Assalamualaikum.
Cuti mid-semester dah tamat. Cuti terasa kejap. Kalau difikir-fikirkan balik, agak lama. The fact is, cuti mid-sem hanya seminggu. Seronok? Pffttt. Tak kisah pun cuti kejap sebenarnya. Heee.
Macam biasalah, kalau bercuti, kalau boleh semua nak angkut bawa balik rumah. Aku? Oh tidak. Aku dah matang lah beb. Bergaya pulak tu. Kalau boleh nak bawa satu beg penuh buku pulang ke rumah. Jangan lupa laptop. Sebab kalau di rumah, aku main game je memanjang. Buku? Susun depan laptop kasi sedap mata memandang.
Dah habis cuti, barang semua pun kena ikut balik tempat belajar lah kan. Sampai di kampus, campak bag, buka laptop, tarik meja study dekat dengan katil. Hari Isnin pagi-pagi barulah mula sibuk nak cari baju nak pakai, buku nak bawa, alat tulis semua semua tu. Walaupun rambut aku kering seharian dek kerana sebotol-minyak-rambut-Gatsby-Moving-Rubber-yang-aku-guna-sejak-Form 5 telah habis, nampak macam dah kacak. Take note ye, sebotol je aku guna sejak Form 5. Kau rasa minyak rambut tu memang boleh bercambah sendiri membiak dan mengawan sesama sendiri ke dalam botol tu?
Ok, dah kunci locker, tutup pintu semua, macam biasa aku akan buka balik pintu dan locker dan ambil stoking. Tapi sebelum aku buka locker, aku teringat sesuatu. Aku bawa ke kasut-yang-baeekkk-punya-aku-kiwi-sampai-boleh-buat-cermin tu? Eh tak, dari malam tadi sebenarnya aku terperasan. Boleh pula lupa bawa kasut. Bagus betul. Tapi tidak mengapa, selipar ala-ala Frogs atau lebih dikenali dengan nama Crocs berjasa kepada aku hari ini. Tapi bukan Frocs lah, SPAKO. Murah dan berkualiti.
Harap-haraplah esok pak guard tak perasan aku pakai selipar. Mau melayang RM50 aku nanti.
Kelas Calculus hari Isnin, 2-4 petang. Hari ini lah kan. Tapi, aku tak belajar apa-apa pun. Ngantuk sepanjang masa. Memang tak boleh blah. Tambah pula dengan sakit kepala. Dah lah baru masuk bab baru. Bolek pulakkk bantai tidur. Nak cerita pasal ni je sebenarnya. Hihi.
Oh, tadi nampak akak tu senyum dekat kawan dia masa kelas Calculus tadi. Takkan senyum dekat aku pula kan. Indah sungguh ciptaan Allah. Tehehehee.
Showing posts with label crushcrushcrush - 143. Show all posts
Showing posts with label crushcrushcrush - 143. Show all posts
Feb 7, 2011
Oct 29, 2010
Pensil biru
Assalamualaikum.
Kepada sesiapa yang kenal aku, korang perasan yang pensil yang aku selalu guna? Pensil-boleh-picit yang warna biru silver tu? Yang memang dah agak uzur tapi still nampak cool? Yang dah banyak calar tapi kalau sehari aku tak nampak pensil tu, aku boleh meroyan? Yang penutup dia ada besi macam jarum?
Tak ingat? Takpelah. Aku sayang pensil tu. Cikgu Ain bagi masa darjah 5.
Pernah sekali pensil tu aku tertinggal di makmal komputer masa tingkatan 3 ke 4 tak salah aku. Aku ingatkan pensil tu hilang. Memang tak senang duduk aku. Macam orang hilang anak. Macam Dompot hilang handphone dia. Macam Luqman hilang Aino dia. Macam kucing yang kepala dia kena tutup dengan plastik. Nasib baik tak hilang.
Pensil tu aku jaga. Taknak hilang. Biarlah dah bercalarbalar pun, aku sayang. Tak pernah aku nampak orang lain pakai pensil tu. Aku ingat nak bagi anak aku suatu hari nanti. Aku ingat nak simpan sampai aku mati. Tapi macam tak boleh?
Aku taktau lah di mana pensil tu sekarang. Rasanya tertinggal di kelas. Tapi biasanya aku akan triple check sebelum keluar kelas. Mana tau ada barang aku tertinggal ke. Aku taktau lah. Careless. Masalah betul.
Aku harap pensil tu bukan berada di dalam tongsampah kesejukan. Tambahan pula sekarang ni musim tengkujuh. Kesian dia. Biarlah ada orang jumpa. Pakai. Kalau boleh biar perempuan yang guna. Sejuk sikit hati aku (menggatal kejap).
Sudahlah, daripada aku layan perasaan, baik aku keluar. Sewa kereta dan jalanjalan di Kuantan yang sedang dibasahi air hujan dan dipayungi awan kelabu.

Subscribe to:
Posts (Atom)