Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Feb 21, 2022

Cerita sabun basuh baju

Sejak 1 January 2022, kalau aku nak basuh baju aku akan gunakan penutup pewangi Ambi Pur 180g tu sebagai sukatan sabun. Sebelum tu, aku main agak-agak je. Biasanya banyak gila aku tuang, dan baju akan ada kesan kotoran selepas basuh. Kesan kotoran tu disebabkan penggunaan sabun basuh baju (jenis serbuk) yang berlebihan lah.

Sabun basuh baju 2.3kg ni dah hampir 2 bulan, masih tak habis lagi. Last aku beli sabun basuh baju ni pada 31 Disember tahun lepas. Jenama Top: Blooming Freshness. Harga dekat sini $6.80/unit untuk 2.3kg kalau beli di Fairprice Xtra. Tapi masa tu ada diskaun, cuma $10 untuk 2 unit. Aku rasa kat Malaysia tak sampai RM15 kan? 

Akhir kata, ikutlah sukatan yang disarankan oleh pengeluar sabun tersebut. Boleh jimat banyak rupanya. *facepalm

Majulah sukan untuk negara.

Feb 10, 2022

Random recall #1

Kau tau kan yang kita boleh create bubble guna sabun? 

Masa kecil dulu, not sure berapa umur aku masa tu, aku rasa masa tu pergi beraya rumah kawan abah. Kemudian anak kawan abah (mari kita bagi nama dia Sazali since aku tak ingat nama dia) ajak main bubble. Dia keluarkan bekas yang berisi sabun yang telah dibancuh dengan air, dan straw. 

Cara nak buat bubble tu, celupkan sebelah straw tu ke dalam sabun tersebut, dan tiup the other part of straw. Well I'm sure you get what I mean.

Akan tetapi, entah bagaimana aku boleh tertelan sedikit sabun tu. Aku punya reaksi? Aku masa sangat takut sebab aku sangka aku akan mati sebab tertelan sabun.

Kelakar rasanya bila diingatkan semula.

Sep 22, 2016

"The jacket hung on the back of the wide chair." 

"Lift the square stone over the fence."