Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Nov 20, 2017

Ultra Instinct is so ultra cool!

Hi

Bulan 11 dah kan? Pertengahan bulan 11. Time flies so fast, so fast that even Son Goku's awan terbang can't keep up. Ridiculously fast. Eh, Son Goku's Ultra Instinct sangatlah cool; even Beerus-sama looks scared with Goku's development.

Well well, kerja sangatlah memenatkan otak sejak-sejak ini. Banyak project nak kena handover. Dapat pula project manager yang...blrghhhh. Sakit otak memikirkannya. 

Andd, wearing safety boots all day at project sites really takes a toll on my body. I mean, now, tapak kaki aku sakit semasa berjalan. I don't even know if it worth it to work here - sakit kaki; which is really not good for my body obviously and current project don't have proper project manager; menjadikan kerja banyak (banyak ke?) dan otak serabut. Dan aku bosan dengan kerja sekarang. Maybe aku kena apply bahagian service pula lepas ni. 

Ke aku yang cerewet? Kan?

Tiba-tiba aku click play all pada folder Welcome to the Black Parade, album 2016 My Chemical Romance.

To be honest, aku risau. Risau dengan masa hadapan. Kalau sebelum ni aku selalu fikir, "ikut je la flow," dan aku tak risau dengan apa yang akan berlaku. Tetapi, semakin aku dewasa, semakin aku risau. And yeah, memang aku patut risau.

Manusia menjual agama kerana dunia, fitnah berleluasa, riba yang aku rasa hampir mustahil untuk dielakkan, zina menjadi perkara biasa. Dan antara yang aku rasa tiap hari ialah waktu. Masa singkat betul. Kejap je berlalu, borak-borak buat kerja sikit dah 6 petang. Peh menakutkan. Dan aku, aku makin sibuk mengejar kesenangan dunia, asyik risau dengan rezeki. *not sure if I should smack my head or facepalm.

Since birthday aku bulan depan, aku dah buat keputusan - 23rd of December is gonna be a new chapitre untuk diri aku. And it's going to be a great journey. Ameen.


Aug 23, 2017

Working as a project engineer is not for me lah. Bosan, dan jiwa aku kosong. Setiap hari menunggu hari minggu. 

Mungkin sebenarnya aku bukan bosan dengan pekerjaan sekarang, tetapi bosan dengan kehidupan bujang? Hmmm

Idk lah. Luckily aku ada R25 untuk menghilangkan bosan seketika dan melayan ledakan adrenalin. Cumanya, lately aku rasa macam aku perlukan torque yang lebih. 

So, aku ada 2 pilihan. Upgrade motor, atau install aftermarket ECU untuk lebih kuasa kuda. Tapi, cukup ke kalau tukar ECU saja?

Tapi kalau upgrade, banyak benda nak fikir. Kena upgrade lesen motor, insurance+roadtax tinggi, maintenance pun makin tinggi.

Eh, selamat bercuti semua! Hujung bulan ni ada cuti kan? Korang bercuti di mana?

Mar 30, 2017

Decision, decisions.

Baru hantar surat resign, and on 2nd of May aku masuk company baru, insyaAllah.

Well, lepas ni kena cari bilik sewa, kena fikir maintenance/roadtax/insurance kenderaan aku guna nanti, tiada lagi PS4 semasa hari bekerja, tiada lagi imternet free, tak boleh dah pergi kerja pukul 10-11 pagi and a lot of things will change. One step forward I guess?
Aku ambil masa beberapa hari juga nak buat keputusan ni. Well, what's done is done. Let's rock'n'roll.

***

And dalam 3 hari lepas, aku terbuka lagu Panic! At The Disco dekat YouTube. Bermula dengan This is Gospel, diikuti dengan Emperor's New Clothes dan kemudian Death of A Bachelor. Aku macam, "wow, kenapa aku tak dengar lagu band ni sebelum ni?" 

Korang kena dengar dari This is Gospel, Lepas tu Emperor's New Clothes kalau dengar lagu dia dekat YouTube, sebab video dia bersambung. Kedua-dua lagu tu dari album yang berlainan btw.

Last aku layan ada la satu-dua lagu dalam album A Fever You Can't Sweat Out; Antaranya I Write Sins Not Tragedies yang aku agak yakin ramai yang sebaya aku pernah dengar lagu ni. 

Aku terus cari album dia tahun 2013 dengan 2016.
 




Oh, Yamaha R25 matte black looks realllllly nice kan?


Sep 22, 2016

"The jacket hung on the back of the wide chair." 

"Lift the square stone over the fence."