"Kau ni memang barua la!" herdik Si Ajis.
"Terima kasih la bro. Tak perlulah hormat aku sampai macam tu. Hahahh." Jawab Julululudin.
"Kau ni dah kenapa?"
"Kenapa apa?"
"Kau tahu tak maksud barua tu apa?" tanya Ajis sambil keredaan marahnya hilang sedikit demi sedikit akibat tension. "Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Kedua tahun 1996 pada mukasurat ke-110, barua bermaksud orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda atau jaruman. Dengan kata mudahnya ia merupakan salah satu kata makian." terang Si Ajis dengan sedikit mendabik dada dan sedikit mendongak dengan pose yang bermaksud dia sedang bongkak.
"Ooooooo. Woooo! Gile betik!" balas Julululudin dengan teruja tahap naga. "Aku ada satu fakta menarik pasal barua ni."
"Apa dia?" tanya Ajis.
"Sebenarnya gelaran barua ni adalah satu gelaran terhormat bagi suku kaum dari Bangladesh, yang dikaitkan keturunan penganut Buddha. Dan mengikut kajian, gelaran ini jika di ikut susur galurnya, ia membawa maksud 'pemimpin besar dari Arya' dan 'ketua bagi ratusan orang'." kata Julululudin dengan nada sinis.
Tidak sampai seminit selepas itu, Si Ajis terasa seperti di-troll. Dia pun bergolek di atas jalan raya sambil menyanyi lagu Goyang-goyang nyanyian Tamil Boys.
Kau ni ada ada jeeee
ReplyDeleteini fakta. take note.
ReplyDeleteTake note
ReplyDelete