system dekat Makmur Pakar Exhaust tadi. GST je dah RM42.60. Hampas betul. Cukai tu cukai ni. Jawablah deme esok nanti. Cakap pasal GST, panas je hati aku memikir pemimpin konon-konon berjiwa rakyat ni. 

Back to topic, time tak kerja ni la kan extractor nak bocor. Syukran jazilan my parents, memahami. *sobs. Aku je yang tak faham mereka. Hmmm...

Lepas tu nampak pulak nenas (resonator) ada koyak sikit dengan center muffler karat teruk, piping pun karat. Mungkin ada orang nak rujuk harga, so aku listkan harga-harga tersebut.

4-2-1 extractor (mild steel/ besi putih) - RM180
Resonator/ nenas - RM180
HKS cente muffler (swirl) + pipe - RM200
5Zigen S-flow muffler - RM150

Extractor stainless steel sangat mahal harganya - mencecah RM4xx. So boleh lupakan hasrat tersebut.

Dah tukar S-flow ni, memang senyap la kereta. Takde la senyap macam standard kilang, tapi bunyinya masih boleh diterima telinga dan akal. 

Andd, the tokey (Panjang), told me there is adjustable suspension for the old model of Proton Saga and Iswara. The price is acceptable tho. Takde la cecah RM2k.

Lepas tukar S-flow, aku perasan masa low RPM, power agak kurang berbanding sebelum ni. Aku baca dekat forum, sepatutnya vice-versa. Paling penting, ekzos dah senyap. Tu je point dia sebenarnya. haha

Oh, tengah download drama Reply 1997.
I don't always watch Korean drama,
but when I do that means it's not typical drama.
pffttt

Jan 4, 2015

Akhirnya, mati juga cicak yang bersarang dalam kereta aku selama ntah-berapa-bulan. 

Btw, baru tukar distributor kereta - RM280. Planning to change the engine to 4G92 SOHC kalau dah kerja. But, is it worth it? or sell my Proton Saga sedan and buy SEG 4AGE?

Pray, wait and see.

Jan 10, 2014

Cable Plug

Assalamualaikum and good day.

Baru je tukar cable plug semalam petang lepas exam PSPHV. Kereta aku akan sangkut-sangkut macam nak mati bila rpm kereta cecah 4k. Since kereta dah agak lama, aku agak resistance kat cable plug dah makin tinggi disebabkan material dalam cable plug tu dah agak uzur. Aku harap dengan tukar cable plug ni dapat la selesaikan masalah ni.

Just nak kongsi (walaupun mungkin takde orang baca haha). Cabut satu-satu cable plug tu dan tukar satu-satu. Jangan cabut keempat-empat serentak. Cabut satu, pasang satu then try start enjin kereta. Kalau boleh start, tutup semula enjin and proceed to the next cable plug. 

Kalau cabut semua serentak, mungkin nanti tersalah pasang. Menyebabkan kereta tak boleh start dan kita tak tau plug cable mana yang bermasalah. 

Kalau tak nak kotor tangan, pakai la handglove. Aku semalam tak pakai pun, baru feel masa buat kerja tu. hahaha

Next thing aku rasa nak tukar sebelum drive shaft belah kiri dan lower arm depan ialah smooth shift bushing yang dipasang pada hujung linkage gear. Tunggu je lah pos laju sampai nanti. 

Ok, petang nanti aku ada paper Power Electronics pulak. Wish me luck guys.

Sep 30, 2013

Vrooooomm!



Alhamdulillah, impian nak memiliki kereta sendiri tercapai juga. Urusan tukar nama masih dalam proses. Kereta murah je bohh. Yang penting!, takde hutang, takya pinjam dengan bank, takya serabut kepala dengan riba'. Weeeeee.

Kalau nampak, jangan cucuk rapat sangat. Bukan apa, makan asap nanti. Maklumlah, carburetor ada problem sikit. kehkeh

Akhir kata, wa masih memikir. Nak bagi nama ke tak kat kawan merah wa ni. Hmmm...