Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Jun 11, 2016

Nekbatman

Tadi dekat Pasir Puteh, ada bazaar. Aku dengan Syahid berhenti la untuk membeli juadah berbuka puasa.

Tiba-tiba aku teringat kuih nekbat. Satu bekas tu RM2. Aku tiba-tiba teringin nak rasa sebab ada terbaca kat fb, kuih ni jumpa masa bulan puasa je. Lepas beli tu, ada la nampak awek comel ni. 

Ok lepas tu, aku makan. Eh tak, aku makan lepas dah masuk maghrib la maksud aku. Bukan lepas beli terus makan.

Apa yang aku dapat simpulkan, kuih nekbat ni ialah kuih baulu yang direndam di dalam kuah kuih lopes. Maksudnya, baulu campur air gula. 

Ok tu je. Rindu kuih lopes. Ja ne.

Aug 7, 2013

Jul 15, 2013

So, how in the world my lock screen's theme can change? Dengan sendirinya?

Selamat ber-Ramadhan kepada semua!
Makan tu beringat. Jangan beli ikut nafsu makanan tu. Kalau tak pergi bazar pun takpe dah aku rasa. Tapi ikutlah, masing-masing punya selera kan. omnomnomnom

Sep 4, 2011

Minggu depan dah start kuliah


Hari tu, masa Ramadhan, aku berpuasa. 29 hari tahun ni aku menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan terbatalnya puasa aku dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Alhamdulillah, setiap hari aku bersahur. Cuma ada sehari tu aku sempat makan biskut dengan seteguk air je, satu keluarga tak sedar bangun sahur.

Dah akhir-akhir Ramadhan tu, macam biase le cari baju dengan seluar baru. Letih jugak la layan karenah adik-adik aku ni. Kejap nak kejap tak nak. Memikir sampai panjang janggut aku, lepas tu dia tak nak yang tu. Dahh kena cari yang lain.

Sebenarnya nak cerita, aku pelik sungguh. Hisap rokok, makan fast food dengan anak kecil dalam kereta, teguk air berperisa mahupun tidak masa bulan puasa. Kalau bukan Islam tu tak kisahlah. Kalau muka dah memang Melayu, lelaki pula tu, uzur ke? Sakit teruk? 

Bukan apa, lama juga aku berfikir kenapa mereka tak berpuasa. Nak bersangka baik, tapi tengok sihat walafiat, boleh memandu lagik. Agak-agak kenapa eh?

Hah! Sempat daftar 11 jam kredit je untuk sem depan. Rasa nak menangis pun ada. Control macho punya pasal, buat cool je lah. Memang la sikit untuk sem ni, goyang kaki lah aku. Tapi sem depan? Bungkus le jawabnyee.

Sep 8, 2010

Malam ini terawikh terakhir untuk tahun ini.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, Syawal dah tak lama dah. Kalau kawankawan tak post kat fb, aku taktau kot bila raya. haha

Ok, buka tadi makan ketam. Ye ketam. Yang ada penyepit tu. Bukan nak menunjuk, cuma nak bagitau buka tadi makan ketam. Rasa dia tak macam ayam, memang rasa ketam lah.

Gigit punya gigit dengan gaya seperti beruang menggigit kulit pokok, tibatiba gigi aku...macam terselit sesuatu. Kulit ketam? Tapi semacam je. Tengok cermin, memang sah! Memang sah gigi kapak belah bawah yang belah kanan aku bergerak ke hadapan. WtFish? 
Seronok? Tak, sampai sekarang aku rasa tak selesa. Lamalama ok lah kot nanti. Errr...menakutkan. -_____-"



Oh, berbuka tadi makan buah betik kembar. Betik fresh takde baja apa.


Haaaa! Isnin lepas yang baru je lepas, aku berbuka dengan kawan2 SMART aku. Terbaeeeek lah korang, tak sangka dapat berkumpul ramai sebegitu. 



Dan, aku rasa tak perlulah beli bunga api tahun ni. Kat bawah tu ada rumah banglo. Besar kot rumah dia. Tapi dia macam jenis tak campur orang. Aku pun tak kenal siapa tuan rumah tu. Mana tau ada anak perempuan kan. XD

Oh, tadi lepas maghrib dia bakar bunga api. Fiuuu booommm! fiuuu booooom! Dekat je dengan rumah aku. Kalau dia bakar harihari lagi bagus. Takya lah aku beli. Hehee


Cekak rambut kesayangan umi yang berharga RM1 (rasanyalah) dan telah berumur hampir 16 tahun (ni pun aku rasa) telah patah. Sedih kejap.



Akhir kata, maaf zahir.

MySpace

Sep 19, 2009

29 Ramadhan 1430

Today...
Lepas Zohor, aku ke bandar dengan adik aku. Buat apa? Beli baju raya!

Target: 1 T-shirt, 1 slack jeans.
Budget: RM100.oo

Memula, ke Kuantan Parade. Cari baju yang aku berkenan gileee...tak jumpa. Agak kecewa.
Then, cari seluar. Perghh! Mahal sangat. "Takya la beli seluar. Ganti seluar dengan T-shirt lah."

Pusingpusing sampai beli satu baju yang agak berkenan di hati. Lihat jam di tangan, masih awal. Terus ke Megamall. Cari lagi satu baju.
2 pasang baju, dengan budjet RM100. Memang lah cukup gile kan.
Kedai banyak tutup. Kiranya, di Kuantan Parade lagi banyak pilihanlah kan.


Lepas beli baju, ke Capcom. Lumbalumba kereta. Tetapi, mesin game tu buat ba****g. SioOooOottt betul lah kan. 4 ringgit, habis gitu je.

On the way balik, singgah kedai gunting rambut. Kasi repair sikit sama itu rambut yang dah kena gunting dengan pensyarah akibat rambut panjang sangat.


Ingatkan tahun ni nak beli kasut. Tak kesampaian pula. Takpelah.
Raya ni pun aku rasa tak macam nak berapa raya.
Dalam otak aku:
RAYAexamexamRAYAexamRAYAexamRAYARAYARAYARAYARAYAexamexamRAYA.
Kuantiti raya lagi banyak. Exam? Emmmm................

Oh ye.
SELAMAT
HARI
RAYA!

Maaf Batin dan Zahir.
Kalau aku ada terkasar bahasa, terrsakitkan hati korang dan yang sewaktu dengannya, maaflah ye. Ampuunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Ramadhan dah habis. Agak sedih. T.T

Jaa~
Wassalam.

Sep 22, 2008

..::PenantiAn waKtu beRbuka::..

Terpegun aku ari ni. Sedang aku menunggu masuknya waktu berbuka, tiba2 cahaya matahari bersinar dengan cantiknya dan indahnya. HUishh... mmg cantek ah. MasyaAllah...

Time pic taken: 7.08 pm

Time pic taken: 7.08 pm

Time pic taken: 7.11 pm

Happy Birthday Syauqi!!!~ =)
Malam Lailatul Qadar... bile yerk? o_O?