Showing posts with label Asgnment - exammood. Show all posts
Showing posts with label Asgnment - exammood. Show all posts

Jan 10, 2014

Cable Plug

Assalamualaikum and good day.

Baru je tukar cable plug semalam petang lepas exam PSPHV. Kereta aku akan sangkut-sangkut macam nak mati bila rpm kereta cecah 4k. Since kereta dah agak lama, aku agak resistance kat cable plug dah makin tinggi disebabkan material dalam cable plug tu dah agak uzur. Aku harap dengan tukar cable plug ni dapat la selesaikan masalah ni.

Just nak kongsi (walaupun mungkin takde orang baca haha). Cabut satu-satu cable plug tu dan tukar satu-satu. Jangan cabut keempat-empat serentak. Cabut satu, pasang satu then try start enjin kereta. Kalau boleh start, tutup semula enjin and proceed to the next cable plug. 

Kalau cabut semua serentak, mungkin nanti tersalah pasang. Menyebabkan kereta tak boleh start dan kita tak tau plug cable mana yang bermasalah. 

Kalau tak nak kotor tangan, pakai la handglove. Aku semalam tak pakai pun, baru feel masa buat kerja tu. hahaha

Next thing aku rasa nak tukar sebelum drive shaft belah kiri dan lower arm depan ialah smooth shift bushing yang dipasang pada hujung linkage gear. Tunggu je lah pos laju sampai nanti. 

Ok, petang nanti aku ada paper Power Electronics pulak. Wish me luck guys.

Jun 12, 2013

What the heyday?

Ekceli, aku tengah confius dengan perasaan sendiri. Okay, mula-mula kena bagitau esok ada 2 paper exam. Tapi bukan tu yang meng-konfiuskan aku. Aku rasa macam takde apa dah yang nak diulangkaji. Rasa macam dah cover semua chapter. Okay part ni tak konfius mana aku rasa.

Yang paling aku konfius sekarang ni, aku study tak cover sampai 30% lagi, akan tetapi macamana boleh terbit perasaan dah-cover-semua-chapter tu?

Apa semua nii? Permainan apakah iniii?! *marah sampai jilat siku sebanyak 7 kali

May 27, 2013

:v

Currently in lovee with :v smiley.

Current state? Super happy.
Symptoms: Rasa nak menari setiap kali keluar bilik.
Reason: Dapat buat test PCOMM (Principles of Communication System) tadi.

wehuuuuuuuuuuuuuuuu

Tapi tak tau lah betul ke tak jawapannya.

May 15, 2013

Brace Yourself

Minggu pack dengan test dan assignment akan tiba.

Jan 15, 2013

1 more to go! Last Payyperrrr! Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.

Kopi dah beli, roti pun sudah tersedia. Marilah bergembira ketika mengulang kaji pelajaran.

Jan 2, 2013

1 down, three to go.

HERE I GOOO!

Eh, lama lagi rupanya next paper. Lek luuu.

Dec 31, 2012

31st

Hari ni memang sejukkkk!
and study week dah habis. Apa je yang aku dah study masa study week sebenarnya? *sighh

Cold Day December

Dec 30, 2012

Nasib baik final exam tahun depan. Boleh rilek2 dulu. kehkeh


Tahun depan la sangat kan examnya. Tahun depan bulan 1.

Baru baca 10 minit, tapi ngantuknya mangaiii!
Papehal, kita kena cool. Bak kata Tiffany Deborah, 
"Saya akan cuba buka bukunya esok."
Goodluck ya all!

Oct 20, 2012

Tu Traición

Walaupun ketiga-tiga test minggu lepas aku jawab macam harommm, tapi aku redha.
Ketiga-tiga ye. TIGA TEST! Apa kejadahnya semua ini! (dah tak redha dah ni)

Hidup mesti diteruskan. 


Bullet For My Valentine

Oct 15, 2012

Currently addicted to Sang Enemy.

*Headbanging

Oh, lagu-lagu dalam album 1st Mojo memang style. 

Minggu ni ada 3 test! *headbanging
Waduh waduh

Apr 9, 2012

Test Analog Electronics 1



Mula-mula...




Lepas tu...



Lepas tu, konon-konon test ditunda...




Lepas tu, seronok la konon...




Aku semakin gembira melompat-lompat...



Rupa-rupanya, test tak ditunda pong...


Zoom sikit.

Kemarahan yang sedang bersabar...



Akibatnya, macam F aku jawab test tadi. Kejap 9hb kejap 10hb. Huang hajo sungguh perangai. Dah la tak study sangat.

APA SEMUA NI? Tak nak la markah separuh je. 


Kesimpulannya, hargailah masa. Walaupun internet kat rumah laju, masa tak boleh di-download. Air pun macam tu juga, tak boleh di-download. Jadi, hargailah masa dan air. Eh, makanan pun tak boleh download lah. hukhukk. -______-


Dec 24, 2011

Sabtu


Hari ni hari Sabtu. Yep, Sabtu yang tenang. Angin bertiup secara garang tetapi seronok. Beliau excited agaknya sebab hari ni hari Sabtu. Baju kotor baru sahaja dibasuh, bilik baru sahaja dicuci dan digilap. Aku rasa, sekarang ni bilik akulah yang paling bersih dan anggun di UMP Pekan ni. 

Walaupun dah masuk study week, bahu tetap terasa berat disebabkan assignment yang aku dah malas nak sentuh. Assignment tu pun kalau boleh berkata-kata dia akan cakap, "Sudahlah wahai Dinie, pedulikan aku. Pergilah berseronok." Tapi kalau aku buat macam tu, aku akan merana kemudian. Takkan aku nak markah assignment '0'. Kau nak?

Aku rasa macam nak makan kek. Kek yang orang belanja dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kalau boleh, Secret Recipe. Amboi memilih sungguh nak makan. Tapi takpelah, dah orang nak belanja. Kalau tiba-tiba murah hati, silalah hantar mesej pesanan ringkas ke nombor aku.

Selamat hari Sabtu!


Dec 6, 2011

makan pasiaq

Semalam, aku tumbuk Wan. Ye, Sharul Izwan ditumbuk. Aku macam tak sengaja tumbuk dia. Aku macam ada kuasa. Lepas kena tumbuk, kepala dia terus terbenam dalam tanah. Aku dengan perasaan serba-salah dengan pantas hendak membantu Wan, tetapi dihalang oleh sang Adib

Aku tahan gelak. Tak tahan tengok kepala Wan terbenam dalam tanah yang berpasir. Aku pun tak pasti tu tanah ke pasir. Memang pasir aku rasa. Adib muka dah merah padam, lepas tu gelak terbahak-bahak. Padahal dia yang suruh tahan gelak.

Lepas kami dah agak senak perut tergelak, Wan tersedar. Mulut dia yang penuh dengan pasir, habis semua dia sembur. Bak kata Lukemey, Wan makan pasiaq.

Lepas tu, aku bangkit dari tidur sambil ketawa. Jam 4 pagi, Adib dengan Lukemey masing-masing ternganga aku bangun tidur sambil tergelak. 

Cuma aku tak faham, mana datang tiba-tiba ada pasir?

Satu lagi peristiwa yang memuaskan hati adalah, Call of Duty: Modern Warfare 3 baru je habis dimainkan oleh sang aku. 2 hari dah habis main; balas dendam sebab dekat seminggu jugak aku tak dapat main game dengan tenang.

Sambung main Battlefiel...wait, Jumaat ada test! duhhhhhhhhhhh


Dec 5, 2011

this.is.

Dalam banyak-banyak hari dalam sem ni, aku rasa minggu lepas paling aku rajin. Rajin study sebab nak siapkan assignment. Aku betul-betul rasa ini satu keajaiban. Alhamdulillah. tehehee


Dan dari minggu lepas jugaklah nafsu aku perlu membuat pilihan samada aku perlu study dan siapkan assignment; ataupun buka Assassin's Creed Revelations yang cool gila; atau buka Battlefield yang graphic bapak awesome; atau berlatih main FIFA 12. Call of Duty tinggal sikit lagi nak habis download.


Cuba bayangkan bagaimana aku boleh menolak untuk bermain dengan tetikus. Pulak tu membuat pilihan untuk study. This.Is.Legen...wait for it...dary!

Nov 22, 2011

Fakri buleyh


Aku jarang-jarang sangat menonton perlawanan bola. Tak kisah la siapa lawan, Barcelona mahupun Argentina. Memang jarang cangat-cangat. Akan tatapi sejak-sejak ni, minat tengok Malaysia lawan semakin menjadi-jadi. Macam malam ni lah kan. Tak kisahlah menang penalti ke, menang gol tangan ke, tu semua skill. Haaa skill. Dan yang paling penting, menang. Haaaa menang. Dan ingat, hidup ni macam roda. Nasib jugak penting dalam kehidupan seharian.

Dah hampir-hampir mood buat karangan aku datang. Jadi sampai sini sahajalah ye. Karangan Jepun pun tak buat lagi.

Akhir kata, Fakri, you are the best. Cantik kau main malam ni. 
Esok kuiz. Nasib baik menang. Gegendang telinga kiri aku pulak dah retak orang sebelah kuat sangat melalak.

Nov 17, 2011

Hawauyu

"Ok tak?" atau "Macamana? Boleh jawab?"

Si penyoal sebenarnya memang minta kaki bila tanya soalan ni. 
Lagi-lagi lepas exam. Tambahan pula exam susah macam *^%$#@.
Pulak tu sebelum exam tak study. Furthermore, tau soalan tu tapi otak serabut sangat sampai lupa segalanya.

Therefore, jangan ambil test. Hati tenang jiwa tenteram.

Jul 13, 2011

13 7

Assalamualaikum. 

Isnin dengan Rabu pagi tadi paper final. Akuuu...study lebih kurang 3 jam sebelum exam untuk dua-dua paper. Kecewa? Tak jugak. Aku agak gembira la, walaupun tahap kemalasan aku agak tinggi, tapi boleh lagi sedikit sebanyak hentam sikit-banyak untuk setiap soalan. Ini bukan hentam keromo, ini hentam yang menggunakan sedikit ilmu dan akal yang waras dan suku mengantuk.

Kesimpulannya...jom balikkk! Balik main game macam orang gilaaa!

Alamak, Aok nak datang amek aku lagi setengah jam. Tak kemas lagi. -_-




hiatus

Jul 9, 2011

427>7

Malam ini malam bersih. Err, bukan Bersih 2.0, tapi bersihkan hd aku. Dari 427GB drive D aku ni, tinggal 7GB lebih je. Dengan perasaan agak sedih dan pilu, aku uninstall satu persatu game aku. Aku perlu terus maju ke hadapan demi masa hadapan aku! *semangatberkobarkobar*

Ehehh, semangat tak bertempat. Final dah dekat. Sementara boleh download ni nak download banyak-banyak. Nanti beli hd baru, pindah semua data dalam tu. Bijak jugak aku ni, tak sangka betul.

Final hari Isnin, bukannya fikir nak study. Duhh MySpace

Jul 3, 2011

Semalam, kami berlima menguji kesabaran dengan mengail udang. Kami berlima terdiri daripada Lemang Crew. Agak sukar bagi kami untuk mendapat habuan kerana air surut pada malam itu. Arus pula kuat.

Aku sebenarnya lebih tertumpu kepada langit. Dipenuhi bintang-bintang gemerlapan. Terpaku aku semalam. Disebabkan sakit tengkuk aku mendongak tengok bintang, aku pandang je lah Sungai Pahang sambil memanggil-manggil ikan dan udang.

Masing-masing tahan sejuk. Nak kata angin kuat, tak jugak.

Jun 28, 2011

Racedriver GRID

Assalamualaikum.

GRID, game ni dah agak lama rasanya. Tapi graphic gila awesome bapak.

Ahad semalam aku install GRID. Game kereta lumba-lumba. Bukan ikan lumba-lumba. Kenapa nama dia ikan lumba-lumba? Mana asal nama itu? Tak puas hati betullah.

Susah juga nak biasakan diri sebab dia macam bawa kereta betul lepas tu guna keyboard? =..=

Isnin malam (kira tadi lah), aku update pulak game tu. Lepas tu main. Adalah dalam 3 4 kali. Awesomeee gilaaa bebbbb! Dulu aku pernah main kat cc, guna stereng tapi tak tau pulak tu GRID. Seronok kot. Sekarang ni main kat keyboard, serius susah. Game kereta racing sekarang semua macam bawa kereta betul. Dia dah tak macam NFS: Most Wanted mahupun Carbon yang selalu aku main untuk ber-drift tu. 

Baru install DiRT 3, Dungeon Siege 3, Hunted: The Demon Forge dan ntah apa lagi ntah. Dah bila aku nak study nya kalau macam ni?  MySpace