Semalam masa otw balik dari tempat kerja, hujan tiba-tiba lebat. Sangat lebat dan tiada tanda-tanda hujan akan reda. Langit pula gelap sepanjang jalan. Jadi, aku nekad untuk meredah hujan menggunakan FZ150i adik aku.
Selepas lebih kurang separuh perjalanan, motor hilang kuasa. Aku pulas accelerator, enjin tiada tindak balas. "Ah sudah," aku risau. Belakang aku masa tu ada kenderaan pancuan 4 roda yang memang dari tadi follow aku jauh dari belakang. Terima kasih sebab tak cucuk rapat, aku amat menghargainya.
Lepas motor aku macam takde respon, aku berhenti kat tepi. Enjin terus mati. Aku menekan starter. "Bateri okay, starter okay, ni spark plug takde api ni," aku membebel mencari masalah.
Aku pun buka bag sandang aku nak ambil spana untuk buka plug. "!@#$$@#@, kenapa tak bawaaa!" Aku serabut betul masa tu.
Lepas tu aku bawa keluar phone nak call member berdekatan. Masa tu lupa betul phone crack kat panel belakang. Aku cuba nak call, tapi tak berjaya sebab screen bergerak-gerak sendiri disebabkan titisan air hujan. Aku mengeluh sambil meletakkan telefon bimbit aku ke dalam bag.
Aku cuba start lagi sambil membebel. Sekali dua enjin hidup, tapi bila pulas accelerator, enjin mati. Kali ketiga tak silap aku masa enjin hidup, aku pulas minyak sikit je. Lepas enjin dah hidup, aku pulas minyak beberapa kali sampai redline. Aku terus bersumpah tak nak bawa motor adik aku tu lagi. XD
Sampai kat rumah, telefon aku bootloop. Bukan main-main punya bootloop, sekali dengan ghost touch. Aku nak try flash ROM baru pun tak dapat sebab tak boleh nak on phone dalam fastboot mode.
Dugaan hari raya orang kata. Jadi, aku pun beli phone baru, Khamis agaknya sampai.
SELAMAT HARI RAYA semua!
Maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment