Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Feb 10, 2022

ATH-AD500X

Woi dah sampai! 

Packaging dia nampak murah je, tak nampak mahal macam ATH-M50x tu. 

Kbai!



*** update

Lagi selesa beb pakai AD500X ni. Lebih selesa daripada M50x. Build quality dia padu, dengan harga $140 ni, aku cukup puas hati. 

Kalau ikutkan nafsu, nak je angkat Sennheiser HD650 tu. Nasib baik aku masih waras sebelum membuat pilihan. Kakakaka

Kena la ada monitor kalau nak main game tu kan?

Setelah beberapa hari aku menyelam dalam Carousel mencari monitor, akhirnya dapat juga aku beli Samsung SR35 24" dengan harga $130 semalam. Ada je yang jual baru dalam lingkungan harga $180-200. Tapi disebabkan aku nak beli ATH-AD500X, aku ambil yang used je lah. 

AD500X ni aku beli dekat Jaben Singapore pada harga $148. Dah order jugak semalam. Hehehe

Masalah sekarang ni, tinggal cable HDMI sampai je. Since aku malas nak keluar cari cable HDMI tu, aku beli kat Shopee je. Kena bersabarlah menunggu nampaknya. 

Tapi serius, bulan ni aku berbelanja banyak teruk. Persoalannya kenapa aku secara tiba-tiba nak main game semula? Aku ada jawapannya. Jawabnya sebab stress. Mental aku sangatlah tertekan stuck dekat sini. 

Well, Ramadhan semakin menghampiri. Aku harap raya nanti dapatlah pulang ke Malaysia, 3-4 hari pun okay dah. 🥲

Feb 7, 2022

Kembali bermain game

Got myself a game console, PS4. A used PS4 Pro to be exact. Banyak juga game free aku dapat, around 10 probably? Not really sure.

$450 juga harga yang perlu dibayar. Lepas ni kena cari monitor la pula ye.

Dec 17, 2021

GBD-200SM, gorgeous namatey!

GBD-200SM-1A6


GBD-200SM-1A5


 

Aug 9, 2021

Band 6

Hari tu aku macam rasa nak beli jam kan? Last-last aku beli Honor Band 6.

Aku start pakai dari 6 July. Setakat ni, aku kagum dengan screen dia. Dah terhentak dinding, tergesek dengan besi, takde kesan calar pun. Baru tadi terhentak kuat pada tiang dalam bas, takde kesan beb.

Bateri pun seminggu sekali je charge. Vibration motor dia memuaskan. 

Sleep tracker dia memang terbaik. Band 6 ni boleh track aku punya nap. Nap 15 minit pun dia dapat kesan. Boekk.

Dia punya tali pun selesa, takde masalah untuk pakai lama pada pendapat aku.

K tu je. Stay safe semua!


Oh, rambut dah panjang ni. Mungkin kena cari hair dryer kat shopee. :P

May 18, 2018

*tepukdahi

Tadi, tiba-tiba telefon-pintar-mudah-alih aku buat hal lagi. Back button pula tak boleh guna.
Nasib baik power button boleh guna. So aku restart telefon bimbit tersebut, and abracadabra, back button boleh guna semula! Magis apakah ini?!!

Ini petanda tak baik ni. Aku takde niat langsung nak tukar phone. Merajuk pula phone ni. Ini mungkin phone Xiaomi terakhir aku.

So, Google Pixel 3 XL dengan HTC U12+ dah nak keluar. Erm ermm

Selamat berbuka puasa! Eh

IQ telefon pintar saya menurun

Berdasarkan tajuk di atas, apa maknanya?
Maknanya, telefon aku menjadi telefon-kurang-pintar. Deng.
Home dengan menu capacitive touch button tiba-tiba tidak berfungsi.
Boleh guna back button je.
So, basically lepas aku guna apa-apa apps, aku kena force close app tersebut.

Dugaan. Betul-betul dugaan ni.



Oh, album Arctic Monkeys dah keluar.
Tapi aku lebih excited pasal album Snow Patrol 25 May ni. Wilderness nama album dia.


Aug 11, 2017

U11 Solar Red

Pada Ahad yang lepas, pertama kali aku tengok gambar night scene yang dicapture oleh Azra menggunakan U11, I was like, "wow! Tak menyesal aku angkat U11 ni." 

Lepas tu, pertama kali aku dengar bunyi yang keluar daripada speaker U11, I was like, "totally worth it." 

Keesokannya pula, battery life U11 mengejutkan aku apabila pada pukul 5, battery indicator menunjukkan lebih kurang 30%. Then I was like, "yep, keputusan yang bijak Dinie"

But still, I really miss wide angle lens pada G6. 

Tapi kann, camera V30 looks reallllllly promising. f/1.6? Fuhhh

Hmmm, beli lensa wide angle je lah dekat Lazada.

Apr 28, 2016

Fucked up

Mar 19, 2016

Zerolemon 8500mAh

- Always on WiFi.
- Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp, Gmail, myMail, etc most of the time.
- Auto brightness.




March 18th, 2016
7:00 100%
15:30 82%
18:44 70%

*Waze and Google Map around 1 hour +-



March 19th, 2016
10:00 24%
16:22 9%
17:56 4%
18:39 0-1%


*Connected to speaker via bluetooth since around 10pm on 18th March.
*Musics being played almost every minutes.


This 8500mAh battery really makes me satisfied and happy. Wasssabayyyyy. 



May 31, 2013

Hello Jelly Bean!

**
8.52pm baru siap. :3

Feb 2, 2011

Cuti mid-sem yang sejukkk.

Assalamualaikum.


Mula-mula sekali, mari berdoa agar rakan-rakan kita di Mesir selamat.
Mari kita doakan juga keselamatan mangsa-mangsa banjir. Labis banjir! Kesian mbah aku. Maaf zahir batin mbah, awan terbang rosak pula cuti-cuti ni.


Sejak balik rumah bercuti ni, kipas ruang tamu rumah tak pernah aku nampak berpusing. Cuma aku pelik sikit dengan adik perempuan aku ni, tak reti-reti nak sejuk agaknya. Boleh pula bantai buka kipas kat bilik dia atau di mana-mana sahaja tempat beliau akan lepak.


Lantai rumah selalu sahaja berwap. Mandi pun sekali sehari. Tapi tak mengapa, aku memang dilahirkan wangi dan harum. Air yang keluar dari paip jangan cakap lah, macam air baru keluar dari peti ais. Nak mandi pun baca mantera dulu kasi air tu suam. Dah suam baru mandi. Tapi tak suam-suam, mandi jugalah.


Cuti ni bersemangat nak study. Heh. Mental je, bukan fizikal. Dan cuti terasa kejap. Hari ini dah Rabu. Beb, cuti sampai bila?


Ahad beberapa hari lepas, hangout dengan Aishah Z. dengan Caca dengan Sarah; rakan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib. Tonton wayang cerita Faster. Seronok juga cerita tu. 


Tak sabar nak tunggu April. 
AC: Brotherhood tak lama lagi keluar.
NFS Hot Pursuit seronok! Susah betul nak menang. jYeah!

Aug 1, 2010

Bau kedai kottt! XD

Apa benda lah yang bau kedai tu eh? Haaaa ntah!
Dari dulu jugalah aku nak benda ni. Salah satu gadget yang akan aku jaga dengan sepenuh jiwa dan raga. Ngehngehngeh...


So, jangan nakal2 ye awak. XD

Apr 20, 2010

Komputer?

Yeah!
Hari ini dan semalam.
Sudah hampir 4 kali kot aku mem-format komputerku.

4 kali!

Perasaan yang terbaik lah kan.
Terrbaeekkk!!

Warghh!!MySpace
=.="

Ok dah. Terimakasih.
Aku kena kumpul duit beli hd baru barangkali.

Jul 31, 2009

Dari Jengka ke Kuantan. Sapo dio?

Assalamualaikum.

Disebabkan mata aku ni tak nak tutup-tutup dari tadi, dan otak aku pula dah malas nak membaca, aku pun ngadap lah komputer ni. Pagi-pagi buta lak tu kan?

Erm... nak tulis pasal pe ye...?
Haaa!


Pada 29 July 2009, Rabu, sebelum hari Khamis, kawan satu tutorial dengan aku datang Kuantan. Dia tinggal kat Jengka. Nama dia Rafizi.

Pagi-pagi lagi, dalam pukul 10 lebih kot, kami berjumpa dan bersalaman kat KMPh. Dia dari Jengka kan, singgah matrik jap amek barang. Aku pun ada mende nak dibuat kat situ.

Kami berdua membuang masa berpusingpusingpusing satu Megamall kat Kuantan tu.
Aku jumpa kawan-kawan sekolah (SMART) aku dulu. Tak tau lah diorang watpe kan. Mungkin menonton wayang kulit.

[Berfikir panjang...?]

[Mengisi perut yang kosong!]

Dalam pukul 1 lebih, aku beli la gadget yang aku dah lama gileeeerrrr nak beli. Warna merah ngan hitam. Perghhh!! Smart gila lah kan. Bertambahlahhh lagi buah hati aku. Hihi...

Lepas dah lenguh kaki aku berjalan, pergi Kuantan Parade pula. Akhirnya, ke Teluk Cempedak. Dekat pukul 6.30 gak sampai rumah. Memang satu hari yang membuang masa lah kan. Haha

[♫ Di tepi pantai yang indah ♪]

Malam tu pula, kaki aku memang letih gila. Tapi, aku tidur lewat gak. Fizi yang tidur awal. Baeeekkk nyer landing atas katil, pastu... tidur. Senyap gitu je. Nasib baik tidur. Kalau...

Ehem2...
Aku nak sambung study lah. Study ke tidur... aku pun tak tau lah.

Jaa~
Wassalam.