Showing posts with label 4F26a. Show all posts
Showing posts with label 4F26a. Show all posts

Sep 8, 2011

Pagi yang keawangan


"Banyak juga aku berhutang rupanya." Mengeluh aku selepas wang kecil banyak diterima selepas memberi wang besar. Lepas tu, aku berjalan terus ke arah kaki lima yang biasa aku ambil untuk pulang ke rumah.

Kemudian, aku ditegur oleh 3 orang lelaki, ntahlah sapa kan. Konon-konon nak kacau aku la, tapi aku buat bodoh je. Cakap guna kaki kang tak elok pula di hari raya gini. Jadi aku sabar je la.

Rupanya, mereka tu kawan Nadia. Kena hambat dengan Nadia, mula la lari lintang pukang. Aku tahan gelak je lah. Nak tolong hambat tak baik pulak di hari raya gini. Oleh itu, aku tolong gelak je la. 

Nadia kemudiannya membayar hutang yang kemudiannya kami terkeliru siapa yang berhutang dan kemudiannya aku tak ingat siapa yang bayar hutang pada ketika itu. Dia bagi duit besar, aku takde duit pecah pulak masa tu.

Terjumpa pulak Atiqah K masa tu. Memang penyelamat sungguh le kan. Terkeluar pula masa tu kebodohan masing-masing; dia hulur RM50, aku huluq 5 kertas kosong yang konon-kononnya bernila RM50. Lepas tu dia nak blah macam tu je. "Pelik sungguh la minah ni," aku bermonolog.

"Nah 40, lagi 10 nanti aku topup boleh tak?" Aku bertanya sambil buat muka comel. Lantas dia bersetuju.

Tak lama lepas tu, badan aku sakit-sakit. Terjagalah aku daripada tidur itu. "Ahhh, mimpi lagi." Mengomel sang aku sambil membetulkan posisi badan.

Tapi kan, mimpi sebelum ni memang ada aksi meminjam wang antara aku dengan Nadia. Boleh pulakk aksi memulangkan wang berlaku dalam mimpi kali ni.

Jul 20, 2011

20th 2.20am - Cuti ho-ho-ho!

Bangun pagi, mata kecik je. Lebih kecil daripada mata aku yang dah memang redup. Duduk, fikir-fikir kejap sepatutnya dah pukul berapa. Otak jem, malas nak fikir terus pandang jam dinding di dinding. Kewarasan kembali pulih sedikit demi sedikit, baru sedar kalau nak tau sekarang pukul berapa, tengok jam, bukan berfikir.

Bangun pergi bilik air, ambil wuduk dan bersolat. Buka laptop kejap, tengok mana tau awek email. Lepas tunggu lepas seminit, takde email. Baru teringat kalau nak buka email kena ada internet. Lalu terus buat senaman pumping sebelah tangan. Dah agak-agak letih lepas buat 100 kali, aku pergi sarapan, melantak apa yang ada.

Pagi-pagi suasana di kawasan rumah aku memang seronok. Bunyi ombak, burung berkicauan. Kalau nak dengar bunyi lembu, tunggu malam. Asal malam je lembu naik buat bising. Aku baling bom asap kang kena saman pula. Sergah je lembu ni, dia dah lari. Kalau lembu kat UMP Pekan tu lain cerita, kena kejar dengan scrambler baru dia lari. Tu pun macam menganjing je aku tengok. Lembu oh lembu, memang dasar binatang kalau dah nama pun lembu. Lembu betul.


KK4, UMP.
Cuti-cuti ni, nak cari kerja transport pulak takde. Sekarang ni ada lah juga member lepak kat rumah, kureng la sikit bosan tu. Nanti dia dah balik, aku sorang. Dah la rindu budak-budak matrik. Disebabkan aku rindu korang, aku upload la gambar yang aku rasa nak upload.



Tandas DKB, KMPh.




Tunggu Bas Sihat




Hari Jumaat di KMPh

Rinduuu u uu u uuuuu.

Jun 27, 2011

Puss in Boots

Tengok-tengok balik post lama-lama, terjumpa pulak yang ni. Kelakar pun ada. Hahahh

Click untuk penambah saizan

Feb 3, 2011

Pleasure to meet you.

Assalamualaikum.


Hari ini meriah betul. Hari yang indah dan seronok. Cuaca aman damai, menenangkan. Teluk Cempedak tiba-tiba macam ramai orang. Semua orang pun nak sambut CNY di TC tu. Aku? Tak, aku tak sambut. Bersiar-siar mencari ketenangan dan menikmati keindahan Allah je. Hihi.


Seorang diri bersiar-siar di sana sambil usha aweks-aweks comel dan cantik. Eh tak, bukan begitu. Aku ni baik orangnya. Aku usha girls yang menutup aurat je. Tu pun jeling sikit-sikit je. Ehem.




Ok tipu je. Kalau seorang diri, macam tak seronok lah pulak kan? Nadia turun Kuantan sebenarnya, rakan sekelas kat matrikulasi dahulu kala. Kebetulan pula cuaca baik. Perfect time. Dari dulu kot, TC ni memang faham betul dengan Nadia ni. Esok dia dah balik UTHM. Awal betul. Tengok aku, rilek je. Dengan tiket tak beli lagi. Pffttt.


Cuaca semakin lama semakin baik. Takdelah lepas ni nak mandi tengahari pun menggigil. Dan lepas ni tak bolehlah nak tanam strawberry depan rumah. =..=

Dec 7, 2010

Sepak bola guna kaki. Sepak muka orang guna tangan. Kenapa tak boleh sepak bola guna tangan? Kenapa tak boleh sepak muka orang guna kaki?

Sepak dan sepak adalah dua perkataan yang lain maksudnya. Tengok sekali pun dah tau lain. Ke macamana tu?


Tan memang suka betul dengan 4F26a. Terharu aku.



Tadi chatting dengan dear Tan Peng Chee yang disayangi. Chat di mukabuku. Tau apa itu mukabuku? Kalau tak tau, korang pergi google translate. Tengok dia keluar apa.


Rindu dia. Rindu 4F26a sekali. Imran, Taz, Shiela, Suq, Shima, Mirza, Fizi, Putri, Hafiz, Tan Peng Chee, Fausan, Asra, Tehah, Alieff, Tiqah, Dayah, PG, Kemang, Nadia, Linalina, Raisha, Atikah, Kerol, Arep, Ummi, Fieka, Faez. Aku rasa tu je kot. Aku harap kita semua tak lost contact la eh. *lagu sedih*


*tukar lagu Barbie Girl - Aqua*
Rindu waktu aku berpura-pura faham di dalam kelas Cik Fauziah. Dia mengajar Kimia. Sumpah aku cakap, aku hipokrit gila dalam kelas dia. Aku tak taulah dia perasan ke tak yang aku tak faham satu apa pun. Er, adalah sikit. Tapi mostly, tak faham. Boleh pula aku buat muka selamba dinosaur setiap kali dalam kelas dia,  buat-buat faham je apa yang diajar. Dahlah tutorial tak buat. Bila fikir-fikir balik kerja bodoh aku tu, bangga kejap. HAHA


Cik Fauziah seorang yang cool. Seronok lepak dengan dia. Walaupun muka dia nampak garang. Dan cara dia ketawa tu...aku tak rasa ketawa macam tu puas. Errr...maaf cikgu. Selamat Hari Guru! XD
Tapi, saya sayang cikgu. Maaflah cikgu.


Kembali kepada topik asal, rindu nak jalan-jalan dekat kaki lima antara dewan kuliah dengan bilik tutorial dan secara tiba-tiba aku kaku pandang seseorang. Dayyuummm, aku boleh terkaku je. Ataupun pura-pura tak nampak. Masalah betul. Tak lama kemudian, aku akan rasa macam nak tumbuk dinding. 
-_________-"


Rindu juga dekat Cikgu Zai. Dalam kelas dia memang tak tertekan langsung. Cuma masa kelas pertama jelah dia tegur pemakaian dan rambut. Dan nampaknya, akulah paling banyak kena tegur. Pelajar contoh lah katakann. Rambut panjang, tali pinggang dan kasut tak sesuai, cara duduk yang betul ketika guru mengajar pun kena tegur. Bagus betul kan? Aku tau.


Tapi tu masa kelas pertama je. Tu pun sebab beliau mengajar Dinamika. Kelas-kelas berikutnya dia dah tak kisah. Pendek kata, rindu semua pensyarah lah kan. Oh, Puan Jaharanita yang memang cool. Nak marah pun macam taknak marah je. Tapi kata-kata dia menusuk kalbu. Tajam wey.


Lagi, rindu dekat waffle. Dahlah buka malam, dekat blok perempuan pula tu. Aku kena pakai sarung muka kalau nak pergi sana. Kalau tak memang habis kena rogol.


Rindu sikitlah dekat karipap. Karipap KMPh memang terrrbaekk. Besar wey! Ada telur dalam dia. Kalau tengah gap antara dua masa, cuba korang duduk kat tepi perhati para pembeli yang gelojoh. Menakutkan. Rasa macam tengah main game Left For Dead. Semua berebut macam zombie nampak benda hidup.


Rindu dekat tangga blok A2 yang menghadap ke arah Menara Gambang yang lebih dikenali sebagai tangki air KMPh. Bilik aku pun memang dekat sangat dengan tangga tu. Tempat melepak malam-malam, tempat cerita hantu dan tempat kawalan. Kami memang suka sangat panjat tangki air tu. Jadi, masa nak panjat tu mesti ada seorang dua yang tengok line. Kalau tak clear, cepat-cepat kasi betul sama itu aerial tv. Kasi clear sikit.


Banyak lagilah. Nak list satu-satu, boleh buat novel pula nanti.


Oh, Selamat Tahun Baru! Maaf batin dan zahir. Tahun baru azam baru. Tapi biasanya beria-ia je azam. Gempak habis. Macam-macam angan-angan berazam nak berubah. Last-last hampeh. Cakap je berapi, buat berasap. 


Oklah, nak jugalah berazam. Harap-harap lepas ni kurang bermain. Study setiap hari. Sikit pun sikitlah. Sem depan nak pointer empat point something lah kalau boleh.


Tengok, kan aku dah kata. Azam baru memang gempak. Tapi tulah, dah besar lonjong panjang gini, mestilah kena berubah sikit. Kena matanglah sikit. Nak main tu boleh, tapi kena kurangkanlah. 


Dan lagi ingin aku tekankan, seronok cuti ni. Puas aku bergolek-golek, main game, online dan conserve energy. Dan disebabkan cuaca yang sejuk, aktiviti yang lebih baik dilakukan adalah melepak di rumah. Itu yang terbaek setakat ini. Aku sentiasa memilih yang terbaik.

Oct 31, 2010

Minggu bergembira

Assalamualaikum.


Budak comel di KFC.
Minggu ni, minggu untuk bergembira, minggu untuk melara, minggu untuk membuang masa yang sepatutnya study kerana minggu depan dah final. Dah ntah berapa hari straight aku sewa kereta, keluar sampai 3 4 5 pagi baru balik, lepas Subuh tidur, bangun nak dekat tengahari, lepas bangun main DotA. Dalam sehari kadangkadang sekali je aku makan. Bukan apa, tiada selera. Makan pun paksa. Ntahlah apa masalah aku.

Ber-TC.
Assignment Circuit Analysis yang diberi pada saatsaat akhir pun tak siap lagi. Maaaaasalah betul. Memang malaslah nak buat. Tapi nanti aku buat juga. Jangan risau.
Esok pula kena present Basic Electronic Instrumentation. Tak taulah nak cakap apa.
Aih, rilek suddeyyy. Present Technical English hari tu pun aku main cakap je. haha


Technical English Presentation.
Hidup ni tak bolehlah asyik ikut telunjuk orang. Tapi tak boleh pula asyik ikut kepala sendiri je. 
Kita kena sentiasa belajar. Belajar sesuaikan diri dengan tempat baru, rakan baru, atmosfera baru. Belajar mengawal perasaan. Belajar menghormati orang lain. Belajar memahami orang lain. 


Inilah caracara untuk memasang earth electrode.
Jangan ingat asyik orang lain yang salah. Jangan ingat diri sendiri sentiasa betul. Fikir.
Jangan perasan diri terlalu bagus. Jangan pandang rendah dekat orang lain.


Nasi Goreng Kampung. Banyak weyh!
Dan sebagai seorang pelajar, kita tak bolehlah asyik nak studyyyy je. Kita hidup bukan asyik nak belajar je.
Kadangkadang kenalah enjoy sikit ye tak? Ye sikit. Takboleh banyakbanyak. Sikit je.


Aku tak makan lagi hari ni. Siapa nak belanja?

Apr 15, 2010

Kissing you goodbye

Salam.

Dapat gak buka internet. Tapi kat cc lah kan. Heee...

Semalam...hari terakhir aku jadi pelajar matrik Pahang.
Lepas exam, jumpa kawankawan di cafe B. Nampak juga dia. Dia? haha
Aku suka tengok je. Sebab...dia comel sangat. =P


Kepala aku, berat. Malam tadi tak tidur. Main game macam orang gila. Gilee betul.

Sebenarnya, banyak lagi nak taip, tapi kat cc kan. Dengan hd tak bawa. Ni pun abah ajak. hihi

K lah.
Jaa~

Nov 26, 2009

SEm 1...goodbye. Sem 2, here we go!

Assalamualaikum.
Hi semua!
Sedang bercuti sekarang. Esok dah raya kan. So, Selamat Hari Raya! MySpace

Petang semalam sampai rumah. Naik bas ke Rahmat Alam dan teksi ke rumah.

Sebelum pulang, dapat tau result PSPM sem 1. Dan...aku tak sangka dapat result yang agak ok. Alhamdulillah.
Aku memang selalu bernasib baik.

Erm...dak kelas aku, ada yang akan keluar. Sedih. I'll miss you all till the next time.

Jaa~ MySpace


[4F26a]

Sep 7, 2009

-Sedang Tidur-

Hari ini, sebelum aku terjaga daripada tidur, aku telah bermimpi. Tak berapa nak ingat tentang mimpi itu. Yang aku ingat, masa tu aku sedang menjalankan experimen bersama rakan sekelas 4F26a. Experimen apa? Aku pun tak tau. Ada kena mengena dengan kimia kot.

Tiba-tiba, setelah beberapa solution dicampurkan, keluar kepulan asap daripada conical flask. Asap itu terus ke langit.

Kemudian, aku keluar dari tempat itu, mendongak ke langit. Aku melihat ke arah langit di sebelah kiri. Langit itu dan semua pemandangan di sebelah kiri seperti pemandangan yang dilukis dan diwarnakan menggunakan warna air.

Lepas itu, aku terpandang ke arah langit di sebelah kiri. Aku tak ingat lah lak aku nampak apa.

Di langit yang kat tengah pula amat indah sekali. MasyaAllah. Sangat amat terpaling cantik indah nian. Tak boleh nak digambarkan.

Tak lama kemudian, aku nampak tiga orang kawan lamaku. Tak ingat lah plak sapa kan. Yang pasti, mereka kawanku dari sekolah menengah dulu.

Lastly! Aku tak ingat. AKu terjaga dari mimpi itu kot.

Keindahan pemandangan dalam mimpi tu mungkin boleh dilihat di dunia ini... kot. Tak tercapai oleh akal kita kot. =D

Kenapa aku cerita pasal mimpi mengarut ni? Entah...gerak hati.
Plus, dah agak lama aku tak update kan. Heee...


Oh ye. Selamat Hari Lahir Azra!
Semoga ceriaceria selalu dan happy sokmo.


Jaa ne~
Wassalam.

Aug 29, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Assalamualaikum.
Yeah! Dapat gak meng-update blog.

Aku nak tulis pasal apa eh...?
Haa! Malam Ambang Kemerdekaan pada 18 Ogos hari tu. Group 4F26a masing-masing bergaya dengan pakaian mereka sambil membuat persembahan choral speaking yang bertajuk 'One Malaysia' di hadapan pengarah, para pensyarah dan hampir semua pelajar. Aku nervousss gileeee kat atas stage tu. Ramai gile orang. Tapi cover cool lah kan. hahaha.












["What the...?" mereka berkata. XD]















Amat seronok malam itu. AKu akan merindui malam itu.

And... result UPS aku teruk. Satu A je. MySpace

Minggu ni cuti sampai hari Isnin sempena Sambutan Hari Merdeka yang ke-52.
Minggu depan hari Isnin cuti gak, sempena Hari Nuzul Al-Quran.
Lepas tu... RAYA!!! hahaha

Oklah.
Sebelum tu, Selamat Berpuasa semua!

Jaa~
Wassalam.