Showing posts with label AJL. Show all posts
Showing posts with label AJL. Show all posts

Jan 11, 2011

Malam Puisi Riong Berita Harian

Assalamualaikum.


Baru aku tahu, puisi boleh disampaikan dengan bermacam-macam cara. Nyanyian pun boleh. Kau tahu?


Ramai juga yang berpuisi sampai Prof pun tumpang sekaki. Kalau sebut nama pun, korang belum tentu kenal. Jadi, taknak sebut semua sebab aku sendiri tak ingat.


Fynn Jamal, juara Imam Muda (sapa eh nama dia?). Oh, kalau sebut Ramli Sarip mesti korang kenal kan? Dia datang UMP wooo. Jeles tak? Mungkin ini antara kali yang-masih-boleh-dibilang-dengan-jari aku berbangga jadi pelajar UMP. 


Kalau Fynn Jamal masuk AJL semalam, ada kemungkinan juga dia boleh menang tau. Takdelah bukan apa, sebab Ana Raffali pun boleh menang kan. Apa masalah ntah juri ni. Tapi fikir lah beb, aku yang tak tengok sampai habis pun boleh agak persembahan Faizal Tahir, Black macamana. Boleh bayang beb! Punyalah minat. Nasib baik aku tak gay.


Ahhh sudahlah. Nama pun rezeki. Kalau dah memang takde rezeki, makanan dalam mulut pun boleh terjatuh.

Jan 11, 2010

AJL 24

Vokal terbaik: Black - Aku Rindu Sayang Kamu

Persembahan terbaik: Aizat - Kau Aku

Tempat ke-3: Faizal Tahir - Bencinta

Tempat ke-2: Yuna - Dan Sebenarnya

Juara: Aizat - Aku pergi


Hujan? Bunkface? Alamak...
Takpelah, Yuna ada. heee...
Paling penting! Faizal Tahir dapat juga tempat. =D

Tahniah Aizat! Muda2 dah dapat duit banyak. haha

Jan 19, 2009

AJL 23

Seperti yang kita ketahui, pemenang AJL 23 jatuh kepada...

"Meet Uncle Hussain"

dengan lagunya yang bertajuk

"Lagu untukmu".


Yeah! Kumpulan indie Rock menang lagi!

Juara Etnik Kreatif: “Persoalan Cinta” (Farawahida)
Juara Balada: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Juara Pop Rock: “Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
Persembahan Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)


Pada pendapat aku, yang nyanyi sedap tadi hanyalah Faizal Tahir dengan Meet Uncle Hussain je.
Spider pun macam kureng je. Estranged pun macam tu.
Stacy nyanyi ok ah gak. Giler ganazz dia nyanyi. Haha!

Ziana Zain suara dia macam pelik je. Mungkin sebab usia dia.
Elyana memang santai. Kekekee...

Papepon, hari ini aku rasa aku tidur pukul 4 lebih lagi. Telah terbukti, manusia hanya memerlukan tidur selama 2-4 jam sahaja dalam sehari. *Jangan percaya kat 'fakta' ni.*
Tetapi, kesannya kat badan kita tu agak tak bagus ah.

Oyasumi~
Jaa ne~
Wassalam...