Showing posts with label wtf?. Show all posts
Showing posts with label wtf?. Show all posts

Oct 20, 2012

Tu Traición

Walaupun ketiga-tiga test minggu lepas aku jawab macam harommm, tapi aku redha.
Ketiga-tiga ye. TIGA TEST! Apa kejadahnya semua ini! (dah tak redha dah ni)

Hidup mesti diteruskan. 


Bullet For My Valentine

Apr 9, 2012

Test Analog Electronics 1



Mula-mula...




Lepas tu...



Lepas tu, konon-konon test ditunda...




Lepas tu, seronok la konon...




Aku semakin gembira melompat-lompat...



Rupa-rupanya, test tak ditunda pong...


Zoom sikit.

Kemarahan yang sedang bersabar...



Akibatnya, macam F aku jawab test tadi. Kejap 9hb kejap 10hb. Huang hajo sungguh perangai. Dah la tak study sangat.

APA SEMUA NI? Tak nak la markah separuh je. 


Kesimpulannya, hargailah masa. Walaupun internet kat rumah laju, masa tak boleh di-download. Air pun macam tu juga, tak boleh di-download. Jadi, hargailah masa dan air. Eh, makanan pun tak boleh download lah. hukhukk. -______-


Nov 17, 2011

Hawauyu

"Ok tak?" atau "Macamana? Boleh jawab?"

Si penyoal sebenarnya memang minta kaki bila tanya soalan ni. 
Lagi-lagi lepas exam. Tambahan pula exam susah macam *^%$#@.
Pulak tu sebelum exam tak study. Furthermore, tau soalan tu tapi otak serabut sangat sampai lupa segalanya.

Therefore, jangan ambil test. Hati tenang jiwa tenteram.

May 18, 2011

14-6

Assalamualaikum.

Hari ni 14-6-1432, kan? Biasanya kalau 14 atau 15, aku mesti lepak kat Teluk Cempedak, tengok bulan. Oh, ini tentang 14 atau 15 bulan Islam.

Sekarang kat UMP Pekan. Dengan bilik air pihak atasan tutup cakap nak baik pulih. Selama ni aku pakai seronok je, takde yang rosak pun. Masalah betul. Penutup kata announcement yang dia buat, "Segala kesulitan amat kami hargai." Macam F perangai. Menyusahkan gua je beb! Lu orang memang tak lama dah. Masing-masing kena lambung dengan wa nanti kang. Emo kot aku. haha

Hiasan berkadar.
Dahlah pasal kolej kediaman ni pun masih kecoh-kecoh lagi. Tak puas hati la wa macam ni. Ada ke patut budak tahun 1 akan datang terus dapat duduk UMP Pekan? (Ni bagi mereka yang belajar kat UMP Pekan la). Ni aku ni dah lah tahun lepas ulang alik Gambang-Pekan. Sem 3 nanti kena macam tu lagi? 


Hoiii kau orang ingat Gambang-Pekan tu 15 minit dah sampai?1 jam kot. Pergi balik dah dua jam. Nak tunggu bas lagi. Bangun awal pagi, balik-balik letih. Susah bagi aku nak focus dalam pembelajaran macam ni. Ceh macam la aku ni study sangat. 


Budak tahun 1 akan datang yang ambil kos Elektrik, Mech dengan Pembuatan, serius kalian akan kena ragging teruk. Aku bagitau awal-awal ni. Jangan sampai aku sound guna kaki.

Gila apa aku ni nak emo-emo? Emo tak korang?

May 10, 2011

Pembacaan, pengalaman.

Pembacaan dan pengalaman adalah dua perkara yang berbeza. Tidak tahu apa-apa, jangan pula banyak bersuara.

Manusia sekarang, semua nak logik akal kan? Perkara yang tidak boleh dilihat mata kasar semua dikatakan terpesong. Mari sini aku ingin bersuara. Kalau kau percaya nasi tu boleh kenyangkan kau, itu juga boleh dikira khurafat. Mengarut? Kata semua itu kuasa Allah, kenapa kau kata nasi boleh kenyangkan kau?

Kalau aku kata aku ada batu yang boleh menyebabkan penggunanya kebal. Nak kata aku terpesong? 

Ewah, kalau aku cakap sikit pasal benda tak masuk akal, semua kau nak cakap mengarut.

Macam ni lah, nasi tu seperti kita juga. Tidak boleh buat apa-apa dengan izin Allah. Nasi dicipta untuk mengenyangkan kita dengan izin-Nya. Macam batu yang konon-konon aku cakap ajaib tadilah. Ia dicipta untuk menyebabkan penggunanya kebal dengan izin-Nya. Ada aku cakap kita kena buat ritual atau buat perkara-perkara syirik kalau nak guna batu tu? Takde pun aku rasa.

Ok dah. Ini entri emo. Tapi emo bertempat. Rasional emosional? Wakluuuuuu

Mar 18, 2011

Circuit Analysis 2

Assalamualaikum.

Kan dah kata, kuiz hari ni mesti teruk. Dah la buat 2 kuiz. Kuiz pertama senang, sebab masuk bab 'Resonance'. Senanglah jugak. Pakai formula je tak perlu serabut-serabut otak. Tapi kalau masuk kelas lambat, kuiz tak boleh ambil. Kalau tak jawab soalan sebab tak ambil kuiz, soalan - "1+2 = ?" pun boleh dapat markah kosong.

Kuiz 2 pulak, ntah mende aku jawab. 


Lainlah soalan kat gambar atas ni. Memang agak memeningkan kepala. Jawapan dah macam betul pun salah.

Internet tengah laju. Tak tau nak download apa. Heee.

KK2, UMP internet download speed.

Feb 7, 2011

Adoiii, sakit kepala!

Assalamualaikum.


Cuti mid-semester dah tamat. Cuti terasa kejap. Kalau difikir-fikirkan balik, agak lama. The fact is, cuti mid-sem hanya seminggu. Seronok? Pffttt. Tak kisah pun cuti kejap sebenarnya. Heee.


Macam biasalah, kalau bercuti, kalau boleh semua nak angkut bawa balik rumah. Aku? Oh tidak. Aku dah matang lah beb. Bergaya pulak tu. Kalau boleh nak bawa satu beg penuh buku pulang ke rumah. Jangan lupa laptop. Sebab kalau di rumah, aku main game je memanjang. Buku? Susun depan laptop kasi sedap mata memandang.


Dah habis cuti, barang semua pun kena ikut balik tempat belajar lah kan. Sampai di kampus, campak bag, buka laptop, tarik meja study dekat dengan katil. Hari Isnin pagi-pagi barulah mula sibuk nak cari baju nak pakai, buku nak bawa, alat tulis semua semua tu. Walaupun rambut aku kering seharian dek kerana sebotol-minyak-rambut-Gatsby-Moving-Rubber-yang-aku-guna-sejak-Form 5 telah habis, nampak macam dah kacak. Take note ye, sebotol je aku guna sejak Form 5. Kau rasa minyak rambut tu memang boleh bercambah sendiri membiak dan mengawan sesama sendiri ke dalam botol tu?


Ok, dah kunci locker, tutup pintu semua, macam biasa aku akan buka balik pintu dan locker dan ambil stoking. Tapi sebelum aku buka locker, aku teringat sesuatu. Aku bawa ke kasut-yang-baeekkk-punya-aku-kiwi-sampai-boleh-buat-cermin tu? Eh tak, dari malam tadi sebenarnya aku terperasan. Boleh pula lupa bawa kasut. Bagus betul. Tapi tidak mengapa, selipar ala-ala Frogs atau lebih dikenali dengan nama Crocs berjasa kepada aku hari ini. Tapi bukan Frocs lah, SPAKO. Murah dan berkualiti. 


Harap-haraplah esok pak guard tak perasan aku pakai selipar. Mau melayang RM50 aku nanti. 


Kelas Calculus hari Isnin, 2-4 petang. Hari ini lah kan. Tapi, aku tak belajar apa-apa pun. Ngantuk sepanjang masa. Memang tak boleh blah. Tambah pula dengan sakit kepala. Dah lah baru masuk bab baru. Bolek pulakkk bantai tidur. Nak cerita pasal ni je sebenarnya. Hihi.


Oh, tadi nampak akak tu senyum dekat kawan dia masa kelas Calculus tadi. Takkan senyum dekat aku pula kan. Indah sungguh ciptaan Allah. Tehehehee.

Dec 15, 2010

Go headache, go away. Go play in the rain. -____-"

Dah berapa hari dah pening kepala. Otak dah terlebih bekerja aku rasa. Buang masa je kan. Mana tak letih otak.


Nak tau kepala aku mengeluarkan bunyi yang macamana? Taknak ke? Takpelah aku bagitau juga. Dia bunyi macam, "Nyut nyut nyut nyut." Berdenyut-denyut kepeningan. Aduh, sakit kepalaku.


Nak cakap pasal result yang macam @#$%^
Pointer teruk. Tapi aku berbangga. Taklah bangga sebenarnya, cuma gembira. Terharu sampai keluar air mata.  Dia macam nak keluar je, tak keluar pun.


Tengok result, semua lulus. Gembira siot! Tapi pointer macam F. Sebab tulah aku gembira. Banyak main tapi pointer separuh pun tak sampai.


Dah lah, tengok Prince Of Tennis lagi bagus.


Go Mi Nam ni comel betul. Ngapngapngap.
Rapunzel pun macam comel kan?

Nov 12, 2010

Great things can happen anytime.

It does not have to be at a great place, at a perfect time, blablabla.
Dalam seminggu ni, perkataan yang lebih kurang sama dengan kat atas ni bermainmain je dalam otak aku. So, aku nak letak kat sini. English aku teruk? A'ah, memang. Jangan kutuk, tolong betulkan. Ok, kutuklah aku tak kisah.




Magical things can happen anytime too.
Ouh, hari ini dah 12th. Kejap lagi dah 13 haribulan. Raya 17 kan? Lepas 23 cuti. Sebulan lepas tu masuk semester 2. Lepas 4 tahun dah graduate. Lepas dah dapat kerja kahwin. Errr


Aku harap, aku amat berharap E17 lulus ODE. Er, aku berharap aku lulus sebenarnya. Sebab banyak main kan. Ntah apa aku jawab masa exam tu.


Well, life goes on right? Markah rendah tak semestinya aku tak pandai. Aku cuma kurang pandai. Dan malas. Basically, it's stupid. Stupid things to do. This is youth right? haha


Bosan kottt. Can somebody please ask me to go for a date? MySpace *loser*

Nov 8, 2010

Esok hari Isnin, ada perhimpunan. Kuku kasi potong pendek, rambut kasi potong kemas, bulubulu di muka kasi potong juga.

Assalamualaikum.


Biasanya kalau dah akhirakhir dah nak habis sekolah ni, perhimpunan takde kan? Err


Ok, malam ni waktu terasa seperti bergerak perlahan. Lebih perlahan daripada biasa. Alhamdulillah.
Esok exam TITAS, banyak lagi tak cover. Aku dah buang masa 4-5 jam dengan online. Tapi masa seperti merangkak. Aku ingatkan dah hampir Subuh. Tapi tidak. Jadi, ada masa lagi aku untuk study. Alhamdulillah.


Tapi, itulah manusia, lagilagi aku. Suka sangat buang masa. Dah tau esok nak exam pun masih buat bodoh. Satu perbuatan yang agak kurang pandai.


"Eh, aku study lah! Cuma sambilsambil online. Heeee. Tamadun India dengan Cina ni susah sikit nak ingat."


Haaa ye. Sambil online, memang bagus. Takpelah, sekurangkurangnya study kan. Tu salah satu langkah yang agak bijak sebenarnya. Cuba korang fikir dari sudut lain. Tak, bukan sudut tu lah. Ke sini sikit. Sikit lagi. Ok dah. Haaa dari sudut tu. Kan bijak tu?


Semester depan aku nak study tiaptiap hari lah. Sehari sikit pun takpelah. Takdelah rasa kurang pandai sangat macam sekarang ni. Mulalah semuaaa nak masuk dalam otak. Kau ingat kau tu genius?


Kesimpulannya, kalau taknak study TITAS tapi nak dapat A, minumlah...




Air TiTAS! Dijamin halal dan bermutu tinggi. Terimakasih.

Oct 29, 2010

Pensil biru

Assalamualaikum.


Kepada sesiapa yang kenal aku, korang perasan yang pensil yang aku selalu guna? Pensil-boleh-picit yang warna biru silver tu? Yang memang dah agak uzur tapi still nampak cool? Yang dah banyak calar tapi kalau sehari aku tak nampak pensil tu, aku boleh meroyan? Yang penutup dia ada besi macam jarum?


Tak ingat? Takpelah. Aku sayang pensil tu. Cikgu Ain bagi masa darjah 5.


Pernah sekali pensil tu aku tertinggal di makmal komputer masa tingkatan 3 ke 4 tak salah aku. Aku ingatkan pensil tu hilang. Memang tak senang duduk aku. Macam orang hilang anak. Macam Dompot hilang handphone dia. Macam Luqman hilang Aino dia. Macam kucing yang kepala dia kena tutup dengan plastik. Nasib baik tak hilang.


Pensil tu aku jaga. Taknak hilang. Biarlah dah bercalarbalar pun, aku sayang. Tak pernah aku nampak orang lain pakai pensil tu. Aku ingat nak bagi anak aku suatu hari nanti. Aku ingat nak simpan sampai aku mati. Tapi macam tak boleh?


Aku taktau lah di mana pensil tu sekarang. Rasanya tertinggal di kelas. Tapi biasanya aku akan triple check sebelum keluar kelas. Mana tau ada barang aku tertinggal ke. Aku taktau lah. Careless. Masalah betul.


Aku harap pensil tu bukan berada di dalam tongsampah kesejukan. Tambahan pula sekarang ni musim tengkujuh. Kesian dia. Biarlah ada orang jumpa. Pakai. Kalau boleh biar perempuan yang guna. Sejuk sikit hati aku (menggatal kejap).


Sudahlah, daripada aku layan perasaan, baik aku keluar. Sewa kereta dan jalanjalan di Kuantan yang sedang dibasahi air hujan dan dipayungi awan kelabu.

Aug 24, 2010

*Peningpening*

Kini aku kembali aktif menjadi seorang gamer. 
Andd...aku rasa teruk. -__________________-"

Terimakasih.

Aug 19, 2010

Malas


Test dah tak lama lagi dah. Tapi aku still...buat tak tau. Macam takde apaapa. Gila kentang? F.

Nak study, keinginan untuk lakukan perkara tersebut amat tinggi kadangkadang, seperti coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah coco-crunch. Tapi amat banyak, terlalu banyak perkaraperkara lain yang melalaikan. Seperti? Assassin's Creed. Gila kentang? F lagi.

Badan terlalu letih. Badan aku sejaksejak ni semakin cepat letih. Mungkin terlalu seronok menaiki bas harihari untuk pergi dan pulang dari kelas? Gila kentang? Tak, ini semua hanya alasan sematamata. F.

F tu bermaksud fish sebenarnya. Bak kata Shadjihar, 
 "What the fishyfishy in the sea?"
 lolol

Memang bagus menjadi malas ni. Semua benda jadi serabut nanti.  XD

Kelas jam 8. Jam 7 dah kena naik bas. So, jaa ne!
Salam.

Aug 2, 2010

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa permohonan tuan tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab berikut:
PERMOHONAN KALI KEDUA-TIDAK LAYAK ( GAGAL/ BERHENTI PENGAJIAN/BAKI HUTANG/ DATA MASIH AKTIF PADA PEMBIAYAAN TERDAHULU )
Sekian, terima kasih.


Gilaa apa?  Grrrrrrr.... 

Jul 11, 2010

Orientasi ?

Assalamualaikum.

Kalau dulu aku belajar di KMPh, dan hampir tiaptiap minggu aku outing dan terus pulang ke rumah, tapi kali ni mungkin agak berbeza. Sebab kali ni aku belajar di UMP. Er, tempat belajar je lah lain. hihi

3hb, pergi mendaftar di UMP. Nama pendek dia Universiti Malaysia Pahang. Terletak di Gambang, Kuantan. Dekat la juga dengan Gambang Waterpark.

Orientasinya lama la jugak. Dekat seminggu kott. Sampai lah semalam, Sabtu 10 Julai. Kebanyakan aktiviti berlangsung di Kompleks Sukan, dewan yang cantik. Dan selama seminggu ni jugalah aku terlebih tidur. Ye lah, tak habishabis dengar orang berucap kan. Tidur je lahhhh kerja aku kat dewan tu kalau tak tumpu perhatian. hihi maaf abangabang dan kakakkakak fasi.

Rambut aku selama seminggu pertama di UMP, panjang. Memang panjang lahhh. Er, apasal rambut?

Antara benda yang aku suka sepanjang minggu orientasi dijalankan, tarian Ayumi Hamasaki lagu Trauma tu. Comelll je. ahahahaa. Nanti aku upload video ke facebook.

Ada lagi satu! Banana Dance. Tarian yang boleh buat aku pecah perut.

Hashra Izreen a.k.a BOB, ikut aku pulang ke rumah hari minggu ni sebab dia nak beli barang. Dan hari ni, letih berjalanbersiarsiarmembelibelah barangbarang yang diperlukan di bandar Kuantan.

Rambut aku sekarang? Baru potong. Baekkkk punyaaa pendek dia potong. Tapi kemas jugak dia potong. Sideburn aku yang aku simpan hampir 8 bulan kot? telah dipotong begitu sahaja. Uuuuuuuuuuuuuuuuu~

Oh, aku menghadapi masalah sedikit dengan PTPTN. Aku rasa aku dah update maklumat aku. Tapi dia guna yang lama jugakk? haihh
Minggu depan balik lagi nak? XD

Jaa~

Jun 23, 2010

Medical check up lagi?

Assalamualaikum.

Kali ni, medical check up dah berjaya. So, hoorayy! Alhamdulillah. Heee...
Buat kat KMC belakang Megamall Kuantan.

Account Bank Islam dah buat, tapi kad tak dapat lagi.

And and, tak boleh mohon Yayasan Pahang. Ni lagi sekali aku marah. Aku tak pernah amek duit kat yayasan punnnn! Bagi la weyh! XD

Ok, agak gembira sebab internet dah laju. ^_^v

Jaa~
Salam.

Jun 22, 2010

Medical check up

"Dik, keputusan medical check up ni siap 7hb."

"What the...?" aku bermonolog sambil buat muka pelik.

Memang best! Punya lama aku tunggu, tibatiba tu je yang dia nak cakap? Bukan on the spot terus siap ke? haihh 
Swasta mahalll kan? Macamanaaaa?MySpace


Jun 11, 2010

F

Eh, kita baru kenal kan?
Aku gurau sikit pun kau nak marah. 
Ayat kau tu, main lepass je ek?
Kau ingat kau bagus sangat lah?
Kau tu perempuannn, tak elok guna ayat macam tu.


Ok dah. Emo sekejap. Lama tak marah ni. Grrrr....
HAHA


Oh, seminggu kejap je berlalu ye.

4F26a, aku rindu korang lah. Macam mana ni?

May 19, 2010

Kucing dan semut

Assalamualaikum.

Baru balik dari bandar. Abah beli tiket bas ke KL.
Masa tunggu abah tu, aku terpandang la kat seekor kucing ni. Comel je.
Tengahtengah tanah kosong tempat parking depan Terminal Darul Makmur tu.
Lama juga aku pandang. Tibatiba, aku perasan akan sesuatu yang dilakukan oleh kucing itu. Dia macam tengah makan sesuatu. Tapi aku tak nampak pulak dia makan apa.

Dah lama sikit aku fikir, aku observe, aku rasa dia makan semut. Tersentuh hati aku. 
Ye lah, lepas makan tu dia jilatjilat tangan dia macam ada benda naik atas badan dia kan. Lepas tu, jilat tanah.
Makan semut lah kan?

Waaaa...bapak kesiannya. Aku terpaku. Sedih.
Tu je aku mampu buat?
*sigh*

What?



A: wtf?


B: ftw??


*bored*

C-? *sigh*