Semalam, kami berlima menguji kesabaran dengan mengail udang. Kami berlima terdiri daripada Lemang Crew. Agak sukar bagi kami untuk mendapat habuan kerana air surut pada malam itu. Arus pula kuat.
Aku sebenarnya lebih tertumpu kepada langit. Dipenuhi bintang-bintang gemerlapan. Terpaku aku semalam. Disebabkan sakit tengkuk aku mendongak tengok bintang, aku pandang je lah Sungai Pahang sambil memanggil-manggil ikan dan udang.
Masing-masing tahan sejuk. Nak kata angin kuat, tak jugak.
No comments:
Post a Comment