Feb 21, 2022

Cerita sabun basuh baju

Sejak 1 January 2022, kalau aku nak basuh baju aku akan gunakan penutup pewangi Ambi Pur 180g tu sebagai sukatan sabun. Sebelum tu, aku main agak-agak je. Biasanya banyak gila aku tuang, dan baju akan ada kesan kotoran selepas basuh. Kesan kotoran tu disebabkan penggunaan sabun basuh baju (jenis serbuk) yang berlebihan lah.

Sabun basuh baju 2.3kg ni dah hampir 2 bulan, masih tak habis lagi. Last aku beli sabun basuh baju ni pada 31 Disember tahun lepas. Jenama Top: Blooming Freshness. Harga dekat sini $6.80/unit untuk 2.3kg kalau beli di Fairprice Xtra. Tapi masa tu ada diskaun, cuma $10 untuk 2 unit. Aku rasa kat Malaysia tak sampai RM15 kan? 

Akhir kata, ikutlah sukatan yang disarankan oleh pengeluar sabun tersebut. Boleh jimat banyak rupanya. *facepalm

Majulah sukan untuk negara.

No comments:

Post a Comment