Showing posts with label runsgd. Show all posts
Showing posts with label runsgd. Show all posts

Feb 21, 2022

Cerita sabun basuh baju

Sejak 1 January 2022, kalau aku nak basuh baju aku akan gunakan penutup pewangi Ambi Pur 180g tu sebagai sukatan sabun. Sebelum tu, aku main agak-agak je. Biasanya banyak gila aku tuang, dan baju akan ada kesan kotoran selepas basuh. Kesan kotoran tu disebabkan penggunaan sabun basuh baju (jenis serbuk) yang berlebihan lah.

Sabun basuh baju 2.3kg ni dah hampir 2 bulan, masih tak habis lagi. Last aku beli sabun basuh baju ni pada 31 Disember tahun lepas. Jenama Top: Blooming Freshness. Harga dekat sini $6.80/unit untuk 2.3kg kalau beli di Fairprice Xtra. Tapi masa tu ada diskaun, cuma $10 untuk 2 unit. Aku rasa kat Malaysia tak sampai RM15 kan? 

Akhir kata, ikutlah sukatan yang disarankan oleh pengeluar sabun tersebut. Boleh jimat banyak rupanya. *facepalm

Majulah sukan untuk negara.

Nov 6, 2019

RlVDSyBZT1U=

Pagi tadi aku stuck 3 jam dekat imigresen nak masuk Singapore. And you know what? HR tak percaya dekat aku, siap perli-perli aku. @#$& betul. I really don't like my bad and negative part of myself. They are so dark,  and I cannot handle my dark aura: it will hurt others and myself. So I just smile and curse.

Masa balik pula ambil masa 2 jam setengah. Aku pergi dan balik ikut Woodlands tadi. Masa balik, dari 7.30pm sampai 10.00pm. Gila la, nasib baik aku solat Maghrib dulu. Aku tak tau macamana manusia-manusia yang selalu stuck dekat imigresen tu tempuhi benda sama setiap hari. 

Dari imigresen sampai Kota Tinggi ambil masa sejam. Semua traffic light hijau tadi, alhamdulillah. Ada 4 traffic light tak silap aku. Ada 1 je aku langgar - lagi sesaat nak sampai dia dah merah, so aku langgar je lah sebab masa tu full throttle. Ehehehe.

Tapi kalau hari-hari full throttle skuter aku ni, tak sampai setahun dah boleh jahanam enjin beliau.

ps: korang boleh decode tajuk guna base64.

pps: Banyak anime aku layan lately. Sekarang tengah download Tensei Shitara Slime Datta Ken. Harap sempat tengok nanti.