Showing posts with label Jalanjalan. Show all posts
Showing posts with label Jalanjalan. Show all posts

May 2, 2011

Jogingguk

Fuhhh letih kot bersenam di pagi hari. Orang tua-tua panggil jogging. Berlari secara seronok sampai ke puncak Bukit Sulai, Gambang. Belakang UMP tu je pun. Dekat 35000 meter juga. Hebat tak aku? I know I know.

Oh, dah lama mengabaikan blog. Busy kottt. Dengan exam lagi, anak bini lagi. Nasib baik comel macam papa dia. Ok, tipu je. Tapi part comel macam papa dia tu tak tipu.

Malaslah sebenarnya. Tengah main Dragon Age 2. Ni main 2nd round sebab jalan cerita dia boleh lain-lain. Tak habis main dah install Prince of Persia: The Forgotten Sands. Tengok, betapa sibukkknya kehidupan sebagai seorang pelajar. Mana ada kami malas. Kami pun ada kerja sendiri apa.

Lagipun, last paper lama lagi. Memang ntah ke manaa je Lemang Crew meronggeng. Hari tu pi Berkelah Falls. Tapi tak dapat mandi sebab ada segerombolan askar tengah berlatih main bunga api kat situ. Emo kot aku!
Dahhh kena patah semula menuju ke arah Sungai Lembing. Aku berangan nak bawa budak-budak ni pergi Cemerong, Dungun pula lepas ni, tapi ntah bila. Dah lama tak mandi kat sana, seronok kot!

Letih amat ni. Lepas ni boleh daki Gunung Daik Bercabang Tiga pulak.

Apr 5, 2011

20 sen punya pasal.

Assalamualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat? Sayew rinduw dengan awak semua. Apasal aku tulis macam ni? Ffffffuuuuuuuuuuu

Hari ini hari Selasa. Esok hari Rabu, Khamis andddd Fridayyyy! Friday Friday gotta get down on Friday. 

Hari ni hari yang seronok sebenarnya. Tapiiii, dah dua hari bangun lewat. Apa akibat aku bangun lewat? Adakah disebabkan Final semakin hampir dan aku tak study apa-apa lagi? Well, takde la tak tau apa-apa. Bak kata orang tua-tua, kayuh sampan biar perlahan-lahan sampai ke hulu, jangan nak cepat je sampai sanggup berenang-renang ke tepian. Rilek lah kan.

Jadi, kelas jam 9-10 am aku tak pergi. Bukan ponteng eh. Lewat bangun, macamana nak pergi kan? Alaaa, budak ni pun kata tak faham apa-apa. Tak sia-sia lah aku tak pergi. Tapi ada IM Talk dari 11 sampai 12.30 pm. IM tu bukannya Indera Mahkota, tapi Instruments and Measurements. Pergi semata-mata dengar ceramah. Tapi cool juga IR tu bagi ucapan. Tak sia-sia la pergi.

Dalam jam 2 petang, Nanananana ajak keluar. Dia nak buat baju dengan umi. Pakat mai rumah aku tempah baju meh. Seronok betul muka dorang bila sampai rumah aku. Taktau lah mereka buat-buat seronok ke apa. haha

Dari UMP tu, Shana yang drive. Bila sampai Kuantan, aku pulang yang kena mengayuh kereta Kancil tu. Bila aku bawa laju, diorang menjerit. Bila aku cucuk kereta depan, mereka menjerit juga. Tak taulah kalau mereka sebenarnya rasa sangat teruja bila aku drive ke apa.

Dah petang tu, pulanglah kami ke UMP terchenta. Dah nak sampai UMP tu, kejadian malam hari tu terjadi lagi. Seram kot kalau kereta tiba-tiba berhenti. Aku sebenarnya pelik juga dengan kereta ni. Suka sangat main-main dengan aku.

Telefon Ardham dengan Nas minta tolong isi minyak dalam botol. Sementara tunggu mereka sampai tu, hampir sahaja aku menempeleng lori yang lalu-lalang di situ. Nasib baik aku masih dapat mengawal kemarahan. Lepas dah isi minyak, kereta tu main-main pula tak nak hidup kan. Kali ni aku berniat nak menempeleng dengan sekuat hati pula kereta kancil yang berwarna merah itu. Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Memang bertuah la bakal isteri aku nanti. hihi

Tidak lama kemudian, ada la 2 orang abang macho berhenti sebab nak tolong. Diorang berhenti sebab nampak budak-budak perempuan di dalam kesusahan. Tapi tak kisahlah kan, niat nak tolong. Abang tu suruh tolak kereta. Aku nak tegur, kang abang tu cakap apa pula. Yelah kan, bukan bateri yang bermasalah nak tolak kereta.

Lepas tu, ada Abang Pomen Kereta pula berhenti. Tak sia-sia abang tu kerja kat workshop, hidup kereta. Alhamdulillah. Wa memang tabik sama lu lah! Aku pun dulu sebenarnya bercita-cita nak jadi pomen kereta. Boleh setting kereta sendiri kan kasi laju lumba dengan F1.

Sebenarnya, aku nak cakap harga minyak dah naik 20 sen. Tu je. 
Sebab tu lah kereta asyik mati sendiri. Bukan disebabkan perkara-perkara ghaib ye.

Jan 22, 2011

Mimpi > Terjaga dari tidur > "Aku mimpi apa tadi eh?"

Assalamualaikum.


Hari tu keluar seperti biasa. Sewa kereta dan memecut laju ke Kuantan. Seperti biasa kami menunggang Kancil keluaran Perodua. Kali ini, kancil lama yang mempunyai 4 gear.


Hero kita.
Aku mungkin bernasib baik pasa masa itu. Tayar depan belah kanan pecah, nasib baik kereta tidak hilang kawalan. Langgar batu bata. MPK ni goblok juga, dah lah letak cone tu dekat gila dengan tempat dia buat kerja tengah-tengah jalan tu, lepas tu letak pula batu bata? F betul.


Letak lah cone tu jauh-jauh sikit wey. Bahaya kot. Tak patut lah macam tu. Kesian kat kami kot. Dah lah tayar kat bonet belakang tu takde angin. Nasib baik berhenti dekat dengan pam minyak.




Tak sangka hari ini aku telah bunuh 3 ekor hantu menggunakan sabit - mimpi seronok je sebenarnya. Hayun sampai putus kepala, putus badan. Tapi ingat ending dia je.  MySpace
Memang susah betul nak ingat kita mimpi apa kan? Ke aku je? Errr


Selesema, demam. Seronok kan?

Jan 9, 2011

Semester 2 ni, pak guard bajet best pula.

Assalamualaikum.


Jumaat keluar. Jalan-jalan ke Kuantan. Ingat nak balik awal, tapi tak boleh. Kalau masuk u selepas jam 12 tengah malam kena denda. Gila apa nak main denda denda? Banyak perubahan drastik yang dilakukan oleh guard UMP ni. Er, tak banyak sebenarnya.


Kalau masa ada kelas, naik bas selama satu jam baru sampai ke kelas. Yelah, aku duduk Gambang tapi kelas kat Pekan kan. Tu pun tak tentu sejam baru sampai. Kadang-kadang, bas sampai lambat. Tak kisahlah kalau lambat sikit. 


Dah sampai tu, boleh pulakkk guard naik bas buat spotcheck? "Ok, semua keluarkan kad matrik." Kadang-kadang rasa nak mencarut juga. Mana taknya, kadang-kadang buat spotcheck sampai setengah jam. F betul. Ntah apa dia buat. Aku bantai tidur je kalau dalam bas. Taktau lah apa dia buat. Dahhh tak boleh masuk kelas. Aku bagi pelempang jepun baru tau. Oh, aku ambil bahasa Jepun untuk semester ni.


Lagiii...lagiii, masa jalan-jalan tu, pergi Teluk Cempedak, makan Char Kuey Teow, usha bapok, pergi Benteng, lepak tepi pantai. Menikmati keindahan alam. Angin kuat betul tepi pantai. Sejukkk. Faizun pula seronok buat unggun api. Tiba-tiba kan, telefon bimbit Nur hilang lagi. Kehilangan yang misteri. Tak puas hati betul, macamana boleh hilang? Puas dah memikir bila masa kehilangannya.


Aku rasa memang betul buaya tembaga Teluk Cempedak yang ambil. Dah lah buaya tu lepak atas pokok, kita mana nampak dia. Kalau nampak pun nampak mata je. Lepas ni, kau galas je public phone tu. Besaq sikit. Biar berat, asal selamat.


Jari aku selalu membiru kesejukan. Bilik ni dah boleh jadi peti ais. Mesti sekarang ni kedai jual peti ais tengah bankrup.


Oh, Brother Love tak jadi masuk kelas aku lah. Bernasib baik betul. haha


Assassin's Creed 2 tak habis main lagi, dahhh install NFS Hot Pursuit. Macamana nak buat calculus ni? MySpace


Xperia Arc macam cool kan?

Nov 24, 2010

Sunat? Berkhatan? Sama je lah tuuuu. Kan?

Abah: Sakit awak ni baru sikit Dina. Abang Dinie awak tu lagi sakit. 10 kali ganda daripada awak. Betul abah cakap ni. Abah dulu pun sunat jugak, tapi takde sakit macam abang awak tu.
Itulah kata-kata yang telah dilemparkan kepada adikku. Serius aku tergelak dalam hati dengan abah cakap ini macam. Oh, adik aku yang bongsu baru lepas berkhatan. 


Takdelah seteruk macam aku dulu. Masa pembedahan dijalankan pun, ntah berapa kali aku kena cucuk ubat bius. Tu pun rasa lagi. Memang kebal betul aku ni. Ubat bius tak jalan. haha
Abah: Abang awak senyap je tu. Kalau dia bagitau awak, menangis awak agaknya.
Ok. Sudah. Cukup. Aku bosan sebenarnya. Cuti yang baru sehari dua, dah bosan. Nak cari kerja malas pula. Masalah betul. Rasa macam nak pusing satu Malaysia bersiar-siar. Tapi siapa je nak ikut? Sorang-sorang macam tak seronok lah pula kan.


_________________________________________________________________


Ouh, Subuh sudah hampir. Dan aku baru pulang ke rumah. Makin kuat aku merayap sekarang. Dulu tak macam ni pun. Dulu aku baik je. Duduk rumah tak keluar-keluar macam anak dara dulu-dulu. Anak dara sekarang dah lain dah. Tak macam dulu masa aku kecik-kecik.


Lepas Isyak semalam, keluar dengan polis. Er, mereka anggota SUKSIS; Adib, Lukemey, Ida. Wohhooo bangga kejap. XD
Selepas dah puas melalak dalam bilik diikuti irama dan lagu selama dua jam, aku rasa gegendang telinga aku belah kanan dah pecah separuh. Dan seperti biasa, destinasi yang dituju pada malam hari adalah Teluk Cempedak. Aku pun tak faham kenapa TC juga destinasi terakhir.


Ayam KFC makin kecil. Kecik weyy! Kecik gila. Bapak ah kecik. Tapi takpelah, ada orang belanja. 


Tapi part yang paling seronok bagi aku, masa aku on the way pulang ke rumah tu. Teruja kejap. Kena tahan dengan kereta polis peronda. Dia minta IC dengan lesen. Lepas aku bagi, aku pandang cermin kereta belah kiri. "Oh, takde tampal 'P'. Biar je lah."


Bila fikir-fikir balik, dah lama juga aku memandu tak tampal pelekat 'P' kat kereta. Hebat tak? 

Nov 15, 2010

"Do not give up. The beginning always the hardest."

Yep, the beginning always the hardest. We start with nothing right? Dengan tak tau apa-apa langsung. Pure zero. Nak belajar benda yang kita tak tahu langsung, memang agak susahlah. Well, grow up and accept it.




Dan, aku baru pulang dari bersiar-siar di Terengganu. Dari UMP-Teluk Cempedak-Cherating-Pantai Kemasik. Kalau naik kereta sendiri, memang lagi jauh dah aku pergi. Nasib baik kereta sewa. 


Kereta auto yang meter dia max boleh cecah 92km/j dan max gear 3. Aku tak taulah kereta tu memang maximum gear 3 ataupun kereta tu memang dah lama tak service. Tapi tulah, gear 3 jalan jauh gila, tak dapat bayang aku betapa terseksanya kereta tu.




Oh, Pantai Kemasik cantik. Air dia jernih. Sedap mata memandang pemandangan dia. Tenang...dan seronok; itu yang penting. Dari Gambang kurang 2 jam. Taklah jauh mana. 



Well, unplanned things are always better than planned ones right? Er, bukan selalulah kan. Tapi most, kot. Err


Aku letih, tapi tak ngantuk. Apa nak buat eh selain tidur bagi mengatasi masalah keletihan?

Nov 7, 2010

What if... There's no if.


who's the guy you write so much about?

He’s just someone from my past.

From your past? But you still write and care about him. So he's still in your present.
Er, ftw? Jiwang kejap je lah.


hooYeah! Isnin ni paper TITAS. Apa yang aku dah baca? Well, DotA and blogging, online-ing a little bit. Betul, kadangkadang je aku online. Ok tipu je. Kalau duduk dalam bilik sambil study, 9/10 daripadanya aku akan pandang screen laptop, 0.5/10 aku akan buat benda normal dan 0.5/10 mungkin aku study.


lol
Nasib baik aku boleh kawal nafsu aku untuk tidak melara, ber-TC, berkaraoke, bersiarsiar-membuangmasa-but-it's-fun!, blablabla sampai 13 ni. Kira kurang sikitlah masa aku yang terbuang. Bolehlah study sikittt.




Malas betullll nak membelek nota.

Nov 5, 2010

Pizza

Assalamualaikum.


Semalam dalam pukul 7, Natasha Emlyn ajak keluar makan. Dia cakap, lepas makan terus balik. 


Yeah, lepas makan memang terus balik. Tapi lepas karaoke dan berboling. 
Tak jadi terus plan nak study. Terbaeekkk lah! haha


Natasha dan Vecca
Lama tak makan kat Pizza. Pizza memang rasa pizza. Takde rasa macam ayam KFC atau Mars atau kuaci. 

Dan, aku takboleh ke manamana sehingga 13 ni. Masa untuk study. Yay!
Aku memang suka study. Dah jadi salah satu hobi aku. 

Oh, Vecca nice to meet you. Hellooooowww

Oct 31, 2010

Minggu bergembira

Assalamualaikum.


Budak comel di KFC.
Minggu ni, minggu untuk bergembira, minggu untuk melara, minggu untuk membuang masa yang sepatutnya study kerana minggu depan dah final. Dah ntah berapa hari straight aku sewa kereta, keluar sampai 3 4 5 pagi baru balik, lepas Subuh tidur, bangun nak dekat tengahari, lepas bangun main DotA. Dalam sehari kadangkadang sekali je aku makan. Bukan apa, tiada selera. Makan pun paksa. Ntahlah apa masalah aku.

Ber-TC.
Assignment Circuit Analysis yang diberi pada saatsaat akhir pun tak siap lagi. Maaaaasalah betul. Memang malaslah nak buat. Tapi nanti aku buat juga. Jangan risau.
Esok pula kena present Basic Electronic Instrumentation. Tak taulah nak cakap apa.
Aih, rilek suddeyyy. Present Technical English hari tu pun aku main cakap je. haha


Technical English Presentation.
Hidup ni tak bolehlah asyik ikut telunjuk orang. Tapi tak boleh pula asyik ikut kepala sendiri je. 
Kita kena sentiasa belajar. Belajar sesuaikan diri dengan tempat baru, rakan baru, atmosfera baru. Belajar mengawal perasaan. Belajar menghormati orang lain. Belajar memahami orang lain. 


Inilah caracara untuk memasang earth electrode.
Jangan ingat asyik orang lain yang salah. Jangan ingat diri sendiri sentiasa betul. Fikir.
Jangan perasan diri terlalu bagus. Jangan pandang rendah dekat orang lain.


Nasi Goreng Kampung. Banyak weyh!
Dan sebagai seorang pelajar, kita tak bolehlah asyik nak studyyyy je. Kita hidup bukan asyik nak belajar je.
Kadangkadang kenalah enjoy sikit ye tak? Ye sikit. Takboleh banyakbanyak. Sikit je.


Aku tak makan lagi hari ni. Siapa nak belanja?

Oct 13, 2010

Now it's 101010

Assalamualaikum.




Satu hari yang seronok! Tapi kalau boleh nak cukupkan 24 jam. haha
Ke Sungai Pandan, Panching di Kuantan untuk merehatkan mata walaupun airnya agak keruh. Disebabkan air yang keruh tu, tak jadi aku nak mandi. Faizun je lah mandi sorang.




Lepas tu, ke Giant. Takde kerja lepak di Giant kan? haha
Tapi ada gulagulakapas. Itu yang penting. 



Kemudian ke Teluk Cempedak. Panjatpanjat batu sampai puas. Sampai berdarah.

Malam tu pula ke Megamall. Beli cd game. Final nak dekat tak semestinya tak boleh main game kan? haha

Oh, ke mana bintangbintang pergi pada malam hari? 

30 not 10,101010

Assalamualaikum.


10, 101010


Hoi hoi! Lama tak update ini blog wa punya. Sukar nak dapat mood nak blogging sebenarnya. Bukan malas, tapi tulah.


Ok. hari ini 'berkotak-tandas' sebanyak 30 lagu. Seronok? Tak cukup banyak sebenarnya. haha
Sesiapa nak ajak saya melalak, silasilalah jangan malumalu. 


Final dah tak lama rupanya. Sekejap je rasanya. 
Rasanya baruuu je habis minggu-orientasi-yang-membosankan. haha
Ntah ntah, tak lama lagi aku dah nak kahwin. Dengan sapa lah eh? XD
Er, tapi sempat ke? 


Ok dah. Cukup mengarut tibatiba cakap pasal kahwin.
Jaa ne!

Sep 15, 2010

5 Syawal

Assalamualaikum.


Petang semalam baru balik ke Kuantan semula. Raya? Perasaan hanya seperti harihari biasa cuma mungkin gembira sedikit bertemu dengan sanak saudara. Di felda pun budakbudak dah kurang beraya. Diorang ni memang dah taknak duit raya kot? Kalau aku kecik lagi, habis satu kampung aku berjalan, sampai tersesat pergi kampung sebelah lagi. Erk...

Oh, selepas berada di Kuantan, pergi beraya di rumah Tarmizi. Jumpa Adi, Zaid, pusingpusing dalam Beserah tu. Ingat nak beraya ke sana ke mari, tapi tak dapat. Ramai lagi yang tak balik rumah. 


Lepas Maghrib, pergi beraya di rumah Megat. Sumpah lama gila tak jumpa. 
Ke rumah Zaki pula, ni lagi lah lama tak jumpa. Dah la aku ingatingat lupa je kat kau. Kau boleh pulak ingat lagi kat aku. Haha teruk betul aku. Terharu kot orang ingat lagi kat aku. 
Serbu ke rumah Syafiq akhirnya. Panjang juga berbual. Ingat balik kenangankenangan lama ceritacerita lama yang bodohbodohseronok dan ceritacerita sekarang yang bijakbijakmasihseronok, sampai tunggu hujan berhenti.


Tibatiba, jalanjalan Kuantan dan lepak di TC makan KFC. Apakah? Seronok sebenarnya buat benda tak dirancang ni. Then kat TC jumpa lagi kawankawan lama yang aku-pun-dah-agak-lupa-nama-diorang-tapi-masih-ingat-diorang-sebab-diorang-dulu-agak-gangster. Perlu ke tanda sempang tu semua? -____-"

Lepas tu balik. Habis cerita.

Jul 11, 2010

Orientasi ?

Assalamualaikum.

Kalau dulu aku belajar di KMPh, dan hampir tiaptiap minggu aku outing dan terus pulang ke rumah, tapi kali ni mungkin agak berbeza. Sebab kali ni aku belajar di UMP. Er, tempat belajar je lah lain. hihi

3hb, pergi mendaftar di UMP. Nama pendek dia Universiti Malaysia Pahang. Terletak di Gambang, Kuantan. Dekat la juga dengan Gambang Waterpark.

Orientasinya lama la jugak. Dekat seminggu kott. Sampai lah semalam, Sabtu 10 Julai. Kebanyakan aktiviti berlangsung di Kompleks Sukan, dewan yang cantik. Dan selama seminggu ni jugalah aku terlebih tidur. Ye lah, tak habishabis dengar orang berucap kan. Tidur je lahhhh kerja aku kat dewan tu kalau tak tumpu perhatian. hihi maaf abangabang dan kakakkakak fasi.

Rambut aku selama seminggu pertama di UMP, panjang. Memang panjang lahhh. Er, apasal rambut?

Antara benda yang aku suka sepanjang minggu orientasi dijalankan, tarian Ayumi Hamasaki lagu Trauma tu. Comelll je. ahahahaa. Nanti aku upload video ke facebook.

Ada lagi satu! Banana Dance. Tarian yang boleh buat aku pecah perut.

Hashra Izreen a.k.a BOB, ikut aku pulang ke rumah hari minggu ni sebab dia nak beli barang. Dan hari ni, letih berjalanbersiarsiarmembelibelah barangbarang yang diperlukan di bandar Kuantan.

Rambut aku sekarang? Baru potong. Baekkkk punyaaa pendek dia potong. Tapi kemas jugak dia potong. Sideburn aku yang aku simpan hampir 8 bulan kot? telah dipotong begitu sahaja. Uuuuuuuuuuuuuuuuu~

Oh, aku menghadapi masalah sedikit dengan PTPTN. Aku rasa aku dah update maklumat aku. Tapi dia guna yang lama jugakk? haihh
Minggu depan balik lagi nak? XD

Jaa~

Jun 24, 2010

Tadi pergi sekolah

Tadi pergi sekolah. Diulang tadi pergi sekolah. Nak ulang lagi tadi pergi sekolah. -______-

Nak ulang lagi. Ok sudah cukup. Tadi pegi sekolah. Eh, ulang lagi? Ok sambung. Bukan sebab nak ambil sijil SPM. Sebabnya tak sama dengan kawan aku sorang ni. Tapi nak jumpa cikgucikgu di sanaaa. Yang telah mengajar dan mendidik kami. Lepas matrik ni, ntah dah berapa kali aku melawat sekolah aku, SMART kat belakang SABS tu. Eh, smart ke?

Oh, pergi bersama Zul Azizal. Lepas tu pusingpusing la kat Mega dengan ECM tu. Letih juga kaki ini.
Oh oh, ada Nora dengan Aresya sekali. Berbualbual panjang di KFC. Ye memang lama tapi seronok.



Jun 7, 2010

Hello June!

04 June Friday
Oh, takde apa yang berlaku. Ingatkan dapat makan abc. Tak jadi pulak. Takpelah, takde rezeki kot? hihi

05 June
Hari ni pergi rumah Ayu. Kakak dia kahwin. Tapi datang lewat lah pulak kan. Kendurinya habis jam 4 petang. Kami sampai jam 4 petang. Haha
Terimakasih Ayu sebab still layan kami. =D

06 June
Oh, malam tadi Azri dengan Syauqi bermalam di rumah aku. Tak tidur pun sebenarnya. Tak habishabis dengan DotA. Puas la cuba connect.

Pagi tu pulak mandi pantai di Balok. Ee pun ada sekali. Tapi dia tak mandi lah kan. Dia bawa adikadik dia sekali. Seperti yang dijangka, sunburn. Yes, pedih badan aku. Tapi seronok! Tu yang penting. haha


May 4, 2010

Sokeysokey~

Salam.


Semalam, keluar berduaduaan bersama Syauqi. Oh, dia lelaki. Dan kami bukan homoseksual.
Dalam jam 10 lebih sikit bertemu di Mega. Kalau aku ada kedai kat situ, masa tu memang aku antara yang paling awallah buka kedai.


Pastu jalanjalan ntah ke mana sahaja mengikut naluri secara spontan.
Last2, pergi main game token kat atas jugak. 


Pastu, tengah hari sikit, pergi SMART. Orang panggil Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib. 
Ke sana ambil sijil SPM. Dengan sijil PMR sekali aku ambil. Baru nak amek sijil PMR kan. haha
Lepas itu, cari Azraai. Agak lama juga berbual. Dah 2 tahun tak jumpa kot. 
Dia kata muka aku dah lain. haha
Ye lah, muka dia, Syauqi, Alep, Awang semua tak berubah kan. Aku je berubah.


Main DotA jap kat Screenz. Terletak di hadapan SABS.






Then, buangmasa kat Megamall semula.
Oh, ada berjumpa dengan Taqi. Dia still BESAR PUNYA macam dulu. haha
Tapi dah reti memasak kot. Dia amek kulinari kan.


Lepas Maghrib kami pulang. Tapi macam kejap je. 
Sebelum nak balik, makan maggi dalam cawan. Beli kat 7E.
1st time kot makan maggi dalam cawan. haha




Lepas tu, pulang ke rumah. Huuu~
Serius tak puas lepak ngan kau.

Mar 8, 2010

overnight - TC





Sabtu petang, Nadia ajak aku keluar ke TC. Bersamasama dengan beliau; Atiqah K., Raisha dan Tehah. Setelah mendapat pelepasan daripada abah, aku pun keluar.
Dudukduduk menikmati suasana yang tenang di tepi pantai di atas batu besar. Meme tenang lah kat situ.




Malam selepas Maghrib, masingmasing kelaparan. Nadia ajak makan di benteng. Ntah gerai nombor berapa. Sumpah tak sedap. Perut aku semacam je lepas tu. Bukan sakit perut. Tapi...ntah.





Then, nampak dari tempat kami makan tu; 'lampu Batman'. Ada funfair di Tanjung Lumpur. Kami pergi ke sana. Aku tak main pun. Perut semacam je kan. Kang tak pasalpasal MySpace.


Jam 12, Raisha on the phone. Kami menunggu untuk berbual dengannya. Then...

Happy Birthday Raisha!

haha

Dia agak gembira. Dapat hadiah plak tuuu...
Lepas tu, kami hanya berada di TC. Berborakborakmembuangmasa di tepi pantai. Oh, terjumpa Rafizi, Mat, Nurudin, Swat...sapa lagi eh? Mereka pun overnight.

Aku tak tidur pun. Dan pagi itu sangat letih. Atiqah muka ketat gileee pagi tu. Mana taknya, berbual dengan Fizi sampai pagi.

Oh, hajat Tiqah untuk bermandimanda di pantai tidak kesampaian. Mungkin lain kali. Heee...

Aku malas nak menaip. Mengantuk barangkali.

ZZZzzz...

Feb 27, 2010

S A t u R d A y

Salam.

Jam 9 sudah. Hampir ke 10 malam. Tetapi telah mengantuk. Mungkin kerana bermain o2jam terlalu asyik? Erm...

Ok. Hari ni aku tidak menghabiskan seharian di rumah. Tetapi, Atiqah K. telah mengajakku untuk outing. Tapi, aku pulang ke rumah sebenarnya. Heee...
Janji awal pagi. Tapi terlajak tidur. Jumpa merekamerreka di bawah ini lebih kurang jam 1.30 di ECM di hadapan FOS.


[Atiqah, Nadia, Ishazmi, Teehah]

Seronok.
Dan, telah terserempak dengan beberapa junior aku di SMART. Mereka masih mengenali aku. Terharu juga dibuatnya. haha

Oklah. Aku nak meng-google kejap. Masalah, celcom broadband putusputus. AKu rasa ada kena mengena dengan usb komputerku.

Jaa~
Wassalam.

Feb 16, 2010

Open Your Eyes

Salam.

Hari ni, dah habis cuti untuk Raya Cina. Aku balik malam. Boleh ke? Bolehh la kottt.

Cuti ni, aku habiskan di Melaka. Abah kerja di Melaka. Dah alangalang tu, jalanjalan lah di sana kan.

PSPM dah dekat. Serius, aku berdebar. SPM pun tak macam ni. Tapi, masih mainmain. Siasia je aku berdebar. Teruk.
Kalau boleh, aku nak hentak kepala aku di dinding sampai berdarahdarah lepas tu kata, "Belajar la bodoh! Jangan lepak je!!" Tapi...



Haaa! Ni salah satu gambar yang ditangkap masa kami sekeluarga pergi Melaka hari tu. Kacak tak? hahahaa

Ok. Nak bertolak ke kolej! XD

Jaa~
Salam.