Showing posts with label classmate kosmate busmate roomate. Show all posts
Showing posts with label classmate kosmate busmate roomate. Show all posts

Nov 18, 2012

due date

Tiba-tiba aku jadi kelam kabut. Itu tak kena. Ini tak kena. Due date assignment tinggal lagi 10 minit, tapi ahli group aku yang lain kerja masing-masing tak siap lagi. Ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir, kadang-kadang sesat pergi muara. Aku berlari ke Joe, belum siap lagi. Berlari pulak ke Sia, belum siap jugak. Lompat kijang ke Mirol, tak siap jugak. Aku dah gelabah. Aku terus berlari ke hulu ke hilir. Dah macam orang hilang anak. Sampai berpeluh-peluh aku berlari. Dah penat, jantung berdegup semakin kencang. Aku semakin risau. Kerisauan aku yang tahap garuda itu menyebabkan kadang-kadang aku terlupa di mana aku berada. Akhirnya due date dah tiba, tapi kerja tak siap-siap jugak. Aku terus berlari sambil melintasi 3 orang pelajar sambil berkata, "Tumpang lalu kak." Belum sempat aku menoleh, tiba-tiba mata aku terbuka. "Fuhh, nasib baik mimpi." Aku bangun, cuci muka, kemudian dengan tangkas installasi FIFA 13 ke dalam komputer dilakukan.

Feb 20, 2012

20 . 02 : Gelap


7.50 pm
Tiba-tiba gelap. Aku jenguk luar tingkap, memang gelap. Satu UMP Pekan gelap. Laptop Adib je terang.


Sambil tengok jam, "Nasib baik bukan siang hari." Risau juga kalau siang-siang gelap macam ni.


Masing-masing dok main lampu. Ada juga yang berharap esok takde kelas satu hari.
Perut aku pula sakit. Turun cafe cari makanan. 


Sambil-sambil jalan, usha kiri kanan. Manatau ada awek zombie tengah-tengah blackout ni.
Alhamdulillah, selamat daripada ancaman zombie. Dapat makan nasi goreng daging.




9.14 pm
Tiba-tiba lampu berkelip-kelip. Elektrik dah ada, yay!


kbai

Dec 6, 2011

makan pasiaq

Semalam, aku tumbuk Wan. Ye, Sharul Izwan ditumbuk. Aku macam tak sengaja tumbuk dia. Aku macam ada kuasa. Lepas kena tumbuk, kepala dia terus terbenam dalam tanah. Aku dengan perasaan serba-salah dengan pantas hendak membantu Wan, tetapi dihalang oleh sang Adib

Aku tahan gelak. Tak tahan tengok kepala Wan terbenam dalam tanah yang berpasir. Aku pun tak pasti tu tanah ke pasir. Memang pasir aku rasa. Adib muka dah merah padam, lepas tu gelak terbahak-bahak. Padahal dia yang suruh tahan gelak.

Lepas kami dah agak senak perut tergelak, Wan tersedar. Mulut dia yang penuh dengan pasir, habis semua dia sembur. Bak kata Lukemey, Wan makan pasiaq.

Lepas tu, aku bangkit dari tidur sambil ketawa. Jam 4 pagi, Adib dengan Lukemey masing-masing ternganga aku bangun tidur sambil tergelak. 

Cuma aku tak faham, mana datang tiba-tiba ada pasir?

Satu lagi peristiwa yang memuaskan hati adalah, Call of Duty: Modern Warfare 3 baru je habis dimainkan oleh sang aku. 2 hari dah habis main; balas dendam sebab dekat seminggu jugak aku tak dapat main game dengan tenang.

Sambung main Battlefiel...wait, Jumaat ada test! duhhhhhhhhhhh


Dec 1, 2011

Bisikan berbau


Ku rehatkan diri di atas tilam empuk,
tilam yang sering dikongsi oleh 4 atau 5 orang sahabat di malam hari.
Ku tenangkan fikiran daripada kusut,
kusut memikirkan C Programming yang penuh dengan kod.

Tiba-tiba bulu roma aku meremang.
Perasaan kelat menyelubung.
Aku hanya dapat bersabar. 
Pabila bisikan memenuhi ruang.

Bisikan yang syahdu,
bisikan yang pilu,
bisikan yang mencucuk-cucuk kerongkong keringku,
bisikan yang bermula daripada getaran.

Aku tidak dapat tahan lagi.

"Sapa pulakkk kentut niii weyh?!"

Kentut stail sharpshooter, senyap dan berbisa lepas tu taknak mengaku memang nak makan kaki.

Jun 2, 2011

24

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, mandi-mandi, lalalalaa.

Lepas solat Subuh, buka laptop. Agak-agak dah dekat jam 9, siap-siap ke kelas. 11 pagi kelas habis, terus ke cafe untuk melantak. Biasanya aku hulur 3 dollar atau 4; range harga makan tengahari aku bawah RM4. Lepas tu lepak-lepak kejap kat cafe. Naik bilik sambung main laptop yang tadinya tidak ditutup. 

Lepas Zohor bantai tidur sebab tak tau nak buat apa dah. Lepas Asar turun buat apa yang patut; meragut rumput, bergolek-golek sebanyak 13 kali atau cuba untuk menjilat siku sendiri. 

Maghrib menjelma, berbukalah kita. Bagi yang berpuasalah. Lepas Isyak biasanya turun lagi buat benda yang sama masa Asar tadi. Cuma kurang sikit berpeluh sebab malam kot. Lepas Isyak tidur.

Dah berapa hari benda ni berulang? Loser gila aku rasa. Oh my oh my.

Baru aku perasan, bilanya aku study? =..="
Trust me, I'm okay.

May 5, 2011

Berkelah Falls

Semalam ke Hutan Simpan Berkelah. Buat apa? Tangkap beruang koala. Tapi takde pula.

Kat situ ada air terjun. Seronok kot. Sebelum ni pergi tak dapat mandi sebab ada askar main bunga api. Semalam masa mula-mula sampai, ingatkan tak dapat mandi. Disebabkan kelmarin hujan lebat, ada kayu balak melintang kat tengah jalan tu. Tak puas hati kot kalau kali ke-2 pergi tak dapat mandi. Nasib baik kami ni katang, masalah kayu balak dapat diselesaikan. Kayu balak tumpas di tangan kami.


Lepas tu apa lagi, mandiii! 


 
Mata ne.

May 2, 2011

Jogingguk

Fuhhh letih kot bersenam di pagi hari. Orang tua-tua panggil jogging. Berlari secara seronok sampai ke puncak Bukit Sulai, Gambang. Belakang UMP tu je pun. Dekat 35000 meter juga. Hebat tak aku? I know I know.

Oh, dah lama mengabaikan blog. Busy kottt. Dengan exam lagi, anak bini lagi. Nasib baik comel macam papa dia. Ok, tipu je. Tapi part comel macam papa dia tu tak tipu.

Malaslah sebenarnya. Tengah main Dragon Age 2. Ni main 2nd round sebab jalan cerita dia boleh lain-lain. Tak habis main dah install Prince of Persia: The Forgotten Sands. Tengok, betapa sibukkknya kehidupan sebagai seorang pelajar. Mana ada kami malas. Kami pun ada kerja sendiri apa.

Lagipun, last paper lama lagi. Memang ntah ke manaa je Lemang Crew meronggeng. Hari tu pi Berkelah Falls. Tapi tak dapat mandi sebab ada segerombolan askar tengah berlatih main bunga api kat situ. Emo kot aku!
Dahhh kena patah semula menuju ke arah Sungai Lembing. Aku berangan nak bawa budak-budak ni pergi Cemerong, Dungun pula lepas ni, tapi ntah bila. Dah lama tak mandi kat sana, seronok kot!

Letih amat ni. Lepas ni boleh daki Gunung Daik Bercabang Tiga pulak.

Apr 5, 2011

20 sen punya pasal.

Assalamualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat? Sayew rinduw dengan awak semua. Apasal aku tulis macam ni? Ffffffuuuuuuuuuuu

Hari ini hari Selasa. Esok hari Rabu, Khamis andddd Fridayyyy! Friday Friday gotta get down on Friday. 

Hari ni hari yang seronok sebenarnya. Tapiiii, dah dua hari bangun lewat. Apa akibat aku bangun lewat? Adakah disebabkan Final semakin hampir dan aku tak study apa-apa lagi? Well, takde la tak tau apa-apa. Bak kata orang tua-tua, kayuh sampan biar perlahan-lahan sampai ke hulu, jangan nak cepat je sampai sanggup berenang-renang ke tepian. Rilek lah kan.

Jadi, kelas jam 9-10 am aku tak pergi. Bukan ponteng eh. Lewat bangun, macamana nak pergi kan? Alaaa, budak ni pun kata tak faham apa-apa. Tak sia-sia lah aku tak pergi. Tapi ada IM Talk dari 11 sampai 12.30 pm. IM tu bukannya Indera Mahkota, tapi Instruments and Measurements. Pergi semata-mata dengar ceramah. Tapi cool juga IR tu bagi ucapan. Tak sia-sia la pergi.

Dalam jam 2 petang, Nanananana ajak keluar. Dia nak buat baju dengan umi. Pakat mai rumah aku tempah baju meh. Seronok betul muka dorang bila sampai rumah aku. Taktau lah mereka buat-buat seronok ke apa. haha

Dari UMP tu, Shana yang drive. Bila sampai Kuantan, aku pulang yang kena mengayuh kereta Kancil tu. Bila aku bawa laju, diorang menjerit. Bila aku cucuk kereta depan, mereka menjerit juga. Tak taulah kalau mereka sebenarnya rasa sangat teruja bila aku drive ke apa.

Dah petang tu, pulanglah kami ke UMP terchenta. Dah nak sampai UMP tu, kejadian malam hari tu terjadi lagi. Seram kot kalau kereta tiba-tiba berhenti. Aku sebenarnya pelik juga dengan kereta ni. Suka sangat main-main dengan aku.

Telefon Ardham dengan Nas minta tolong isi minyak dalam botol. Sementara tunggu mereka sampai tu, hampir sahaja aku menempeleng lori yang lalu-lalang di situ. Nasib baik aku masih dapat mengawal kemarahan. Lepas dah isi minyak, kereta tu main-main pula tak nak hidup kan. Kali ni aku berniat nak menempeleng dengan sekuat hati pula kereta kancil yang berwarna merah itu. Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Memang bertuah la bakal isteri aku nanti. hihi

Tidak lama kemudian, ada la 2 orang abang macho berhenti sebab nak tolong. Diorang berhenti sebab nampak budak-budak perempuan di dalam kesusahan. Tapi tak kisahlah kan, niat nak tolong. Abang tu suruh tolak kereta. Aku nak tegur, kang abang tu cakap apa pula. Yelah kan, bukan bateri yang bermasalah nak tolak kereta.

Lepas tu, ada Abang Pomen Kereta pula berhenti. Tak sia-sia abang tu kerja kat workshop, hidup kereta. Alhamdulillah. Wa memang tabik sama lu lah! Aku pun dulu sebenarnya bercita-cita nak jadi pomen kereta. Boleh setting kereta sendiri kan kasi laju lumba dengan F1.

Sebenarnya, aku nak cakap harga minyak dah naik 20 sen. Tu je. 
Sebab tu lah kereta asyik mati sendiri. Bukan disebabkan perkara-perkara ghaib ye.

Apr 4, 2011

Hari ini ponteng kelas Calculus.

Semalam, Dot mengidam pizza. "Apa lagi kau mengidam? Telur naga?" Nasib baik dia jawab tak.
Selepas Faizun dan aku menghantar lampu ajaib kepada pot dan lepak-lepak di cafe kk1 pada petang semalam, err macamana nak habiskan ayat ni?

Malam tu, menyewa kereta lah kami menuju ke Pizza Hut. Bukan di ECM, tapi di Giant Kuantan. Siapa tak perasan ada Pizza hut kat Giant Kuantan? Aku dengan Faizun Giantboy kot. Kalau kami lepak di Mydin, kami jadi Mydinboy. Kalau lepak kat Cowboy, kami jadi Cowboyboy. Moi moi.



Kat Pizza, kami makan pizza. Takkan nak order KFC pulak, ye dok? Er, lapar la pulak.
Cara nak minta order di Pizza - angkat tangan setinggi yang boleh dengan laju dan secara tiba-tiba. Tu lah yang aku buat semalam. Kejap je abang tu datang minta order.

Faizun Tasha Dot Dinie
Macam biasa, lepas tu bersiar-siar dalam Giant. Semalam memang hari Ahad, tapi dah lewat sangat. Dah takde air free nak rasa sampai kembung perut.

Memang boleh pergi jauh budak ni.
Tapi semalam masa balik tu, memang bernasib baik la. Kereta berhenti sendiri betul-betul kat depan Esso. Berhenti sendiri tuuu. Seram tak? Tak perlu la seram sangat, kereta habis minyak je pun.

Mar 28, 2011

Paloh Hinai, March 27th.

6.00 a.m
Kedengaran sayup-sayup lagu 'Misery Business' berkumandang. Kalau dah biasa dengar, lagu ganas mana pun, buat ringtone memang layan.

6.15 a.m
Bunyi bising yang annoying gila keluar dari Nokia lama. Faizun call untuk kejut. Sayang dia kat aku kejut pagi-pagi. haha

6.45 a.m
Bertolak ke BusStop UMP. Dekat 10 minit gak la jalan kaki baru sampai. Kata jam 7 dah gerak. Semangat kot pagi-pagi. Kalau dia suruh lompat bintang 10 kali pun aku buat. Punyalah semangat.

7.00 a.m
What-ter-melon. Mana bas? Aku pantang betul kalau orang buat main dengan masa ni. Masa itu emas, boleh dijual beli, boleh dipajak gadai. Aku kalau marah, aku lempang lori balak tu boleh berhenti sebab habis minyak.

7.30 a.m
Naik bas. Bau perfume India tu. wtm. Janji Melayu, bas India. Bagus sangatlah tu.

8.++ a.m - +.++ (sampai petang juga la)
Dah sampaiiii. Kejap je, dalam setengah jam. Kami ada projek untuk Briged Siswa sebenarnya. Bantu orang yang dalam kesusahan. Ala-ala wonderpets la.

Set-set wonderpets.
Ikat bata buat bilik air. Rumah dia takde tingkap kot. Tingkap dia jenis open. Tak boleh tutup. Bukan tak boleh tutup, memang takde tingkap. Lubang tingkap je. Style kot. Jadi kami tolong buat tingkap sekali.

Tengah bancuh simen tu, ada pakcik tu ntah ketua kampung ke sapa nak emo-emo pulak kan. Kami budak baru belajar, nak jolok cempedak di luar pagar retilah. Ni nak emo-emo. Slow-slowlah kan. Baru sedap simen tu dibancuh. Faizun pun nak emo sekali. Nasib baik pakcik tu tak kena lempang.


Lepas dah siap bahagian aku, aku rilek-rilek jap. Aku, Faizun, Wan, Hazrul satu group sebenarnya. Buat kerja main-main, gelak-gelak. Tapi cepat siap dan bermutu. Budak-budak Gambang ni buat kerja, dah lah teliti, lambat pulak tu. Senget pulak tu tembok yang dibina. Dah kena buka balik, simen balik. Padan muka. Aku racist kot dengan budak UMP Gambang.

Then, lepak-lepak dengan orang atasan Briged Siswa. Tak ingat pula nama dia. Malas la nak memikir malam-malam ni. Tapi takpe, yang penting dia dah janji nak bagi A untuk koko. harharhar

Agak-agak dah habis cerita, lepak pula dengan tuan rumah kat tepi Sg. Pahang tu. Dia ada rumah tepi sungai kot. Hensem kot, kacak pula tu. Nelayan sungai pula tu. Main dengan buaya dah biasa. Dekat 2 jam gak la kan lepak dengar cerita dia sementara orang lain buat kerja. Menguloo je keje.

Dah petang tu, kami balik. 
Gambar pun takde lagi. Nantilah ambil dengan Hazrul.
Haiyoh. Esok je la aku sambung cerita. Malas la nak sambung cerita. hihi

***
Sesi mengular.

 

Sampai UMP dalam jam 6. Sampai-sampai bilik je Hazrul dengan Faizun ajak keluar. Diorang memang tak reti-reti nak letih. Aku pun sama. Kata katang.

Menuju ke Giant Kuantan. Round-round dalam tu. Jumpa Kak Yong. Borak-borak seronok.

Oh, hari Ahad barang murah-murah eh kat Giant? Banyak pula tu air dengan aiskrim free. Maksud aku yang diorang bagi rasa tu. Kenyang juga semalam aku lahap. Air tah berapa jenis aku sedut. Kalau makan jenis tak beradab, memang cepat lapar. Lepak kat food court makan nasi goreng kampung Kak Yong belanja.

Lepas ni hari Ahad mungkin hari Giant untuk Lemang Crew. haha

Jan 3, 2011

Faizun meninggalkan kita. Al-Fatihah.

Eh, tak. Maksud aku, budak kelas aku dah tak duduk lagi kat kolej kediaman 2 ni. Dia dah keluar, duduk kat rumah dia je. Rumah dia dengan UMP Pekan tu pun dekat je. Memang patutlah dia keluar. Bak kata kawan dia, "Kau memang tak layak duduk kat sini!"


Malam ini adalah malam pertama akuuu...aku makan malam kat UMP ni. Untuk semester 2 lah. Macam biasa, kalau dah jumpa FaizunAdibLukemeyWanDinie, macam-macam cerita keluar. Gelak tak ingat dunia. Harap-harap masa gelak tu, ilmu yang tak berguna je yang keluar.


Mula-mula, Adib buka cerita. Dia kata, masa cuti semester 1 hari tu, dia ada nampak orang langgar lori. "HAHAHAHAA!" budak ni terus bantai gelak. Adib kalau baca berita pun budak-budak ni akan gelak agaknya.


Dia kata, budak yang langgar lori tu naik motor. Bontot lori dia langgar, motor hancur, bontot lori tiada kesan. Padahal, lori tu memang dah lama park kat situ. Memang takde kerja betul nak langgar bontot. Habis berterabur nasi yang dia bawa tu. Dah lah malam tu si Adib ni baru tengok cerita Bersamamu. Ada sedikit perasaan kasihan Adib terhadap penunggang tersebut.


Konklusi mengapa bontot lori dilanggar:
1) Budak tu terangsang tengok bontot lori. Sebab tu lah. Apa punya sebablah kau bagi ni Faizun.
2) Dia tengah makan nasi masa menunggang. Sebab tu nasi berterabur.
3) Dia memang tak puas hati dengan lori tu. 


Lepas tu, Adib buka cerita lagi. "Ohhh, ada lagii?!" Aku dengan Faizun serentak bersuara sambil gelak riang gembira.


Ada mamat ni naik RXZ, dia langgar kereta tengah belok. Aku pun tak tau sebenarnya sebab apa motor tu boleh langgar kereta tu. Tapi aku bantai gelak je.


Mamat motor tu jatuh macam slow motion. Motor melekat dekat tepi kereta, mamat tu terbang melayang secara gerak perlahan. Dengan gaya tangan Adib yang memang takleh blah, semua tumpu perhatian sambil tahan gelak. Lepas tu aku tak ingat dia cerita apa. Tapi aku bantai gelak juga.


Oh, dengar kata ada 'Brother Loveee' masuk E17 juga? Sebut 'love' tu guna suara dalam ye. Guna suara bass sambil bajet cool sikit.


Maaflah Brother Love, tapi kalau kau baca post aku ni, aku harap kau berhati-hatilah. Tapi disebabkan aku tau kau memang tak baca, aku harap kau selamat. Tu jelah. hahaha

Aug 11, 2010

Sahur pertama

Sedar daripada tidur jam 5 tadi. Rasa malas nak bangun. Aku tambah lagi beberapa minit untuk terjaga dari tidur. Setelah melompat dari katil double decker, aku makan roti dan minum air. Tertanyatanya juga Imsak pukul berapa. Tadi housemate cakap pukul....er....tak ingat. hihi


Sedang aku berblogging, tibatiba mengantuk ( sekarang lah tu ) . Nak tidur semula? Taknak lahhhh.


So, apa aku perlu buat? Study? Main game? 


Jadi, SELAMAT BERPUASA! Maaf batin dan zahir.

Jul 26, 2010

KK2 H26

Assalamualaikum.

Sekarang berada di UMP Pekan. Kelas tiada, jadi...aku pecah masuk ke bilik komputer. Er, buka pintu guna kad matrik je, tak pecah pun pintu tu sebenarnya.

Oh, tempat tinggal aku kat UMP Gambang. Jadi, hampir tiap2 hari aku perlu bangun awal untuk naik bas. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam gitu laa. Harihari bangun awal, hebat tak? XD

Dalam satu rumah tu ada 4 bilik dan setiap bilik ada 2 katil. Tapi nak sumbat sampai 4 orang pun no hal.

Hah! Housemate aku ni sokmo je bergaduh. Tak tension, tapi kelakar. Selalunya yang buat kecoh adalah antara mereka yang dari Sabah dan pelajar diploma. Tengah aku tidur, boleh pulak mereka buat aku tergelak? Segar terus mata aku. Tak payah tidur pun boleh kot?

Er, taktau dah nak taip mende. PTPTN belum settle lagi. Termasuk dalam kelompok ke-3. 

So, jaa~