Showing posts with label ceritadongeng. Show all posts
Showing posts with label ceritadongeng. Show all posts

Sep 29, 2020

Sang Kancil dan Sang Pelanduk

Pada suatu hari, Sang Kancil tiba-tiba lapar. Sangat lapar sehinggakan perutnya mendodoikan lagu berentak ska. Dia bersama Sang Pelanduk ketika itu yang kebetulan turut lapar bersama. Pendek kata, mereka berlapar secara berjemaah. Cuma bezanya perut Sang Pelanduk berirama Senandung Semalam. 

Lalu dengan tanpa membuang masa, mereka berdua mendongak ke langit dengan harapan 1 juta dolar akan jatuh dari langit, bolehlah mereka pergi ke Kedai Mak Limah untuk membeli makanan. Dengan penuh hampa,  mereka berlalu pergi kerana kesakitan tengkuk yang amat sangat.

Setelah berminit-minit lamanya mereka menari mengikut rentak perut, mereka pun mati kelaparan.

Aug 7, 2017

I Wanna Get Lost With You

Setibanya di rumah,

"Nak tanya ni. Nak jadi partner aku?" soalku setelah agak lama aku ingin bertanya. Malam itu, aku bertekad 'it's now or never'.

"Partner apa?" soalnya kembali.

"Partner hidup," jawabku tersenyum tersipu-sipu.

"Dah agak dahh nak tanya pasal ni."

"Eh, dah boleh agak ke? Hahaha."

"Nak jawapan sekarang ke?"

"Eh, fikirlah dulu."

Aku redha. Kalau ada jodoh, adalah. 


Dec 30, 2016

Rabu lepas, aku termenung sekejap memandang cermin.

"Apa kata...," lalu aku menambil trimmer, dan setkan kepada 1mm.

Dari tepi, ke bawah dagu aku trim.

Kini, janggut dan bulu-bulu di bawah dagu hanya tinggal 1mm panjangnya.

Lepas tu, dp group whatsapp teman satu kerja ditukar, diambilnya gambar aku sebab nampak babyface rupa aku sekarang ni kata mereka. Jikalau kena pelempang kiri aku, sia-sia sahajalah kehidupan mereka selama ini. Jadi, aku layankan je lah.

Sekian.

Dec 9, 2016

Kita terpisah, terpisah jauh, sangat jauh.
Jika dahulunya kita bagaikan irama dan lagu, kini tidak lagi. 
Kini kita ibarat langit dan bumi, sangat jauh untuk bertemu.

Dan di masa hadapan, aku sudah mempunyai anak.
Kau pula, berkahwin di usia 35, bukan dengan buah hati kau yang sekarang.
Aku sebenarnya tertanya-tanya apa yang berlaku dengan kehidupan kau.

Aku mendoakan kesejahteraan hidup kita berdua, InsyaAllah.

Aug 8, 2016

I really want to text you and ask,

"Hey, you okay? "

But then what?

"Wanna hang out?" just doesn't sound right.


Since my pm to you doesn't get a reply, I convinced myself to let the past go. 

I guess I am back to a Lone Ranger life. 

Aku berdoa agar kau diberi kekuatan untuk menempuh cabaran-cabaran yang mendatang. Semoga kita semua sentiasa dirahmati, dilindungi dan diberi petunjuk olehNya.  

Jan 18, 2016

Tiket tol

Dinie: Hanif, nanti cuba kau tanya berapa banyak kad tol ada dalam tu.

***

Hanif: Kak, ni kawan tanya, banyak tak kad tol dalam tu.

Kakak tol manis: Banyakk.

Dinie: Sampai seribu tak?

Lalu lagu berkumandang...

Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku rindui kamu

Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa dihatiku
Menuai senyuman mu

Mungkin kakak tol tu tak dengar aku tanya. Takpe, lepas ni aku tanya lagi.

Dec 13, 2014

Decision

"Betul ke apa yang aku buat ni?" aku termenung berfikir sebentar.

Paip dibuka, tangan ditadah dan muka dibasahi air.

Selepas paip ditutup, aku termenung lagi. 

Pencuci muka Safi berperisa manggis dipicit. Aku sampai sekarang tidak pasti akan perisa sebenar pencuci muka penutup berwarna ungu tersebut. Isinya sekitar 0.7 sentimeter, memanjang seperti ulat di jari hantuku.

Selepas muka dicuci, aku pandang cermin melihat wajahku seketika.

"Betul dah ni apa yang aku buat," monolog aku setelah muka rasa segar.

Nov 19, 2011

*bunyi cengkerik*


Tengok kiri, tengok kanan.
"Macam sunyi je. Tak boleh jadi ni."

Berjalan-jalan kat aras bilik aku.
"Memang takde orang."

Buka buku, konon nak study. Keadaan betul-betul sunyi. Memang ada yang tak kena.
Tiba-tiba aku terfikir, macamana kalau semua dah jadi zombie? Tinggal aku je.
Tak boleh jadi, kalau aku hero, mesti ada heroin.
Lepas puas memikir sambil baring-baring dan text bakal-bekas-gf dan roomate bernama Adib, tiba-tiba aku teringat sesuatu.

Patutlah takde orang, aras ni kan aras budak suksis. Budak suksis pergi Gambang tiap hari minggu. Lupa pulak aku menumpang bilik orang.

Sep 21, 2011

Irama dan lagu


Hari tu naik kereta 'kotak' Hazrul. Bukan nak kutuk kereta dia, tapi dia sendiri yang cakap tu kereta kotak walaupun kereta tu diberi nama Myvi. Dia kata lagi, kereta tu biasanya nyonya yang pakai disebabkan warnanya. Kesian kereta bini dia kena kutuk. 

Ok sambung. Lepas dah lama sangat Hazrul memandu sampai aku pun sempat terlelap, dia pun bosan. Dah sampai bosan tahap naga aku rasa. Tiba-tiba dia buka tingkap kereta dan *skreeetttt* kereta terbabas akibat secara tiba-tiba dia melompat keluar melalui tingkap seperti ninja nin-nin-nin-nin-Nintama Rantaro. Ok tipu je. Lepas beliau membuka tingkap kereta, secara spontannya tangan kirinya menukar siaran radio.

Bzzzzkrrrbzzzzerrghhblerghhh. Tu bunyi radio takde siaran. Tiba-tiba jarinya yang menekan punat di radio itu terhenti lalu beliau meninggikan volume pada tahap nak-kasi-orang-luar-kereta pun dengar.

5 minit yang pertama, aku layan. 10 minit, aku rasa pening-pening. Lepas tu loya. Tapi aku buat dono lagi. Dah sampai destinasi yang dituju, kepala aku pening tahap kronik.

Disebabkan lagu tamil, migrain kepala aku satu hari tu.

Sep 18, 2011

Adib, basikal dan batu


Semalam, sebelum Adib dengan Wan naik bas untuk bertemu awek masing-masing, mereka bermalam di rumah aku. Dah lepak sama-sama, cerita yang tak banyak pun boleh jadi banyak.

Disebabkan terlalu banyak cerita, aku ambil satu je cerita. Cerita Sang Adib di mana dia sedang berjalan kaki ke rumah dengan rakannya dari sekolah untuk mengambil bawang dan pisau. Dia ada program masak-masak bersama KRS rasanya.

Pada suatu hari, Adib dan sang rakannya berjalan manuju ke rumah Adib. Jarak antara kaki kiri dan kanan lebih kurang 4 jengkal jauhnya semasa mereka melangkah. Walaupun orang sekeliling menyalah anggap mereka sedang menyertai acara lumba jalan kaki, mereka tetap berjalan dengan laju tanpa menghiraukan kambing yang sedang mengembek.

Tiba-tiba, langkah Adib terhenti. Pada ketika aku taip perkataan 'terhenti' sebentar tadi, lagu Lamunan Terhenti nyanyian Aris Ariwatan tiba-tiba terngiang-ngiang di mindaku.

Langkah Adib terhenti dengan mengejut. Dia sendiri tidak tahu apakah sebabnya. Ingin sekali dia membuat soal selidik akibat kejadian tersebut pada masa itu. Tetapi dia tahu itu akan mengambil masa yang lama.

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk menarik kaki beliau dengan sekuat hati, tetapi tidak berjaya. Malang sungguh Sang Adib. Setelah beberapa cubaan dilakukan, dia menoleh kebelakang. Rupa-rupanya, tayar basikal telah naik ke kakinya sehingga ke paras buku lali.

Masa ni, aku dengan Wan ketawa pecah perut. Boleh pulak dia tak perasan kaki dia kena pijak basikal. Ye, dia cakap kaki dia kena pijak basikal.

Setelah penunggang basikal yang tidak berhelmet itu memohon ampun dan maaf dan berlalu pergi, Adib melihat ke arah kakinya. Ternyata kakinya masih ada 2. Cuma, ada objek pelik melekat di kakinya.

Setelah dianalisa dan diperhati secara menyeluruh, Adib membuat keputusan bahawa objek yang melekat itu adalah sejenis batu. Batu yang melekat di kaki. Lebih elok kalau aku guna perkataan terbenam supaya lebih faham.

Kaki tersebut terbenam di kaki. Setelah batu tersebut terbenam di kaki, Adib pun mencabut batu tersebut dengan menggunakan tangannya. Setelah batu dicabut, darah menyembur keluar seperti susu mencurah-curah ke ladang gandum. Tetapi tidak pula batu tersebut bertukar menjadi kokocrunch.

Dipendekkan cerita, lepas dia balik ambil pisau dan bawang, dia ke sekolah semula. Malam tu, baru ke klinik ke hospital ntah.

Cuma sampai sekarang aku tak faham, macam mana Adib tiada perasaan atau perasan kaki dia kena langgar dengan basikal?

Sep 10, 2011

Bukan ikan lumba-lumba


Dia berwarna coklat. Berdasarkan pemerhatian aku, itulah konklusi yang dapat aku buat berkenaan warnanya. Ramai juga yang geli-geli nak pegang dia. Ye lah, banyak kaki dan berkilat badannya. Takdelah melekit. Tiada juga serupa lintah mahupun dugong.

Kalau dulu-dulu, sentuh sikit je benda ni dah reti nak bergulung ala-ala tenggiling lah kononnya. Mungkin jaman sekarang, benda ni dah tau dia tak boleh lagi berangan nak jadi tenggiling.

Jadi, ulat gonggok sekarang sukar untuk menggulungkan dirinya apabila disentuh. Mereka telah sedar mereka harus meneruskan perjalanan walaupun disentuh, bukan lagi menjadi tenggiling. Tak boleh dah nak main dengan ulat gonggok.

Sep 8, 2011

Pagi yang keawangan


"Banyak juga aku berhutang rupanya." Mengeluh aku selepas wang kecil banyak diterima selepas memberi wang besar. Lepas tu, aku berjalan terus ke arah kaki lima yang biasa aku ambil untuk pulang ke rumah.

Kemudian, aku ditegur oleh 3 orang lelaki, ntahlah sapa kan. Konon-konon nak kacau aku la, tapi aku buat bodoh je. Cakap guna kaki kang tak elok pula di hari raya gini. Jadi aku sabar je la.

Rupanya, mereka tu kawan Nadia. Kena hambat dengan Nadia, mula la lari lintang pukang. Aku tahan gelak je lah. Nak tolong hambat tak baik pulak di hari raya gini. Oleh itu, aku tolong gelak je la. 

Nadia kemudiannya membayar hutang yang kemudiannya kami terkeliru siapa yang berhutang dan kemudiannya aku tak ingat siapa yang bayar hutang pada ketika itu. Dia bagi duit besar, aku takde duit pecah pulak masa tu.

Terjumpa pulak Atiqah K masa tu. Memang penyelamat sungguh le kan. Terkeluar pula masa tu kebodohan masing-masing; dia hulur RM50, aku huluq 5 kertas kosong yang konon-kononnya bernila RM50. Lepas tu dia nak blah macam tu je. "Pelik sungguh la minah ni," aku bermonolog.

"Nah 40, lagi 10 nanti aku topup boleh tak?" Aku bertanya sambil buat muka comel. Lantas dia bersetuju.

Tak lama lepas tu, badan aku sakit-sakit. Terjagalah aku daripada tidur itu. "Ahhh, mimpi lagi." Mengomel sang aku sambil membetulkan posisi badan.

Tapi kan, mimpi sebelum ni memang ada aksi meminjam wang antara aku dengan Nadia. Boleh pulakk aksi memulangkan wang berlaku dalam mimpi kali ni.

Jul 7, 2011

Barua

"Kau ni memang barua la!" herdik Si Ajis.


"Terima kasih la bro. Tak perlulah hormat aku sampai macam tu. Hahahh." Jawab Julululudin.


"Kau ni dah kenapa?"


"Kenapa apa?"


"Kau tahu tak maksud barua tu apa?" tanya Ajis sambil keredaan marahnya hilang sedikit demi sedikit akibat tension. "Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Kedua tahun 1996 pada mukasurat ke-110, barua bermaksud orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda atau jaruman. Dengan kata mudahnya ia merupakan salah satu kata makian." terang Si Ajis dengan sedikit mendabik dada dan sedikit mendongak dengan pose yang bermaksud dia sedang bongkak.


"Ooooooo. Woooo! Gile betik!" balas Julululudin dengan teruja tahap naga. "Aku ada satu fakta menarik pasal barua ni."


"Apa dia?" tanya Ajis.


"Sebenarnya gelaran barua ni adalah satu gelaran terhormat bagi suku kaum dari Bangladesh, yang dikaitkan keturunan penganut Buddha.  Dan mengikut kajian, gelaran ini jika di ikut susur galurnya, ia membawa maksud 'pemimpin besar dari Arya' dan 'ketua bagi ratusan orang'." kata Julululudin dengan nada sinis.


Tidak sampai seminit selepas itu, Si Ajis terasa seperti di-troll. Dia pun bergolek di atas jalan raya sambil menyanyi lagu Goyang-goyang nyanyian Tamil Boys.

May 2, 2011

Jogingguk

Fuhhh letih kot bersenam di pagi hari. Orang tua-tua panggil jogging. Berlari secara seronok sampai ke puncak Bukit Sulai, Gambang. Belakang UMP tu je pun. Dekat 35000 meter juga. Hebat tak aku? I know I know.

Oh, dah lama mengabaikan blog. Busy kottt. Dengan exam lagi, anak bini lagi. Nasib baik comel macam papa dia. Ok, tipu je. Tapi part comel macam papa dia tu tak tipu.

Malaslah sebenarnya. Tengah main Dragon Age 2. Ni main 2nd round sebab jalan cerita dia boleh lain-lain. Tak habis main dah install Prince of Persia: The Forgotten Sands. Tengok, betapa sibukkknya kehidupan sebagai seorang pelajar. Mana ada kami malas. Kami pun ada kerja sendiri apa.

Lagipun, last paper lama lagi. Memang ntah ke manaa je Lemang Crew meronggeng. Hari tu pi Berkelah Falls. Tapi tak dapat mandi sebab ada segerombolan askar tengah berlatih main bunga api kat situ. Emo kot aku!
Dahhh kena patah semula menuju ke arah Sungai Lembing. Aku berangan nak bawa budak-budak ni pergi Cemerong, Dungun pula lepas ni, tapi ntah bila. Dah lama tak mandi kat sana, seronok kot!

Letih amat ni. Lepas ni boleh daki Gunung Daik Bercabang Tiga pulak.

Feb 9, 2011

Tempat itu, déjà vu, jamais vu.

Malam itu, aku keluar berjalan-jalan membuang masa entah ke mana seorang diri. Aku hanya mengikut rentak kakiku. Biarkan ke mana sahaja ia hendak melangkah. Sampailah ke suatu tempat, di mana tempat itu seperti sudah biasa aku jejaki. 


Di situ, aku terserempak rakan lamaku, Faiqah dan temannya yang lain sedang berseronok. Oh, Petak pun ada di situ - tak pernah bertegur sapa, tapi malam itu seperti sudah kenal lama dengannya. Dengan tidak berfikir panjang, aku lepak bersama mereka.


Malam semakin sejuk. Seorang demi seorang meninggalkan tempat itu. Faiqah dan seorang rakannya masih lagi di situ, berbisik sesama sendiri merancang sesuatu. Aku namakan kawan perempuannya itu S. S untuk sotong, sardin pun boleh. Aku hanya memerhati. Memikir juga apa yang mereka rancang. Kalau boleh baca fikiran orang kan bagus.


Mereka mengajak aku ke suatu tempat. Ingin mengulangkaji pelajaran katanya. Tempat itu seperti pernah ku jejaki sebelum ini. Bangunan di mana terdapat bilik misteri di dalamnya. Aku hanya mengekori.


Tiba di suatu tempat, kami belok ke kanan. Tempat itu kawasan larangan. Pintu berkunci. Aku termenung seketika dari mana Faiqah dapat kunci bilik itu. Aku panggil bilik itu Zon Rahsia. Ok, deja vu. Perkara tu memang pernah berlaku pada tempat yang sama. 


Laluan di situ sudah banyak berubah. Maksud aku semakin usang dan bersawang. Kayu-kayu di situ semuanya telah reput. Kaki lima yang berkayu itu sudah jadi seperti jambatan gantung, bergoyang-goyang. Dari atas tu, kami nampak ada orang lain di bawah, tetapi mereka seperti berada di dimensi lain. Maksud aku, kami yang sebenarnya berada di dalam dimensi lain.


Berjalan laju, tidak mengeluarkan sepatah kata pun, tiba-tiba Faiqah berhenti. Ada zombie keluar ikut tingkap dari kiri. Faiqah mati kena gigit. Ok tipu je. Ada laluan rahsia di situ. Pintu ke bilik bawah tanah. Faiqah masuk tanpa banyak bicara. Apabila tiba giliran S, penjaga tempat itu lalu di situ. Kelihatan bengis mukanya. Kami menyorok.


Kemudian, giliran aku pula. Nasib aku memang malang, penjaga tempat itu nampak aku. Aku cepat-cepat lari seperti lipas kehilangan kakinya. Amat pantas. Nicol David pun kalah. Bertembung pulakk dengan 'Pak Guard' yang lain. Memegang pistol tangan ala-ala 44 Magnum Colt Anaconda.


Dengan tidak banyak cakap, aku menerajang 'Pak Guard' tersebut menggunakan kaki dengan sekuat hati. Ok, tipu lagi. Aku ditembak di bahagian perut dan aku tidak sedarkan diri.


Dalam keadaan cedera parah, aku sedarkan diri. Memang malang nasib aku, aku di tembak 3 das di bahagian yang sama. Kemudian, aku tidak tahu apa yang berlaku.


Sedar-sedar je, aku berada di luar Zon Rahsia. Aku berlari mencari jalan keluar. Sebelum melangkah keluar, langkahku terhenti. Ternampak Faiqah berbual-bual dengan S. Aku tanya dia apa yang berlaku sebenarnya. Lepas tu, tak ingat apa-apa dah.


Yang aku tau, dalam Zon Rahsia tu, perkara yang berlaku dalam tu takkan berlaku di dunia luar. Tempat tu macam dalam zon masa yang lain. Macam kalau dalam tempat tu kau cedera parah, then kau keluar dari tempat tu, diri kau sihat je. Boleh melompat-lompat sambil terajang orang. Takde cedera parah ke apa.


Aku pernah pergi tempat tu sebelum ni. Tak ingat dengan siapa. Bukan macam, memang pernah. Sebelum ni, aku dapat masuk bilik rahsia, bilik bawah tanah tu. Dalam tu besar juga sebenarnya, cuma tak ingat ada apa. 


Mimpi, macam-macam boleh berlaku. Tapi, kenapa mesti kau Faiqah? Kau rindu aku sangat ke? HAHA.

Jan 3, 2011

Faizun meninggalkan kita. Al-Fatihah.

Eh, tak. Maksud aku, budak kelas aku dah tak duduk lagi kat kolej kediaman 2 ni. Dia dah keluar, duduk kat rumah dia je. Rumah dia dengan UMP Pekan tu pun dekat je. Memang patutlah dia keluar. Bak kata kawan dia, "Kau memang tak layak duduk kat sini!"


Malam ini adalah malam pertama akuuu...aku makan malam kat UMP ni. Untuk semester 2 lah. Macam biasa, kalau dah jumpa FaizunAdibLukemeyWanDinie, macam-macam cerita keluar. Gelak tak ingat dunia. Harap-harap masa gelak tu, ilmu yang tak berguna je yang keluar.


Mula-mula, Adib buka cerita. Dia kata, masa cuti semester 1 hari tu, dia ada nampak orang langgar lori. "HAHAHAHAA!" budak ni terus bantai gelak. Adib kalau baca berita pun budak-budak ni akan gelak agaknya.


Dia kata, budak yang langgar lori tu naik motor. Bontot lori dia langgar, motor hancur, bontot lori tiada kesan. Padahal, lori tu memang dah lama park kat situ. Memang takde kerja betul nak langgar bontot. Habis berterabur nasi yang dia bawa tu. Dah lah malam tu si Adib ni baru tengok cerita Bersamamu. Ada sedikit perasaan kasihan Adib terhadap penunggang tersebut.


Konklusi mengapa bontot lori dilanggar:
1) Budak tu terangsang tengok bontot lori. Sebab tu lah. Apa punya sebablah kau bagi ni Faizun.
2) Dia tengah makan nasi masa menunggang. Sebab tu nasi berterabur.
3) Dia memang tak puas hati dengan lori tu. 


Lepas tu, Adib buka cerita lagi. "Ohhh, ada lagii?!" Aku dengan Faizun serentak bersuara sambil gelak riang gembira.


Ada mamat ni naik RXZ, dia langgar kereta tengah belok. Aku pun tak tau sebenarnya sebab apa motor tu boleh langgar kereta tu. Tapi aku bantai gelak je.


Mamat motor tu jatuh macam slow motion. Motor melekat dekat tepi kereta, mamat tu terbang melayang secara gerak perlahan. Dengan gaya tangan Adib yang memang takleh blah, semua tumpu perhatian sambil tahan gelak. Lepas tu aku tak ingat dia cerita apa. Tapi aku bantai gelak juga.


Oh, dengar kata ada 'Brother Loveee' masuk E17 juga? Sebut 'love' tu guna suara dalam ye. Guna suara bass sambil bajet cool sikit.


Maaflah Brother Love, tapi kalau kau baca post aku ni, aku harap kau berhati-hatilah. Tapi disebabkan aku tau kau memang tak baca, aku harap kau selamat. Tu jelah. hahaha

Dec 8, 2010

Al kisah...tersebutlah kisah Sang Kancil...bukan Kancil lah.

Gajah sebenarnya. Bukan kancil. Haiwan yang dikatakan comel oleh Fatihah atau lebih dekenali dengan Mek.


Tahukah anda bahawa pada zaman dahulu kala, gajah mempunyai kebolehan untuk terbang seperti burung? Ini kerana telinga gajah yang besar dan hampir menyerupai sayap burung menyebabkan gajah boleh mengapungkan dirinya dan terbang di udara. 


Tetapi, terdapat suatu kisah yang tidak pasti kesahihannya menyebabkan gajah tidak ingin lagi terbang. Disebabkan gajah yang boleh terbang itu tidak lagi mahu terbang, kelebihan tersebut tidak lagi diwarisi oleh gajah-gajah millenium yakni pada zaman sekarang. 


Salah satu punca gajah tidak mahu terbang adalah disebabkan malu. Badan beliau terlalu besar, lebih besar daripada seekor kucing dan semut. Sebab tu je gajah taknak lagi terbang. Perasaan malu. Korang yang pakai buka sana buka sini tu tak tahu malu ke? Gajah pun tau malu.


Ikan pari juga boleh terbang sebenarnya. Tetapi bukan di udara.


Penemuan gajah yang boleh terbang masih tidak ditemui oleh pakar-pakar yang mengkaji haiwan-haiwan yang hidup pada zaman dahulu.


Dan, pada bulan 6 tahun 2011, sesuatu yang buruk akan berlaku. Mungkin akan berlaku. Aku maksudkan negara Malaysia. Berhati-hatilah rakan-rakan. Bersiap sedialah anda. Perbanyakkan amal ibadah. Buah cempedak di luar pagar, harapkan pagar, pagar makan padi. Nasib baik tak makan cempedak.

Dec 5, 2010

"Result dah nak keluar! Alamak takutnyaaaa..." Bedebo weyy!

Kalau berdebar, result nanti makin bagus ke? Tak pun kannn? Jadi, tak perlu berdebar hanya kerna result nak keluar. haha
Ye lah, memanglah perasaan normal kalau berdebar tu. Berdebar sebab takut ada, sebab tak sabar pun ada, sebab tengok kawan berdebar, dia pun nak jugakk sibuk-sibuk berdebar pun ada. Macam-macam ragamlah kan. Bak kata orang-orang dulu, lain kaki lain bau, kaki aku kau sibuk-sibuk nak bau. Errr


Aku pula, memang dah lama tak kisah dengan result ni. Berdebar sikitlah masa nak jawab exam. Tu pun sebab tak sabar nak habis paper tersebut. Lepas dah habis, adalah gelisah kejap sebab biasanya aku banyak tak dapat jawab. Yelah, study last minit. Masa exam pun last-last minit ingat semua yang aku study. Terbaeekkk wa cakap sama lu.


Lepas lama sikit, aku macam, "Fuck yeah, exam dah habis!"


Dan aku akan rasa menyesal kejappp, lepas dapat result tu. Kejap je sehari pun tak sampai agaknya.


Semester berikutnya aku akan buat benda sama yang memang bodoh kalau difikir-fikir balik. Hari-hari main tak study, tidur dalam kelas, kalau tak tidur pun tumpu perhatian tapi tak faham, main game sampai rasa muak dan tak perasan pun bila kelaparan datang menyerang. Kadang-kadang fahamlah sikit apa yang diajar tu kalau aku betul-betul berkobar-kobar nak menuntut ilmu.


Result tak gempak atau dengan kata yang lebih baik teruk bukan sebab kita kurang pandai atau lebih sedap disebut dengan perkataan bodoh, tapi kadang-kadang sebab malas. Dalam kes aku pula bukan sebab aku malas, aku nak menjimatkan penggunaan tenaga je. Kan tak elok membazir tu.


Nak main banyak mana pun suka hatilah kan. Pandai buat pandai tanggung. Jangan mula-mula je berani buat lepas tu nanti menangis sampai kering badan tak cukup air mata nak keluaq.


Oh, aku sebenarnya dah lama tak menonton rancangan-rancangan di televisyen. Tadi, sedang aku makan tengahari buat kali kedua sambil menonton, tiba-tiba, "Oh, Rachael Ray!" Rindu dia. Lama tak tengok. Aku rasa dia cool. Dahlah suara sedap. Err


Hari ni dah 5th, rasa macam lambatlah pula masa bergerak. Cuti ni aku ada plan lain iaitu menternak lemak. Ok tak? *betulkan spek*

Dec 3, 2010

“The distance between insanity and genius is measured only by success.”

Jadi, orang gilak dan orang terlampau bijak tu sama jelah? 


Manusia yang kononnya telah mencipta formula, yang telah tersedar secara tidak sengaja akan wujudnya graviti kerana kepalanya benjol sedikit akibat hentakan yang dilakukan oleh sebiji epal yang rangup, yang telah menemui sebuah planet yang sebiji macam bumi yang jaraknya beratus tahun cahaya, yang telah mencipta roket untuk sampai ke bulan dan Marikh dan yang telah mencuba untuk meng-klon-kan manusia dan haiwan; semua ini genius atau mungkin mereka sebenarnya kebosanantaktaunakbuatapa sampai skru kat kepala tu dah tertanggal sikit lalu telah berimaginasi seperti Mat Jenin dan akhirnya taddaaaa! jadi famous? 


Tapi tulah, kalau betullah teori aku tu, kita ni rugi jugalah dilahirkan lambat. Kalau tak, dapat jadi famous sebab budak-budak sekolah kena belajar formula yang kita buat. 


Tapi macam tak best pula sebab nanti budak-budak sekolah kutuk kita, "Siapalah yang cipta formula mengarut ni? Menyusahkan betul nak jawab exam."


Aku pun kebosanantaktaunakbuatapa sampai main game pun asyik menang je. Kalau berterusan macam ini, boleh jadi macam Isaac Newton aku. Jadi macam Jimmy Neutron pun ok jugak. Tapi, jadi Patrick Star macam seronok?


Ouh, Happy December! dan Selamat Hari Lahir! untuk adik perempuan aku; Diyana. Dia tiada facebook, tak perlulah nak search. Aku ada facebook pun sebab ada orang suruh. Aku mana reti sangat facebookfacebook ni.


Cuti-cuti ni, Maxis dan Celcom sayang betul dekat aku. Asyik-asyik hantar mesej je. Tapi kesian aku tak baca; terus delete. Cubalah send kredit free ke kan, barulah tak kena delete.


Kenapa movie-movie latest macam bosan je aku tengok? Nak download pun malas. Macam tak best. Mungkin kerana 2 Alam tu memang terbaeekkk dan gempak gila bombastik sampai cerita yang gempak tapi macam separuh jalan pun jadi tak best? Oh oh, teringin nak tengok Rapunzel.


Kesimpulannya, aku rasa nak potong rambut lah. I want to cut it longer! Dayyuummm

Oct 27, 2010

Kotak

Mereka selalu berkata, "Think outside the box."
Bagaimana?
Aku berada di dalam, tidak pernah terfikir yang di luar bagaimana.
Cuba untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah diketahui, agak mustahil bagi diriku.

Jadi, apa yang boleh dilakukan?
Hanya duduk di dalam kotak?
Atau cuba keluar dari kotak dan lupa apa itu kotak?
Mungkin aku boleh duduk di dalam kotak tetapi cuba menjengah apa sebenarnya ada di luar kotak?
Atau melawat kotak orang lain?
Atau mungkin beli kotak baru yang lebih besar?


Kotakkkkk...kotak. Masalah betul.