Showing posts with label malas. Show all posts
Showing posts with label malas. Show all posts

Nov 14, 2012

Mid-Wed

Cuti mid-sem seminggu; 
hari ni dah Rabu, 
tapi satu kerja pun tak siap lagi tau. 

Kalau cuti setahun pun tak siap aku rasa kalau hari-hari melagha macam ni.


Dec 7, 2010

Sepak bola guna kaki. Sepak muka orang guna tangan. Kenapa tak boleh sepak bola guna tangan? Kenapa tak boleh sepak muka orang guna kaki?

Sepak dan sepak adalah dua perkataan yang lain maksudnya. Tengok sekali pun dah tau lain. Ke macamana tu?


Tan memang suka betul dengan 4F26a. Terharu aku.



Tadi chatting dengan dear Tan Peng Chee yang disayangi. Chat di mukabuku. Tau apa itu mukabuku? Kalau tak tau, korang pergi google translate. Tengok dia keluar apa.


Rindu dia. Rindu 4F26a sekali. Imran, Taz, Shiela, Suq, Shima, Mirza, Fizi, Putri, Hafiz, Tan Peng Chee, Fausan, Asra, Tehah, Alieff, Tiqah, Dayah, PG, Kemang, Nadia, Linalina, Raisha, Atikah, Kerol, Arep, Ummi, Fieka, Faez. Aku rasa tu je kot. Aku harap kita semua tak lost contact la eh. *lagu sedih*


*tukar lagu Barbie Girl - Aqua*
Rindu waktu aku berpura-pura faham di dalam kelas Cik Fauziah. Dia mengajar Kimia. Sumpah aku cakap, aku hipokrit gila dalam kelas dia. Aku tak taulah dia perasan ke tak yang aku tak faham satu apa pun. Er, adalah sikit. Tapi mostly, tak faham. Boleh pula aku buat muka selamba dinosaur setiap kali dalam kelas dia,  buat-buat faham je apa yang diajar. Dahlah tutorial tak buat. Bila fikir-fikir balik kerja bodoh aku tu, bangga kejap. HAHA


Cik Fauziah seorang yang cool. Seronok lepak dengan dia. Walaupun muka dia nampak garang. Dan cara dia ketawa tu...aku tak rasa ketawa macam tu puas. Errr...maaf cikgu. Selamat Hari Guru! XD
Tapi, saya sayang cikgu. Maaflah cikgu.


Kembali kepada topik asal, rindu nak jalan-jalan dekat kaki lima antara dewan kuliah dengan bilik tutorial dan secara tiba-tiba aku kaku pandang seseorang. Dayyuummm, aku boleh terkaku je. Ataupun pura-pura tak nampak. Masalah betul. Tak lama kemudian, aku akan rasa macam nak tumbuk dinding. 
-_________-"


Rindu juga dekat Cikgu Zai. Dalam kelas dia memang tak tertekan langsung. Cuma masa kelas pertama jelah dia tegur pemakaian dan rambut. Dan nampaknya, akulah paling banyak kena tegur. Pelajar contoh lah katakann. Rambut panjang, tali pinggang dan kasut tak sesuai, cara duduk yang betul ketika guru mengajar pun kena tegur. Bagus betul kan? Aku tau.


Tapi tu masa kelas pertama je. Tu pun sebab beliau mengajar Dinamika. Kelas-kelas berikutnya dia dah tak kisah. Pendek kata, rindu semua pensyarah lah kan. Oh, Puan Jaharanita yang memang cool. Nak marah pun macam taknak marah je. Tapi kata-kata dia menusuk kalbu. Tajam wey.


Lagi, rindu dekat waffle. Dahlah buka malam, dekat blok perempuan pula tu. Aku kena pakai sarung muka kalau nak pergi sana. Kalau tak memang habis kena rogol.


Rindu sikitlah dekat karipap. Karipap KMPh memang terrrbaekk. Besar wey! Ada telur dalam dia. Kalau tengah gap antara dua masa, cuba korang duduk kat tepi perhati para pembeli yang gelojoh. Menakutkan. Rasa macam tengah main game Left For Dead. Semua berebut macam zombie nampak benda hidup.


Rindu dekat tangga blok A2 yang menghadap ke arah Menara Gambang yang lebih dikenali sebagai tangki air KMPh. Bilik aku pun memang dekat sangat dengan tangga tu. Tempat melepak malam-malam, tempat cerita hantu dan tempat kawalan. Kami memang suka sangat panjat tangki air tu. Jadi, masa nak panjat tu mesti ada seorang dua yang tengok line. Kalau tak clear, cepat-cepat kasi betul sama itu aerial tv. Kasi clear sikit.


Banyak lagilah. Nak list satu-satu, boleh buat novel pula nanti.


Oh, Selamat Tahun Baru! Maaf batin dan zahir. Tahun baru azam baru. Tapi biasanya beria-ia je azam. Gempak habis. Macam-macam angan-angan berazam nak berubah. Last-last hampeh. Cakap je berapi, buat berasap. 


Oklah, nak jugalah berazam. Harap-harap lepas ni kurang bermain. Study setiap hari. Sikit pun sikitlah. Sem depan nak pointer empat point something lah kalau boleh.


Tengok, kan aku dah kata. Azam baru memang gempak. Tapi tulah, dah besar lonjong panjang gini, mestilah kena berubah sikit. Kena matanglah sikit. Nak main tu boleh, tapi kena kurangkanlah. 


Dan lagi ingin aku tekankan, seronok cuti ni. Puas aku bergolek-golek, main game, online dan conserve energy. Dan disebabkan cuaca yang sejuk, aktiviti yang lebih baik dilakukan adalah melepak di rumah. Itu yang terbaek setakat ini. Aku sentiasa memilih yang terbaik.

Dec 5, 2010

"Result dah nak keluar! Alamak takutnyaaaa..." Bedebo weyy!

Kalau berdebar, result nanti makin bagus ke? Tak pun kannn? Jadi, tak perlu berdebar hanya kerna result nak keluar. haha
Ye lah, memanglah perasaan normal kalau berdebar tu. Berdebar sebab takut ada, sebab tak sabar pun ada, sebab tengok kawan berdebar, dia pun nak jugakk sibuk-sibuk berdebar pun ada. Macam-macam ragamlah kan. Bak kata orang-orang dulu, lain kaki lain bau, kaki aku kau sibuk-sibuk nak bau. Errr


Aku pula, memang dah lama tak kisah dengan result ni. Berdebar sikitlah masa nak jawab exam. Tu pun sebab tak sabar nak habis paper tersebut. Lepas dah habis, adalah gelisah kejap sebab biasanya aku banyak tak dapat jawab. Yelah, study last minit. Masa exam pun last-last minit ingat semua yang aku study. Terbaeekkk wa cakap sama lu.


Lepas lama sikit, aku macam, "Fuck yeah, exam dah habis!"


Dan aku akan rasa menyesal kejappp, lepas dapat result tu. Kejap je sehari pun tak sampai agaknya.


Semester berikutnya aku akan buat benda sama yang memang bodoh kalau difikir-fikir balik. Hari-hari main tak study, tidur dalam kelas, kalau tak tidur pun tumpu perhatian tapi tak faham, main game sampai rasa muak dan tak perasan pun bila kelaparan datang menyerang. Kadang-kadang fahamlah sikit apa yang diajar tu kalau aku betul-betul berkobar-kobar nak menuntut ilmu.


Result tak gempak atau dengan kata yang lebih baik teruk bukan sebab kita kurang pandai atau lebih sedap disebut dengan perkataan bodoh, tapi kadang-kadang sebab malas. Dalam kes aku pula bukan sebab aku malas, aku nak menjimatkan penggunaan tenaga je. Kan tak elok membazir tu.


Nak main banyak mana pun suka hatilah kan. Pandai buat pandai tanggung. Jangan mula-mula je berani buat lepas tu nanti menangis sampai kering badan tak cukup air mata nak keluaq.


Oh, aku sebenarnya dah lama tak menonton rancangan-rancangan di televisyen. Tadi, sedang aku makan tengahari buat kali kedua sambil menonton, tiba-tiba, "Oh, Rachael Ray!" Rindu dia. Lama tak tengok. Aku rasa dia cool. Dahlah suara sedap. Err


Hari ni dah 5th, rasa macam lambatlah pula masa bergerak. Cuti ni aku ada plan lain iaitu menternak lemak. Ok tak? *betulkan spek*

Nov 8, 2010

Esok hari Isnin, ada perhimpunan. Kuku kasi potong pendek, rambut kasi potong kemas, bulubulu di muka kasi potong juga.

Assalamualaikum.


Biasanya kalau dah akhirakhir dah nak habis sekolah ni, perhimpunan takde kan? Err


Ok, malam ni waktu terasa seperti bergerak perlahan. Lebih perlahan daripada biasa. Alhamdulillah.
Esok exam TITAS, banyak lagi tak cover. Aku dah buang masa 4-5 jam dengan online. Tapi masa seperti merangkak. Aku ingatkan dah hampir Subuh. Tapi tidak. Jadi, ada masa lagi aku untuk study. Alhamdulillah.


Tapi, itulah manusia, lagilagi aku. Suka sangat buang masa. Dah tau esok nak exam pun masih buat bodoh. Satu perbuatan yang agak kurang pandai.


"Eh, aku study lah! Cuma sambilsambil online. Heeee. Tamadun India dengan Cina ni susah sikit nak ingat."


Haaa ye. Sambil online, memang bagus. Takpelah, sekurangkurangnya study kan. Tu salah satu langkah yang agak bijak sebenarnya. Cuba korang fikir dari sudut lain. Tak, bukan sudut tu lah. Ke sini sikit. Sikit lagi. Ok dah. Haaa dari sudut tu. Kan bijak tu?


Semester depan aku nak study tiaptiap hari lah. Sehari sikit pun takpelah. Takdelah rasa kurang pandai sangat macam sekarang ni. Mulalah semuaaa nak masuk dalam otak. Kau ingat kau tu genius?


Kesimpulannya, kalau taknak study TITAS tapi nak dapat A, minumlah...




Air TiTAS! Dijamin halal dan bermutu tinggi. Terimakasih.

Oct 31, 2010

Minggu bergembira

Assalamualaikum.


Budak comel di KFC.
Minggu ni, minggu untuk bergembira, minggu untuk melara, minggu untuk membuang masa yang sepatutnya study kerana minggu depan dah final. Dah ntah berapa hari straight aku sewa kereta, keluar sampai 3 4 5 pagi baru balik, lepas Subuh tidur, bangun nak dekat tengahari, lepas bangun main DotA. Dalam sehari kadangkadang sekali je aku makan. Bukan apa, tiada selera. Makan pun paksa. Ntahlah apa masalah aku.

Ber-TC.
Assignment Circuit Analysis yang diberi pada saatsaat akhir pun tak siap lagi. Maaaaasalah betul. Memang malaslah nak buat. Tapi nanti aku buat juga. Jangan risau.
Esok pula kena present Basic Electronic Instrumentation. Tak taulah nak cakap apa.
Aih, rilek suddeyyy. Present Technical English hari tu pun aku main cakap je. haha


Technical English Presentation.
Hidup ni tak bolehlah asyik ikut telunjuk orang. Tapi tak boleh pula asyik ikut kepala sendiri je. 
Kita kena sentiasa belajar. Belajar sesuaikan diri dengan tempat baru, rakan baru, atmosfera baru. Belajar mengawal perasaan. Belajar menghormati orang lain. Belajar memahami orang lain. 


Inilah caracara untuk memasang earth electrode.
Jangan ingat asyik orang lain yang salah. Jangan ingat diri sendiri sentiasa betul. Fikir.
Jangan perasan diri terlalu bagus. Jangan pandang rendah dekat orang lain.


Nasi Goreng Kampung. Banyak weyh!
Dan sebagai seorang pelajar, kita tak bolehlah asyik nak studyyyy je. Kita hidup bukan asyik nak belajar je.
Kadangkadang kenalah enjoy sikit ye tak? Ye sikit. Takboleh banyakbanyak. Sikit je.


Aku tak makan lagi hari ni. Siapa nak belanja?

Oct 20, 2010

20-10-2010

Assalamualaikum.


Minggu ini betulbetul seronok. Memang seronok. Penuh dengan test, assignment banyak kena submit minggu ini, itu ini semua. Memang seronok! 


Tambahan pula, perjalanan dari tempat aku tinggal ke kelas mengambil masa lebihkurang sejam. Pergi sejam, balik sejam. Duduk dalam bas, tertidur, terjaga sebentar tengoktengok belum sampai, terlelap semula. Sampaisampai je badan lesu, otak tak berapa betul. Memang seronok harihari macam ni.


Sejaksejak ini, kepala aku asyik pening je. Mungkin otak aku berhempas-pulas-menggembleng-tenaga berfungsi sebagai seorang pelajar. Yelah, minggu ni banyak juga aku buka buku. Betul, banyak. 
Ok, tipu je. Sebenarnya sikit je. Tapi bagi aku banyak jugalah tu.  
Baru revise sikit, dah pening kepala. Kalau aku betulbetul jadi seorang pelajar? Mau berkembang kepala aku jadi macam Jimmy Neutron.


Esok ada kuiz, lusa ada test lagi. Jadi, jom ber-dota! Err

Oct 19, 2010

Nak dekat final dah? Err

Assalamualaikum.


Minggu orientasi yang membosankan.

Aku rasa baruuuu je masuk UMP. Baruuu je crush dengan 'pelajar kelas sebelah' walaupun ramai lagi yang crush dengan dia. Baruuu je bercitacita tinggi nak belajar-macam-seorang-pelajar sem ini. Sedar tak sedar (mungkin buatbuat tak sedar), dah nak final. Semester 1 dah nak habis dah. Sekejap je. Tak lama pun.



Belajar di sini, bermacam ragam manusia aku jumpa. Macammacam. Banyak perkara yang kadangkadang buat aku terfikir panjang.

Oh, aku betulbetul tak sangka ada orang yang tak pernah jatuh sejak dari kecil sampai sekarang. Er, maksud aku bukan jatuh gedebuukkk macam nangka jatuh dari pokok macam tu. Maksud aku dari UPSR dulu, tak pernah takde A. Semua perfectlah bagi aku. Tak pernah langsung jatuh tersungkur. 
Tapi bila masuk U, takut dengan kegagalan. Takut kecundang. Markah rendah dalam kuiz pun risau macam SPM dapat 7F. Haih, masalah betul.


Seronok kot duduk sini. Classmate pula semua kepala lebih kurang. Kira boleh masuklah kan. Takde yang kalau pandang je aku rasa nak bagi penampar jepun. Kira oklah tu. HAHA
Cuma tulah, since aku ni time dah nak test baru nak study, kalau takde kelas tu agak bosanlah duduk kat kolej kediaman ni. Rasa macam nak korek padang kat sebelah rumah ni sampai jumpa minyak. 

Aug 19, 2010

Malas


Test dah tak lama lagi dah. Tapi aku still...buat tak tau. Macam takde apaapa. Gila kentang? F.

Nak study, keinginan untuk lakukan perkara tersebut amat tinggi kadangkadang, seperti coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah coco-crunch. Tapi amat banyak, terlalu banyak perkaraperkara lain yang melalaikan. Seperti? Assassin's Creed. Gila kentang? F lagi.

Badan terlalu letih. Badan aku sejaksejak ni semakin cepat letih. Mungkin terlalu seronok menaiki bas harihari untuk pergi dan pulang dari kelas? Gila kentang? Tak, ini semua hanya alasan sematamata. F.

F tu bermaksud fish sebenarnya. Bak kata Shadjihar, 
 "What the fishyfishy in the sea?"
 lolol

Memang bagus menjadi malas ni. Semua benda jadi serabut nanti.  XD

Kelas jam 8. Jam 7 dah kena naik bas. So, jaa ne!
Salam.