Showing posts with label Islam Hadis. Show all posts
Showing posts with label Islam Hadis. Show all posts

Sep 21, 2015

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Qudamah Al Jumahi dari Ishaq bin Abu Furat dari Al Maqburi dari Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara.” Lalu beliau ditanya, “Apakah Ruwaibidlah itu?” beliau menjawab: “Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum.” (Sunan Ibnu Majah)


Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra bahwa Rasulullah SAW bersabda , “ Bagaimana denganmu jika kamu berada di tengah kekacauan, janji janji dan amanat mereka abaikan, kemudian mereka berselisih seperti ini ?” Lalu, beliau menyilangkan antara jari jari. Abdullah bin Amr bertanya,” Lalu , dengan apa engkau menyuruhku?” Beliau menjawab, “Jagalah rumah, keluargamu, lidahmu, dan lakukanlah apa yang kamu tahu dan tinggalkan yang mungkar, serta berhati hatilah dengan urusanmu sendiri, lalu tinggalkanlah perkara yang umum “ (HR Abu Daud dan Nasa’i)

Mar 11, 2012

Kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring.”
 (HR Ahmad & Abu Daud)

”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali.
(HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam.” 
(HR Bukhari dan Muslim)



Jun 15, 2011

06-16: Gerhana bulan

Assalamualaikum.

Aku dengar cerita gerhana bulan akan berlaku. Eh? an an an? 2011 June 16, pagi lah dalam jam 2 gitu kot.

Takkan nak dok tengok je bulan tu? Apakata solat sunat sekali jom.

Berdasarkan apa yang aku tahu, solat sunat gerhana bulan ni boleh dibuat bersendirian atau berjemaah. Hukumnya adalah sunat mu'akad. 


Kalau buat kat masjid, biasanya mereka buat 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud.

Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
 Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam


Ada beberapa cara untuk solat sunat gerhana ni sebenarnya. Biasanya orang buat yang ni lah kalau kat masjid. Lebih digalakkan dibuat secara berjemaah. 


Hukum solat sunat gerhana ni berdasarkan Hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud, 


“Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah.”


Jadi, janganlah kita menyembah bulan. Bersumpah setia cinta suci disaksikan bulan? Err...

Ingatlah, Allah yang Maha Pencipta. Kita dicipta supaya kita beribadah kepadanya. Beribadah ni tak semestinya atas sejadah je kan. Ada banyak cara. Belajar pun ibadah. Tapi kalau baca buka bertajuk 'ibadah' kat dalam disko, tu bukan. Tu bukan beribadah ye.


Allah Maha Berkuasa. Semua yang berlaku atas kehendak-Nya. Macam makananlah kan. Bukan nasi yang buat kita kenyang. Bukan air yang buat hilang dahaga. Nasi dan air tu hanya perantaraan atau penyebab je. Semuanya kuasa Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Berceramah pulak kejap. haha
Selamat beramal! MySpace

May 18, 2011

14-6

Assalamualaikum.

Hari ni 14-6-1432, kan? Biasanya kalau 14 atau 15, aku mesti lepak kat Teluk Cempedak, tengok bulan. Oh, ini tentang 14 atau 15 bulan Islam.

Sekarang kat UMP Pekan. Dengan bilik air pihak atasan tutup cakap nak baik pulih. Selama ni aku pakai seronok je, takde yang rosak pun. Masalah betul. Penutup kata announcement yang dia buat, "Segala kesulitan amat kami hargai." Macam F perangai. Menyusahkan gua je beb! Lu orang memang tak lama dah. Masing-masing kena lambung dengan wa nanti kang. Emo kot aku. haha

Hiasan berkadar.
Dahlah pasal kolej kediaman ni pun masih kecoh-kecoh lagi. Tak puas hati la wa macam ni. Ada ke patut budak tahun 1 akan datang terus dapat duduk UMP Pekan? (Ni bagi mereka yang belajar kat UMP Pekan la). Ni aku ni dah lah tahun lepas ulang alik Gambang-Pekan. Sem 3 nanti kena macam tu lagi? 


Hoiii kau orang ingat Gambang-Pekan tu 15 minit dah sampai?1 jam kot. Pergi balik dah dua jam. Nak tunggu bas lagi. Bangun awal pagi, balik-balik letih. Susah bagi aku nak focus dalam pembelajaran macam ni. Ceh macam la aku ni study sangat. 


Budak tahun 1 akan datang yang ambil kos Elektrik, Mech dengan Pembuatan, serius kalian akan kena ragging teruk. Aku bagitau awal-awal ni. Jangan sampai aku sound guna kaki.

Gila apa aku ni nak emo-emo? Emo tak korang?

Nov 7, 2010

So it turns out Spongebob is realistic. You can have rivers and oceans underwater.

.


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Woaaaa! Subhanallah.


Jun 29, 2010

HARI KIAMAT SUDAH HAMPIR: SKETSA PERBUALAN AGAMA DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU

Oleh: Moderator HKSH

Si A: Kau tahu tak bahawa menyentuh Isteri sebenarnya tidak membatalkan Wuduk
(Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=w8eZxdB6rZI)

Si B:Tapi dalam mazhab Syafie mengatakan ia batal. Kita kena la ikut Mazhab Syafie

Si A: Bagaimana pula kau kata kita mesti ikut Mazhab Syafie? Yang kita perlu ikut ialah Quran dan Hadith yang sahih.

Si B: Kau ni tak belajar ke. Kan ustaz kita kata kena ikut 1 mazhab sahaja. Kau jangan cuba hina Imam Syafie

Si A: Aku nak tanya kau, apa nama sebenar Imam Syafie dan apa kitabnya?

Si B: Err...Err.. Mana lah aku tahu.

Si A: Kau sendiri tak tahu nama sebenar Imam Syafie (Muhammad Bin Idris) apatah lagi kitabnya ( Al-Umm, Ar Risalah dll). Jadi aku lebih mengetahui mengenai mazhab Syafie melibihi kau.

Si B: Tapi Malaysia mestilah ikut Mazhab Syafie. Kalau dah keluar negara tu barulah boleh tukar Mazhab.

Si A: Sejak bila Imam Syafie membentuk Mazhab ikut sempadan negara? Sempadan yang ada kini pun sempadan yang ditentukan oleh British. Mana mungkin mazhab mengikut garis sempadan yang dibuat British? Ketika Zaman Imam Syafie (wafat 204 H) negara Malaysia belum lagi terbentuk.

Si B: Tapi kita kena la ikut 1 pendapat Mazhab sahaja. Mana boleh tukar-tukar.

Si A: Aku lebih mendalami ilmu mazhab Syafie dan Imam Syafie tak pernah kata macam yang kau kata.

Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Si B: Err..Err.. Kau mana boleh cakap macam tu. Kau bukan Ustaz. Kau kena dalami dulu ilmu agama betul-betul baru boleh cakap (Si B sudah berada dalam situasi mati akal namun tetap berdegil)

Si A: Kau pernah dengar hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim?

Si B: Mestilah pernah sebab itulah hadith yang paling banyak keluar dalam ceramah dan TV. Tu kan hadith sahih.

Si A: Kenapa kau tak pakai riwayat Imam Syafie? Kenapa kau pakai Riwayat Imam Bukhari dan Muslim? Bukankah itu seperti menjadi Mazhab Bukhari dan Muslim?

Si B: Err.. Err.. Tapi Imam Syafie lebih pandai dari kita kan? Lebih pandai dari Ulama sekarang.

Si A: Saya ingin bertanya, antara Dr Yusuf Qardawi dan Imam Syafie, yang mana lebih banyak berjumpa dengan hadith sahih?

Si B: Sudah tentulah Imam Syafie. Dia kan Imam Mazhab (Si B memberi jawapan tanpa berfikir)

Si A: Imam Syafie wafat pada tahun 204 H. Manakala Imam Bukhari lahir pada 194 H. Ketika wafatnya Imam Syafie, Imam Bukhari berumur 10 tahun dan ketika itu Sahih Bukhari masih belum wujud. Maka Imam Syafie belum pernah membaca kitab hadith paling sahih iaitu Sahih Bukhari. Dr Yusuf Qardawi pernah membaca Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud , Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah dan Sunan Nasai yang kesemuanya wujud selepas kewafatan Imam Syafie. Jadi Dr Yusuf Qardawi melihat lebih banyak pendapat dan membandingkannya.

Si B: Kau siapa nak menilai Ulama macam tu. Kau sendiri tak perfect lagi. Kau kena belajar lagi jangan main cakap sebarangan (Si B menggunakan hujah emosi untuk mempertahankan egonya).

Si A: Kau pernah bayar Zakat tak?

Si B: Mestilah pernah, itu kan Wajib.

Si A: Kalau ikut Mazhab Syafie, tidak sah zakat dengan mata Wang sekarang. Ia hendaklah dari barangan ruji dan asasi. Jika ikut Mazhab Syafie, kau tak boleh berurusan dengan air di mesin kerana air di mesin tidak ada akad " Aku jual, aku beli".

Kalau satu-satu pendapat Imam Syafie itu lebih kuat dalilnya berbanding Imam lain, maka kita ambil pendapatnya.

Kesemua Imam Mazhab berpendirian yang sama dalam hal ini.

Imam Abu Hanifah berkata: (mazhab hanafi)
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Imam Malik berkata: (mazhab maliki)
“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

Imam ahmad bin Hambal berkata: (mazhab hambali)
“Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)


Imam Mazhab itu adalah salah seorang perawi hadith sahaja. Dan ada beratus perawi hadith di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukan dihadkan kepada 4 orang sahaja. Lihat: http://ahlulhadist.wordpress.com/

Si B: Tapi hormatilah mazhab lain. Jangan menghina mazhab lain.

Si A: Ini bukan soal menghormati dan menghina. Kitalah yang menghormati Imam-imam Mazhab jika berdisiplin mengikut hadith yang sahih dalam sesuatu hukum tanpa taksub kepada tokoh. Ini kerana semua Imam berdisiplin sama dalam hal ini. Jika kamu nak tahu, mazhab maliki menghalalkan makan daging anjing. Bolehkah kita membenarkan perkara itu? Kita mestilah menegahnya dan mengemukakan dalilnya. Mungkin Imam Mazhab tidak berjumpa dengan hadith tersebut namun dijumpai oleh Imam yang lain.

Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=qvXB9E2I0FM

Si B: Kau ni nak ikut mazhab lain kau lagi pandai dari Imam Syafie ke?

Si A: Kau ni taqlid dengan mazhab Syafie kau lebih pandai dari Imam Malik, Imam Ahmad Bin Hambal dan Imam Abu Hanifah ke?

Si B: Dah la, malas aku nak bercakap dengan kau. Baik kau pergi belajar dulu dan belajar dengan guru. Kau WAHABI !!! (Senjata terakhir)

KESIMPULAN

Moralnya di sini, jika kita orang awam menyaksikan perbualan ini, akal yang waras akan dapat membezakan siapa yang salah dan siapa yang benar dalam perbualan ini. Namun amat didukacitakan ego menghalang seseorang dari menerima kebenaran dan menilai pendapat.

Kata Ulama mahsyur Dr Yusuf Qardawi:

Sikap taksub mazhab fekah begitu kuat dalam masyarakat kita, sehingga mereka enggan melihat pandangan-pandang luar mazhab mereka yang mungkin lebih kukuh dan bermanfaat. Kelompok agama jenis ini hanya berusaha agar pengikutnya tidak keluar, sekalipun terpaksa menolak dalil yang sahih. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwat al-Islamiyyat bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Madhmum, m.s 202,Kaherah: Dar al-Sahwat (1991)

Wallahua'lam.

Jun 4, 2010

Perbualan antara seorang Islam dan Bishop


Bishop = Salah seorang paderi tertinggi suruhan Paus.
Paus = Ketua agama christian sedunia.

Kalian, sila baca perbualan mereka ni. 

Nov 20, 2008

Penggunaan Masya-Allah

Assalamualaikum

Penggunaan "Masya-Allah" dlm percakapan seharian, sebarkan kepada
kawan/sahabat. Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer
P. Ramlee yang banyak menggunakan "Masya-Allah" dalam situasi yang silap.
Bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus
berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala
yang berganda bukan duit which to someone money is the number one in
his/her life.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "Masya-Allah"
ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok,
contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat
perangai nakal.

Sebenarnya istilah "Masya-Allah" bermaksud "ALLAH THE ALMIGHTY"
atau "ALLAH YANG MAHA AGUNG".

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdulah, kita menggunakan
istilah "Masya-Allah" bila kita melihat "something nice" seperti
melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap,
terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan Masya-Allah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak
elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah
"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah)
ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan...

Wallahulam.