Showing posts with label Kiyai - Pak Raden - Pak Aran. Show all posts
Showing posts with label Kiyai - Pak Raden - Pak Aran. Show all posts

Feb 12, 2011

11 2 2011

Assalamualaikum.



Hari tu kan, aku keluar pi Kuantan. Macam biasalah sewa kereta. Tapi, boleh pula gearbox kereta tu pecah kat tengah-tengah bandar tu? Ye, perasaan yang seronok.


Semalam pulang ke rumah sebentar. Petang bertolak dari Gambang ke Beserah, jam 10 malam bertolak semula ke Gambang. Seronok kan rumah dekat-dekat? Hihi.


Ingin bertemu sama itu Pak Raden. Beliau datang mengubat orang. Alhamdulillah, dapat buah tangan. 


Entri pendek, jaa ne!

Jul 18, 2010

Minggu ke-2

Assalamualaikum.
Ohayou!

Minggu ini, pulang ke rumah lagi. U dekat je dengan rumah kan, senang lah balik. Heeee

Aku balik kali ini mengharapkan sesuatu. Ingatkan dapat ikut abah pergi Johor tengok orang berubat, tapi takde rezeki lah. 

Tapiii, ada kiyai datang rumah aku. Mereka berdua dari Indonesia. Salah seorang daripada mereka kawan ayah aku. Datang nak lihat rumah ni.

Sebelum ni ada pawang datang. Ada 'barang baeek' katanya. Oh, ni semua pasal alam ghaib ye. Jangan fikir bukanbukan pula. hihi. Sekali dia tipu jeee. Then, aku kurang pasti apa yang berlaku. Tu yang kiyai tu datang nak tengoktengok apa yang berlaku kot? Err...

Erm, abah kata kiyai tu memang hebat.  Yelah, nama pun kiyai kan. Salah seorang daripada mereka, kalau kita berjabat tangan dengan dia, dia terus dapat tahu diri kita ni macamana dari kecil sampai ke besar. Memang hebatlah kan? Sapa tak setuju sila angkat tangan.

Dannnn, hari ini dah Ahad. Petang pulang ke UMP. Er, mungkin malam. Bosan sebenarnya duduk sana. Yelah, assignmnent tiada lagi kan.

Erm...so so, jaa ne!