Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

Feb 10, 2022

Kena la ada monitor kalau nak main game tu kan?

Setelah beberapa hari aku menyelam dalam Carousel mencari monitor, akhirnya dapat juga aku beli Samsung SR35 24" dengan harga $130 semalam. Ada je yang jual baru dalam lingkungan harga $180-200. Tapi disebabkan aku nak beli ATH-AD500X, aku ambil yang used je lah. 

AD500X ni aku beli dekat Jaben Singapore pada harga $148. Dah order jugak semalam. Hehehe

Masalah sekarang ni, tinggal cable HDMI sampai je. Since aku malas nak keluar cari cable HDMI tu, aku beli kat Shopee je. Kena bersabarlah menunggu nampaknya. 

Tapi serius, bulan ni aku berbelanja banyak teruk. Persoalannya kenapa aku secara tiba-tiba nak main game semula? Aku ada jawapannya. Jawabnya sebab stress. Mental aku sangatlah tertekan stuck dekat sini. 

Well, Ramadhan semakin menghampiri. Aku harap raya nanti dapatlah pulang ke Malaysia, 3-4 hari pun okay dah. 🥲

Feb 7, 2022

Kembali bermain game

Got myself a game console, PS4. A used PS4 Pro to be exact. Banyak juga game free aku dapat, around 10 probably? Not really sure.

$450 juga harga yang perlu dibayar. Lepas ni kena cari monitor la pula ye.

Mar 12, 2017

The Thief's End

Sooooo, Uncharted 4 dah habis. Aku unboxing Jumaat pagi, main sampai sebelum solat Jumaat. Then, pergi kerja lepas makan. Dan tadi, dah habis main.

UC4 sangat awesome. Aku rasa macam semua dalam game tu real. I mean, the pirates, Avery's treasure, Nathan, Elena, Sam, the gameplay - it makes the game feel alive.

Andd, the word "vamoose" maksudnya lebih kurang macam..."berambus". 
Zilch = Nothing.
And a few more vocab I learnt ni this game. Nice eh?

Sementara aku tunggu Far Cry 4 dengan The Last of Us sampai, aku nak main lagi game ni. And yeah, Life Is Strange dengan The Rise of the Tomb's Raider pulak next month. 

PS: Dayyum so much money spent on video games.

Jan 31, 2017

Semalam aku tertekan button 'PS' kat tengah-tengah DS4. Alaaa button bawah touch pad tuu.

Masa aku tertekan tu, PS dalam keadaan off. Cuma switch kat plug je terbuka. Lepas aku tekan, PS on sendiri, TV pun on sendiri. I was like, "woaahhhh, magis apakah ini?!"

Punyalah jakun teruja.

Dragon Age: Inquisition dah nak habis main. Tinggal side mission je berlambak. Lepas tu nak habiskan Mirror's Edge.

Ktuje. Selamat ber-Februari!

Jan 16, 2017

PSN ID: dinieezyane

Heuheuheu

Jun 17, 2015

Agar.io


Tempat ke-2 untuk hari ini.

Feb 1, 2015

Life Is Strange


Can't wait to play this. 

Jun 23, 2013

Jun 7, 2013

Remember Me

Adieu, Nilin.
Main Sniper: Ghost Warrior 2, dua hari.
Main Remember Me, dua hari.

and serius aku cakap, Nilin memang karakter yang awesome.

Nov 18, 2012

due date

Tiba-tiba aku jadi kelam kabut. Itu tak kena. Ini tak kena. Due date assignment tinggal lagi 10 minit, tapi ahli group aku yang lain kerja masing-masing tak siap lagi. Ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir, kadang-kadang sesat pergi muara. Aku berlari ke Joe, belum siap lagi. Berlari pulak ke Sia, belum siap jugak. Lompat kijang ke Mirol, tak siap jugak. Aku dah gelabah. Aku terus berlari ke hulu ke hilir. Dah macam orang hilang anak. Sampai berpeluh-peluh aku berlari. Dah penat, jantung berdegup semakin kencang. Aku semakin risau. Kerisauan aku yang tahap garuda itu menyebabkan kadang-kadang aku terlupa di mana aku berada. Akhirnya due date dah tiba, tapi kerja tak siap-siap jugak. Aku terus berlari sambil melintasi 3 orang pelajar sambil berkata, "Tumpang lalu kak." Belum sempat aku menoleh, tiba-tiba mata aku terbuka. "Fuhh, nasib baik mimpi." Aku bangun, cuci muka, kemudian dengan tangkas installasi FIFA 13 ke dalam komputer dilakukan.

Oct 28, 2012

What is Physics?



Skate 3 memang kelakar.

Sep 9, 2012

Nex Sacramentum


"Nex Sacramentum. Death oath is complete."
 - Uriel (Darksiders) -


Setelah service laptop buat kali pertama, game pertama aku habiskan yang memang dah nak habis tapi tak dapat nak habiskan sebab laptop asyik shut down sendiri sebab overheat adalah Darksiders. Okay lepas ni cari Darksiders 2 pulak. Weeee.

Dec 6, 2011

makan pasiaq

Semalam, aku tumbuk Wan. Ye, Sharul Izwan ditumbuk. Aku macam tak sengaja tumbuk dia. Aku macam ada kuasa. Lepas kena tumbuk, kepala dia terus terbenam dalam tanah. Aku dengan perasaan serba-salah dengan pantas hendak membantu Wan, tetapi dihalang oleh sang Adib

Aku tahan gelak. Tak tahan tengok kepala Wan terbenam dalam tanah yang berpasir. Aku pun tak pasti tu tanah ke pasir. Memang pasir aku rasa. Adib muka dah merah padam, lepas tu gelak terbahak-bahak. Padahal dia yang suruh tahan gelak.

Lepas kami dah agak senak perut tergelak, Wan tersedar. Mulut dia yang penuh dengan pasir, habis semua dia sembur. Bak kata Lukemey, Wan makan pasiaq.

Lepas tu, aku bangkit dari tidur sambil ketawa. Jam 4 pagi, Adib dengan Lukemey masing-masing ternganga aku bangun tidur sambil tergelak. 

Cuma aku tak faham, mana datang tiba-tiba ada pasir?

Satu lagi peristiwa yang memuaskan hati adalah, Call of Duty: Modern Warfare 3 baru je habis dimainkan oleh sang aku. 2 hari dah habis main; balas dendam sebab dekat seminggu jugak aku tak dapat main game dengan tenang.

Sambung main Battlefiel...wait, Jumaat ada test! duhhhhhhhhhhh


Dec 5, 2011

this.is.

Dalam banyak-banyak hari dalam sem ni, aku rasa minggu lepas paling aku rajin. Rajin study sebab nak siapkan assignment. Aku betul-betul rasa ini satu keajaiban. Alhamdulillah. tehehee


Dan dari minggu lepas jugaklah nafsu aku perlu membuat pilihan samada aku perlu study dan siapkan assignment; ataupun buka Assassin's Creed Revelations yang cool gila; atau buka Battlefield yang graphic bapak awesome; atau berlatih main FIFA 12. Call of Duty tinggal sikit lagi nak habis download.


Cuba bayangkan bagaimana aku boleh menolak untuk bermain dengan tetikus. Pulak tu membuat pilihan untuk study. This.Is.Legen...wait for it...dary!

Jul 13, 2011

13 7

Assalamualaikum. 

Isnin dengan Rabu pagi tadi paper final. Akuuu...study lebih kurang 3 jam sebelum exam untuk dua-dua paper. Kecewa? Tak jugak. Aku agak gembira la, walaupun tahap kemalasan aku agak tinggi, tapi boleh lagi sedikit sebanyak hentam sikit-banyak untuk setiap soalan. Ini bukan hentam keromo, ini hentam yang menggunakan sedikit ilmu dan akal yang waras dan suku mengantuk.

Kesimpulannya...jom balikkk! Balik main game macam orang gilaaa!

Alamak, Aok nak datang amek aku lagi setengah jam. Tak kemas lagi. -_-




hiatus

Jun 28, 2011

Racedriver GRID

Assalamualaikum.

GRID, game ni dah agak lama rasanya. Tapi graphic gila awesome bapak.

Ahad semalam aku install GRID. Game kereta lumba-lumba. Bukan ikan lumba-lumba. Kenapa nama dia ikan lumba-lumba? Mana asal nama itu? Tak puas hati betullah.

Susah juga nak biasakan diri sebab dia macam bawa kereta betul lepas tu guna keyboard? =..=

Isnin malam (kira tadi lah), aku update pulak game tu. Lepas tu main. Adalah dalam 3 4 kali. Awesomeee gilaaa bebbbb! Dulu aku pernah main kat cc, guna stereng tapi tak tau pulak tu GRID. Seronok kot. Sekarang ni main kat keyboard, serius susah. Game kereta racing sekarang semua macam bawa kereta betul. Dia dah tak macam NFS: Most Wanted mahupun Carbon yang selalu aku main untuk ber-drift tu. 

Baru install DiRT 3, Dungeon Siege 3, Hunted: The Demon Forge dan ntah apa lagi ntah. Dah bila aku nak study nya kalau macam ni?  MySpace

May 8, 2011

Air itu berharga.

Tau Mesin Air Refill tu? Yang masuk duit syiling, tekan punat yang disediakan dannnnnn taddaaaa! keluar air. Air biasa je, bukan air jus mahupun teh sarbat. 

Tanpa water refiller atau mesin-air-apa-je-korang-nak-panggil-ni, susah kot. Nak masak air, heater tiada. Memang wajib ada benda ni. Nanti aku pun nak beli satu letak kat rumah.

Macam best pula panggil mesin ni water refiller.
Aku suka water refiller belakang blok aku ni. Isi 10 sen, lepas tu kau nak refill air banyak mana pun boleh. Isi satu lori pun boleh agaknya, tapi aku tak pernah cuba lagilah. Nak mandi kat situ pun boleh agaknya kalau rasa-rasa nak kena sound guna kaki. Terbaeekkk kot!

Esok exam, tak study habis lagi. Main FIFA japppp. Wakkkluuuuu

May 2, 2011

Jogingguk

Fuhhh letih kot bersenam di pagi hari. Orang tua-tua panggil jogging. Berlari secara seronok sampai ke puncak Bukit Sulai, Gambang. Belakang UMP tu je pun. Dekat 35000 meter juga. Hebat tak aku? I know I know.

Oh, dah lama mengabaikan blog. Busy kottt. Dengan exam lagi, anak bini lagi. Nasib baik comel macam papa dia. Ok, tipu je. Tapi part comel macam papa dia tu tak tipu.

Malaslah sebenarnya. Tengah main Dragon Age 2. Ni main 2nd round sebab jalan cerita dia boleh lain-lain. Tak habis main dah install Prince of Persia: The Forgotten Sands. Tengok, betapa sibukkknya kehidupan sebagai seorang pelajar. Mana ada kami malas. Kami pun ada kerja sendiri apa.

Lagipun, last paper lama lagi. Memang ntah ke manaa je Lemang Crew meronggeng. Hari tu pi Berkelah Falls. Tapi tak dapat mandi sebab ada segerombolan askar tengah berlatih main bunga api kat situ. Emo kot aku!
Dahhh kena patah semula menuju ke arah Sungai Lembing. Aku berangan nak bawa budak-budak ni pergi Cemerong, Dungun pula lepas ni, tapi ntah bila. Dah lama tak mandi kat sana, seronok kot!

Letih amat ni. Lepas ni boleh daki Gunung Daik Bercabang Tiga pulak.

Mar 17, 2011

AC Brotherhood

F yeah!
Let's get started.


p/s: Esok quiz, tak study lagi. Tadi quiz Calculus, teruk. Sekarang masa untuk ber-Assassin's Creed, mesti seronok. MySpace

Feb 28, 2011

Call of Duty: Black Ops

Call of Duty: Black Ops, done.
Time to remember the code, about one day.

Hari ini hari Ahad. Oh, dah jam 12 pun. Dah hari Isnin.
Buat apa je hari ni? Download tu download ni, trolling, baca blog, main game. Yeah, mostly main game. 


Call of Duty, Black Ops. Agak seronoklah. Sehari pun dah boleh habis main. Main sampai berpinar-pinar pandangan, sampai pening kepala, sampai perut berbunyi pun tak sedar, sampai loya anak tekak, sampai syurga ku menungguu...errr. Bagus jugalah tu dah habis main sebab takdelah berangannn je dalam kelas nanti ingat game.

Dalam CoD ni ada permainan tambahan. Maksud aku boleh main suka-suka tak perlu buat mission. Main tembak zombie. Seronok? Mungkin. Err, tak sebenarnya. Bosan kot. Duduk dalam bilik, kena selamatkan diri dengan tembak zombies sebelum dorang makan otak kita macam dalam game Plant vs Zombies.

Nak cadang apa-apa game untuk aku? 
Gila, test pun teruk lagi nak main game.

Haaa! Game ni pun seronok apa. Click.