Showing posts with label UMP. Show all posts
Showing posts with label UMP. Show all posts

Mar 5, 2017

Weekend, Tasha datang rumah. Dia sampai Jumaat malam. Teruja betul aku bila jumpa dia. Lama gila beb tak jumpa. Dia drive all the way from Damansara Bangi ke sini, bawa kawan dia Tasha juga nama dia. Elok la tu Tasha bawa Tasha.


Lepas jalan-jalan kat bandar, ingat nak makan Mee Rojak Ayam dekat Pelnidung Pantai, tapi tutup pula. Nasib baik kedai sebelah dia buka. Sedap woi Mee Celup dengan Rojak buah dia.

Masa ni Tasha Amira sedang berselfie bermain pasir dengan adik dia.


Malam hari Sabtu tu pula, ke...
 
Teluk Cempedak! Lama betul tak lepas sini.

Awin, Natasha Amira, Azra Natasha.

Benteng! Aku pun first time jejalan sini lepas dia dah siap renovate.

Well, aku betul-betul kagum dengan si Tasha ni. In a marketing team yang ada 2 orang untuk satu Malaysia selama dua tahun ni di SK? Secara positifnya, banyak betul boleh belajar. 

*
Had a really quality time weekend ni. 

Permulaan yang baik untuk bulan baru I guess? Well, who knows. 
Aku pun macam tergerak nak keluar daripada zon selesa sekarang ni. Kerja tak leceh, takde punch card, boleh bersiar-siar sambil bekerja. Tapi sampai bila aku nak macam ni? Dayyum ini tak boleh jadi. Shadow of Mordor dah habis. Kena cari game baru ni.

Anywhoo, selamat ber-Mac dengan berseronok gais, have fun!

Dec 30, 2016

24th 25th, kahwin kahwin.

Sabtu Dec 12th lepas, kawan sekolah aku kahwin, Amalina M. Suami dia orang Beserah juga. Tahniah beribu-ribu tahniah.

Amalina dan Izwan.
Ahad pula, geng UMP kahwin, Faizun Alias. Tahniah juga, berlemon-lemon tahniah. Seronok tak kahwin Faizun? hahahaha

Gambar pengantin tiada. Hazrul dan Adib. 
Faizun dan pasangan, Adibah Aqilah.
Tahniah semua. Memang ramai yang kahwin tapi aku tak dapat pergi di atas kesulitan yang dikesali, maaf lah tak dapat memeriahkan lagi majlis kalian.

Well, alhamdulillah. Semoga sentiasa tabah menghadapi alam perkahwinan. Aku doakan kalian semua sentiasa bahagia, dan sentiasa diredhai oleh-Nya. InsyaAllah.

Siapa pula lepas ni ye?

Dec 14, 2014

Agi Idup Agi Ngelaban

That's what I thought today - while trying to complete the thesis.

Dec 12, 2014

Batu sayang kau tak boleh bercakap.

In order to find the force to start doing some work may take a few days, probably a week. Tapi malangnya, momentum yang aku dapat tu tak lama. Tak sampai 3 jam pun. Ditambah pula dengan idea tak muncul-muncul. Last minit baru la dia nak mai. Paceroh tunggu.  Jikalau berterusan begini, bila nak siap thesis ni wahai Dinie Ezyane?

Apr 7, 2013

Komik

Dah hampir 3 tahun aku cari komik 'New Journey To The West'. First part cerita tu aku baca dalam Gempak. Tak ingat issue berapa. But yeah, cerita tu awesome walaupun baru baca sekali dua. Lukisan dia, jalan cerita pun seronok. So tadi, aku pergi Kedai Buku 1Malaysia yang sebelah Zenith hotel depan ECM tu, cari buku 'Alexander adalah Zulqarnain' sambil berharap ada komik New Journey To The West. Akhirnya, aku keluar kedai tu dengan komik 'USER' part 1 and 2 karya Zint di tangan. 

Oh, kedai buku tu murah-murah harga. Dan aku tengah cuti mid-sem. Sambil project MicroP masih lagi tak berjaya.

Jan 15, 2013

1 more to go! Last Payyperrrr! Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.

Kopi dah beli, roti pun sudah tersedia. Marilah bergembira ketika mengulang kaji pelajaran.

Jan 2, 2013

1 down, three to go.

HERE I GOOO!

Eh, lama lagi rupanya next paper. Lek luuu.

Dec 30, 2012

Nasib baik final exam tahun depan. Boleh rilek2 dulu. kehkeh


Tahun depan la sangat kan examnya. Tahun depan bulan 1.

Baru baca 10 minit, tapi ngantuknya mangaiii!
Papehal, kita kena cool. Bak kata Tiffany Deborah, 
"Saya akan cuba buka bukunya esok."
Goodluck ya all!

Dec 29, 2012

Lalat kecacingan

Sedang berselera makan nasi berlaukkan ayam goreng dengan togeh, berkuahkan kari, tiba-tiba aku nampak kaki. Aku kenal sungguh dengan bentuk, rupa dan warna akan kaki tersebut. Besar, memang besar. Tapi persoalannya, di mana badannya? Aku pun merendahkan sedikit nafsu makan aku sambil membuang kaki lalat tersebut. Dammit, kaki lalat besar siot! Aku sure tu lalat hijau punya kaki.

Aku ambil nafas, sambung mengisi perut dengan penuh berselera tapi kurang sedikit selera tersebut. Dah habis makan, nampak pulakkk buluuuu. WHAT THE fishy fishy in the sea bro?

---

Tiba-tiba teringat masa kat matrik dulu, tengah makan ikan keli goreng, tiba-tiba ada ulat hijau dalam dia. Tiba-tiba bro! Tiba-tiba je ada! Aku macam, "Eh, ulat hijau?" Sekor je tapi dah mati. Tapi hijau lagi la kan. Macam ulat apple tu. Haaa dapat bayang tak? Tapi aku tibai jugakkk, licin pinggan.

What I was thinking? "The F? Takpelah, bukan najis pun." Lalu sambung makan seperti tiada apa yang berlaku.
kehkeh



Writing this while listening to
  
King for a Day

Nov 18, 2012

due date

Tiba-tiba aku jadi kelam kabut. Itu tak kena. Ini tak kena. Due date assignment tinggal lagi 10 minit, tapi ahli group aku yang lain kerja masing-masing tak siap lagi. Ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir, kadang-kadang sesat pergi muara. Aku berlari ke Joe, belum siap lagi. Berlari pulak ke Sia, belum siap jugak. Lompat kijang ke Mirol, tak siap jugak. Aku dah gelabah. Aku terus berlari ke hulu ke hilir. Dah macam orang hilang anak. Sampai berpeluh-peluh aku berlari. Dah penat, jantung berdegup semakin kencang. Aku semakin risau. Kerisauan aku yang tahap garuda itu menyebabkan kadang-kadang aku terlupa di mana aku berada. Akhirnya due date dah tiba, tapi kerja tak siap-siap jugak. Aku terus berlari sambil melintasi 3 orang pelajar sambil berkata, "Tumpang lalu kak." Belum sempat aku menoleh, tiba-tiba mata aku terbuka. "Fuhh, nasib baik mimpi." Aku bangun, cuci muka, kemudian dengan tangkas installasi FIFA 13 ke dalam komputer dilakukan.

Nov 14, 2012

Mid-Wed

Cuti mid-sem seminggu; 
hari ni dah Rabu, 
tapi satu kerja pun tak siap lagi tau. 

Kalau cuti setahun pun tak siap aku rasa kalau hari-hari melagha macam ni.


Nov 7, 2012

lemah longlai

DifflamTM
ANTI-INFLAMMATORY LOZENGES
(with Antibacterial)
EACH LOZENGES CONTAINS:
BENZYDAMINE HYDROCHLORIDE 3.0mg
CETYLPYRIDINIUM CHLORIDE 1.33mg
TAMPER EVIDENT PACKAGING
DO NOT USE IF SEAL BROKEN
INova Pharmaceuticals (Aust) Pty Ltd T8251

PORO 
Tablet 500mg
Each tablet contains:
Paracetamol
(Acetaminophen) 500mg

Diphenhydramine
Expectorant
120 mL 
Content: Each 5 mL contains Ammonium chloride 135 mg and Diphenhydramine hydrochloride 12.5 mg.
Contains Sodium benzoate 0.10% w/v as preservative.

Lagi satu, dapat MC! haha 

Nov 4, 2012

change

Commonly, people are afraid of anything that’s new or different. They afraid to change although to something better as they are afraid of a new environment. They feel comfortable with the current environment and think they are in good place enough. They fear to adopt something new which probably will lead them to failure. But probably, the change we make will make us better. Paling tidak pun, we’ll learn something new. Kan?

Perghh, speaking.

Sebenarnya, nak cakap pasal template baru ni. Dah lama rasa nak tukar tapi takut. Takut apa pun tak tahulah. Ntah kenapa malam tadi aku beria sangat nak 'change to new environment' template blog aku ni. Sampai 4am aku tahan ngantuk. Last-last tukar jugak. Alhamdulillah. 

Ok tata. Assalamualaikum.

Bosan gila kelas softskill hari ni.


Sep 24, 2012

Kelaparan di malam hari


Mengapa roti hotdog yang dahulunya RM1.00 kini bertukar menjadi RM1.50. Mengapa? 
Kalau dulu 3 ringgit dapat 3. Sekarang? Dapat dua. Kenapa?
Takkan hanya karna ditambah sos lebih melimpah-limpah ke ladang gandum lalu pooof jadilah kokokrunch menjadikan harga roti hotdog tersebut ditambah 50 sen? 

Kalau ikut logik pun, memang kena seringgit.
Cuba korang bayang eh.
Orang jual roti tu menjerit, "ROTI HOTDOG SINGGIT!" atau "ROTI HOTDOG SINGGIT LIMA PULOH SEN!" 
Haaaaaa, kan tak sedap bunyinya tu. Makin panjang kena sebut. 

Tapi tiga ringgit jugak aku beli tadi. Ehheee... MySpace

Sep 19, 2012

Mimpi tidur

Sesungguhnya apabila kalian sedang tidur dan bermimpi, janganlah bermimpi anda sedang tidur. Buang masa je. Baik takya mimpi.

Apa nak jadi dengan Parman ni. Mimpi bukan-bukan je. 


aaaa
Parman dan Adib

Sep 9, 2012

Nex Sacramentum


"Nex Sacramentum. Death oath is complete."
 - Uriel (Darksiders) -


Setelah service laptop buat kali pertama, game pertama aku habiskan yang memang dah nak habis tapi tak dapat nak habiskan sebab laptop asyik shut down sendiri sebab overheat adalah Darksiders. Okay lepas ni cari Darksiders 2 pulak. Weeee.

Jun 10, 2012

Air berkualiti hidup berkualiti

Mimpi ngeri kembali lagi,
Ketiadaan air berulang kembali,
Mencari air tuk membersihkan diri,
Penggunaan pili bomba dilakukan pasti.

Weeee... MySpace

May 30, 2012

Ezone Ee

Disebabkan aku rasa benda ni kelakar gila sekarang, aku nak post la walaupun nampak macam memang kelakar.

Sila open image 'in new tab' untuk resolusi gambar yang lebih tinggi.

Cuba teka, yang menge-post dan mengomen tu ada berapa orang sebenarnya? Walaupun gambar sama, tapi akaun fb-nya berbeza-beza. Kehkehkeh.

Apr 13, 2012

Henset Merah


Dengan duit matrik, aku beli henset tu. Aku ingat lagi. Aku beli kat Megamall dengan Rafizi. Sayang sungguh aku padanya. Kalau jatuh, aku terus bawa pergi hospital specialist. Cuma screen protector dia je dah nampak teruk. Aku malas nak tukar screen protector tu biar nampak tak cantik sangat. Biarlah tuannya je yang pandai menilainya.

Sejak-sejak ni, dia selalu hang. Slowwww je bila aku nak buka mesej, nak tengok gambar. Mulut aku pun selalu je cakap, "Haii, dah tak lama dah ni." Tapi aku hanya bergurau. Maafkan aku jika engkau terasa.

Kelmarin, charger dia tiba-tiba rusak. Pelik jugak aku, hari tu kat rumah molek je aku guna. Tiba-tiba rosak? Nasib baik Adib beli charger baru. Boleh jugak aku pinjam.

Alih-alih, semalam dalam kelas, ntah kat mana aku tercicir. Sedih betul aku. Kalau jumpa pulangkanlah. Ni tak, pergi ambil buat macam harta sendiri. Apakejadahnya semua ini? Rasa nak langgar guna basikal je kat budak tu. Cukup 44 kali aku langgar, bertukar jadi henset tangan kau tu.

Takpelah. Semoga kau dan si Pensil Biru dapat berdikari tanpa aku. Selamat tinggal sayangku. sobsobs.