| DiNieezyANe |

20 . 02 : Gelap

Monday, February 20, 2012

7.50 pm
Tiba-tiba gelap. Aku jenguk luar tingkap, memang gelap. Satu UMP Pekan gelap. Laptop Adib je terang.


Sambil tengok jam, "Nasib baik bukan siang hari." Risau juga kalau siang-siang gelap macam ni.


Masing-masing dok main lampu. Ada juga yang berharap esok takde kelas satu hari.
Perut aku pula sakit. Turun cafe cari makanan. 


Sambil-sambil jalan, usha kiri kanan. Manatau ada awek zombie tengah-tengah blackout ni.
Alhamdulillah, selamat daripada ancaman zombie. Dapat makan nasi goreng daging.




9.14 pm
Tiba-tiba lampu berkelip-kelip. Elektrik dah ada, yay!


kbai
Read On 0 comments

Respect each other

Wednesday, February 15, 2012
Credit: tumblr

Jangan sangka yang tua itu lebih arif daripada yang muda.
Read On 0 comments

Tiba-tiba rasa nak berazam.

Tuesday, January 31, 2012
Eh tak, bukan azam tahun baru. Apakah dengan azam tahun baru? Kenapa takde azam bulan baru?


Ni azam untuk semester depan ni. Aku nak study tiap hari. TIAP HARI! walaupun sedikit. Part ni memang gila betik aku rasa. Macam melebih-lebih. Mana taknya, tiap sem berazam macam ni, tapi habuk je lebih.


Lepas tu kan lepas tu kan, nak kurangkan main game! Boleh la dota satu round sebelum tidur. Kalau boleh, tak nak dah download game. Ermmm, kalau azam yang ni aku boleh gerenti, dalam mimpi pun macam mustahil nak berlaku.


Asyik gameeee je kan, matang lah sikit ye dak? Tu la korang tak tahu kenikmatan bermain game. Nikmat wey. 


Takpelah, daripada aku membebel guna jari, baik aku main game kejap. Manatau tiba-tiba menang RM35k, takya dah masuk ajl.
Read On 0 comments

Sabtu

Saturday, December 24, 2011

Hari ni hari Sabtu. Yep, Sabtu yang tenang. Angin bertiup secara garang tetapi seronok. Beliau excited agaknya sebab hari ni hari Sabtu. Baju kotor baru sahaja dibasuh, bilik baru sahaja dicuci dan digilap. Aku rasa, sekarang ni bilik akulah yang paling bersih dan anggun di UMP Pekan ni. 

Walaupun dah masuk study week, bahu tetap terasa berat disebabkan assignment yang aku dah malas nak sentuh. Assignment tu pun kalau boleh berkata-kata dia akan cakap, "Sudahlah wahai Dinie, pedulikan aku. Pergilah berseronok." Tapi kalau aku buat macam tu, aku akan merana kemudian. Takkan aku nak markah assignment '0'. Kau nak?

Aku rasa macam nak makan kek. Kek yang orang belanja dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kalau boleh, Secret Recipe. Amboi memilih sungguh nak makan. Tapi takpelah, dah orang nak belanja. Kalau tiba-tiba murah hati, silalah hantar mesej pesanan ringkas ke nombor aku.

Selamat hari Sabtu!


Read On 0 comments

terbang melayang terbang

Sunday, December 18, 2011

Angin kuat sungguh. Betul-betul kuat. Aku berdiri tengah padang, kena tiup angin rasa macam nak terbang. aih hyperbola sungguh. 


Angin sangat kuat sehingga semua layang-layang ingin terbang sendiri melihat dunia. erk?


Angin terlalu kuat sampaikan aku berharap sambil mendongak ke atas,
"Takde ke duit nak jatuh dari langit?"


Time ni kalau lepak tepi pantai mesti seronok. wohohohoo
Read On 4 comments

makan pasiaq

Tuesday, December 06, 2011
Semalam, aku tumbuk Wan. Ye, Sharul Izwan ditumbuk. Aku macam tak sengaja tumbuk dia. Aku macam ada kuasa. Lepas kena tumbuk, kepala dia terus terbenam dalam tanah. Aku dengan perasaan serba-salah dengan pantas hendak membantu Wan, tetapi dihalang oleh sang Adib


Aku tahan gelak. Tak tahan tengok kepala Wan terbenam dalam tanah yang berpasir. Aku pun tak pasti tu tanah ke pasir. Memang pasir aku rasa. Adib muka dah merah padam, lepas tu gelak terbahak-bahak. Padahal dia yang suruh tahan gelak.

Lepas kami dah agak senak perut tergelak, Wan tersedar. Mulut dia yang penuh dengan pasir, habis semua dia sembur. Bak kata Lukemey, Wan makan pasiaq.

Lepas tu, aku bangkit dari tidur sambil ketawa. Jam 4 pagi, Adib dengan Lukemey masing-masing ternganga aku bangun tidur sambil tergelak. 

Cuma aku tak faham, mana datang tiba-tiba ada pasir?

Satu lagi peristiwa yang memuaskan hati adalah, Call of Duty: Modern Warfare 3 baru je habis dimainkan oleh sang aku. 2 hari dah habis main; balas dendam sebab dekat seminggu jugak aku tak dapat main game dengan tenang.

Sambung main Battlefiel...wait, Jumaat ada test! duhhhhhhhhhhh


Read On 4 comments

this.is.

Monday, December 05, 2011
Dalam banyak-banyak hari dalam sem ni, aku rasa minggu lepas paling aku rajin. Rajin study sebab nak siapkan assignment. Aku betul-betul rasa ini satu keajaiban. Alhamdulillah. tehehee


Dan dari minggu lepas jugaklah nafsu aku perlu membuat pilihan samada aku perlu study dan siapkan assignment; ataupun buka Assassin's Creed Revelations yang cool gila; atau buka Battlefield yang graphic bapak awesome; atau berlatih main FIFA 12. Call of Duty tinggal sikit lagi nak habis download.


Cuba bayangkan bagaimana aku boleh menolak untuk bermain dengan tetikus. Pulak tu membuat pilihan untuk study. This.Is.Legen...wait for it...dary!
Read On 3 comments

Easy?

Thursday, December 01, 2011
"Nobody said it was easy,
no one ever said it would be this hard."

Coldplay - The Scientist
Read On 0 comments

Bisikan berbau

Thursday, December 01, 2011

Ku rehatkan diri di atas tilam empuk,
tilam yang sering dikongsi oleh 4 atau 5 orang sahabat di malam hari.
Ku tenangkan fikiran daripada kusut,
kusut memikirkan C Programming yang penuh dengan kod.

Tiba-tiba bulu roma aku meremang.
Perasaan kelat menyelubung.
Aku hanya dapat bersabar. 
Pabila bisikan memenuhi ruang.

Bisikan yang syahdu,
bisikan yang pilu,
bisikan yang mencucuk-cucuk kerongkong keringku,
bisikan yang bermula daripada getaran.

Aku tidak dapat tahan lagi.

"Sapa pulakkk kentut niii weyh?!"


Kentut stail sharpshooter, senyap dan berbisa lepas tu taknak mengaku memang nak makan kaki.
Read On 0 comments

Followers