Showing posts with label New Gadget. Show all posts
Showing posts with label New Gadget. Show all posts

Jan 12, 2013

12.10 Ubuntu

Betul-betul lepas subuhhh pagi tadi, aku install Ubuntu 12.10 (codename: Quantal Quetzal). Dulu pernah guna Ubuntu jugak, tapi tak ingat versi berapa; seriously, laju dan aku berpuas hati dengan prestasinya. Dekat satu sem jugak la aku guna until aku install Windows 7 Ultimate. But the Quantal Quetzal, surprisingly wayyyy to slow for me. Kejap-kejap hang. Tu je lah masalah dia; slow. Mungkin sebab baru lagi agaknya. Sepatutnya aku install Ubuntu 12.04 tadi.

Conclusion-nya, jam 12.05 tengahari tadi, aku remove balik Quetzal. Sekian, terima kasih.

Jun 2, 2010

Insomnia?

Insomnia adalah kesukaran untuk tidur dengan nyenyak. Eh, mungkin tak boleh tidur terus? Entahlah.
Aku dah hampir 4 hari tak boleh tidur dengan nyenyak. Letih weyh! Dulu masa kat matrik berharaplah susah nak tidur. Sekali, kat rumah pulak lah susah nak tidur.

Tidur tu bolehlah kan. Cuma tak nyenyak. Nasib baik lah mata tak merah ke bengkak ke kan.

Haaaa! Lepas ni aku tak kisah dah susah nak tidur ke apa. Sebab aku nak beli graphic card baru! Lepas tu main game puas2 macam orang gile. Habis la kau Dinie tak cukup tidur lepas ni. haha

Ok dah tu je. Tak tau nak taip apa.
Jaa ne~
Salam.


Jul 31, 2009

Dari Jengka ke Kuantan. Sapo dio?

Assalamualaikum.

Disebabkan mata aku ni tak nak tutup-tutup dari tadi, dan otak aku pula dah malas nak membaca, aku pun ngadap lah komputer ni. Pagi-pagi buta lak tu kan?

Erm... nak tulis pasal pe ye...?
Haaa!


Pada 29 July 2009, Rabu, sebelum hari Khamis, kawan satu tutorial dengan aku datang Kuantan. Dia tinggal kat Jengka. Nama dia Rafizi.

Pagi-pagi lagi, dalam pukul 10 lebih kot, kami berjumpa dan bersalaman kat KMPh. Dia dari Jengka kan, singgah matrik jap amek barang. Aku pun ada mende nak dibuat kat situ.

Kami berdua membuang masa berpusingpusingpusing satu Megamall kat Kuantan tu.
Aku jumpa kawan-kawan sekolah (SMART) aku dulu. Tak tau lah diorang watpe kan. Mungkin menonton wayang kulit.

[Berfikir panjang...?]

[Mengisi perut yang kosong!]

Dalam pukul 1 lebih, aku beli la gadget yang aku dah lama gileeeerrrr nak beli. Warna merah ngan hitam. Perghhh!! Smart gila lah kan. Bertambahlahhh lagi buah hati aku. Hihi...

Lepas dah lenguh kaki aku berjalan, pergi Kuantan Parade pula. Akhirnya, ke Teluk Cempedak. Dekat pukul 6.30 gak sampai rumah. Memang satu hari yang membuang masa lah kan. Haha

[ Di tepi pantai yang indah]

Malam tu pula, kaki aku memang letih gila. Tapi, aku tidur lewat gak. Fizi yang tidur awal. Baeeekkk nyer landing atas katil, pastu... tidur. Senyap gitu je. Nasib baik tidur. Kalau...

Ehem2...
Aku nak sambung study lah. Study ke tidur... aku pun tak tau lah.

Jaa~
Wassalam.