Jun 28, 2011

Racedriver GRID

Assalamualaikum.

GRID, game ni dah agak lama rasanya. Tapi graphic gila awesome bapak.

Ahad semalam aku install GRID. Game kereta lumba-lumba. Bukan ikan lumba-lumba. Kenapa nama dia ikan lumba-lumba? Mana asal nama itu? Tak puas hati betullah.

Susah juga nak biasakan diri sebab dia macam bawa kereta betul lepas tu guna keyboard? =..=

Isnin malam (kira tadi lah), aku update pulak game tu. Lepas tu main. Adalah dalam 3 4 kali. Awesomeee gilaaa bebbbb! Dulu aku pernah main kat cc, guna stereng tapi tak tau pulak tu GRID. Seronok kot. Sekarang ni main kat keyboard, serius susah. Game kereta racing sekarang semua macam bawa kereta betul. Dia dah tak macam NFS: Most Wanted mahupun Carbon yang selalu aku main untuk ber-drift tu. 

Baru install DiRT 3, Dungeon Siege 3, Hunted: The Demon Forge dan ntah apa lagi ntah. Dah bila aku nak study nya kalau macam ni?  MySpace

No comments:

Post a Comment