Sep 18, 2011

Adib, basikal dan batu


Semalam, sebelum Adib dengan Wan naik bas untuk bertemu awek masing-masing, mereka bermalam di rumah aku. Dah lepak sama-sama, cerita yang tak banyak pun boleh jadi banyak.

Disebabkan terlalu banyak cerita, aku ambil satu je cerita. Cerita Sang Adib di mana dia sedang berjalan kaki ke rumah dengan rakannya dari sekolah untuk mengambil bawang dan pisau. Dia ada program masak-masak bersama KRS rasanya.

Pada suatu hari, Adib dan sang rakannya berjalan manuju ke rumah Adib. Jarak antara kaki kiri dan kanan lebih kurang 4 jengkal jauhnya semasa mereka melangkah. Walaupun orang sekeliling menyalah anggap mereka sedang menyertai acara lumba jalan kaki, mereka tetap berjalan dengan laju tanpa menghiraukan kambing yang sedang mengembek.

Tiba-tiba, langkah Adib terhenti. Pada ketika aku taip perkataan 'terhenti' sebentar tadi, lagu Lamunan Terhenti nyanyian Aris Ariwatan tiba-tiba terngiang-ngiang di mindaku.

Langkah Adib terhenti dengan mengejut. Dia sendiri tidak tahu apakah sebabnya. Ingin sekali dia membuat soal selidik akibat kejadian tersebut pada masa itu. Tetapi dia tahu itu akan mengambil masa yang lama.

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk menarik kaki beliau dengan sekuat hati, tetapi tidak berjaya. Malang sungguh Sang Adib. Setelah beberapa cubaan dilakukan, dia menoleh kebelakang. Rupa-rupanya, tayar basikal telah naik ke kakinya sehingga ke paras buku lali.

Masa ni, aku dengan Wan ketawa pecah perut. Boleh pulak dia tak perasan kaki dia kena pijak basikal. Ye, dia cakap kaki dia kena pijak basikal.

Setelah penunggang basikal yang tidak berhelmet itu memohon ampun dan maaf dan berlalu pergi, Adib melihat ke arah kakinya. Ternyata kakinya masih ada 2. Cuma, ada objek pelik melekat di kakinya.

Setelah dianalisa dan diperhati secara menyeluruh, Adib membuat keputusan bahawa objek yang melekat itu adalah sejenis batu. Batu yang melekat di kaki. Lebih elok kalau aku guna perkataan terbenam supaya lebih faham.

Kaki tersebut terbenam di kaki. Setelah batu tersebut terbenam di kaki, Adib pun mencabut batu tersebut dengan menggunakan tangannya. Setelah batu dicabut, darah menyembur keluar seperti susu mencurah-curah ke ladang gandum. Tetapi tidak pula batu tersebut bertukar menjadi kokocrunch.

Dipendekkan cerita, lepas dia balik ambil pisau dan bawang, dia ke sekolah semula. Malam tu, baru ke klinik ke hospital ntah.

Cuma sampai sekarang aku tak faham, macam mana Adib tiada perasaan atau perasan kaki dia kena langgar dengan basikal?

3 comments: