Jan 8, 2009

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN









BRANDS & LABELS TO BOYCOTT










=====================================================
Mesir halang bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Contributed by gunxx on Monday, December 29 @ 08:40:49 MYT
Topic: Berita Semasa

Isnin, 29/12/ 2008 - Pihak berkuasa Mesir melarang sebuah pesawat Libya yang membawa bantuan ke Gaza daripada melakukan pendaratan di Al Arish Airport di Mesir.

Hannibal Al Gaddafi, anak lelaki Presiden Libya, Moammar Al Gaddafi, berkata dalam satu temubual telefon dengan al Jazeera yang berpusat di Qatar, Mesir bekerjasama dengan Israel dalam melakukan pengepungan di Gaza kerana bertindak melarang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke sana melalui sempadannya.

Hannibal menambah, Libya akan terus menghantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi 'misi maut' kerana berkemungkinan di bom rejim Zionis.


Note:
sumber : http://www.palestin e-info.co. uk/en/
penterjemah : gunx


Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin.
Contributed by
gunxx on Tuesday, December 30 @ 07:36:27 MYT
Topic:
Berita Semasa
Serangan udara Israel yang berterusan dalam masa dua hari telah mengakibatkan beratus-ratus orang Palestin cuba melarikan diri dari Gaza ke Mesir pada pagi Isnin dengan menyerbu lintasan sempadan tertutup beramai-ramai.

Laporan sumber-sumber tempatan, beratus-ratus warga Palestin telah membanjiri pihak berkuasa Mesir yang ditempatkan di lintasan sempadan Mesir.

Pihak berkuasa Mesir menyokong tindakan rejim Zionis melakukan pengepungan pada Gaza dan kebuluran penduduk Palestin lebih dua tahun lepas, dan Mesir masih enggan membuka sempadan antara Gaza dan Mesir (satu-satunya laluan selain laluan melalui pemeriksaan rejim Zionis).

Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada Gaza dua tahun lepas, meninggalkan semua pihak hospital Gaza tidak bersedia untuk menangani jumlah pesakit yang ramai.


Note:

sumber :
http://www.imemc. org
penterjemah : gunx


Angka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu.
Contributed by
gunxx on Monday, December 29 @ 08:54:43 MYT
Topic:
Berita Semasa

Isnin, 29/12/ 2008 - Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk. Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.

Laman web berita Arabs48 melaporkan bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom satu bengkel tukang besi dan sebuah rumah dalam kawasan al Zeitoun di Gaza City, seorang lelaki dan seorang wanita maut.

Di al-Nusseirat, tentera rejim Zionis telah mengebom kenderaan dua warga Palestin, sumber-sumber perubatan berkata.

Saksi-saksi melaporkan beratus-ratus penduduk itu lari ke kawasan sempadan antara Gaza dan Mesir dalam satu percubaan untuk menyelamatkan diri tetapi pengawal sempadan Mesir telah menembak mereka, seorang anak terbunuh dan beberapa penduduk-penduduk lain cedera.


Note:
sumber : http://www.palestin
e-info.co. uk/en/
penterjemah : gunx


Gaza Makin Tenat !!
Contributed by
gunxx on Monday, December 22 @ 14:54:33 MYT
Topic:
Berita Semasa

Isnin , 22/12/2008 - Pengerusi jawatankuasa popular pengepungan, MP Gaza, Jamal Al-Khudari Ahad lalu mengecam keras sekatan ekonomi Israel terhadap Semenanjung Gaza, sambil menegaskan bahawa pengepungan itu menjadikan Gaza terpinggir disamping bencana kemanusiaan yang membimbangkan.

Menurut Khudari, penutupan semua mata lintasan di Semenanjung Gaza oleh Israel sehingga minggu ketujuh berturut-turut akan memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza serta menyatakan penutupan loji kuasa utama di bandar itu menjadikan 80% wilayah itu berada dalam kegelapan.

Dalam satu siaran akhbar beliau yang dikeluarkan di Gaza, Khudari menjelaskan bahawa sekatan itu telah menjejaskan seluruh aspek kehidupan sambil menambah lebih daripada 273 penduduk Palestin mati akibat pengepungan yang represif
itu.

Note:
sumber : http://www.palestin e-info.co. uk/en/
penterjemah : hijjaz79

1 comment: