Showing posts with label fact - news. Show all posts
Showing posts with label fact - news. Show all posts

Nov 27, 2012

Diffusion of Responsibility

Seriously, this is awesome. Jangan tengok saje, faham mesejnya ye.



Nov 7, 2012

lemah longlai

DifflamTM
ANTI-INFLAMMATORY LOZENGES
(with Antibacterial)
EACH LOZENGES CONTAINS:
BENZYDAMINE HYDROCHLORIDE 3.0mg
CETYLPYRIDINIUM CHLORIDE 1.33mg
TAMPER EVIDENT PACKAGING
DO NOT USE IF SEAL BROKEN
INova Pharmaceuticals (Aust) Pty Ltd T8251

PORO 
Tablet 500mg
Each tablet contains:
Paracetamol
(Acetaminophen) 500mg

Diphenhydramine
Expectorant
120 mL 
Content: Each 5 mL contains Ammonium chloride 135 mg and Diphenhydramine hydrochloride 12.5 mg.
Contains Sodium benzoate 0.10% w/v as preservative.

Lagi satu, dapat MC! haha 

Sep 10, 2011

Bukan ikan lumba-lumba


Dia berwarna coklat. Berdasarkan pemerhatian aku, itulah konklusi yang dapat aku buat berkenaan warnanya. Ramai juga yang geli-geli nak pegang dia. Ye lah, banyak kaki dan berkilat badannya. Takdelah melekit. Tiada juga serupa lintah mahupun dugong.

Kalau dulu-dulu, sentuh sikit je benda ni dah reti nak bergulung ala-ala tenggiling lah kononnya. Mungkin jaman sekarang, benda ni dah tau dia tak boleh lagi berangan nak jadi tenggiling.

Jadi, ulat gonggok sekarang sukar untuk menggulungkan dirinya apabila disentuh. Mereka telah sedar mereka harus meneruskan perjalanan walaupun disentuh, bukan lagi menjadi tenggiling. Tak boleh dah nak main dengan ulat gonggok.

Jul 7, 2011

Barua

"Kau ni memang barua la!" herdik Si Ajis.


"Terima kasih la bro. Tak perlulah hormat aku sampai macam tu. Hahahh." Jawab Julululudin.


"Kau ni dah kenapa?"


"Kenapa apa?"


"Kau tahu tak maksud barua tu apa?" tanya Ajis sambil keredaan marahnya hilang sedikit demi sedikit akibat tension. "Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Kedua tahun 1996 pada mukasurat ke-110, barua bermaksud orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda atau jaruman. Dengan kata mudahnya ia merupakan salah satu kata makian." terang Si Ajis dengan sedikit mendabik dada dan sedikit mendongak dengan pose yang bermaksud dia sedang bongkak.


"Ooooooo. Woooo! Gile betik!" balas Julululudin dengan teruja tahap naga. "Aku ada satu fakta menarik pasal barua ni."


"Apa dia?" tanya Ajis.


"Sebenarnya gelaran barua ni adalah satu gelaran terhormat bagi suku kaum dari Bangladesh, yang dikaitkan keturunan penganut Buddha.  Dan mengikut kajian, gelaran ini jika di ikut susur galurnya, ia membawa maksud 'pemimpin besar dari Arya' dan 'ketua bagi ratusan orang'." kata Julululudin dengan nada sinis.


Tidak sampai seminit selepas itu, Si Ajis terasa seperti di-troll. Dia pun bergolek di atas jalan raya sambil menyanyi lagu Goyang-goyang nyanyian Tamil Boys.

Apr 5, 2011

20 sen punya pasal.

Assalamualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat? Sayew rinduw dengan awak semua. Apasal aku tulis macam ni? Ffffffuuuuuuuuuuu

Hari ini hari Selasa. Esok hari Rabu, Khamis andddd Fridayyyy! Friday Friday gotta get down on Friday. 

Hari ni hari yang seronok sebenarnya. Tapiiii, dah dua hari bangun lewat. Apa akibat aku bangun lewat? Adakah disebabkan Final semakin hampir dan aku tak study apa-apa lagi? Well, takde la tak tau apa-apa. Bak kata orang tua-tua, kayuh sampan biar perlahan-lahan sampai ke hulu, jangan nak cepat je sampai sanggup berenang-renang ke tepian. Rilek lah kan.

Jadi, kelas jam 9-10 am aku tak pergi. Bukan ponteng eh. Lewat bangun, macamana nak pergi kan? Alaaa, budak ni pun kata tak faham apa-apa. Tak sia-sia lah aku tak pergi. Tapi ada IM Talk dari 11 sampai 12.30 pm. IM tu bukannya Indera Mahkota, tapi Instruments and Measurements. Pergi semata-mata dengar ceramah. Tapi cool juga IR tu bagi ucapan. Tak sia-sia la pergi.

Dalam jam 2 petang, Nanananana ajak keluar. Dia nak buat baju dengan umi. Pakat mai rumah aku tempah baju meh. Seronok betul muka dorang bila sampai rumah aku. Taktau lah mereka buat-buat seronok ke apa. haha

Dari UMP tu, Shana yang drive. Bila sampai Kuantan, aku pulang yang kena mengayuh kereta Kancil tu. Bila aku bawa laju, diorang menjerit. Bila aku cucuk kereta depan, mereka menjerit juga. Tak taulah kalau mereka sebenarnya rasa sangat teruja bila aku drive ke apa.

Dah petang tu, pulanglah kami ke UMP terchenta. Dah nak sampai UMP tu, kejadian malam hari tu terjadi lagi. Seram kot kalau kereta tiba-tiba berhenti. Aku sebenarnya pelik juga dengan kereta ni. Suka sangat main-main dengan aku.

Telefon Ardham dengan Nas minta tolong isi minyak dalam botol. Sementara tunggu mereka sampai tu, hampir sahaja aku menempeleng lori yang lalu-lalang di situ. Nasib baik aku masih dapat mengawal kemarahan. Lepas dah isi minyak, kereta tu main-main pula tak nak hidup kan. Kali ni aku berniat nak menempeleng dengan sekuat hati pula kereta kancil yang berwarna merah itu. Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Memang bertuah la bakal isteri aku nanti. hihi

Tidak lama kemudian, ada la 2 orang abang macho berhenti sebab nak tolong. Diorang berhenti sebab nampak budak-budak perempuan di dalam kesusahan. Tapi tak kisahlah kan, niat nak tolong. Abang tu suruh tolak kereta. Aku nak tegur, kang abang tu cakap apa pula. Yelah kan, bukan bateri yang bermasalah nak tolak kereta.

Lepas tu, ada Abang Pomen Kereta pula berhenti. Tak sia-sia abang tu kerja kat workshop, hidup kereta. Alhamdulillah. Wa memang tabik sama lu lah! Aku pun dulu sebenarnya bercita-cita nak jadi pomen kereta. Boleh setting kereta sendiri kan kasi laju lumba dengan F1.

Sebenarnya, aku nak cakap harga minyak dah naik 20 sen. Tu je. 
Sebab tu lah kereta asyik mati sendiri. Bukan disebabkan perkara-perkara ghaib ye.

Mar 11, 2011

‎7.9, upgraded to 8.9.

Gempa bumi di Jepun mencecah 8.9 Skala Richter menyebabkan berlakunya tsunami. Seram juga mendengarnya. MySpace

Tsunami Alert


UPDATED (from Berita Harian)

INFO 
Antara peristiwa tsunami

  • 1755: Tsunami memusnahkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang. 

  • 1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda, Indonesia menyebabkan tsunami setinggi 35 meter dan mengorbankan 36,000 nyawa. 

  • 1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 meter dan membunuh 165 orang. 

  • 1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah ( 9.5 skala Richter) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii. 

  • 1976: Tsunami melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang. 

  • 1998: Gempa berukuran 7.0 skala Richter di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 meter dan membunuh lebih 6,000 nyawa. 

  • 2004: Gempa bumi besar menyebabkan tsunami dengan ketinggian ombak 35 meter dan mengorbankan lebih 250, 000 nyawa di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika. Acheh adalah antara negara paling teruk mengalami kemusnahan yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa dan 500,000 kehilangan tempat tinggal. 

  • 2006 - Gempa bumi menyebabkan tsunami di selatan pulau Jawa, Indonesia dengan ombak setinggi 21 meter di Pulau Nusakambangan dan mengorbankan 500 nyawa. 

  • 2010 - Gempa bumi di Santiago, Chile menyebabkan tsunami. 521 nyawa terkorban. 

  • 2010 - Letusan Gunung Merapi di Kepulauan Mentawai, meletus menyebabkan tsunami dan mengorbankan 446 nyawa.

Nov 10, 2010

Pffttt

It's a exclaimation of disbelief.


While lol is laughing out loud. lol does not mean stupid. Get it right. Get it right la weyh!
lol is not equal to stupid. lol bukan bermaksud bodoh. Bukan bukan.
Kalau taktau, jangan buat andaian sendiri. Internet ada, go Yahoo! it. Eh, Google it!


Ordinary Differential Equation (ODE) is kinda interesting. Dah lama tak rasa seronok belajar math. Last rasa seronok masa form 5 kot? Masa matrik, macam F. Malas gila. Kalau tahap kemalasan aku kat matrik boleh diukur melalui kelajuan, ternyata tahap kemalasan aku lebih perlahan daripada kura-kura yang ada siput di atasnya.



Ouh, esok paper ODE. Well, give me your best shot ode! Biar aku menangis masa nak jawab tu.
"Ya Allah, biarlah aku dapat jawab dengan tenang sambil terukir senyuman yang paling manis masa jawab ode esok." 
Cakap nak besar kan. Macam hebat sangat je. Lulus pun cukuplah. Carry mark rendah kot.


Sudahlah. Cukup ber-blogging. Esok nak exam dah. Nak main DotA kejap. Err

Nov 7, 2010

So it turns out Spongebob is realistic. You can have rivers and oceans underwater.

.


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Woaaaa! Subhanallah.


Sep 1, 2010

E=mc^2

Assalamualaikum. Ni hao. 

Esok ada test. Aku tak baca lagi. Dari tadi, "Kejap lagi lah" dan "Nantilah kejap lagi." Er, sama je kot.
Katil aku (double decker) dan aku belah atas aku buat macam aku ber-katil tingkat bawah. Laptop buku semua angkut bawa naik atas. Takde dah guna tangga. Main lompat je. Boleh jadi stuntman dah. Gaji pun mahal. 

Jadi aku nak membebel. Erk...


Tahukah anda bahawa matahari mengelilingi bumi? Begitu juga bulan. Errr *tibatiba*
Firman Allah, "Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui. dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah Dia sampai ke manzilah yang terakhir) Kembalilah Dia sebagai bentuk tandan yang tua.Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. dan masing-masing beredar pada garis edarnya." (Yasiin: 38-40)

Allah Subhanahu wa Ta'ala  berfirman, "Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." (Al-Anbiya: 33) 
"Eh, aku belajar matahari duduk kat tengahtengah tak bergerak." Haaa tu yang kau belajar! Er, aku pun belajar macam tu juga. Heee...
Dalam subjek-subjek yang kita belajar, ada sebut pasal Allah? Dalam Pendidikan Islam je kot. 
Jadi, tidak mustahil sains yang kita belajar tu banyak teori yang mengarut dan tak betul. Sejarah yang kita belajar pasal paleolitik neolitik semua tu pun tak betul. Haaaa...sejarah pun dah tak betul kita belajar!
(Nak tau lebih lanjut? Sila dail Cik Google) *kenapa mesti google? -___________-"

Kembali kepada tajuk. 'E' sama dengan 'm' darab 'c' kuasa dua. Formula Einstein kan? Dia cakap bumi mengelilingi matahari, lalu beliau mencipta formula tersebut. 
Tibatiba (bukan tibatiba tapi memang dah lama sebenarnya) matahari pula mengelilingi bumi. Secara automatik pantas dan muktamad formula tersebut terbatal dan tidak boleh digunakan lagi. Tapi, dah tau takboleh guna lagi pun still belajar kan? Masalah betul dunia sekarang ni.

Ok cukup membebel. Aku bercakap berdasarkan pembacaan yang berdasarkan banyak bukti. Nak terima atau tidak terpulanglah. Bak kata orangorang dulu, "Better late than never." *tibatiba*

Aug 17, 2010

Rubik's cube


The study builds on the work of a veritable pantheon of Rubik's researchers, starting with Morwen Thistlethwaite who in 1981 showed 52 moves were sufficient to reach the solution from any given Cube position.
By May 1992, Michael Reid showed 39 moves was always sufficient, only to be undercut a mere day later by Dik Winter, who showed 37 moves would work.
The current world record holder is Dutch Erik Akkersdijk who successfully solved the puzzle in just 7.08 seconds.
7.08 seconds, tooo fast.

Jun 2, 2010

Insomnia?

Insomnia adalah kesukaran untuk tidur dengan nyenyak. Eh, mungkin tak boleh tidur terus? Entahlah.
Aku dah hampir 4 hari tak boleh tidur dengan nyenyak. Letih weyh! Dulu masa kat matrik berharaplah susah nak tidur. Sekali, kat rumah pulak lah susah nak tidur.

Tidur tu bolehlah kan. Cuma tak nyenyak. Nasib baik lah mata tak merah ke bengkak ke kan.

Haaaa! Lepas ni aku tak kisah dah susah nak tidur ke apa. Sebab aku nak beli graphic card baru! Lepas tu main game puas2 macam orang gile. Habis la kau Dinie tak cukup tidur lepas ni. haha

Ok dah tu je. Tak tau nak taip apa.
Jaa ne~
Salam.


May 6, 2010

B o s a n

Do you know that...


Bosan is a town in Multan District, Pakistan?






Aku baru tau.


Nak gelak pun ada.
Tapi, bosan sangat ke bandar ni? =.="

Jan 23, 2010

Haiwan dua Alam

Salam.

Baru sebentar, aku tibatiba terfikir akan ketam batu. So, ntah napa aku google pasal ketam batu.

Tibatiba, aku terjumpa sesuatu. Aku agak terkejut dengan pengetahuan aku yang selama ini salah.
So, aku nak kongsilah.

Aku terbaca pasal haiwan dua alam ni di http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/27/hukum-makan-ketam-batu/

**************************************************************************************************

Apakah hukum memakan ketam batu? Haram atau makruh?

jawapan:

Salam

Apa yg ditanya adalah perihal binatang 2 alam. Setakat pencarian saya, tidak terdapat sebrg dalil yg khusus mengatakan binatang 2 alam itu haram di makan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’I sepertimana dinukilkan oleh kitab2 an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali.

Mereka yg mengatakan binatang 2 alam ni haram di makan berdasarkan hadis berikut:

Dr Abdur rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memepragakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yg dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]

Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kpd yg hidup sepertimana katak.

Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”

Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut. Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa 2 alam itu haram di makan.

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3]

Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yg menjelaskan ayat di atas iaitu:

Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan utk kita 2 jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”

Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan laut yg hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.

Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.

Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Maka, berdasarkan dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan binatang 2 alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak. Ttp berdasarkan kaedah yg telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kpd semua yg hidup 2 alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendpt haramnya binatang 2 alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yg pada biasanya dijual di pasar2 dalam keadaan hidup. Bukankah itu membutikan binatang ini mampu hidup di atas darat?

Pendapat yg kuat ialah secara umumnya, binatang 2 alam itu halal. Dia didiamkan syara’. Hanya saja kita perlu ingat, bahawa Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kpd firman Allah swt:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145)

Dari ayat di atas, illat kpd keharaman bangkai, darah yg megalir, babi adalah kotor(bolded). Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kpd apa2 binatang yg mempunyai illat yg sama dgnnya iaitu kotor. Sebagai cth, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram. Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang2 uruf dari satu tempat ke satu yg lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat m’sia, binatang itu menjijikkan, ttp pada masyarakat China tidak pula.

Maka, kesimpulannya, setiap apa yg dinyatakan dalam nas yg mengatakan ianya haram, itulah haram. Yg tidak dikatakan haram, maka ia didiamkan syara’. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yg dianggap pada dirinya jijik dan kotor. Ttp jgn pula kita menjadi pelik jika ada org yg memakannya di negara lain.

Sekian. WA.

Wassalam

Rujukan

Fiqh & Perundangan Islam
Dr Wahbah al-Zuhaily

Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi

Al-Halal wal-Haram fi Islam
Dr Yusuf al-Qaradhawi

************************************************************************************************


Selamat beramal~

Salam.

Nov 1, 2009

Halo

Ini bukan pasal game first-person shooter, Halo. Tapi pasal optical phenomenon yang aku nampak malam tadi.

"A halo (ἅλως; also known as a nimbus, icebow or Gloriole) is an optical phenomenon produced by ice crystals creating colored or white arcs and spots in the sky."

Bulan yang cantik.
Ada bulatan disekeliling bulan tu. Cantik bukan?

Nak tau lagi, pi http://en.wikipedia.org/wiki/Halo_(optical_phenomenon).
Oh, credit to Puriee Fish. Dia post bulletin kat ms. Kalau tak, aku tak tau phenomena apeee lah ni.

Oh ye, Happy November!

May 1, 2009

'F' for...?

Kira jumlah huruf 'F' dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC

STUDY COMBINED WITH THE

EXPERIENCE OF YEARS



Dah habis kira?
OK. Scroll ke bawah.






Ada berapa huruf 'F'?
Tiga? Ye ke ni?

Ce-cuba-try-test-uji-eksperimen kira lagi sekali.


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC

STUDY COMBINED WITH THE

EXPERIENCE OF YEARS



Kalau yang kira ada 3 tu, mesti anda seorang lelaki.
Sebenarnya, ada 6 huruf 'F'.

Sebab berlakunya perkara tersebut...
otak seorang LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 huruf 'F' pada permulaan ujian memiliki otak seorang PEREMPUAN.


ps: Kali pertama aku kira pun ada 3 je. Magik betul kan? XD

Mar 18, 2009

Ribena ada kandungan arak?

Korang tahu tak bahawa terdapat sedikit kandungan arak dalam Ribena?
Mengejutkan! Betul tak?
Abah send e-mail kat aku tentang Ribena ni. Terkejut gak aku.
Tapi, tak taulah cerita ini betul atau tidak.


LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.

Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu,Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit.

Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih.

Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.

“Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,” katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan.

“Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,” katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi

Walaupun hanya 0.1%, ada lah juga arak tu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Urghh...

Jan 7, 2009

Unicorn Shark

Salah satu tanda akhir zaman?




Dec 12, 2008

Manglish [Malay+English]

Who says our English is teruk? Just see below -
Ours is simpler, shorter, concise, straight-to-point, more effective, etc...

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons: I'm sorry, Sir, but we don't seem to have the sweater you want in
your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for
you.
Malaysians: No Stock.


RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone page for me a few moments
ago?
Malaysians: Hello, who page?


ASKING SOMEONE TO MAKE WAY .
Britons: Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?
Malaysians: S-kew me


WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons: Hey, put your wallet away, this drink is on me.
Malaysians: No-need, lah.


WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter
through this door?
Malaysians: (pointing the door) Can ar?


WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home.
Malaysians: Don't be shy, lah!


WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: I don't recall you giving me the money.
Malaysians: Where got?


WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I'd prefer not to do that, if you don't mind.
Malaysians: Don't want la...


IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err... Tom, I have to stop you there. I understand where you're
coming from, but I really have to disagree with what you said about the
issue.
Malaysians: You mad, ah?


WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons: Excuse me, but could you please lower your voice? I'm trying to
concentrate over here.
Malaysians: Shut up lah!


WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for some time. Do I
know you?
Malaysians: See what, see what?


WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.
Malaysians: Die-lah!!


WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons: Will someone tell me what has just happened?
Malaysians: Wat happen? Why like that?


WHEN SOME ONE DID SOMETHING WRONG
Britons: This isn't the way to do it here let me show you.
Malaysians: Like that also don't know how to do!!!!


WHEN ONE IS ANGRY
Britons: Would you mind not disturbing me?
Malaysians: Celaka u...

Nov 20, 2008

Penggunaan Masya-Allah

Assalamualaikum

Penggunaan "Masya-Allah" dlm percakapan seharian, sebarkan kepada
kawan/sahabat. Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer
P. Ramlee yang banyak menggunakan "Masya-Allah" dalam situasi yang silap.
Bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus
berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala
yang berganda bukan duit which to someone money is the number one in
his/her life.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "Masya-Allah"
ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok,
contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat
perangai nakal.

Sebenarnya istilah "Masya-Allah" bermaksud "ALLAH THE ALMIGHTY"
atau "ALLAH YANG MAHA AGUNG".

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdulah, kita menggunakan
istilah "Masya-Allah" bila kita melihat "something nice" seperti
melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap,
terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan Masya-Allah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak
elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah
"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah)
ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan...

Wallahulam.

Nov 7, 2008

The Size of All Planets Are Relative

Compare the size of the Earth to the other planets!