Apr 13, 2012

Henset Merah


Dengan duit matrik, aku beli henset tu. Aku ingat lagi. Aku beli kat Megamall dengan Rafizi. Sayang sungguh aku padanya. Kalau jatuh, aku terus bawa pergi hospital specialist. Cuma screen protector dia je dah nampak teruk. Aku malas nak tukar screen protector tu biar nampak tak cantik sangat. Biarlah tuannya je yang pandai menilainya.

Sejak-sejak ni, dia selalu hang. Slowwww je bila aku nak buka mesej, nak tengok gambar. Mulut aku pun selalu je cakap, "Haii, dah tak lama dah ni." Tapi aku hanya bergurau. Maafkan aku jika engkau terasa.

Kelmarin, charger dia tiba-tiba rusak. Pelik jugak aku, hari tu kat rumah molek je aku guna. Tiba-tiba rosak? Nasib baik Adib beli charger baru. Boleh jugak aku pinjam.

Alih-alih, semalam dalam kelas, ntah kat mana aku tercicir. Sedih betul aku. Kalau jumpa pulangkanlah. Ni tak, pergi ambil buat macam harta sendiri. Apakejadahnya semua ini? Rasa nak langgar guna basikal je kat budak tu. Cukup 44 kali aku langgar, bertukar jadi henset tangan kau tu.

Takpelah. Semoga kau dan si Pensil Biru dapat berdikari tanpa aku. Selamat tinggal sayangku. sobsobs.

2 comments:

  1. alala~ sedeh nya. cemane boleh hilang plak neh dinie oiii ?

    ReplyDelete