At this rate, I wonder if is it worth it to own a Pixel device. Camera quality sangatlah padu. Aku tak rasa ada smartphone Android lain yang boleh lawan quality gambar Pixel 2 XL ni. Tapi, masalah yang dialami oleh aku banyak pulak sepanjang menggunakan smartphone ni selama 2 minggu.
Pertama, aku sangat kecewa dengan battery life phone ni. Battery life phone ni sangatlah teruk. Biasanya aku dapat SOT 1.5 jam je. Satu jam setengah sahaja woi! Ini sangatlah mengecewakan.
Kalau aku biar dalam standby mode pula, maksudnya aku biar je dia duduk, bateri akan drop approximately 10% selama sejam. Kecewa beb. Serius aku kecewa.
Dekat Bangsar ada kedai yang biasa tukar bateri Pixel ni. RM250 dia cas. Mungkin aku dapat unit yang bateri dia memang dah tak elok. Well who knows?
Nak RMA lama pulak. Dekat sebulan beb. Lama serius lama.
And then, phone randomly restart by itself and stuck in bootloop a few seconds. Ini merisaukan aku. Mengingatkan aku dengan bootloop Nexus 6P aku dulu.
Lagi, phone akan restart bila video call guna Whatsapp. Aku tak sure kalau guna apps lain akan restart juga ke tak. Aku tak tau.
Phone ni yang aku suka; 1. Camera 2. Speakers 3. Unlimited free storage photos and videos at original quality. Disebabkan 3 benda ni, aku sanggup bawa power bank gedabak ke hulu ke hilir untuk charge phone ni.
Nak beli powerbank kecil tapi capacity besar, aku macam tak yakin pula. Well, takpelah. Mungkin ada apps yang aku guna yang menyebabkan battery menurun macam air terjun.
No comments:
Post a Comment