Showing posts with label mystery. Show all posts
Showing posts with label mystery. Show all posts

Sep 10, 2011

Bukan ikan lumba-lumba


Dia berwarna coklat. Berdasarkan pemerhatian aku, itulah konklusi yang dapat aku buat berkenaan warnanya. Ramai juga yang geli-geli nak pegang dia. Ye lah, banyak kaki dan berkilat badannya. Takdelah melekit. Tiada juga serupa lintah mahupun dugong.

Kalau dulu-dulu, sentuh sikit je benda ni dah reti nak bergulung ala-ala tenggiling lah kononnya. Mungkin jaman sekarang, benda ni dah tau dia tak boleh lagi berangan nak jadi tenggiling.

Jadi, ulat gonggok sekarang sukar untuk menggulungkan dirinya apabila disentuh. Mereka telah sedar mereka harus meneruskan perjalanan walaupun disentuh, bukan lagi menjadi tenggiling. Tak boleh dah nak main dengan ulat gonggok.

May 2, 2011

Jogingguk

Fuhhh letih kot bersenam di pagi hari. Orang tua-tua panggil jogging. Berlari secara seronok sampai ke puncak Bukit Sulai, Gambang. Belakang UMP tu je pun. Dekat 35000 meter juga. Hebat tak aku? I know I know.

Oh, dah lama mengabaikan blog. Busy kottt. Dengan exam lagi, anak bini lagi. Nasib baik comel macam papa dia. Ok, tipu je. Tapi part comel macam papa dia tu tak tipu.

Malaslah sebenarnya. Tengah main Dragon Age 2. Ni main 2nd round sebab jalan cerita dia boleh lain-lain. Tak habis main dah install Prince of Persia: The Forgotten Sands. Tengok, betapa sibukkknya kehidupan sebagai seorang pelajar. Mana ada kami malas. Kami pun ada kerja sendiri apa.

Lagipun, last paper lama lagi. Memang ntah ke manaa je Lemang Crew meronggeng. Hari tu pi Berkelah Falls. Tapi tak dapat mandi sebab ada segerombolan askar tengah berlatih main bunga api kat situ. Emo kot aku!
Dahhh kena patah semula menuju ke arah Sungai Lembing. Aku berangan nak bawa budak-budak ni pergi Cemerong, Dungun pula lepas ni, tapi ntah bila. Dah lama tak mandi kat sana, seronok kot!

Letih amat ni. Lepas ni boleh daki Gunung Daik Bercabang Tiga pulak.

Apr 5, 2011

20 sen punya pasal.

Assalamualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat? Sayew rinduw dengan awak semua. Apasal aku tulis macam ni? Ffffffuuuuuuuuuuu

Hari ini hari Selasa. Esok hari Rabu, Khamis andddd Fridayyyy! Friday Friday gotta get down on Friday. 

Hari ni hari yang seronok sebenarnya. Tapiiii, dah dua hari bangun lewat. Apa akibat aku bangun lewat? Adakah disebabkan Final semakin hampir dan aku tak study apa-apa lagi? Well, takde la tak tau apa-apa. Bak kata orang tua-tua, kayuh sampan biar perlahan-lahan sampai ke hulu, jangan nak cepat je sampai sanggup berenang-renang ke tepian. Rilek lah kan.

Jadi, kelas jam 9-10 am aku tak pergi. Bukan ponteng eh. Lewat bangun, macamana nak pergi kan? Alaaa, budak ni pun kata tak faham apa-apa. Tak sia-sia lah aku tak pergi. Tapi ada IM Talk dari 11 sampai 12.30 pm. IM tu bukannya Indera Mahkota, tapi Instruments and Measurements. Pergi semata-mata dengar ceramah. Tapi cool juga IR tu bagi ucapan. Tak sia-sia la pergi.

Dalam jam 2 petang, Nanananana ajak keluar. Dia nak buat baju dengan umi. Pakat mai rumah aku tempah baju meh. Seronok betul muka dorang bila sampai rumah aku. Taktau lah mereka buat-buat seronok ke apa. haha

Dari UMP tu, Shana yang drive. Bila sampai Kuantan, aku pulang yang kena mengayuh kereta Kancil tu. Bila aku bawa laju, diorang menjerit. Bila aku cucuk kereta depan, mereka menjerit juga. Tak taulah kalau mereka sebenarnya rasa sangat teruja bila aku drive ke apa.

Dah petang tu, pulanglah kami ke UMP terchenta. Dah nak sampai UMP tu, kejadian malam hari tu terjadi lagi. Seram kot kalau kereta tiba-tiba berhenti. Aku sebenarnya pelik juga dengan kereta ni. Suka sangat main-main dengan aku.

Telefon Ardham dengan Nas minta tolong isi minyak dalam botol. Sementara tunggu mereka sampai tu, hampir sahaja aku menempeleng lori yang lalu-lalang di situ. Nasib baik aku masih dapat mengawal kemarahan. Lepas dah isi minyak, kereta tu main-main pula tak nak hidup kan. Kali ni aku berniat nak menempeleng dengan sekuat hati pula kereta kancil yang berwarna merah itu. Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Memang bertuah la bakal isteri aku nanti. hihi

Tidak lama kemudian, ada la 2 orang abang macho berhenti sebab nak tolong. Diorang berhenti sebab nampak budak-budak perempuan di dalam kesusahan. Tapi tak kisahlah kan, niat nak tolong. Abang tu suruh tolak kereta. Aku nak tegur, kang abang tu cakap apa pula. Yelah kan, bukan bateri yang bermasalah nak tolak kereta.

Lepas tu, ada Abang Pomen Kereta pula berhenti. Tak sia-sia abang tu kerja kat workshop, hidup kereta. Alhamdulillah. Wa memang tabik sama lu lah! Aku pun dulu sebenarnya bercita-cita nak jadi pomen kereta. Boleh setting kereta sendiri kan kasi laju lumba dengan F1.

Sebenarnya, aku nak cakap harga minyak dah naik 20 sen. Tu je. 
Sebab tu lah kereta asyik mati sendiri. Bukan disebabkan perkara-perkara ghaib ye.

Feb 12, 2011

11 2 2011

Assalamualaikum.



Hari tu kan, aku keluar pi Kuantan. Macam biasalah sewa kereta. Tapi, boleh pula gearbox kereta tu pecah kat tengah-tengah bandar tu? Ye, perasaan yang seronok.


Semalam pulang ke rumah sebentar. Petang bertolak dari Gambang ke Beserah, jam 10 malam bertolak semula ke Gambang. Seronok kan rumah dekat-dekat? Hihi.


Ingin bertemu sama itu Pak Raden. Beliau datang mengubat orang. Alhamdulillah, dapat buah tangan. 


Entri pendek, jaa ne!

Nov 7, 2010

So it turns out Spongebob is realistic. You can have rivers and oceans underwater.

.


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Woaaaa! Subhanallah.


Nov 5, 2010

Pizza

Assalamualaikum.


Semalam dalam pukul 7, Natasha Emlyn ajak keluar makan. Dia cakap, lepas makan terus balik. 


Yeah, lepas makan memang terus balik. Tapi lepas karaoke dan berboling. 
Tak jadi terus plan nak study. Terbaeekkk lah! haha


Natasha dan Vecca
Lama tak makan kat Pizza. Pizza memang rasa pizza. Takde rasa macam ayam KFC atau Mars atau kuaci. 

Dan, aku takboleh ke manamana sehingga 13 ni. Masa untuk study. Yay!
Aku memang suka study. Dah jadi salah satu hobi aku. 

Oh, Vecca nice to meet you. Hellooooowww

Jul 18, 2010

Minggu ke-2

Assalamualaikum.
Ohayou!

Minggu ini, pulang ke rumah lagi. U dekat je dengan rumah kan, senang lah balik. Heeee

Aku balik kali ini mengharapkan sesuatu. Ingatkan dapat ikut abah pergi Johor tengok orang berubat, tapi takde rezeki lah. 

Tapiii, ada kiyai datang rumah aku. Mereka berdua dari Indonesia. Salah seorang daripada mereka kawan ayah aku. Datang nak lihat rumah ni.

Sebelum ni ada pawang datang. Ada 'barang baeek' katanya. Oh, ni semua pasal alam ghaib ye. Jangan fikir bukanbukan pula. hihi. Sekali dia tipu jeee. Then, aku kurang pasti apa yang berlaku. Tu yang kiyai tu datang nak tengoktengok apa yang berlaku kot? Err...

Erm, abah kata kiyai tu memang hebat.  Yelah, nama pun kiyai kan. Salah seorang daripada mereka, kalau kita berjabat tangan dengan dia, dia terus dapat tahu diri kita ni macamana dari kecil sampai ke besar. Memang hebatlah kan? Sapa tak setuju sila angkat tangan.

Dannnn, hari ini dah Ahad. Petang pulang ke UMP. Er, mungkin malam. Bosan sebenarnya duduk sana. Yelah, assignmnent tiada lagi kan.

Erm...so so, jaa ne!

Jun 24, 2010

Gedeboommmm!

Tibatiba aku terdengar macam bunyi meriam. Eh, macam bunyi guruh pun ada. Bergegar kejap rumah aku. 
Apakah itu? Menakutkan juga.

Nov 1, 2009

HomE! (lastly)

Assalamualaikum.

Erm...aku dah berada di Kuantan yang terletak di Pahang. Semalam, around 8 aku sampai di terminal dari Shah Alam. Naik bas double-decker! Pastu duduk kat atas tuuu!! Haha! Agak teruja...

Kat sana, banyak aku berjalanjalan bersiarsiar. Sampai senak gak la kan kepala lutut aku. Jalan kat sana, kena tipiskan poket. Haih...

Makan donut...

Er...ok, aku tak pernah makan donut kat sini sebenarnya haha. Tapi kan, aku rasa membazir je makan donut. Tengahtengah dia tu, takde sapa makan. Hmmm...

Pergi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masjid negeri Shah Alam tuuu...

Masjid ni memang besar gileee.

Pastu... erm...dapat naik LRT dan komuter.



Ok, aku tak pernah naik bende panjang ni. Pernah naik keretapi je masa kecik2 dulu tapi dah tak ingat.

Tengok wayang dengan Imran, Fauzan, Atiqah, Azra, Huda. Then, jalanjalan kat mall yang besar giler, blalalaa...
Gembira jalan dengan korang. MySpace





Hah! Dapat berkenalan dengan kawan baru yang bernama Huda. Pelajar Matrik Perlis. Nice to meet you! Heee...

Lagi...jalanjalan kat dalam UiTM Shah Alam.




UiTM ni memang besaaarrrr!

Lastly, aku naik bas ke Kuantan.

Kelam kabut ke terminal. Ye lah, pagi Sabtu tu, pagipagi keluar ke Low Yat dengan Imran. Nak balik tu plak, bende-panjang-yang-bergerak tu pulakkk delayed. Sebelum tu, terserempak dengan Lily. Dah besar dia sekarang... haha.
Masa tunggu bende-panjang-yang-bergerak tu, aku macam ternampak pelajar SMART, Kuantan. Erm...MySpace

Lastly, aku dah ada di rumah. Cuti dah tak lama dah. Haihh...
Jaa~
Wassalam.

Sep 25, 2009

JumaatKhamisJumaatKhamis. "Diamlah woi! Nak tido ni!"

Pagi ini, aku dikejutkan dengan satu pertelingkahan. Bukan la satu pertelingkahan KOT. Tapi lebih kepada satu percanggahan pendapat antara mak sedara aku dengan suaminya. Abah pun ada sekali rasanya.

"Hari ni hari Khamis!"
"Jumaat lah!"
"Khamis...!"
"Hari ni Jumaat."
"Ehh... melawan cakap orang tua lak."

Hahahaa. Lebih kurang camtu lah.

Aku lak, bangunbangun je, terus pergi kat komputer. Tengok tarikh dengan hari.
"Eh, 25hb lah. Jumaat lah kan."
Tak puas hati lagi, aku tengok lak handphone.
"Betul lah hari Jumaat."

Lepas itu, aku berfikir panjang.
"Mana hari Khamis? Semalam lah kot. Tapi, apasal macam kurang satu hari je minggu ni??!!"
Lepas tu, aku malas nak fikir. Haha. Serabuttt je.
Masa... makin pantas berlalu.

"Arghh!! Cuti dah nak habis!!!!" MySpace

Sep 7, 2009

-Sedang Tidur-

Hari ini, sebelum aku terjaga daripada tidur, aku telah bermimpi. Tak berapa nak ingat tentang mimpi itu. Yang aku ingat, masa tu aku sedang menjalankan experimen bersama rakan sekelas 4F26a. Experimen apa? Aku pun tak tau. Ada kena mengena dengan kimia kot.

Tiba-tiba, setelah beberapa solution dicampurkan, keluar kepulan asap daripada conical flask. Asap itu terus ke langit.

Kemudian, aku keluar dari tempat itu, mendongak ke langit. Aku melihat ke arah langit di sebelah kiri. Langit itu dan semua pemandangan di sebelah kiri seperti pemandangan yang dilukis dan diwarnakan menggunakan warna air.

Lepas itu, aku terpandang ke arah langit di sebelah kiri. Aku tak ingat lah lak aku nampak apa.

Di langit yang kat tengah pula amat indah sekali. MasyaAllah. Sangat amat terpaling cantik indah nian. Tak boleh nak digambarkan.

Tak lama kemudian, aku nampak tiga orang kawan lamaku. Tak ingat lah plak sapa kan. Yang pasti, mereka kawanku dari sekolah menengah dulu.

Lastly! Aku tak ingat. AKu terjaga dari mimpi itu kot.

Keindahan pemandangan dalam mimpi tu mungkin boleh dilihat di dunia ini... kot. Tak tercapai oleh akal kita kot. =D

Kenapa aku cerita pasal mimpi mengarut ni? Entah...gerak hati.
Plus, dah agak lama aku tak update kan. Heee...


Oh ye. Selamat Hari Lahir Azra!
Semoga ceriaceria selalu dan happy sokmo.


Jaa ne~
Wassalam.