Showing posts with label Lemang Crew. Show all posts
Showing posts with label Lemang Crew. Show all posts

Sep 19, 2012

Mimpi tidur

Sesungguhnya apabila kalian sedang tidur dan bermimpi, janganlah bermimpi anda sedang tidur. Buang masa je. Baik takya mimpi.

Apa nak jadi dengan Parman ni. Mimpi bukan-bukan je. 


aaaa
Parman dan Adib

May 30, 2012

Ezone Ee

Disebabkan aku rasa benda ni kelakar gila sekarang, aku nak post la walaupun nampak macam memang kelakar.

Sila open image 'in new tab' untuk resolusi gambar yang lebih tinggi.

Cuba teka, yang menge-post dan mengomen tu ada berapa orang sebenarnya? Walaupun gambar sama, tapi akaun fb-nya berbeza-beza. Kehkehkeh.

Mar 23, 2012

Parman

Ini Man. Boleh panggil dia Parman, Azman, Lukemey ataupun Lokman.


Parman
Semalam sebelum jam 12 tengah malam (22 Mac), Aok datang membawa kek sedap untuk Parman. Dia datang dengan ikhlas tetapi hatinya cukup hitam dan gelap dengan niat yang keji.


Aok


...datang membawa...
Kek sedap
Sementara Parman bermain Kingdoms of Amalur, Aok mencampurkan air yang Parman bungkus-tapi-tak-habis yang disangkut di tepi mejanya. Aok juga mengeluarkan telur, tepung dan air-apa-aku-pun-tak-tahu yang berwana hitam dari beg doraemon-nya itu. Sementara itu, aku memberi nasihat kepada Parman supaya berhati-hati, redha serta tawakal akan apa yang bakal berlaku sambil melahap kek dengan penuh nikmat.


Parman (kiri) dan Aok (kanan)
Bahan-bahan yang digunakan.


Aok memulakan langkah dengan memasukkan telur ke dalam baju Parman dannn *keceper* (bunyi telur pecah). Aku hanya mampu gelak dan melihat. Keadaan semakin teruk apabila Parman melangkah keluar dari bilik. Bahan-bahan yang aku sebutkan kat atas tadi habis semua ada kat Parman. Wan dan Adib turut sama membantu menjalankan sambutan hari jadi Parman. Sumpah busuk. Air apa aku pun tak tahu. Campur pulak dengan tepung dengan telur. Nasib baik bukan telur tembelang. Kesian kot dekat Man. Hahaha.

SELAMAT HARI LAHIR LUKEMEY!

Sabar je lah Man, Selasa minggu depan Birthday Wan pulakk. kehkehkeh.




2 sidekicks yang turut membantu; Wan dan Adib.

Dec 1, 2011

Bisikan berbau


Ku rehatkan diri di atas tilam empuk,
tilam yang sering dikongsi oleh 4 atau 5 orang sahabat di malam hari.
Ku tenangkan fikiran daripada kusut,
kusut memikirkan C Programming yang penuh dengan kod.

Tiba-tiba bulu roma aku meremang.
Perasaan kelat menyelubung.
Aku hanya dapat bersabar. 
Pabila bisikan memenuhi ruang.

Bisikan yang syahdu,
bisikan yang pilu,
bisikan yang mencucuk-cucuk kerongkong keringku,
bisikan yang bermula daripada getaran.

Aku tidak dapat tahan lagi.

"Sapa pulakkk kentut niii weyh?!"

Kentut stail sharpshooter, senyap dan berbisa lepas tu taknak mengaku memang nak makan kaki.

Sep 21, 2011

Irama dan lagu


Hari tu naik kereta 'kotak' Hazrul. Bukan nak kutuk kereta dia, tapi dia sendiri yang cakap tu kereta kotak walaupun kereta tu diberi nama Myvi. Dia kata lagi, kereta tu biasanya nyonya yang pakai disebabkan warnanya. Kesian kereta bini dia kena kutuk. 

Ok sambung. Lepas dah lama sangat Hazrul memandu sampai aku pun sempat terlelap, dia pun bosan. Dah sampai bosan tahap naga aku rasa. Tiba-tiba dia buka tingkap kereta dan *skreeetttt* kereta terbabas akibat secara tiba-tiba dia melompat keluar melalui tingkap seperti ninja nin-nin-nin-nin-Nintama Rantaro. Ok tipu je. Lepas beliau membuka tingkap kereta, secara spontannya tangan kirinya menukar siaran radio.

Bzzzzkrrrbzzzzerrghhblerghhh. Tu bunyi radio takde siaran. Tiba-tiba jarinya yang menekan punat di radio itu terhenti lalu beliau meninggikan volume pada tahap nak-kasi-orang-luar-kereta pun dengar.

5 minit yang pertama, aku layan. 10 minit, aku rasa pening-pening. Lepas tu loya. Tapi aku buat dono lagi. Dah sampai destinasi yang dituju, kepala aku pening tahap kronik.

Disebabkan lagu tamil, migrain kepala aku satu hari tu.

Sep 18, 2011

Adib, basikal dan batu


Semalam, sebelum Adib dengan Wan naik bas untuk bertemu awek masing-masing, mereka bermalam di rumah aku. Dah lepak sama-sama, cerita yang tak banyak pun boleh jadi banyak.

Disebabkan terlalu banyak cerita, aku ambil satu je cerita. Cerita Sang Adib di mana dia sedang berjalan kaki ke rumah dengan rakannya dari sekolah untuk mengambil bawang dan pisau. Dia ada program masak-masak bersama KRS rasanya.

Pada suatu hari, Adib dan sang rakannya berjalan manuju ke rumah Adib. Jarak antara kaki kiri dan kanan lebih kurang 4 jengkal jauhnya semasa mereka melangkah. Walaupun orang sekeliling menyalah anggap mereka sedang menyertai acara lumba jalan kaki, mereka tetap berjalan dengan laju tanpa menghiraukan kambing yang sedang mengembek.

Tiba-tiba, langkah Adib terhenti. Pada ketika aku taip perkataan 'terhenti' sebentar tadi, lagu Lamunan Terhenti nyanyian Aris Ariwatan tiba-tiba terngiang-ngiang di mindaku.

Langkah Adib terhenti dengan mengejut. Dia sendiri tidak tahu apakah sebabnya. Ingin sekali dia membuat soal selidik akibat kejadian tersebut pada masa itu. Tetapi dia tahu itu akan mengambil masa yang lama.

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk menarik kaki beliau dengan sekuat hati, tetapi tidak berjaya. Malang sungguh Sang Adib. Setelah beberapa cubaan dilakukan, dia menoleh kebelakang. Rupa-rupanya, tayar basikal telah naik ke kakinya sehingga ke paras buku lali.

Masa ni, aku dengan Wan ketawa pecah perut. Boleh pulak dia tak perasan kaki dia kena pijak basikal. Ye, dia cakap kaki dia kena pijak basikal.

Setelah penunggang basikal yang tidak berhelmet itu memohon ampun dan maaf dan berlalu pergi, Adib melihat ke arah kakinya. Ternyata kakinya masih ada 2. Cuma, ada objek pelik melekat di kakinya.

Setelah dianalisa dan diperhati secara menyeluruh, Adib membuat keputusan bahawa objek yang melekat itu adalah sejenis batu. Batu yang melekat di kaki. Lebih elok kalau aku guna perkataan terbenam supaya lebih faham.

Kaki tersebut terbenam di kaki. Setelah batu tersebut terbenam di kaki, Adib pun mencabut batu tersebut dengan menggunakan tangannya. Setelah batu dicabut, darah menyembur keluar seperti susu mencurah-curah ke ladang gandum. Tetapi tidak pula batu tersebut bertukar menjadi kokocrunch.

Dipendekkan cerita, lepas dia balik ambil pisau dan bawang, dia ke sekolah semula. Malam tu, baru ke klinik ke hospital ntah.

Cuma sampai sekarang aku tak faham, macam mana Adib tiada perasaan atau perasan kaki dia kena langgar dengan basikal?

Jul 3, 2011

Semalam, kami berlima menguji kesabaran dengan mengail udang. Kami berlima terdiri daripada Lemang Crew. Agak sukar bagi kami untuk mendapat habuan kerana air surut pada malam itu. Arus pula kuat.

Aku sebenarnya lebih tertumpu kepada langit. Dipenuhi bintang-bintang gemerlapan. Terpaku aku semalam. Disebabkan sakit tengkuk aku mendongak tengok bintang, aku pandang je lah Sungai Pahang sambil memanggil-manggil ikan dan udang.

Masing-masing tahan sejuk. Nak kata angin kuat, tak jugak.

May 5, 2011

Berkelah Falls

Semalam ke Hutan Simpan Berkelah. Buat apa? Tangkap beruang koala. Tapi takde pula.

Kat situ ada air terjun. Seronok kot. Sebelum ni pergi tak dapat mandi sebab ada askar main bunga api. Semalam masa mula-mula sampai, ingatkan tak dapat mandi. Disebabkan kelmarin hujan lebat, ada kayu balak melintang kat tengah jalan tu. Tak puas hati kot kalau kali ke-2 pergi tak dapat mandi. Nasib baik kami ni katang, masalah kayu balak dapat diselesaikan. Kayu balak tumpas di tangan kami.


Lepas tu apa lagi, mandiii! 


 
Mata ne.

May 2, 2011

Jogingguk

Fuhhh letih kot bersenam di pagi hari. Orang tua-tua panggil jogging. Berlari secara seronok sampai ke puncak Bukit Sulai, Gambang. Belakang UMP tu je pun. Dekat 35000 meter juga. Hebat tak aku? I know I know.

Oh, dah lama mengabaikan blog. Busy kottt. Dengan exam lagi, anak bini lagi. Nasib baik comel macam papa dia. Ok, tipu je. Tapi part comel macam papa dia tu tak tipu.

Malaslah sebenarnya. Tengah main Dragon Age 2. Ni main 2nd round sebab jalan cerita dia boleh lain-lain. Tak habis main dah install Prince of Persia: The Forgotten Sands. Tengok, betapa sibukkknya kehidupan sebagai seorang pelajar. Mana ada kami malas. Kami pun ada kerja sendiri apa.

Lagipun, last paper lama lagi. Memang ntah ke manaa je Lemang Crew meronggeng. Hari tu pi Berkelah Falls. Tapi tak dapat mandi sebab ada segerombolan askar tengah berlatih main bunga api kat situ. Emo kot aku!
Dahhh kena patah semula menuju ke arah Sungai Lembing. Aku berangan nak bawa budak-budak ni pergi Cemerong, Dungun pula lepas ni, tapi ntah bila. Dah lama tak mandi kat sana, seronok kot!

Letih amat ni. Lepas ni boleh daki Gunung Daik Bercabang Tiga pulak.

Apr 5, 2011

20 sen punya pasal.

Assalamualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat? Sayew rinduw dengan awak semua. Apasal aku tulis macam ni? Ffffffuuuuuuuuuuu

Hari ini hari Selasa. Esok hari Rabu, Khamis andddd Fridayyyy! Friday Friday gotta get down on Friday. 

Hari ni hari yang seronok sebenarnya. Tapiiii, dah dua hari bangun lewat. Apa akibat aku bangun lewat? Adakah disebabkan Final semakin hampir dan aku tak study apa-apa lagi? Well, takde la tak tau apa-apa. Bak kata orang tua-tua, kayuh sampan biar perlahan-lahan sampai ke hulu, jangan nak cepat je sampai sanggup berenang-renang ke tepian. Rilek lah kan.

Jadi, kelas jam 9-10 am aku tak pergi. Bukan ponteng eh. Lewat bangun, macamana nak pergi kan? Alaaa, budak ni pun kata tak faham apa-apa. Tak sia-sia lah aku tak pergi. Tapi ada IM Talk dari 11 sampai 12.30 pm. IM tu bukannya Indera Mahkota, tapi Instruments and Measurements. Pergi semata-mata dengar ceramah. Tapi cool juga IR tu bagi ucapan. Tak sia-sia la pergi.

Dalam jam 2 petang, Nanananana ajak keluar. Dia nak buat baju dengan umi. Pakat mai rumah aku tempah baju meh. Seronok betul muka dorang bila sampai rumah aku. Taktau lah mereka buat-buat seronok ke apa. haha

Dari UMP tu, Shana yang drive. Bila sampai Kuantan, aku pulang yang kena mengayuh kereta Kancil tu. Bila aku bawa laju, diorang menjerit. Bila aku cucuk kereta depan, mereka menjerit juga. Tak taulah kalau mereka sebenarnya rasa sangat teruja bila aku drive ke apa.

Dah petang tu, pulanglah kami ke UMP terchenta. Dah nak sampai UMP tu, kejadian malam hari tu terjadi lagi. Seram kot kalau kereta tiba-tiba berhenti. Aku sebenarnya pelik juga dengan kereta ni. Suka sangat main-main dengan aku.

Telefon Ardham dengan Nas minta tolong isi minyak dalam botol. Sementara tunggu mereka sampai tu, hampir sahaja aku menempeleng lori yang lalu-lalang di situ. Nasib baik aku masih dapat mengawal kemarahan. Lepas dah isi minyak, kereta tu main-main pula tak nak hidup kan. Kali ni aku berniat nak menempeleng dengan sekuat hati pula kereta kancil yang berwarna merah itu. Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Memang bertuah la bakal isteri aku nanti. hihi

Tidak lama kemudian, ada la 2 orang abang macho berhenti sebab nak tolong. Diorang berhenti sebab nampak budak-budak perempuan di dalam kesusahan. Tapi tak kisahlah kan, niat nak tolong. Abang tu suruh tolak kereta. Aku nak tegur, kang abang tu cakap apa pula. Yelah kan, bukan bateri yang bermasalah nak tolak kereta.

Lepas tu, ada Abang Pomen Kereta pula berhenti. Tak sia-sia abang tu kerja kat workshop, hidup kereta. Alhamdulillah. Wa memang tabik sama lu lah! Aku pun dulu sebenarnya bercita-cita nak jadi pomen kereta. Boleh setting kereta sendiri kan kasi laju lumba dengan F1.

Sebenarnya, aku nak cakap harga minyak dah naik 20 sen. Tu je. 
Sebab tu lah kereta asyik mati sendiri. Bukan disebabkan perkara-perkara ghaib ye.

Mar 28, 2011

Paloh Hinai, March 27th.

6.00 a.m
Kedengaran sayup-sayup lagu 'Misery Business' berkumandang. Kalau dah biasa dengar, lagu ganas mana pun, buat ringtone memang layan.

6.15 a.m
Bunyi bising yang annoying gila keluar dari Nokia lama. Faizun call untuk kejut. Sayang dia kat aku kejut pagi-pagi. haha

6.45 a.m
Bertolak ke BusStop UMP. Dekat 10 minit gak la jalan kaki baru sampai. Kata jam 7 dah gerak. Semangat kot pagi-pagi. Kalau dia suruh lompat bintang 10 kali pun aku buat. Punyalah semangat.

7.00 a.m
What-ter-melon. Mana bas? Aku pantang betul kalau orang buat main dengan masa ni. Masa itu emas, boleh dijual beli, boleh dipajak gadai. Aku kalau marah, aku lempang lori balak tu boleh berhenti sebab habis minyak.

7.30 a.m
Naik bas. Bau perfume India tu. wtm. Janji Melayu, bas India. Bagus sangatlah tu.

8.++ a.m - +.++ (sampai petang juga la)
Dah sampaiiii. Kejap je, dalam setengah jam. Kami ada projek untuk Briged Siswa sebenarnya. Bantu orang yang dalam kesusahan. Ala-ala wonderpets la.

Set-set wonderpets.
Ikat bata buat bilik air. Rumah dia takde tingkap kot. Tingkap dia jenis open. Tak boleh tutup. Bukan tak boleh tutup, memang takde tingkap. Lubang tingkap je. Style kot. Jadi kami tolong buat tingkap sekali.

Tengah bancuh simen tu, ada pakcik tu ntah ketua kampung ke sapa nak emo-emo pulak kan. Kami budak baru belajar, nak jolok cempedak di luar pagar retilah. Ni nak emo-emo. Slow-slowlah kan. Baru sedap simen tu dibancuh. Faizun pun nak emo sekali. Nasib baik pakcik tu tak kena lempang.


Lepas dah siap bahagian aku, aku rilek-rilek jap. Aku, Faizun, Wan, Hazrul satu group sebenarnya. Buat kerja main-main, gelak-gelak. Tapi cepat siap dan bermutu. Budak-budak Gambang ni buat kerja, dah lah teliti, lambat pulak tu. Senget pulak tu tembok yang dibina. Dah kena buka balik, simen balik. Padan muka. Aku racist kot dengan budak UMP Gambang.

Then, lepak-lepak dengan orang atasan Briged Siswa. Tak ingat pula nama dia. Malas la nak memikir malam-malam ni. Tapi takpe, yang penting dia dah janji nak bagi A untuk koko. harharhar

Agak-agak dah habis cerita, lepak pula dengan tuan rumah kat tepi Sg. Pahang tu. Dia ada rumah tepi sungai kot. Hensem kot, kacak pula tu. Nelayan sungai pula tu. Main dengan buaya dah biasa. Dekat 2 jam gak la kan lepak dengar cerita dia sementara orang lain buat kerja. Menguloo je keje.

Dah petang tu, kami balik. 
Gambar pun takde lagi. Nantilah ambil dengan Hazrul.
Haiyoh. Esok je la aku sambung cerita. Malas la nak sambung cerita. hihi

***
Sesi mengular.

 

Sampai UMP dalam jam 6. Sampai-sampai bilik je Hazrul dengan Faizun ajak keluar. Diorang memang tak reti-reti nak letih. Aku pun sama. Kata katang.

Menuju ke Giant Kuantan. Round-round dalam tu. Jumpa Kak Yong. Borak-borak seronok.

Oh, hari Ahad barang murah-murah eh kat Giant? Banyak pula tu air dengan aiskrim free. Maksud aku yang diorang bagi rasa tu. Kenyang juga semalam aku lahap. Air tah berapa jenis aku sedut. Kalau makan jenis tak beradab, memang cepat lapar. Lepak kat food court makan nasi goreng kampung Kak Yong belanja.

Lepas ni hari Ahad mungkin hari Giant untuk Lemang Crew. haha

Jan 3, 2011

Faizun meninggalkan kita. Al-Fatihah.

Eh, tak. Maksud aku, budak kelas aku dah tak duduk lagi kat kolej kediaman 2 ni. Dia dah keluar, duduk kat rumah dia je. Rumah dia dengan UMP Pekan tu pun dekat je. Memang patutlah dia keluar. Bak kata kawan dia, "Kau memang tak layak duduk kat sini!"


Malam ini adalah malam pertama akuuu...aku makan malam kat UMP ni. Untuk semester 2 lah. Macam biasa, kalau dah jumpa FaizunAdibLukemeyWanDinie, macam-macam cerita keluar. Gelak tak ingat dunia. Harap-harap masa gelak tu, ilmu yang tak berguna je yang keluar.


Mula-mula, Adib buka cerita. Dia kata, masa cuti semester 1 hari tu, dia ada nampak orang langgar lori. "HAHAHAHAA!" budak ni terus bantai gelak. Adib kalau baca berita pun budak-budak ni akan gelak agaknya.


Dia kata, budak yang langgar lori tu naik motor. Bontot lori dia langgar, motor hancur, bontot lori tiada kesan. Padahal, lori tu memang dah lama park kat situ. Memang takde kerja betul nak langgar bontot. Habis berterabur nasi yang dia bawa tu. Dah lah malam tu si Adib ni baru tengok cerita Bersamamu. Ada sedikit perasaan kasihan Adib terhadap penunggang tersebut.


Konklusi mengapa bontot lori dilanggar:
1) Budak tu terangsang tengok bontot lori. Sebab tu lah. Apa punya sebablah kau bagi ni Faizun.
2) Dia tengah makan nasi masa menunggang. Sebab tu nasi berterabur.
3) Dia memang tak puas hati dengan lori tu. 


Lepas tu, Adib buka cerita lagi. "Ohhh, ada lagii?!" Aku dengan Faizun serentak bersuara sambil gelak riang gembira.


Ada mamat ni naik RXZ, dia langgar kereta tengah belok. Aku pun tak tau sebenarnya sebab apa motor tu boleh langgar kereta tu. Tapi aku bantai gelak je.


Mamat motor tu jatuh macam slow motion. Motor melekat dekat tepi kereta, mamat tu terbang melayang secara gerak perlahan. Dengan gaya tangan Adib yang memang takleh blah, semua tumpu perhatian sambil tahan gelak. Lepas tu aku tak ingat dia cerita apa. Tapi aku bantai gelak juga.


Oh, dengar kata ada 'Brother Loveee' masuk E17 juga? Sebut 'love' tu guna suara dalam ye. Guna suara bass sambil bajet cool sikit.


Maaflah Brother Love, tapi kalau kau baca post aku ni, aku harap kau berhati-hatilah. Tapi disebabkan aku tau kau memang tak baca, aku harap kau selamat. Tu jelah. hahaha