Jun 6, 2022

New normal

Minggu lepas aku pergi Kajang untuk ambil semua barang yang aku telah tinggalkan hampir selama 2 tahun. Ye lah, hampir 2 tahun kan kita lockdown disebabkan Covid19. 

Masa aku belek-belek pakaian aku, banyak juga nostalgia dan memori-memori lepas yang terlintas dalam fikiran aku. Ada pakaian yang aku membesar dengannya, ada pakaian yang aku pakai untuk 1st interview. 

Masa aku tengok satu per satu barang-barang aku, aku juga sedar yang ada benda yang kita kena let go dan move on. Benda ni bukan sahaja hanya tertakluk untuk barang, tetapi juga dalam kehidupan. 

Sekarang, Covid19 dah reda. Semoga kehidupan kita semua lebih baik dari semalam.

No comments:

Post a Comment