Sep 19, 2009

29 Ramadhan 1430

Today...
Lepas Zohor, aku ke bandar dengan adik aku. Buat apa? Beli baju raya!

Target: 1 T-shirt, 1 slack jeans.
Budget: RM100.oo

Memula, ke Kuantan Parade. Cari baju yang aku berkenan gileee...tak jumpa. Agak kecewa.
Then, cari seluar. Perghh! Mahal sangat. "Takya la beli seluar. Ganti seluar dengan T-shirt lah."

Pusingpusing sampai beli satu baju yang agak berkenan di hati. Lihat jam di tangan, masih awal. Terus ke Megamall. Cari lagi satu baju.
2 pasang baju, dengan budjet RM100. Memang lah cukup gile kan.
Kedai banyak tutup. Kiranya, di Kuantan Parade lagi banyak pilihanlah kan.


Lepas beli baju, ke Capcom. Lumbalumba kereta. Tetapi, mesin game tu buat ba****g. SioOooOottt betul lah kan. 4 ringgit, habis gitu je.

On the way balik, singgah kedai gunting rambut. Kasi repair sikit sama itu rambut yang dah kena gunting dengan pensyarah akibat rambut panjang sangat.


Ingatkan tahun ni nak beli kasut. Tak kesampaian pula. Takpelah.
Raya ni pun aku rasa tak macam nak berapa raya.
Dalam otak aku:
RAYAexamexamRAYAexamRAYAexamRAYARAYARAYARAYARAYAexamexamRAYA.
Kuantiti raya lagi banyak. Exam? Emmmm................

Oh ye.
SELAMAT
HARI
RAYA!

Maaf Batin dan Zahir.
Kalau aku ada terkasar bahasa, terrsakitkan hati korang dan yang sewaktu dengannya, maaflah ye. Ampuunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Ramadhan dah habis. Agak sedih. T.T

Jaa~
Wassalam.

4 comments:

  1. sori r dnie, kalo slama ni aku terkutuk n terpegang bnda keramat ko...
    hehehe...

    k...
    salam aidilfitri n maaf sekiranya ada salah cakap n laku...
    semoga ko dapat apa yg ko nak yek...

    wslm...

    SELAMAT PSPM!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. haha.. benda keramat apa lak ni? o_O?

    Sama lah aku. Sori banyak2 batin dan zahir.

    Selamat ber-PSPM juga!
    *ARghhhhhhh*

    ReplyDelete
  3. slmt ari raye wat kamu juge..huhu
    btul2..pale asyik pk exam ke raye..
    date pspm ngn us dekt2 jekn..emm gud luck ya! ;p

    ReplyDelete
  4. Selamat2. Heee
    Go0dluck juga untuk kamu. Ganbatte!

    ReplyDelete