Feb 23, 2011

Hari ni cuti, jom berseronok dengan buku!

UMP ni seronok. Taktaulah kalau Kolej Kediaman (KK) yang lain macam mana. Tapi KK2 tempat aku menetap sekarang ni agak seronoklah. Sampai nak study pun tak boleh. Seronok ke macam tu? Yelah kan, kalau dah kelajuan download mencecah 2MB/s-4MB/s, macamana nak study? Huehuehue.

Macam biasa, hari Rabu cuti. Tapi tidak seperti hari Rabu yang sebelum ni, biasanya aku ntah-buat-apa melepak di Kuantan. Hari ni, download itu download ini. Dah download AutoCAD 2010, tak boleh install pulakk sebab aku punya buku-nota guna 64-bit os. Kenalah download lagi kan. Download yang 2011 punya pula. Dah siap install, terbaeekkklah kan. Seronok. Amat berbeza dengan AutoCAD 2008. Fikir-fikir kejap, macam nak download yang 2008 punya lah pulak. Malas kottt nak explore. 

Sambil-sambil tu tengah download Call of Duty: Black Ops. 7.29GB. Macam seronok. Nak beli, 2 DVD pulak. Download je lah. Hihi.

Khamis ada test. Jumaat ada test. COD ni sikit lagi siap download lah agaknya. Dah siap download, mesti nak try main. Lepas tu, mesti nak main lama-lama. Dah tu, nak study bila? Duhh. Pandai buat, pandai tanggunglah kan. Haha.

Nak basuh baju lah, lepas tu study makan, lepas tu study rehat-rehat kejap, lepas tu study usha COD sikit-sikit sampai ngantuk, then study online kejap, lepas tu study kacau orang dekat ym fb, lepas tu study tumblr-ing. Masa tu mesti dah malam kot? Dah malam mesti mengantuk. Masa tuuuulah kita study rasa nak tidur. Alamak alamak. Esok dah Khamis. Alamak alamak alamak.

4 comments:

  1. COD black ops serius best! aku suke story line dia

    ReplyDelete
  2. Susah la macam ni. Tak boleh study lah nampaknya. haha

    ReplyDelete
  3. haha. nasib baik aku dah main masa final sem lepas. hihi

    ReplyDelete
  4. Sem lepas aku layan Assassin's Creed lah. haha

    ReplyDelete