Aku pernah pakai Nexus 6P dulu. N6P ni manufactured by Huawei, tapi tak pakai EMUI; dia pakai stock Android, which is aku rasa tu smartphone yang aku rasa paling seronok aku pakai setakat ni disebabkan user experience dia sebelum U11. Aku tukar phone lain masa tu sebab N6P aku mengalami masalah bootloop, which is berpunca daripada SoC SD810 dia tu; masalah hardware. So aku tak boleh nak buat apa. Aku cari Samsung Galaxy S7 pulak.
Berdasarkan pengalaman aku lah kan, N6P ni camera dia cemerlang. S7 pun cemerlang juga sebenarnya, tapi somehow N6P punya camera lagi best. Aku bukan photographer professional, so aku tak reti nak explain. Tapi aku lebih prefer N6P punya camera. Overall quality dia memang N6P win hands down. Kalau ambil gambar kenderaan byang sedang bergerak, kenderaan tersebut akan jadi statik dalam gambar. Memang padulah orang tua-tua kata.
Secondly, N6P ni ada dual front stereo speaker. Speaker dia padu beb. Aku rasa smartphone yang padu speaker dia lepas N6P adalah HTC U11. Punyalah jauh jarak masa dia. Ni aku cakap berdasarkan smartphone yang aku pernah pakai lah.
Lepas tu, user experience dia. Smooth dan clean, tak macam S7, Mate 9, Mate 10 aku pernah pakai. N6P jauh lebih seronok pakai. Lepas N6P ni, U11 lah yang seronok, sebab UI dia sebab tak banyak bloatware dan tak jauh beza daripada stock android.
Rindu pulak stock android kan.
Lepas dah banyak pakai phone di kelas atasan ni, lastly aku pakai Mi Note 3; smartphone di kelas pertengahan. Dia pakai Snapdragon 660 which is manufactured in power-efficient 14nm. First day aku pakai phone tu, aku agak kagum dengan price:performance dia. Maksud aku, dengan harga dalam MYR1200, aku dapat smartphone yang user experience dia smooth, camera pun okay, speaker pun okay. Ada la hiccup sana sini bila dah pakai lama. Tapi overall, Xiaomi memang awesome. Harga murah, phone padu.
Tapi, Mi Note 3 aku semalam dah rosak. Asyik bootloop je aku tak reti nak shutdown phone tu macamana. Tapi sekarang dia dah pergi. Pergi tak kembali.
Tapi kan, smartphone flagship (kelas atasan) Xiaomi ni takde stereo speaker. Tu je aku tak minat. Macam Mi 9 kan, single firing bottom speaker, bateri kecil. Tapi dengan harga yang ditawarkan, memang padu dah tu. Samalah macam OnePlus, takde stereo speaker. Sampailah yang latest ni, OnePlus 7 dengan 7T, baru ada stereo speaker.
#
So, lepas dah habis buat kaji selidik, aku stuck antara Samsung Note 9 dengan Google Pixel 2 XL. Used Note 9 versi Snapdragon yang diimport dari US harga dalam MYR1999. Atau New Google Pixel 2 XL, import juga harga dalam RM1600-1700.
Apa yang ada dengan Note 9? Firstly hardware dia. Dan aku teringin nak pakai UI baru dia; One UI. Aku prefer import punya sebab dia pakai SD845. Note 9 yang original Malaysia punya ni pakai SoC Exynos 9810. Senang cerita, Snapdragon punya versi lebih padu la daripada Exynos. Apa yang menarik yang ada pada Note 9 ni? Iris Scanner, Facial Recognition and pakai newer SD845.
Pixel 2 XL pula pakai Snapdragon 835, tapi new phone dan ada warranty straight daripada Google selama 2 tahun, stock Android, and overall better image processing untuk camera dia. Oh, and dual front stereo speaker!
Lepas dah buat research sikit, aku pun buat keputusan. Aku tak nak ambil risiko dan beli smartphone baru instead.
So, #teampixel.
#
OnePlus 7 tak lama lagi nak release. Dan aku pretty sure harga tak jauh beza; mungkin around RM2000 to RM2300. Yang AP set pun harganya RM1999 kat Lazada.
#
OnePlus 7 tak lama lagi nak release. Dan aku pretty sure harga tak jauh beza; mungkin around RM2000 to RM2300. Yang AP set pun harganya RM1999 kat Lazada.
#
Aku dah lama tunggu Zenfone 6 masuk Malaysia. Z6 nampak sangatlah cool. Dengan flip camera dia, bateri dia 5000mAh gedabak. Takde rezeki agaknya nak pakai.
#
Aku dah lama tunggu Zenfone 6 masuk Malaysia. Z6 nampak sangatlah cool. Dengan flip camera dia, bateri dia 5000mAh gedabak. Takde rezeki agaknya nak pakai.
#
Panjang pula aku taip kan. Btw, kalau ada kerja kosong roger-roger la eh. Minggu lepas lunyai gila aku, bertungkus lumus settlekan kerja dan punchlist yang tinggal kat site tu.
Dan sekarang, aku macam dah takde hati nak masuk site. XDXDXD
No comments:
Post a Comment