Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Aug 4, 2017

Nasi impit dan rendang

Aku berjalan keseorangan dengan sebungkus nasi impit di festival makanan. Sambil melihat kuah kacang di gerai, tiba2 ternampak rendang, "ish rendang, baik ni."

"Dik, nak rasa sikit boleh?"

"Sila bang, sila."

Tanpa segan silu, aku cecah sikit lalu bertanya, "nak sikit nasi impit ni? Ada banyak ni."

"Haaa bolehlah. Yang tidur tu bak sini."

Aku rasa maksud dia nasi impit yang tidur tu ialah nasi impit yang rangup.

Selepas dengan rakus dia memilih nasi impit yang tidur, aku bertanya,

"cukup dik? Kalau nak hari-hari pun takpe dik."

Dia memandangku dengan mula blur, "hari-hari?"

Aku mengenyit mata.

Dia tersedar aku bagi pickup line.

Lalu aku tergelak kecil dan tersenyum, "terima kasih eh bagi rasa. Lalu berlalu pergi memburu makanan yang lain pula.

Tersedarku dari mimpi. Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 02:46 am.

Aku termenung seketika.

"Nasi impit...rangup?"

Dec 9, 2016

Aku mimpi menunggang MT07 berwarna Night Fluo. Seronok gila.

Siap jumpa JPJ tu, dengan takde tampal 'L' nya, lesen pula B2. Nasib baik tak kena saman. 

Di akhir mimpi, aku jumpa kau. Aku ajak lepak, kau terima dengan riak wajah gembira. Sudah lama betul kita tidak berborak.

Oct 28, 2016

Hari Selasa, aku mimpi kami bertiga - aku, Syazwan Satria Biru, dengan Hafiz Storm - pergi main-main dekat tempat keras; lepas lalu Zoo Kuala Lipis, masuk dalam lagi. Kat situ memang ada rumah flat tinggal. Tapi, dalam mimpi aku ada patung, some kind of god maybe?

Si Hafiz main-main dengan patung tu, lepas tu mati kena bunuh hantu kat situ juga. Aku lari masuk kereta, Syazwan lari masuk bangunan. Lepas tu aku pula mati kena bunuh dalam kereta. hahahaha

***

Hari Rabu aku mimpi Hafiz bawa aku pergi Kuantan Parade (walaupun dalam mimpi tu aku confirm tu bukan KP). Lepas tu Hafiz pergi Maybank tinggalkan aku. Ntah tiba-tiba dia menghilang. Lepas tu aku jumpa crush dengan kawan dia. Lepas tu kami pergi makan-makan. Terima kasih Hafiz. hahahahhaa

***

Cuma masalahnya sekarang ni, aku tak terfikir langsung pasal kahwin (tiba-tiba terfikir sebenarnya sebab macam ramai dah kahwin hahaha k), dan mungkin aku dah kena fikir. Dan perenggan ni takde kena mengena pun dengan mimpi kat atas. Macam biasa, aku betul-betul ikut flow kehidupan; takde planning masa hadapan yang kuat, tiada motivasi. Aku, kosong. Jiwa yang sepi. Esok aku nak buat apa pun aku tak tau.

Aku some kind of stuck. Aku tak tau nak buat apa. 

Cuma sekarang aku cuba perbaiki cara pemanduan aku; apex, weight distribution, braking point,  dan kesabaran memandu di dalam kesesakan. Aku juga sering menghayati keindahan semulajadi sejak-sejak ni; mengurangkan pembuangan masa di alam maya.

Tapi tadi, aku nampak motor hitam, atas lori, nampak nombor warna hijau kat motor tu, 06 (?). Naked bike. Dayyum, nampak kemas. Hitam dan hijau, betul-betul kemas.

Ok nak masuk Zohor dah.

Apr 1, 2016

Hari ni aku mimpi, parents aku pindah rumah. Hari tersebut hari Sabtu. Dan aku berkenalan dengan kawan kepada kawan aku. 

Cuma, aku tak sure siapa kawan aku tu. Dan kawan kepada kawan aku ni agak comel juga.

Dalam mimpi tu aku pisang gila. Tak tau nak buat apa. 
Ke hulu, ke hilir, di dalam rumah.

***

Hello April.

Jul 22, 2015

Mimpi di bulan Ramadhan

Aku diculik. Sebenarnya bukan aku, tapi kami. Hampir 20 orang kesemuanya. Dalam banyak-banyak tu, hanya sorang je aku kenal.

Tak lama kemudian, kami diarahkan duduk di atas kerusi mengikut tempat yang disediakan.

Lepas tu, mereka memberitahu kami, "kamu semua akan diberi makan sesuatu untuk menguji kesetiaan. Kemudian, kita jatuhkan kerajaan!"

Aku terpinga-pinga. 

Setelah ketua mereka memberikan ucapan, kami dilepaskan begitu sahaja. Kami menaiki kenderaan masing-masing. 4 atau 5 buah kesemuanya. 

Setelah hampir 8 hingga 10 minit, masing-masing tidak bergerak, seolah-olah menunggu seseorang. Aku keluar dari kereta, bertanya kepada mereka, "kawan korang tak cukup sorang kan?" Aku bertanya soalan yang sama kepada setiap pemandu. Dan jawapan yang aku dapat adalah sama; masing-masing kehilangan seorang rakan. Aku mengambil keputusan untuk masuk kembali ke bangunan tersebut, tempat kami diculik tadi. Tapi dihalang oleh majoriti 20 orang itu.

Tiba-tiba, pagar utama hendak ditutup. Lalu, kami bergegas drive, keluar dari situ.

Aku tidak berpuas hati, mengambil keputusan untuk berpatah kembali. Setelah sampai di lokasi, aku melihat beberapa buah kereta di situ. Rupa-rupanya, mereka juga merupakan mangsa yang telah diculik daripada batch lain, juga kehilangan seorang rakan. 

Aku mengetuai misi untuk pecah masuk bangunan tersebut. 

Sebelum aku masuk bangunan tersebut, aku terbayang akan melihat pocong di hujung koridor bangunan itu.

Anddd, aku terjaga dari tidur. Natang sungguh mimpi kena culik.

Jun 19, 2015

2nd Ramadhan

Tiba-tiba, ada banyak kupang atau kerang datang dari belakang. Aku tak tau fenomena apa itu. Siap dengan ombak bagai, menerpa dari belakang. Tapi tak pula basah. Aku macam kagum kejap. Lepas tu, aku pandang belakang, bertambah-tambah kekaguman aku. Aku nampak bidadari dari syurga seseorang yang sangat cantik, sedang gembira menikmati fenomena unknown tersebut. Aku pandang dia. Sangat cantik.

Lalu aku berkata, "You look so beautiful." 

"Thank you!" dia membalas dengan bersungguh dan riak wajah yang gembira.

Tiba-tiba aku teringat Harry Potter. Lalu aku berkata, "What if there are two of your best friends fall in love with you?"

Dia tersenyum sambil membalas, "You can if you want."

Macam tu la seingat aku dia jawab. You can apa pun aku tak berapa ingat. 

Jantung aku berdegup dengan laju, tetapi untuk sementara. Aku lihat jam di telefon bimbit lebih kurang 10.++ pagi. Tiba-tiba aku pelik, bila masa aku tidur?

"Allahuu, cantiknya. Emma Watson kalau depan-depan memang cantik macam ni ke?" aku bermonolog.

Tapi apasal aku teringat Harry Potter?


Nov 7, 2014

Mimpi

Aku tak pasti tengah buat apa, tiba-tiba aku nampak bulan yang saizya sangaaaaaatttt besarr kat luar melalui pintu sliding kaca. Mula-mula aku biarkan. Kemudian aku keluar. Aku terpegun, ketakutan, teruja dengan kecantikannya. Perasaan bercampur-campur. Aku rakam bulan itu sambil berlari, seolah-olah sedang mengejar bulan itu. Tiba-tiba datang pula cerita hantu ntah dari mana, aku tak pedulikannya. Tak lama lepas aku berlari, aku rakam bulan purnama lain yang lebih jauh jaraknya, saiznya lebih kurang macam supermoon. Belakang supermoon tu, aku nampak bulan purnama saiz normal. Kemudian aku bermonolog, "Bulan ada tiga? Itu planet atau bulan?"

Jun 2, 2013

Card

Baru je bermimpi pasal permainan card which I have never seen before. A future maybe?


May 29, 2013

Further study

Hari ni aku ditawarkan sambung belajar untuk mengambil ijazah walaupun baru diploma dua tahun.

Weird dream huh?

Nov 18, 2012

due date

Tiba-tiba aku jadi kelam kabut. Itu tak kena. Ini tak kena. Due date assignment tinggal lagi 10 minit, tapi ahli group aku yang lain kerja masing-masing tak siap lagi. Ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir, kadang-kadang sesat pergi muara. Aku berlari ke Joe, belum siap lagi. Berlari pulak ke Sia, belum siap jugak. Lompat kijang ke Mirol, tak siap jugak. Aku dah gelabah. Aku terus berlari ke hulu ke hilir. Dah macam orang hilang anak. Sampai berpeluh-peluh aku berlari. Dah penat, jantung berdegup semakin kencang. Aku semakin risau. Kerisauan aku yang tahap garuda itu menyebabkan kadang-kadang aku terlupa di mana aku berada. Akhirnya due date dah tiba, tapi kerja tak siap-siap jugak. Aku terus berlari sambil melintasi 3 orang pelajar sambil berkata, "Tumpang lalu kak." Belum sempat aku menoleh, tiba-tiba mata aku terbuka. "Fuhh, nasib baik mimpi." Aku bangun, cuci muka, kemudian dengan tangkas installasi FIFA 13 ke dalam komputer dilakukan.

Sep 19, 2012

Mimpi tidur

Sesungguhnya apabila kalian sedang tidur dan bermimpi, janganlah bermimpi anda sedang tidur. Buang masa je. Baik takya mimpi.

Apa nak jadi dengan Parman ni. Mimpi bukan-bukan je. 


aaaa
Parman dan Adib

Dec 6, 2011

makan pasiaq

Semalam, aku tumbuk Wan. Ye, Sharul Izwan ditumbuk. Aku macam tak sengaja tumbuk dia. Aku macam ada kuasa. Lepas kena tumbuk, kepala dia terus terbenam dalam tanah. Aku dengan perasaan serba-salah dengan pantas hendak membantu Wan, tetapi dihalang oleh sang Adib

Aku tahan gelak. Tak tahan tengok kepala Wan terbenam dalam tanah yang berpasir. Aku pun tak pasti tu tanah ke pasir. Memang pasir aku rasa. Adib muka dah merah padam, lepas tu gelak terbahak-bahak. Padahal dia yang suruh tahan gelak.

Lepas kami dah agak senak perut tergelak, Wan tersedar. Mulut dia yang penuh dengan pasir, habis semua dia sembur. Bak kata Lukemey, Wan makan pasiaq.

Lepas tu, aku bangkit dari tidur sambil ketawa. Jam 4 pagi, Adib dengan Lukemey masing-masing ternganga aku bangun tidur sambil tergelak. 

Cuma aku tak faham, mana datang tiba-tiba ada pasir?

Satu lagi peristiwa yang memuaskan hati adalah, Call of Duty: Modern Warfare 3 baru je habis dimainkan oleh sang aku. 2 hari dah habis main; balas dendam sebab dekat seminggu jugak aku tak dapat main game dengan tenang.

Sambung main Battlefiel...wait, Jumaat ada test! duhhhhhhhhhhh


Sep 8, 2011

Pagi yang keawangan


"Banyak juga aku berhutang rupanya." Mengeluh aku selepas wang kecil banyak diterima selepas memberi wang besar. Lepas tu, aku berjalan terus ke arah kaki lima yang biasa aku ambil untuk pulang ke rumah.

Kemudian, aku ditegur oleh 3 orang lelaki, ntahlah sapa kan. Konon-konon nak kacau aku la, tapi aku buat bodoh je. Cakap guna kaki kang tak elok pula di hari raya gini. Jadi aku sabar je la.

Rupanya, mereka tu kawan Nadia. Kena hambat dengan Nadia, mula la lari lintang pukang. Aku tahan gelak je lah. Nak tolong hambat tak baik pulak di hari raya gini. Oleh itu, aku tolong gelak je la. 

Nadia kemudiannya membayar hutang yang kemudiannya kami terkeliru siapa yang berhutang dan kemudiannya aku tak ingat siapa yang bayar hutang pada ketika itu. Dia bagi duit besar, aku takde duit pecah pulak masa tu.

Terjumpa pulak Atiqah K masa tu. Memang penyelamat sungguh le kan. Terkeluar pula masa tu kebodohan masing-masing; dia hulur RM50, aku huluq 5 kertas kosong yang konon-kononnya bernila RM50. Lepas tu dia nak blah macam tu je. "Pelik sungguh la minah ni," aku bermonolog.

"Nah 40, lagi 10 nanti aku topup boleh tak?" Aku bertanya sambil buat muka comel. Lantas dia bersetuju.

Tak lama lepas tu, badan aku sakit-sakit. Terjagalah aku daripada tidur itu. "Ahhh, mimpi lagi." Mengomel sang aku sambil membetulkan posisi badan.

Tapi kan, mimpi sebelum ni memang ada aksi meminjam wang antara aku dengan Nadia. Boleh pulakk aksi memulangkan wang berlaku dalam mimpi kali ni.

Feb 9, 2011

Tempat itu, déjà vu, jamais vu.

Malam itu, aku keluar berjalan-jalan membuang masa entah ke mana seorang diri. Aku hanya mengikut rentak kakiku. Biarkan ke mana sahaja ia hendak melangkah. Sampailah ke suatu tempat, di mana tempat itu seperti sudah biasa aku jejaki. 


Di situ, aku terserempak rakan lamaku, Faiqah dan temannya yang lain sedang berseronok. Oh, Petak pun ada di situ - tak pernah bertegur sapa, tapi malam itu seperti sudah kenal lama dengannya. Dengan tidak berfikir panjang, aku lepak bersama mereka.


Malam semakin sejuk. Seorang demi seorang meninggalkan tempat itu. Faiqah dan seorang rakannya masih lagi di situ, berbisik sesama sendiri merancang sesuatu. Aku namakan kawan perempuannya itu S. S untuk sotong, sardin pun boleh. Aku hanya memerhati. Memikir juga apa yang mereka rancang. Kalau boleh baca fikiran orang kan bagus.


Mereka mengajak aku ke suatu tempat. Ingin mengulangkaji pelajaran katanya. Tempat itu seperti pernah ku jejaki sebelum ini. Bangunan di mana terdapat bilik misteri di dalamnya. Aku hanya mengekori.


Tiba di suatu tempat, kami belok ke kanan. Tempat itu kawasan larangan. Pintu berkunci. Aku termenung seketika dari mana Faiqah dapat kunci bilik itu. Aku panggil bilik itu Zon Rahsia. Ok, deja vu. Perkara tu memang pernah berlaku pada tempat yang sama. 


Laluan di situ sudah banyak berubah. Maksud aku semakin usang dan bersawang. Kayu-kayu di situ semuanya telah reput. Kaki lima yang berkayu itu sudah jadi seperti jambatan gantung, bergoyang-goyang. Dari atas tu, kami nampak ada orang lain di bawah, tetapi mereka seperti berada di dimensi lain. Maksud aku, kami yang sebenarnya berada di dalam dimensi lain.


Berjalan laju, tidak mengeluarkan sepatah kata pun, tiba-tiba Faiqah berhenti. Ada zombie keluar ikut tingkap dari kiri. Faiqah mati kena gigit. Ok tipu je. Ada laluan rahsia di situ. Pintu ke bilik bawah tanah. Faiqah masuk tanpa banyak bicara. Apabila tiba giliran S, penjaga tempat itu lalu di situ. Kelihatan bengis mukanya. Kami menyorok.


Kemudian, giliran aku pula. Nasib aku memang malang, penjaga tempat itu nampak aku. Aku cepat-cepat lari seperti lipas kehilangan kakinya. Amat pantas. Nicol David pun kalah. Bertembung pulakk dengan 'Pak Guard' yang lain. Memegang pistol tangan ala-ala 44 Magnum Colt Anaconda.


Dengan tidak banyak cakap, aku menerajang 'Pak Guard' tersebut menggunakan kaki dengan sekuat hati. Ok, tipu lagi. Aku ditembak di bahagian perut dan aku tidak sedarkan diri.


Dalam keadaan cedera parah, aku sedarkan diri. Memang malang nasib aku, aku di tembak 3 das di bahagian yang sama. Kemudian, aku tidak tahu apa yang berlaku.


Sedar-sedar je, aku berada di luar Zon Rahsia. Aku berlari mencari jalan keluar. Sebelum melangkah keluar, langkahku terhenti. Ternampak Faiqah berbual-bual dengan S. Aku tanya dia apa yang berlaku sebenarnya. Lepas tu, tak ingat apa-apa dah.


Yang aku tau, dalam Zon Rahsia tu, perkara yang berlaku dalam tu takkan berlaku di dunia luar. Tempat tu macam dalam zon masa yang lain. Macam kalau dalam tempat tu kau cedera parah, then kau keluar dari tempat tu, diri kau sihat je. Boleh melompat-lompat sambil terajang orang. Takde cedera parah ke apa.


Aku pernah pergi tempat tu sebelum ni. Tak ingat dengan siapa. Bukan macam, memang pernah. Sebelum ni, aku dapat masuk bilik rahsia, bilik bawah tanah tu. Dalam tu besar juga sebenarnya, cuma tak ingat ada apa. 


Mimpi, macam-macam boleh berlaku. Tapi, kenapa mesti kau Faiqah? Kau rindu aku sangat ke? HAHA.

Jan 22, 2011

Mimpi > Terjaga dari tidur > "Aku mimpi apa tadi eh?"

Assalamualaikum.


Hari tu keluar seperti biasa. Sewa kereta dan memecut laju ke Kuantan. Seperti biasa kami menunggang Kancil keluaran Perodua. Kali ini, kancil lama yang mempunyai 4 gear.


Hero kita.
Aku mungkin bernasib baik pasa masa itu. Tayar depan belah kanan pecah, nasib baik kereta tidak hilang kawalan. Langgar batu bata. MPK ni goblok juga, dah lah letak cone tu dekat gila dengan tempat dia buat kerja tengah-tengah jalan tu, lepas tu letak pula batu bata? F betul.


Letak lah cone tu jauh-jauh sikit wey. Bahaya kot. Tak patut lah macam tu. Kesian kat kami kot. Dah lah tayar kat bonet belakang tu takde angin. Nasib baik berhenti dekat dengan pam minyak.




Tak sangka hari ini aku telah bunuh 3 ekor hantu menggunakan sabit - mimpi seronok je sebenarnya. Hayun sampai putus kepala, putus badan. Tapi ingat ending dia je.  MySpace
Memang susah betul nak ingat kita mimpi apa kan? Ke aku je? Errr


Selesema, demam. Seronok kan?

Sep 7, 2009

-Sedang Tidur-

Hari ini, sebelum aku terjaga daripada tidur, aku telah bermimpi. Tak berapa nak ingat tentang mimpi itu. Yang aku ingat, masa tu aku sedang menjalankan experimen bersama rakan sekelas 4F26a. Experimen apa? Aku pun tak tau. Ada kena mengena dengan kimia kot.

Tiba-tiba, setelah beberapa solution dicampurkan, keluar kepulan asap daripada conical flask. Asap itu terus ke langit.

Kemudian, aku keluar dari tempat itu, mendongak ke langit. Aku melihat ke arah langit di sebelah kiri. Langit itu dan semua pemandangan di sebelah kiri seperti pemandangan yang dilukis dan diwarnakan menggunakan warna air.

Lepas itu, aku terpandang ke arah langit di sebelah kiri. Aku tak ingat lah lak aku nampak apa.

Di langit yang kat tengah pula amat indah sekali. MasyaAllah. Sangat amat terpaling cantik indah nian. Tak boleh nak digambarkan.

Tak lama kemudian, aku nampak tiga orang kawan lamaku. Tak ingat lah plak sapa kan. Yang pasti, mereka kawanku dari sekolah menengah dulu.

Lastly! Aku tak ingat. AKu terjaga dari mimpi itu kot.

Keindahan pemandangan dalam mimpi tu mungkin boleh dilihat di dunia ini... kot. Tak tercapai oleh akal kita kot. =D

Kenapa aku cerita pasal mimpi mengarut ni? Entah...gerak hati.
Plus, dah agak lama aku tak update kan. Heee...


Oh ye. Selamat Hari Lahir Azra!
Semoga ceriaceria selalu dan happy sokmo.


Jaa ne~
Wassalam.