Showing posts with label car. Show all posts
Showing posts with label car. Show all posts
Dec 2, 2015
Oct 22, 2015
4G15 with petronas
Proton Saga with 4G15p carb and manual 5 speed. Pengalaman berdasarkan penggunaan minyak RON95.
Guna Petron, fuel consumption (fc) not bad. Pickup pun okay la.
BHP; fc, power dan pickup improve. Memang berpuas hati.
Shell; tak guna lama. Tapi pickup dan power output atas sikit dari Petron, dan fc lebih kurang macam BHP.
Beberapa hari lepas, isi Petronas sebab pam minyak Petronas ni bersepah - sepah. The result; fc teruk, pickup teruk. Semua teruk. Pffttt.
Jun 25, 2015
Low beams not working, but high beams work just fine.
Dari semalam, memikir kenapa lampu kereta ni bermasalah. High beam hidup, tapi low beam tak (for both lamps). Memikir la malam tadi, kenapa lampu kecik je tak hidup. Jadi, aku check satu-satu masalah.
Bermula dari mentol, tak terbakar.
Relay, no problem. Tapi, masa low beam, relay tak energized. Yang peliknya, relay tu masih berfungsi dengan baik bila letak dekat circuit untuk high beam.
Tadi pagi cek guna multimeter connection wire.
Connection dari switch ke relay kaki 86 untuk low beam takde isyarat, bermaksud tak connect pun antara keduanya. Geram pula masalah macam ni.
Aku pun potong wire tersebut sikit-sikit. Dah nak dekat separuh tetap takde connection. Last-last aku potong semua wire tu, aku ganti dengan wire audio, memang tebal. Settle masalah.
Bermula dari mentol, tak terbakar.
Relay, no problem. Tapi, masa low beam, relay tak energized. Yang peliknya, relay tu masih berfungsi dengan baik bila letak dekat circuit untuk high beam.
Tadi pagi cek guna multimeter connection wire.
Connection dari switch ke relay kaki 86 untuk low beam takde isyarat, bermaksud tak connect pun antara keduanya. Geram pula masalah macam ni.
Aku pun potong wire tersebut sikit-sikit. Dah nak dekat separuh tetap takde connection. Last-last aku potong semua wire tu, aku ganti dengan wire audio, memang tebal. Settle masalah.
![]() |
| source: rowand.net |
May 15, 2015
Proton Saga (sedan) 4g15 exhaust system from extractor to muffler.
Baru tukar exhaust system dekat Makmur Pakar Exhaust tadi. GST je dah RM42.60. Hampas betul. Cukai tu cukai ni. Jawablah deme esok nanti. Cakap pasal GST, panas je hati aku memikir pemimpin konon-konon berjiwa rakyat ni.
Back to topic, time tak kerja ni la kan extractor nak bocor. Syukran jazilan my parents, memahami. *sobs. Aku je yang tak faham mereka. Hmmm...
Lepas tu nampak pulak nenas (resonator) ada koyak sikit dengan center muffler karat teruk, piping pun karat. Mungkin ada orang nak rujuk harga, so aku listkan harga-harga tersebut.
4-2-1 extractor (mild steel/ besi putih) - RM180
Resonator/ nenas - RM180
HKS cente muffler (swirl) + pipe - RM200
5Zigen S-flow muffler - RM150
Extractor stainless steel sangat mahal harganya - mencecah RM4xx. So boleh lupakan hasrat tersebut.
Dah tukar S-flow ni, memang senyap la kereta. Takde la senyap macam standard kilang, tapi bunyinya masih boleh diterima telinga dan akal.
Andd, the tokey (Panjang), told me there is adjustable suspension for the old model of Proton Saga and Iswara. The price is acceptable tho. Takde la cecah RM2k.
Lepas tukar S-flow, aku perasan masa low RPM, power agak kurang berbanding sebelum ni. Aku baca dekat forum, sepatutnya vice-versa. Paling penting, ekzos dah senyap. Tu je point dia sebenarnya. haha
Oh, tengah download drama Reply 1997.
I don't always watch Korean drama,
but when I do that means it's not typical drama.
pffttt
Jan 3, 2015
Jan 25, 2014
Re-wiring car audio system:
Done. Check.
Owner asal bubuh Audio Power Amplifier (power amp) dalam kereta. Biasa orang letak ni dalam kereta sebab nak improve sound system kereta. Tapi, baruu hari first beli kereta hari tu bateri dah kong. Aku cabut positive terminal power amp hari tu terus okay. Tapi radio tak boleh pakai la. Ingat nak hantar kedai dah hari tu. Fikir-fikir balik macam banyak jugak modal. haha
Then tadi, aku rewiring semula semuanya audio system - cabut power amp - dengan wire gila serabut aku dah kemaskan. Grounding untuk radio pun dah pasang lebih satu pergi ke skru bawah seat pemandu; aku tambah grounding sebab tadi bateri kong lagi, aku syak grounding asal untuk audio system ni memang mengarut. Anddd finallyy, kereta aku dah ada radio semula. haha
Setakat ni alhamdulillah ok je. Tengoklah kalau esok kereta tak boleh start kereta, memang kena cek balik grounding dia tu.
tak habis-habis pasal kereta kbai
eh jap.
tadaaaa! Lukisan lama. Rindu pulak nak menyeketch.
Owner asal bubuh Audio Power Amplifier (power amp) dalam kereta. Biasa orang letak ni dalam kereta sebab nak improve sound system kereta. Tapi, baruu hari first beli kereta hari tu bateri dah kong. Aku cabut positive terminal power amp hari tu terus okay. Tapi radio tak boleh pakai la. Ingat nak hantar kedai dah hari tu. Fikir-fikir balik macam banyak jugak modal. haha
Then tadi, aku rewiring semula semuanya audio system - cabut power amp - dengan wire gila serabut aku dah kemaskan. Grounding untuk radio pun dah pasang lebih satu pergi ke skru bawah seat pemandu; aku tambah grounding sebab tadi bateri kong lagi, aku syak grounding asal untuk audio system ni memang mengarut. Anddd finallyy, kereta aku dah ada radio semula. haha
Setakat ni alhamdulillah ok je. Tengoklah kalau esok kereta tak boleh start kereta, memang kena cek balik grounding dia tu.
tak habis-habis pasal kereta kbai
eh jap.
tadaaaa! Lukisan lama. Rindu pulak nak menyeketch.
Jan 23, 2014
Tukar lampu meter kereta
Assalamualaikum.
Sejuk sungguh sejak-sejak akhir ni. Plan nak cari kerja cari duit sikit cuti semester ni. Tapi haram jadah bapak malasnya, dengan sejuknya, dengan malasnya lagi. Paceroohhh malas. Takpelah, sebulan je malas. Lepas tu sakit otak satu sem lagi.
Hari tu, rasanya January 12, 2014 aku beli meter baru. Takde la baru mana. Secondhand je, murah. Beli pun sebab meter yang sedia ada tu odometer dengan tripmeter dia dah tidak berfungsi.
![]() |
| Ni meter yang baru beli. Bezanya cuma yang ni backgroundnya putih. |
![]() |
| Ni waktu malam. |
Disebabkan aku super-bosan waktu cuti ni, saja ngada-ngada nak tukar warna lampu tu. Yang asal pakai mentol berfilament tu, aku beli yang LED warna biru. Tukar sendiri. Kalau pergi kedai tukar ntah berapa la dia cas.
![]() |
| Tadaaaaaa! /
Kalau nak cantik kena beli meter kereta Honda S2000.
|
| Abarghhh dia bapak semat gila weyh
Kbai.
|
Jan 10, 2014
Cable Plug
Assalamualaikum and good day.
Baru je tukar cable plug semalam petang lepas exam PSPHV. Kereta aku akan sangkut-sangkut macam nak mati bila rpm kereta cecah 4k. Since kereta dah agak lama, aku agak resistance kat cable plug dah makin tinggi disebabkan material dalam cable plug tu dah agak uzur. Aku harap dengan tukar cable plug ni dapat la selesaikan masalah ni.
Just nak kongsi (walaupun mungkin takde orang baca haha). Cabut satu-satu cable plug tu dan tukar satu-satu. Jangan cabut keempat-empat serentak. Cabut satu, pasang satu then try start enjin kereta. Kalau boleh start, tutup semula enjin and proceed to the next cable plug.
Kalau cabut semua serentak, mungkin nanti tersalah pasang. Menyebabkan kereta tak boleh start dan kita tak tau plug cable mana yang bermasalah.
Kalau tak nak kotor tangan, pakai la handglove. Aku semalam tak pakai pun, baru feel masa buat kerja tu. hahaha
Next thing aku rasa nak tukar sebelum drive shaft belah kiri dan lower arm depan ialah smooth shift bushing yang dipasang pada hujung linkage gear. Tunggu je lah pos laju sampai nanti.
Ok, petang nanti aku ada paper Power Electronics pulak. Wish me luck guys.
Oct 12, 2013
vs Wish
Assalamualaikum.
Wa tak nak cerita sebenarnya. Tapi blog dah lama tak update. Lalu aku pun telah berfikir, "Buka blogger.com jap lah." Lepas tu, tiba-tiba aku tengah taip entry ni. Terkejut jugak aku, tau-tau je dah ada tajuk. Macam tak sempurna pulak kerja kalau berhenti begitu sahaja.
---
Petang jam 2 tadi aku dari Beserah nak ke Pekan. Ikut la Jalan Teluk Sisek.
Lepas traffic light dekat Restoran Satay Zul tu, aku ambil la lane kanan. Sebelum Petronas tu ada simpang dari Lorong Seri Kuantan kan? Ada Toyota Wish keluar dari situ. Then dia terus masuk lane kanan tu. Aku pun masuk la lane kiri pulak.
Bila dah dekat jambatan sebelum Petronas tu, aku kat sebelah dia. Suddenly, dia masuk kiri. Dia masuk kiri dengan effortless. Macam jalan tu dia sorang je yang guna. Dengan tak bagi signal, dengan tiba-tiba, terkejut jugak aku. Lepas dia dah masuk kiri dengan serius-kurang-ajar, kereta kami bergesel. Aku calar, dia pun calar. Aku dah fikir, dia salah, boleh settle situ je.
Berhenti kat simpang tiga nak masuk ke Tanjung Api tu. Ada 2 orang Melayu (ayah dengan anak dia), yang driver ni Chinese turun. Aku tanya la, "Nak settle macamana ni?"
Tiba-tiba dia cakap aku langgar dia. Dia cakap lagi, tu jalan dia, tak perlu bagi signal. Dia suruh bayar, RM300 at least.
Tambah lagi satu masalah, anak dengan pak cik tu pun cakap aku salah. Then, kitorang pusing balik jalan tadi, sebab masing-masing tak puas hati. Si pak cik ni duduk dalam kereta aku.
Lepas tu, cakap-cakap lagi la kan. Dia ulang benda sama, cakap aku salah; aku dari belakang masuk jalan dia. Masa tu, pak cik dengan anak dia macam dah senyap sikit. Tapi still, dia macam backup cina tu.
Kat sini, ada 3 benda aku bengang. Pertama, berbincang dengan orang tak reti bahasa. Kedua, muka cina tu memang selamba. Ketiga, dia suruh aku bayar; but then aku ajak pergi balai dia tak nak.
Lepas tu, dia suruh follow lagi. Pergi bengkel kawan dia rupanya. Dah kat situ, dia cakap RM280. Aku cakap "Jom cerita balai." Lepas tu pak cik ni pulak cakap, bagi sikit pun takpe, 50 ke, 100 ke. Aku cakap, aku tak nak bayar. Kalau suruh bayar jugak, kita cerita balai dulu.
Last-last, dia cakap settle macam tu je. Aku dengan tadi marah sampai menggigil, geram la jugak. Cakap balik kat dia, "Kalau macam tu, you bayar ganti rugi, kereta aku pun calar jugak." Lebih kurang macam tu la kan. Tapi dah dia cakap aku jugak salah, aku blah je la.
Serius bro, mentang-mentang aku muda lagi, senang-senang je minta bayar. Settle kat balai tak nak. Mentang-mentang naik kereta mahal, jangan nak jalan atas udara je. Tanah ni kita kena pijak jugak.
Sampai kat UMP, berbual dengan member, cina jugak. Then, dia sendiri yang tanya aku, "Chinese ke?" Lepas aku mengiyakan, dia geleng-geleng kepala sambil berkata, "Cina maa, memang banyak putar belit kalau cerita."
Tapi alhamdulillah aku bersyukur, calar sikit je. Takde kecederaan kepada penumpang. Cuma sampai sekarang tak puas hati. Dia cakap aku salah, tapi aku ajak pergi balai banyak pulak cerita. Kalau kena lempang dengan aku tadi, memang bisu; sia-sia je hidup.
Sep 30, 2013
Vrooooomm!
Alhamdulillah, impian nak memiliki kereta sendiri tercapai juga. Urusan tukar nama masih dalam proses. Kereta murah je bohh. Yang penting!, takde hutang, takya pinjam dengan bank, takya serabut kepala dengan riba'. Weeeeee.
Kalau nampak, jangan cucuk rapat sangat. Bukan apa, makan asap nanti. Maklumlah, carburetor ada problem sikit. kehkeh
Akhir kata, wa masih memikir. Nak bagi nama ke tak kat kawan merah wa ni. Hmmm...
Mar 10, 2013
Pening
Fobia kejap lepas accidentally buat drift guna Kancil petang tadi. Seriuss bro. Kancil 850. Nasib baik tayar tak botak. Oleh itu, tayar dapat mencengkam jalan bertar setelah jalan tar yang berpasir dilalui. Alhamdulillah selamat. Seriously, macam Dai Yoshihara rasa tadi. Macam Takumi Fujiwara pun ada rasanya. Adoi peningnya kepala, rasa nak pitam.
update*
macam ni lah lebih kurang keadaannya tadi. kehkeh
update*
macam ni lah lebih kurang keadaannya tadi. kehkeh
Subscribe to:
Posts (Atom)






